Isnin, 28 Disember 2009

Meremang...

Hari ke 3 lepas Asar, lepas aku mandi, Akif asyik pandang ke satu sudur dapur, pusing badan ke arah lain dia padang situ gak.

Anak sepupu yang datang dari kampung untuk jaga baby, meremang tetiba, selama ni dia amat berani, sampai cakap nak kacau , kacau la. Muka dia pucat, adik aku lembik tetiba. Call Ustaz tak dapat.

Sepanjang aku dok sini, setiap kali baca Quran aku rasa macam badan, kadang muka kena tiup2, sejukk....

Ahad, 27 Disember 2009

Di sihir dan tapak rumah keras

Ustaz baca beberapa potong al Quran, katanya aku disihir dan tapak rumah pun keras.

Masa ustaz cuba ubatkan aku dapat rasa sesuatu turun ke kaki, tapi tak keluar. Aku di suruh mandi air limau 3 biji sebelum Maghrib, lepas mandi minum air limau, selama 7 hari.

Sebelum Maghrib, adik lelaki aku kena balik lada hitam setiap penjuru rumah, dan malam ke 8 lepas pukul 12 mlm kena pagar rumah dengan garam. Pesannya, jangan pagar selagi ada rasa takut dan baby tengok penjuru.

Jumaat, 25 Disember 2009

Balik kl

Balik kl untuk meeting guru akhir tahun.

Sepanjang di Kelantan aku bukan boleh tidur, kalu tido awal, kul 12 mlm automatik bangun, lepas tu takut-takut rasa macam ade sesuatu. Risau nak balik KL macamana. Tap balik jugakk..

Masih rasa tak sedap badan. Dan automatik kul 12 mlm terjaga.

Penolong Penyelia Petang bagi no telefon Cikgu Kamisan.

Aku call. Dia akan datang ke rumah. Sediakan lada hitam 500g, garam 4kg, air mineral 5 botol, limau nipis 21biji.

Khamis, 10 Disember 2009

Kembalinya mertua tersayang ke rahmatullah

Hari ini mertua kesayangan, kembali ke rahmatullah setelah 5 hari dalam ICU. Kul 4.00pg. Aku di Kelantan. Tolak ke KL pagi buta ngan ke airport, dapat tiket kul 8.30am. Mertua menderita di akhir nyawanya. Semua organ dalaman rosak (Kerana buatan orang?wallaualam) Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sedih dan terkilan kerana tak dapat jaganya di saat2 akhir nyawanya., disebabkan keadaan aku yang tak menentu ni. Aku baru plan nak jaga dia nanti sekolah bermula tahun depan. Kita hanya merancang Tuhan menentukan.AlFatihah..

Selasa, 17 November 2009

Hahah, dayah,..hahaha ..dayah..

Pakcik yang pandai berubat datang rumah di Kelantan. Aku cakap aku masih lagi meremang-remang. Dia tutup telinga aku dan arahkan aku supaya dengar apa-apa nanti. Anak-anak saudara dan anak aku yang 3 dok sekeliling, di samping mek dan adik.

Aku dengar Ezam gelak-gelak sambil cakap," hahah..dayah (darah)..hahaha..darah..."

Bila selesai dia bukak tangan, aku cerita apa yang aku dengar, aku ingat memang Ezam yang cakap, rupanya satu rumah tu sunyi sepi dan diam masa aku tengah berubat tu, jadi, ape yang aku dengar, kenapa aku dengar macam tu. Persoalan tu tak dapat aku jawab. Pakcik tu pun tak tahu ape kebendenye tu..

Balik Kelantan

Balik Kelantan.. lalalalalala

Sebenarnya sepanjang cuti aku bukan happy sangat. Tiap kali keluar dan terbalik masa maghrib memang rasa remang, dan rasa tu cuma hilang lepas 2 hari.

Kadang aku tak nampak kelibat orang lalu, tetiba tercegat kat depan, atau tetiba tercegat kat tepi. Kusss semangat.

Kata Abg Ha aku penakut sangat, jadi berubat sampai bila-bila pun tak sembuh gak.

Ahad, 15 November 2009

Kena cakar

Balik sekolah petang, tengok keadaan penutup botol air doa aku pelikkk je. Perhatikan, ooo..penutupnye kena cakar sampai tembus, rumah aku memang la takde tikus.. sape yang cakar kalu bukan benda tu.

Nanti aku upload gambar.

Sabtu, 14 November 2009

Mentua masuk hospital

Mentua masuk hospital. Aku takleh gi tengok dengan keadaanaku macam ni, tambahan dia pun lemah kena buatan orang.

Balik sekolah badan berattttt sangat, sampai rumah rupanya Kak Lah dan adik lelaki tengah renjis air garam ngan asam setiap inci rumah. Malam tu aku dapat baca Quran dengan tenang.

Jumaat, 13 November 2009

Balik KL

Balik KL, nasib kak Lah nak teman.
Sebaik masuk rumah kepala pusinggggggggggggggg...

Ambik kertas periksa rumah kawan, nak tanda, tak boleh..kepala asyik pusinggg.

Lepas kul 12 mlm baca Quran. Kepala pusing, tangan kiri , belakang rasa remang, berat sengal tak tau nak cakap macam mana.

Keadaan berterusan 2 hari.

Siang gi sekolah. Ok je siang. Balik je takut dalam keta sebab dengar bunyi mengeluh tepi telinga.

TQ untuk Cikgu Syamizza yang tolong tanda kertas Sivik. Aku ade 4 kelas lagi untuk tanda paper.

Khamis, 12 November 2009

Berubat lagi

Ke rumah Abg Ha lagi. Aku kena bawa akar nibong dan telur. Sesat jauh masa cari akar nibong . Dugaan...

Kat rumah Abg Ha, berlunjur, telur di hujung, dia baca bacaannya. Aku selawat sepanjang masa.
2 telur yg asalnya ringan jadi beratttt sangat mcm batu. Lepas tu mandi, rasa air sejukkk..best,,
tapi bila kak Lah perah rambut, panas...

Mata jadi cerah. Lepas mandi meremang semacam atas belakang. Bagaitau Abg Ha,dia cakap takde ape-apenye..

Balik rumah (Rasa remang hilang lepas 2 hari)

Pada masa yang sama kawan-kawan sekolah call suruh balik buat keje, maklum hujung tahun banyak keje sekolah, kertas periksa sape nak tanda???Gundahnyaaa..

Rabu, 11 November 2009

Seputih pandangan

Lepas Asar, jadi tak tentu arah, berdebar, takuuttt sangat, call Abg Ha rasa tenang sekejap. Mandi berteman, rumah kakak luass, dapur pun luas, bilik air takde lampu, hujan lebat..(cuba mintak pendapat sikit, kalu aku mintak orang teman aku mandi , penakut sangat ke dengan keadaan macam tu?, yang aku tahu aku takuttt lepas matahari rembang.)

Nak solat Maghrib, cadang lepas ni nak baca Yaasin, sebaik basuh muka dengan air wuduk, pandangan jadi putih seputihnya. Duduk di tikar sembahyang, Hafiy dekat, bila aku paling ke arahnya dia menjauh sambil tengok aku pelik. Sesudah solat macam tu jugak mata aku, akubaca Qursi dan An-Nas serta al-Falaq. Macam tu jugak. Ambik ayat Quran yg Kak Lah bekalkan, sapu kat mata aku, cerah....nampak semua, buleh baca Quran.

Selasa, 10 November 2009

Jumpa sinar

Aku balik ke pantai timur tanpa fikir sekolah. Nasib aku sakit mata,buleh mintak mc. Mata masih takleh bukak, pedihhh, berair, aklu sujud masa semayang macam nak terkeluar bijik mata.

Masa aku buai Akif, mek balik ngan sorang perempuan pertengahan umur. Namanya Kak Lah. Kata mek, dia hafal QUran 30 Juzuk. Dia bersalam denganku. Katanya dapat rasa naik remang pada badannya sekejap. Dia ajak aku ke rumah adiknya di Tendong. Kul 4 ptg masa tu. Jauh jarak daerah aku ngan Tendong. Aku risau Maghrib, dia kata jangan risau.

Sampai di Tendong hampir Maghrib. Abg Ha (panggilan utk org yang berubat aku) tengah sibuk layan pelanggan, dia bukak kedai roti canai.

Dekat Maghrib kami mula. Aku duduk depan dia yang baca-baca beberapa potong al-Quran. Dia bagi aku minum air cincin dia. Serentak panas badan hilang. Kak Lah yang duduk belakang aku dapat rasa lintasan panas lalu di depannya. Air lebihan buat basuh mata, kalu tadi takleh bukak mata langsung, sekarang buleh bukak dengan normal,cuma merah belum hilang. Baru aku nampak muka mek, kakak aku dan orang lain. Baru aku buleh senyum.

Sebelum balik dia bagi panduan supaya tak dikacau dlm perjalanan. Aku ikut, heran betul, tak meremang langsung rasa walaupun sampai kul 10 di rumah. Dia pesan baca Yasin setiap kali lepas sembahyang kecuali Asar. Air mandi dan minum dibekalkan.

Malam aku cuba tidur, rasa orang tarik sebahagian rambut aku dengan kuat, aku selimut semua kepala dan tidur.

Isnin, 9 November 2009

Ramainyeee orang lalu lalang

Perjalanan yang panjang....Hafiy meragam tak henti-henti. Nasib baik aku paksa bibik balik sama kalau tak tak tahu la...Mulut aku tak henti-henti baca Qursi dsb. Aku berdebar dalam hutan Grik. Nasib baik takde apa-apa yang berlaku. (Aku takut kejadian semalam berulang .Semalam Hafiy panggil aku tapi bila aku dekat dia makin menjauh seolah-olah nampak benda lain pada muka aku. Lepas baca al-Qursi bari dia ok aku pegang dia)

Sampai Maghrib di rumah. tempat parking ngan rumah jauh jugak dalam 100 meter kena lalu hutan.Malam bila cuba pejam mata aku rasa orang ramaiiii sgt lalu lalang dekat kepala aku, aku terbangun, takleh tido.

Ahad, 8 November 2009

Ade orang tabur benda?

Balik rumah, kawan ajak ke rumah kakak ipar untuk berubat. Dia bagi gambaran sape buat. Ade rupa..tapi takkanla..tak cocok ngan orangnya, tempat tinggal dan tujuan. Dia bagi air. Aku minum, terus badan panassss..mata sakit takleh bukak macam matahari kat depan aku. Air mata mengalir tak henti. Ngan Akif n Hafiy meragam. Ngan berdebar-debar.

Malam..bibik meluru keluar, ade suara suruh dia bangun, dia takleh tidur sampai aku tabur ada hitam sekelilingnya..aku?memang la dah lama takleh tido..

Kul 4 pagi, sekumpulan anjing menyalak hebat, aku tengok Ezam bangun tanpa takut ke tepi tingkap. Aku panggil dia tido balik.

Esok masa bersiap balik kampung, kat dapur, bawah sink, Ezam tunjuk, "BU, ape tu?"
Aku tarik dia kuar ruang tamu, dia masih jenguk dapur, "BU , ape tu..?nak masyak?'
Aku wat derd dan bergegas kuar .

Sabtu, 7 November 2009

Di sihir..?

Jumpa Ustaz Dasuki. Masa pendek sebab Pakcik salah masjid. Memang aku paham kalau berkaitan sakit macam ni banyak sangat halangan.

Ustaz scan sikit., baca ayat-ayat quran lamaa....
' Dia disihir." katanya pendek.
"Siapa?" , tanya aku.
" Baik tak payah tahu, nanti berdendam," balasnya dan dia cepat-cepat ke tempat ceramah seterusnya.

Katanya semua benda yang anak aku dok nampak dok ngikut aku. Ngeri...kalu hensem takpela jugak. Ni atuk berdarah..

Aku kena mandi air limau sebelum Maghrib, lepas subuh. Malam tidur atas lada hitam, bila nak tidur, minum air doa, letak kain atas mata tidur, jangan bukak lagi mata (camana la..Akif dan Hafiy selalu bangun-bangun), dan jangan keluar Maghrib (Aku sekolah petang, kul 8mlm baru sampai rumah).

Katanya aku memang akan ketakutan, tak tentu arah lepas asar (patutla...rasa tak tentu arah betul..tak tau nak cakap macam mana), akan reda hampir subuh, lama-lama buleh ngilai sensorang. Jangan takut, kalu makin takut benda tu akan makin dekat. (Aku adalah seorang yang penakut) Sape la yang nak buat aku jadi tak betul ni.

Malam kul 9 malam Ezam tetiba..."Bu..atukk..."dia tunjuk atas dinding depan kami.Malam tu kami masih di Shah Alam tido umah pakcik.
Malam bila semua orang tidur..aku cuba tidur, bunyi orang tua berjalan dan bunyi dari kepala ke rusuk aku..macam atuk kebayan bunyinya..huhuhu...aku bangun..takleh tidur..adik aku jaga..dapat la aku tidur kejap.

Jumaat, 6 November 2009

Sunyi....sepi...aku seorang diri.

Terlepas peluang jumpa Ustaz Dasuki di Masjid Shah Alam gara-gara pakcik ku lambat sikit, sebab tolong beli lada hitam, limau nipis dan air mineral yang aku perlukan.

Tidur rumah pakcik di Shah Alam. Aku masih meremang, baby Akif terus menangis bila masuk maghrib. Cerita dekat makcik, kenapa ye sekarang ni dah la ketakutan, sunyiiiii je selalu, bukak pintu rumah takde orang sorang pun. Malam pun sunyi..jaga tak round kot..Kalu gi sekolah pun murid sekarang dah tak bising, sunyi je. Balik sekolah aku sorang dok atas jalan masa nak bukak pintu pagar rumah, kalu dulu ramaii sangat orang.

Makcik cakap, pandangan dan telinga kena tutup kot....?

Aku test, aku ke jendela, tengok tempat parking yang luassss, sunyi.....takde orang sorang pun. AKu panggil adik aku (sampai pagi tadi untuk teman aku). Sebaik berpaling balik ke jendela, baru nampak orang lalu lalang, budak main kat taman, bunyi bising aircond apartmen, aircond dan enjin kenderaan. Kata adik, aku kena balik ke Kelantan berubat.

Sepanjang hari sunyi...makcik tegur, tak dengar bunyi budak main kereta kat bawah, aku geleng, sebaik saja abis geleng baru bunyi suara budak-budak bising kat bawah apartment.

Sesape pernah tengok cerita Ju On memang sebijik macam tu la yang aku rasa. Suny sepi dan harap malam jangan menjelang.

Khamis, 5 November 2009

Malam yang panjang....

Malam aku tak dapat tidur...call akak kat kampung, borak kosong selama 4 jam. Kakak kerisauan. Aku bunyi orang berdehem, mengeluh di sekeliling aku.

Bibik berlari keluar, nak tidur dengan aku. Bila pejam mata dia , dan bukak mata balik, dia tanya," Ibu ada langkah-langkah kaki saya?" Aku geleng, takde, saya di sini dari tadi.
" Ku pikir ibu tadi yang langkah-langkah kaki saya," Kami dua-dua diam. Kemudian dia tidur pulas. Tinggal aku sorang dengar suara lelaki macam-macam gaya di sekelilingku. Harappp sangat anak lelaki aku bangun merengek, tapi semuanya tidur lena tak bergerak. Call lagi ustaz Dasuki, katanya kalau ada orang lelaki suruh azan 7 kali atas tangga. Mane ade orang lelaki rumah ni kecuali anak lelaki aku 3 orang yg kecik-kecik tu.

Pukul 5 pagi, rasa takut mula hilang. Aku dapat tidur sekejap, pukul 5.30 pagi, anak-anak mula bangun merengek. Macam tu la setiap hari.

Rabu, 4 November 2009

Atuk, dayah...

Aku tanya Ezam, nampak atuk kat mane. Sebelah ibu dia jawab. Dia buat gini..(gaya pegang tengkuk) Atuk dayah..(darah..) Atuk batuk...Atuk wat umah, tambah Ezam..Dia jalan bongkok pegang kayu golf. Aku terdiam. Sepanjang gi sekolah fikir pasal ni.

Balik dari sekolah, maghrib. Aku kena kacau dalam kereta. Aku bawa kereta tak tentu arah jadinya sebab ketakutan.

Sampai rumah, mandi, kena kacau lagi. Spek tetiba tercampak dengan kuat macam aku yang jatuh. Bibik bertanya pelik. Aku diam

Malam, orang yang aku panggil tengok rumah datang. Sebaik melangkah masuk, tangan Akif bunyi macam ditarik dan dia menangis teruk.

Orang tu macam tangkap masuk botol.. Dia balik aku tambah meremang taknak reda2. Tambah takut.. Ku 12 mlm call Ustaz Dasuki. Dia suruh jumpa esok di Masjid Shah Alam. ku tak dapat tidur.

Meremang lagi..

Hari ni ke sekolah lagi..makin kuat rasa meremang..ke bahagian belakang...setiap saat..makin risaukan Akif dan Ezam di rumah. Hafiy di Taska. Jadi tak tenteram. Cerita dengan kengkawan..aku takut sangat kot...

Selasa, 3 November 2009

Back to school

Hari ni kembali ke sekolah selepas 60 hari cuti melahirkan Akif. Seronok jumpa kengkawan. Cerita tentang banyak hal.

Bulu roma meremang setiap 5 minit di bahagian pinggang ke bawah. Kenape ye..? aku risaukan Akif di rumah. Ingat bibik tengah mandrem aku.

Sabtu, 31 Oktober 2009

18 SG

Abang ipar tak jadi datang. Aku tinggal lagi ngan bibik n anak-anak. Entah nape macam berat je nak hantar dia balik . Main reason, aku takut dok sorang malam-malam.Maklumla..rumah ni dah ade macam-macam sejak dia masuk. dan bibik pun nampak macam takut setiap malam. Dan keje lain n main ngan anak-anak pun makin ok.

Baby Akif meraung-raung 2 malam berturut-turut..berhenti bila pasang surah Ruqyah. Malam ke 3 dan ke 4 aku standby surah Ruqyah Maghrib. Baby kembali normal.

Ezzam n Hafiy menangis teruk , pelik dan aku sendiri pun ngeri ngan tangisan tu. Berturut-turut, lepas Ezzam, Hafiy. Aku macam tak kenal dorang.

Panggil kawan tolong untuk panggil orang yang buleh neutralkan keadaan umah ni.

Malam Jumaat, bibik kata dia nampak Hn2 loteng umah sebelah. Biar betul bibik ni..

Khamis, 29 Oktober 2009

Takmo tapi terpaksa

Hafiy : kecikkk lagi, asikk berbelit di kaki. Kalu aku baring , dia naik turun naik turun panjat aku.
Kalu aku jalan dia berbelit di kaki. Kalu aku pegang adik dia sibuk dok ataih riba. Kalu adik nangis dia sibuk nangis sama, kadang naik atas adik. Malam2 dia bangun merengek sejam. Adik bangun dia bangun

Aku dok sorang ngan 3 anak, mampu ker..?

Aku gi amik bibik balik.

Ari ni amik, esoknye Ezzam meraung2 'kakak buat, kakak buat' lama gak.
Tanya bibik, buat ape kat Ezzam, "Ngak ada...pakekan pampers saja,hehehhe"
Muskil aku. Tak penah Ezzam gini.

Call kakak, bagitau hal tu. Kami bincang. Dia akan datang amik Hafiy bawa ke kampung (ala..2 minggu je, sementara cuti sekolah). Bibik hantar la balik...sound abang ipar aku.

Aku : Ngeri gak dok ngan Ezzam n Akif je umah ni malam2.

Rabu, 28 Oktober 2009

Bu..atuk, atuk!

Hari ni Ezam ade sebut ..

"Bu, atuk, atuk.."Ezam gelak gelak..aku buat tak tahu.

Rilek jap..

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata,
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita... apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit... lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Aku : Hahhahahaha..lawak giler..hubby aku baca lawak ni masa aku tengah bengang ngan dia.
Terus aku gelak giler-giler.

Selasa, 27 Oktober 2009

Lamb Wellington


Ha...nama makanan di atas ialah Lamb Wellington. Heheh..tapi bukan hasil masakan aku. Sori yer Ijan@blogresipi, kopipes gambo Ijan nye blog.
Sebenarnya tiap pagi sebelum anak2 aku ber u tube, aku dulu jenjalan kat blog resipi. Semalam depa dua orang tu dok sama ngan aku. Tengok punya tengok, tertengok gambo ni.Mula la bising depa dua orang tuh.
"Bu nak tuh" kata Ezam. Adiknya ape lagi..ikut aje apa yang abang dia cakap.
"Nak, nak, nak," kata Hafiy
"Bu nak tuh" ulang Ezam.
AAA...siapla la dorang ni kalu nak. Mana la aku nak cekau Lamb Wellington tuh. Nak goreng ayam pun bersilat ngan Hafiy n Akif.
" Takleh tengok sini, bahaya, bahaya, bahaya," aku temberangkan dorang.
Dorang diam sambil Ezam cakap kat adik dia, ",Dik bahaya."
Legaaa ibu dia.
Petang tu aku sebaik online, si Ezam terus cakap," Bu nak ngok bahaya,(Bu nak tengok blog bahaya tuh)" , hehehheheh...
Adoi..Ijan..sedap benor la nampak makanan Ijan tu sampai budak ni teringat-ingat. Awatla blog hang tu menyelerakan sangat.

So, untuk tidak menghampakan dua beradik tu, aku bawak gi beli barang, bukan nak masak Lamb tuh, tapi masak yang simple2 je. Udang masak lemak n ayam goreng. Makan bertambah lagi Ezam..berbaloi...Sekian terima kasih.



Hafiy n Ezam di NSK . Nampak macam Hafiy tengah makan makanan yang belum bayar..alamak..sapa nak jawab..hehehehe...


Ahad, 25 Oktober 2009

Nostalgia Ezzam

44 hari baru cukur botak kepala
Jadi bear kat KLCC di pagi raya, tinggalkan ibunya raya sensorang..


Bersama set gondrong sepupu sepapat

I'm sorry..seksi sket..(bersama uliii..sebut betul-betull..)
Suka sangat suh orang sebut betul2 walhal dia telor lagi.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Cak!!

Hai..nama saya Hafiy.
Umur saya 1 tahun 5 bulan
Perkataan pertama : Ka! (sikit2 Ka!)
Dua hari lepas saya pandai sebut semua yang ibu saya sebut..(Olo, adik, yea-yea)
Sehari lepas baru pandai ikut abang saya panggil 'Ibu"
Hobi : Kacau orang tido (orang tu baru nak pejam mata , saya akan cepat-cepat gi korek mata , korek idung dan lassst sekali korek mulut). Ibu tensen tull!!
p/ s : Cik Za..rambut ni meme ambo nak simpan panje gini..sene nak ikat.

Angkara manusia itu...

Ni angkara bibik %#@&(((&^%#@, yang dikatanya terkena bucu sofa. Dekat muka Hafiy ada satu, kaki ada sepuluh. Eeeiii..geram.!!! Yang lain tu bukan depan mata aku, ni depan mata..tapi sempat lagi kelentong. Kalu aku marah karang didendamnya Ezam. Nanti masa aku takde disuruhnya makan t**i macam yang pernah aku baca tentang bibik lain. Manusia macam tu sanggup wat macam-macam pada pendapat aku.
Yang aku heran, ni macam bekas turisan benda tajam macam pisau..bukan kuku. Guna apa dia buat ni pun aku tak dapat pikir sebab masa tu kat ruang tamu.
Dekat laman pun paad buah betik, ada tulisan-tulisan guna benda tajam macam pisau..mesti dia yang tulis masa jaga budak ni kat laman..aku masih musykil dia guna ape..kat laman takde benda tajam.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Seram..

Ezam tadi ke tepi penjuru rumah, menyahut seruan alam dia, aku gi toilet untuk bersihkannya, dia report, "Bu..antu tangkap Ejam..takut..." katanya.
"Mana?" tanya aku.
"Tu..nampak?ee..takut.." tunjuknya ke arah penjuru tu.
"Ada lagi..? " tanya aku masa kami keluar toilet.
" Tu..ate..bu, tangkap antu..' dia suruh aku lak tangkap antu.
Hhhehehe..sebelum ni anak aku takde le merapu meraban macam ni.

???

Semalam dah hantar bibik balik ke ejennya.
Hari ni aku ajak makcik kawan aku (aku berkawan ngan makcik?heheh) tinggal kejap ngan aku sementelah dia sebatang kara, tapi dia takmo, selepas dengar sume cerita ni, dia takut. Laaa..sebelum dengar cerita ni dia dah setuju nsk teman aku sepeninggalan hubby..
Hari ni bizi sunggu, tapi aku masih blurrrrr....memang spesis blur la aku nih.

???

Semalam dah hantar bibik balik ke ejennya.
Hari ni aku ajak makcik kawan aku (aku berkawan ngan makcik?heheh) tinggal kejap ngan aku sementelah dia sebatang kara, tapi dia takmo, selepas dengar sume cerita ni, dia takut. Laaa..sebelum dengar cerita ni dia dah setuju nsk teman aku sepeninggalan hubby..
Hari ni bizi sunggu, tapi aku masih blurrrrr....memang spesis blur la aku nih.

Rabu, 21 Oktober 2009

Bibik

Hari ni aku ke sekolah. Tukang urut datang rumah urut baby . Baby tinggal ngan bibik. Makcik tukang urut korek rahsia bibik. Bibik cerita sendiri. Mengerikan.

Rumahnya di Indon bekas rumah orang mati kena bunuh. Jadi rumah dia ada 'benda'. Dia pakai benang tangkal pelindung kat tangan. Rumah dia orang lain takleh masuk, mesti jadi bala.

Makcik cakap 'benda' tu mungkin ikut dia ke sini.

Ezam

Semalam malam Ezam tetiba off laptop nyorok tepi aku. Macam ketakutan nampak sesuatu. Aku tanya kenapa..dia tunjuk belakang bibik. dan diam lamaaaaaa sampai tido. Ngeri aku takleh tido..pasang surah Ruqyah sepanjang malam.

Hari ni dia main kat sofa, nak alihkan sofa macam selalu. Tetiba nangis sakit. Nampak bibik gosok2 kepala. Ezam lari ke arah aku nangis sambil peluk, tanya kenapa, tak jawab tapi aku nampak luka segaris kat pipi, nampak macam bekas kuku.
Tanya bibik, kenapa.."ni haa..kena tepi ini-bucu sofa-tajam ini' . Aku tahu dia tipu.
Masuk dalam kereta, aku nak ke sekolah, Ezam ikut sama,Ezam cakap "Bu sakit, kakak buat" katanya sambil tunjuk kuku.

Balik dari sekolah aku tanya bibik " Kuku panjang ke?'
Dia jawab sambil gelak, "Tak ada..pendek..Kena muka Ezam? "Dia tanya aku balik.

Ni bukan kali pertama. Hafiy luka lagi teruk kat betis lepas balik taman, katanya jatuh atas rumput. Aku tahu dia tipu. Nampak macam bergalur kena bucu simen tak rata macam tangga kat taman.

Bibik

Lepas maghrib bibik selalu lepak depan sambil layan anak-anak. Dia cakap sume bibik yang dia jumpa kat taman geram tengok Hafiy.
"Anak Ibu ganteng-ganteng, sebab ibunya cantik" katanya sambil tersenyum.Amboi..bodek aku la tu. (Tapi dalam hati aku kembang gak walau tu sebenarnya bodek je). Dia tengah ngeri rahsianya bocor kot.

Sedih..

Rupanya mek masih sakit..lega hanya untuk 10 minit.

Alhamdulillah..

Mek dah sembuh.Hati aku senang sangat.Syukur kepada Allah.

Isnin, 19 Oktober 2009

Bodek

Ezam n Hafiy makin galak ke taman permainan.
Pagi-pagi lagi ' Kakak, nak gi dosyor'. Maksudnya 'Kakak, nak pegi main gelongsor'.Aku risau juga dengan Hafiy, tiap kali balik mesti ada parut macam kena guris kat simen, banyak pulak tu.
Tadi maidku bercerita. Dekat taman semua budak-budak yang ada kat situ suka tanya Ezam nama binatang yang ada kat gelongsor tu. Semua dia jawab, pelat budak-budak la..gajah jadi dajah. (Ruginya aku tak ajar dalam bahasa Inggeris, sebab selalu bertentang ngan ayah dia, takut dia keliru nama-nama tersebut). Maid lain cakap Ezam pandai ( Yeke?Takkan budak lain tak kenal nama haiwan) dan tanya ape ezam buat dekat rumah, maid ku jawab main laptop, sume heran. Keje ape ibunya,bila dijawab dorang cakap, oooo patutla..

Moral of the story : pandai maid aku bodek aku. Kembang jap.

Peringatan untuk diri sendiri

Terima kasih kepada kawanku Rosnita untuk email ini.

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yangtidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat padamalam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepasbersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yangbelum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpaIzrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Ba yan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Nilai Seorang wanita solehah. Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akanmemberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya"..Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika iamenyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihatkepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Danjika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupayang cantik, mungkin paras rupa itu membawakehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanyakerana berkemungkinan harta itu membawa kepadakezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agamasesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.

Ahad, 18 Oktober 2009

Mek II

Call kampung. Keadaan Mek tak berubah. Malam semalam diadakan bacaan Yaasin. Keadaannya memang teruk. Aku dengar orang kampung je cakap teruk. Aku bayangkan orang yang kena rasuk dibacakan Yaasin. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Selalunya keadaan Mek jadi macam ni sebab aku..Ni dah kali kedua.

Hafiy masa keciks

3 hari

1 bulan

2 bulan





Sabtu, 17 Oktober 2009

Akif selepas pantang


Ish..Apasal amik gambo orang ni...




Ni mulut nganga pesal.?




Isk..geram weh!


Control macho atas riba Cik Nor terchenta.



Yeaha.!!!







Kena tinggal..

Kul 6-9.30pm 16 Oct -Hubby sibuk packing barang, Ezam macam mengerti ayahnya nak pergi jauh, dari siang lagi ;Ayah..nak ikut Ayah.Ayah, nak ikut Ayah.Bu, nak ikut Ayah'
Hubby ke KLIA dihantar kawan, Ezam menangis bagai nak rak 'Nak ikut nak ikut nak ikut'. Aku wat tak tahu je... Hafiy selamba lompat-lompat main ngan Cik Nor dia. Kenyang agaknya (Sejak aku bersalin dia sangat-sangat kurang makan).

Kul 1.20 am 17 Oct- Pakcik yang hantar Mek sampai dari Kelantan. Tanya kabar Mek. Mengerikan gak.berdiri bulu roma aku pagi-pagi buta ni. Rasa bersalah dengan apa yang aku dah buat. Ye la..kalu bukan sebab Mek terpaksa datang sini untuk jaga aku pantang, takde le perkara macam ni terjadi. Semua takdir.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Blog mengumpat?

Betul ke gitu?Sori le ye pada yang rasa blog ni ada unsur-unsur gitu. Ni macam diari hati ku.
Tak baik aku ni buruk sangka kat 'dia tu'. Abang ipar aku yang menokok tambah citer..apepun salute kat dia...punya kalut sebab risau aku dan anak-anak terus nak dtg KL amik kami balik Kelantan. tq. Mek aku sakit lum tahu sebab ape dan dari mana..yang pasti bukan sakit sepital..
Tentang 'dia tu', dia senang ditegur, lepas aku sound dia pasal baju seksi., esok terus dia pakai baju tertutup dan besar yang tak penah dipakainya..laaa..aku ingat memang dia takde baju. Dan satu lagi yang aku tegur hobinya yang suka tido tengahari 2 jam..(mak aku yang suruh pada mulanya, jadi habit lak), terus dia bekerja tak henti2..sian pulak dia.)
Tapi yang aku tak pueh ati, mak mentua aku kata aku kasar ngan dia, rasanya sume arahan aku ade perkataan 'tolong', dan kata2 aku kat dia lagi lembut banding aku cakap ngan adik-adik aku.Hubby aku lak suh cakap ngan dia macam aku cakap ngan mek..adake patut..

Mek...

Ni entri flashback..tak tulis kat sini rasa tak lengkap pulak, blog ni lebih kurang macam tempat aku mengadu.
Mek kurang bercakap sejak 4 hari lepas. Sepatah tanya sepatah jawab..kadang-kadang macam di alam khayalan. Aku ingat dia dah boring terkurung jaga aku pantang. Kebetulan kawan aku datang ke rumah tanya jalan ke rumah kawan yang buat open house di Tasik Puteri. Aku hari ke 41 drive ke sana bawak sume anak-anak, mek n maid. Balik mek cakap penat. Lembap betul aku..aku ingat penat biasa je. Aku bagi panadol.
Esoknya mek masih kurang bercakap, aku tanya nak pergi tak tengok sedare yang sakit tu (yang dapat saka tu) bengong kali kedua aku..bukan tak tau mek aku jenis lemah, selalu terkena benda-benda pelik ni. Aku ingatkan sejak dia makin tua, tambahan dia selalu berzikir, pendinding dia kuat, tapi rupanya...
Esoknya lagi mek mula mintak aku bawak dia gi berubat -bukan berubat kat sepital nih..(selama ni memang dia tak pernah mintak aku buat ape-ape). Mungkin rasa tak tahan sangat sakit tu yang mintak tu. Dalam pada aku dok tepon-tepon mintak alamat tempat berubat sume..mek macam meracau..terketar-ketar mengeluh Ya Allah, Ya Allah macam tahan sakit..(suara macam masuk benda lain) dan terus tak sedarkan diri. Aku terketar-ketar panik call pakcik aku kat Shah Alam. Dalam masa tunggu pakcik dari shah Alam ke rumah aku masanya cuma 1 jam..tapi dek kerana tak tahan rasa sakit dan panas tu mek aku suruh aku gi mintak air penawar rumah uztas..ngangkut la aku anak kecik aku tuh..takde lak ustaz..dia suh lak gi mintak umah ustaz lain .dalam hati aku menderita betul tu mek aku kalu tahap gitu).
Pakcik sampai, carik tiket kapalterbang, lambat pulak flight (mlm). Pakcik amik keputusan nak antar ke Kelantan. Dorang tido kat Manek Urai. Aku lega ingatkan mek dah baik sebab asalnya dia suh di antar terus ke umah tok sedara kami yang pandai berubat benda-benda gini.
Hari ni aku call..mek sakit teruk gak. Mereka kat umah tok sedara aku. Mek tak sedarkan diri 30 minit. Tok kata mek termakan benda..dia kepanasan berputar dalam badan, aku tak berani menuduh, kengerian..Ya Allah..jauhkanlah keluarga ku dari bala.
Aku tertekan, suami ke Syria hari ni, mek takde, yang duduk ngan bibik je. Orang kat kampung dah kelam kabut risaukan aku n anak-anak.

Khamis, 15 Oktober 2009

Mertua vs Menantu

Pernah nonton cerita ni ? (cewah..slang aku dah mcm indon lak..dah ngam kot aku ngan bibik aku ni..hahah)..rasanya dengar tajuk pun orang dah tahu camana jalan citernye..tapi pernah tak terpikir ade menantu yang sanggup pindah saka kat mentua dia. Dah la mentua dia ni baik sangat..(sume orang tak perfect tapi mertua ni memang baik ngan orang..tak pernah sound depan-depan kalu tak suka pun. kalu dengan orang yang dia tak suka pun kalu kita p umah dia..dia tetap layan elok. Siap masak-masak makanan yang sedap-sedap lagi. Menderita la orang tua ni selama 2 bulan tak lalu makan nasik pun. saka yang ada dalam badan menjadikan dia tak lapar dan dahaga. Tubuh yang dulu berisi sekarang daha tinggal tulang..Pergi berubat..sejak balik berubat makin teruk pulak orang tua itu..sampai tak larat angkat pinggan pun. Kemarin aku ngan mak ku gi lawat..sunyiii je rumah tu..kalu dulu berseri dah kemas sekarang rasa suram pulak sebab memang dah berubah langsung keadaan umah tu. Hem..ni cerita orang terdekat dengan ku.Babai

Khamis, 8 Oktober 2009

Ragam orang gaji

(ENTRI NI DAH DIPADAM SEKERAT SBB MENGANDUNGI UNSUR2 18PL)

Pastu..dah ada orang gaji ..lainla pulak masalahnya..aku jadi serabuttt je tengok dia walaupun umah dah terurus sket.(sket je..dia bukan rajin sgt buat keje. Kena ketuk selalu)..Mak aku pulak layan dia dengan baik. Skit2 suruh makan..sikit2 suh makan..macam anak sendiri..Aku pun baik gak kiranya tapi takdele baik gitu..cuti raya siap bagi seminggu cuti..

Tapi budak ni tak sedar diri betul..baru 3 minggu keje dah wat perangai...asal time tertentu ,dia pakai minyak wangi pening satu umah..gila betul budak ni..berderau darah aku..ingatkan dia memang wangi sentiasa..tapi nampaknya memang nak wat hal.. sikit2 sikat rambut sikit sikat rambut..asyik duk tengok cermin je..wanginya mak ai...dok ruang tamu pun leh pengsan..

Rabu, 7 Oktober 2009

Pengalaman ngeri..

1 Sept..
Sakit perut yang amat..(memang sakit perut sentiasa dah 3 minggu) tapi kali ni memang dapat rasa masa bersalin dah nak tiba.

2 Sept
Kul 12mlm gi sepital swasta..reject sebab katanya jalan tak bukak punn..mungkin baby ade problem..nak call doktor takut tengah sibuk nak bersahur..dia suh gi sepital Selayang..cek sana..dah 1cm. Aku mintak nak balik rumah..(padahal aku nak ajak suami gi operate sepital swasta..)hehe..aku memang jenis tak tahan sakit la..suami wat derd sambil gelak2..anak dah 3 pun macam ni tak berubah-unah gak katanya..(memang aku dari anak pertama asik mintak nak operate jer..truk kan...)..Puisi Ratih tu aku eksen je..

So balik umah mentua ..sakit tak tahan ..makin rancak...tadi discharge kul 2..aku ajak hubby gi sepital semula kul 5 pagi.Buat malu jek..

Adoi mak aii..sakit nak bersalin kali ni le yang paling sakit banding dulu-dulu.
Dah le dah 5 cm..aku masih dok kat kerusi..katil penuh..nyesalnya tak gi sepital swasta awal2..(Sebenarnya aku memang tak tahan tanggung kesakitan untuk perjalanan yang jauh ke sepital yang aku book awal2 tuh), dah 5 cm gini..ngan suami takde kat tepi nak tolong..sulitnye kurasakan.

Kul 8 pagi..tanpa amaran..tanpa pecah ketuban tetiba nak terbersalin..kelam kabut depa tolak ke labour room..hubby baru tinggal bilik menunggu 5 minit..tak sempat pun tengok aku ditolak ke labour room..baby dah kuar..cepatnya.Alhamdulillah..

Tapi yang amat terkilannya..lepas kuar baby bidan dok ralit borak2..tak kuarkan uri terus..lekat uri..sampai 4 doktor cuba kuarkan tak berjaya gak..sebelum doktor, bidan tu kuarkan tak berjaya..ape taknya..suh aku selawat dorang dok borak..lain pengalaman masa kat swasta dulu doktor pakar terus kuarkan uri sambil berselawat tak henti2. Doktor senior marah-marah sebab bidan lambat-lambatkan kuar uri..aku terpaksa ke bilik pembedahan..elok-elok bersalin normal..kena pulak epidural (bius separuh badan).tapi takleh gak...aku rasa sakit gak..bius lak seluruh badan..humang ai..komplikasinya dah tentu le menyakitkan hati aku..tapi syukur aku selamat. Ni mungkin balasan dosa-dosa aku le. Pasrah saja.

Badan takleh nak gerak langsung sampai 5 jam. Lepas 5 jam pun aku masih lemah ngan wayar cucuk sana sini. nasib baik baby tak menangis...

Cerita sebulan lepas...sekarang dah sihat..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Ragam budak-budak



Hi...umur syaya dah sebulan..
Pejam celik pejam celik dah sebulan masa berlalu. Muka baby dah makin berisi dan badan dah makin panjang..hampir tak perasan proses pembesarannya. Alhamdulillah..dah nak abis perintah berkurung..rasa pening lalat dok berkurung kat rumah aje..aku jenis yang suka berjalan..abis je pantang nanti rasanya drive terus balik Kelantan..sementelah hubby akan pergi jauh dari kami sekeluarga.huhu..sedey..kena tinggal..





Ha..tiap hari ni la kerja dorang..celik mata je nak bukak laptop...orangnye pendek2 lagi..jadi laptop kena letak bawah untuk megelakkan kemalangan (jatuh dari kerusi..biasala tu..)..Si abang dah mahir menggunakan laptop..nak main game ke ape..tak menyusahkan aku lagi nak suh tekan tu tekan ni..ringan sikit keje..sekarang ni dia ralit main game..adiknya pulak tak berani kacau..hanya dok perati je abang dia main. Adik ni bukan main takut lagi dengan abang dia..kalu aku dok depan laptop berani la dia sibuk tekan-tekan keyboard jugak..kalu abang dia yang kat depan laptop tu..bukan main baik lagi..tengokkkk je.


Tengok ..pada hari yang sama..adik dah 3x mandi dan tukar baju..abang masih lagi baju sama..dok ngadap laptop..tu je kejenya..senang hati bibik..rilek je tak payah melayan anak-anakku.

Masalah bagi aku pulak..takde peluang langsung nak pegang laptop..nak chat pun kejap-kejap je..ei...lawan tokey betul.buring la kalu tak chat atau surf internet.


Ahad, 27 September 2009

Cinta...pentingkah..?

Aku teringat perbualanku dengan seorang pakcik semasa menghantar adikku yang patah tangan mengurut di Kg Padang Siam Tanah Merah Kelantan. Pakcik tu dah agak tua..gigi semua dah tanggal..memang dah takde gigi langsung.

Selepas berbual beberapa ketika..Dia bertanya, "Mek..(panggilan untuk orang muda Kelantan)..kenapa isteri pakcik tak sayangkan pakcik ye...Pakcik dah bagi semua dekat dia..nak duit bagi duit..bahkan semua duit gaji pakcik bagi dekat dia..yang herannya..kenapa orang lelaki yang jahat.isteri cukup sayang padanya...contohnya jiran pakcik..suaminya hisap dadah..tak kerja..isterinya kerja dan bagi duit untuk suaminya. Heran betul orang perempuan ni ye..". Wajahnya begitu sedih..walau pun dia tersenyum tetapi nampak kesedihan di dalam matanya.

Aku menjawab, "Mungkin pakcik tak menjaga hatinya, tak ambil endah pasal saudara maranya kot...."

Dia membalas., "Mungkin la..memang pakcik macam tu.."

Kami menyambung perbualan kami..tapi ada ketika terganggu oleh makcik yang duduk semeja dan ghairah bercerita tentang dirinya. Perbualan tentang masalah cinta pakcik tu tamat begitu saja.

Apa yang akui ingin ketengahkan...begitu pentingkah cinta hingga pakcik yang ku agak umur 60an kelihatan begitu sedih bila bertanyakan soalan itu. Ada orang berpendapat cinta antara suam isteri tidak penting. Ada orang yang terus terang mengaku tidak cintakan isterinya 100% dan mengatakan bahawa semua orang yang berkahwin sekarang memang tidak cintakan isterinya secara total.

Mungkin ada yang menganggap pakcik tu "gatal", tapi percayalah perbualan hari tersebut memang takde unsur-unsur gatal sikit pun.

Apa yang aku dapat simpulkan, cinta memang penting dalam perkahwinan, dan sekaligus menyanggah pendapat orang-orang tertentu yang menganggap cinta tidak penting langsung dalam sesebuah perkahwinan. Macamana agaknya hidup tanpa cinta, dan menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa cinta. Mampukah pasangannya hidup tanpa cinta?
Kerana..tanpa cinta.. bibir tak mampu ukirkan senyuman, hati tiada rasa kasihan, tiada perasaaan rindu, tiada gurau senda, pentingkan diri sendiri dan macam-macam lagi. Rumahtangga mungkin sunyi..Sedangkan dengan kawan kita mampu merasai semua di atas..tetapi jika tanpa cinta semua perkara di atas tidak boleh di buat-buat.

Arghh..entah apa aku merapu ni entah.

Jumaat, 25 September 2009

Teman lama

Syawal ini merupakan Syawal paling manis..sebabnya..dapat jumpa teman lama...(Dr Diana) yang berkunjung ke rumahku semalam. Dia datang bersama anaknya, family kakaknya, adiknya dan ayahnya..fuh..sib baik gak aku masak makanan berat iaitu mee sayur, cekodok dan pencuci mulut..(dengar je simple tau..tapi masakan aku dapat pujian...ceh..perasan..) hilang penat lelah memasak bila tengok semua makanan abis..hehheheheh.Tapi, dek busy dan asyik bersembang lupa pulak nak amik gambar ngan dia..Dia masih sama macam 15 tahun dulu..kiut dan kuat ketawa..anaknya pun sebijik macam dia..rupa dan gayanya yang banyak celoteh..

Berita sedih..Dr Diana baru saja kehilangan ibunya Julai lalu...akibat kencing manis. Beliau meninggal pada usia 70 tahun. Rasa bersalah pulak aku sebab tanya pasal ibunya..dan membuatkan dia nangis sekejap. AlFatihah untuk ibunya..

Erm..untuk Za..jangan lupa janjimu nak datang November ni ye..dan untuk Ira..balik Mesia nanti jangan wat-wat lupa...KLIA tu dekat je ngan umah aku..Kak Jie..bila la dapat bersua..

Selamat Hari Raya .Maaf Zahir Batin.

Isnin, 21 September 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari perantauan...Hari Raya tahun ni tak balik kampung sebab dalam pantang...dan mungkin lepas ni pun akan jarang balik beraya ke Kelantan lagi kerana ingin menyambut Hari Raya bersama suami.OOO..sempena Hari Raya ni..aku nak tempek gambar juadah yang aku masak sendiri untuk sambutan Hari Raya tahun ni..wah..salute kat diri aku sendiri kerana walaupun masih lagi dalam pantang hari ke 18..berjaya jugak aku buat masakan ni...Orang lain tempek gambar keluarga berhari raya tapi aku tempek gambar masakan..nak bergambar keluarga memang takde peluang la sebab hubby pagi-pagi kul 6.30 pagi dah cabut ke rumah ibunya dan balik pukul 1 tengahari kerana ingin menemankan ibunya yang beraya seorang diri.


Ni ketupat daun palas..bukan aku yang buat tapi ibu tersayang..kalu aku buat jenuhla nak membungkusnya..mesti lenguh tangan..ni pun tangan dah lenguh-lenguh kesan mengacau rendang..Juadah ni sajalah yang laku untuk tetamuku yang dua-tiga empat kerat tu..maklumla bukan senang nak jumpa ketupat daun palas ni..ramai orang tak rajin nak membungkusnya.



Ni kuah kacang yang dimakan bersama nasi impit..resipinya aku dapat dari internet..kalu ada masa aku letak resipinya sebab rasanya sedappp..mendapat pujian daripada kakak iparku yang cerewet makan..cuma tang kacang je terlebih hancur..



Ini rendang daging..walaupun rupanya takdele cun sangat tapi rasanya boleh tahan..tapi kami orang Kelantan kurang sikit selera ke arah rendang atau makanan berlemak ni..(mungkin keluarga kami saja)..dah dua hari raya tapi rendang ni masih tak luak-luak..aku buat ni pun sebab suami yang suruh bua sampai 2 kilo daging..katanya kawan dia nak beraya ramai-ramai ke rumah kami..pulun la aku buat sampai tak cukup rehat..hanya satu keluarga saja yang datang..tu pun dorang bukannya nak makan sangat rendang sebab umah dorang pun ada benda alah ni..
Hem..tahun lepas aku masak rendang ayam..belum masak lagi adik beradik aku dah ambil lauk atas dapur sebab tak tahan bau sedap..belum habis sehari raya dah licin ayam ..(2 ekor je..)nampaknya tahun depan kena masak rendang ayam baru laku.
Hai rendang..rendang..nasib kau la..nampaknya buang jugak la nampaknya rendang ni nanti..membazir tapi takde pilihan..nak bagi orang , mana ada orang beraya dekat-dekat umah ni..semua balik kampung.


Sabtu, 12 September 2009

Hari ke 11

Fuh.... hari ke 11 yang mencabar....agaknye tu la yang difikirkan oleh si kecik ni...antara ketiga-tiga anak ni.yang ni paling 'berjurus'..nak kasi maknya rehat..tido 2 jam..bangun menyusu..nyusu pun kejap aje..tak sempat rasa sakit pinggang sangat...leh la rehat sikit...yang agak mencabar sikit..tiap hari kena bawa ke klinik untuk test penyakit kuning...kesian jugak tengok dia yang kecil..maklum 2.46kg je kena amik darah tiap hari...aku yang tua ni pun kalu nurse nak amik darah seriau jugak walaupun cuma sekali sebulan....

Raya dah dekat ..orang lain sibuk wat kuih raya...bini nye la..berlainan ngan aku..hubby lak sibuk wat kuih raya...ade biskut suria pagi, biskut nescafe dan biskut telur....dah berbalang kat dapur...semua resipi bondanya..aku lak..maleh.... Harap-harap takde le menitik air bendasing dalam kuih tu sbb pakai singlet....

Ni la rupa dua beradik ni sejak aku dalam pantang....lasak sungguh..,,hafiy selalu amik peluang untuk mencucuk-cucuk kepala baby akif, ezzam pulak mungkin sebab dah besar..nampak macam sayang kat baby...berlainan ngan respon dia masa hafiy lahir....kepala hafiy pun sempat lagi dia curi-curi tendang..sekarang ni Alhamdulillah....dengan adanya bibik dan mak, kehadiran mereka sangat membantu...heheheh







Isnin, 7 September 2009

My new boy..




Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengantitisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….
Maafkan ibu
Percayalah nak,
ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati







Selasa, 1 September 2009

Ni pulak gambar bunga ros kat laman depan..heran betul ngan pokok ni...aku la orang paling malas siram pokok bunga dan membaja bunga ..alasan tipikal...takdak masa..lepas tak disiram beberapa lama..2,3 bulan..pokok ni akan berbunga dengan banyak..heran ke tak heran,,aku ingat ni memang peel bunga ros .best jugak ade pokok gini...takyah jaga..tapi sekali berbunga mak ai..banyaknya..cantik..

Hem..hari ni saje je upload gambar anak-anak..atas permintaan Za..sori le yea yang kedua tu seksi skit..sebab baru je tido..kedua-duanye mengetest baju raya la konon..tapi lepas tu terus tertido..maklumla pakai baju baru..senang je tidonye..kalau tak berguling-guling dulu 2 jam baru tido..Mereka ni masa tido macam ni la..saling bertepek..kalau masa jaga yang abang selalu meluku yang adik..tak tau nak buat macam mana..jangan diusik mainannya...kena la nanti si adik..wah..dah tau guna 'gigi biru' ni lepas ni bayak la gambo-gambo yang akan ke udara, sorile yea..selama ni tau guna infra red je..yang remeh skit tak reti..

Jumaat, 28 Ogos 2009

Alhamdulillah....

Alhamdulillah..berbanyak-banyak syukur kepada Allah..

Syukur yang pertama kerana aku berjaya puasa penuh tanpa pitam-pitam walau pun selalunya hari biasa aku asyik pitam je..mungkin sebab cuti sekolah..badan pun tak rasa penat..Pelik jugak sebab masa berbuka makan nasi sikit saja dan kadang tak makan nasi langsung..masa sahur pun makan quacker oat je...bukan sebab malas masak..sebab kedua-dua anak-anakku sakit ..dapat penyakit tangan kaki dan mulut..

Syukur yang kedua sebab sempena 7 hari berpuasa ni..anak-anakku sihat dan bebas sepenuhnya dari penyakit kaki tangan dan mulut..masa mereka sakit..tuhan saja tahu sedihnya sebab mereka asyik menangis dan tak dapat makan kerana mulut penuh dengan ulser...malam pun pasti berjaga dari pukul 2 pagi sampai keesokkan harinya..adoi..letihnya..tapi aku paham la..sebab mereka sakit...aku yang tua ni kalau ade sebijik ulser dah rasa sakit sangat..dan dalam pada masa yang sama adik di Politeknik tengah sakit berterusan selama 6 hari..tuhan saja yang tahu harunya hati aku sebab serba salah...anak tak boleh tinggal di taska ,takut jangkitan..dan adik pulak sakit minta di jengukk..tambahan Politeknik tersebut dengarnya ramai juga yang terkena jangkitan H1N1 .

Syukur yang ketiga..aku dapat jugak gi ambik adik aku kat Politeknik , bawak gi klinik..letak kat rumah..dan sekarang dia dah sihat...Nasib baik demam biasa sahaja...

Hari ini dapat berbukak puasa dengan gembira..ade budu..petai jering..ada mak sekali yang baru sampai dari Kelantan..

Hehhehe...Selamat Berpuasa..

Ahad, 16 Ogos 2009

Sembang-sembang

Penat betul hari ni...hari ni sempena hubby ada di rumah..aku ajak dia pegi survey tempat untuk bersalin..pening betul..perut dah nak meletup..tapi lum jumpa tempat sesuai lagi..hospital yang aku suka doktornya lelaki la pulak...yang tempat satu lagi tu pulak..mahalnya..tak berbaloi rasanya ngan nurse tempat receptionist dah tak mesra pelanggan..tempat satu lagi pulak..aku dah try..ade ke wad bersalin dok tingkat atas..ibu2 baru bersalin turun kot tangga,...hish..

Untuk bersalin hospital kerajaan aku rasa berat sikit..pengalaman semasa bersalin anak sulung memang pahit...huhuh..seminggu aku dok nangis teringat layanan dorang kat aku..macam pelarian Maynmar je dia buat aku..sedey betull..aku bukannya banyak duit sangat nak labur kat hospital swasta tetapi teringat pengalaman tu buat aku serik..

Lepas balik survey hospital..masak..anta adik balik ke Politeknik..adoi..bertambah pening aku...adik aku mintak laptop la pulak..macam mintak cekelattt je..

Teringat saman laju yang belum dibayar ..melayang RM300..,huhu..banyak betul fulus terbang bulan ni...tapi takpe gak..tq abang polis...peringatan untuk aku supaya tidak memandu laju lagi. (ye la tu)...kalau lambat ke sekolah terpaksa le tekan minyak...

Rabu, 12 Ogos 2009

Don't copy if u can't paste

A popular motivational speaker was entertaining his audience. He Said : "The best years of my life were spent in the arms of a woman who wasn't my wife!" The audience was in silence and shock.

The speaker added: "And that woman was my mother!"*Laughter and applause.

A week later, a top manager trained by the motivational speaker tried to crack this very effective joke at home. He was a bit foggy after a drink. He said loudly to his wife who was preparing dinner, "The greatest years of my life were spent in the arms of a woman who was not my wife!" The wife went; "ah!" with shock and rage. Standing there for 20 seconds trying to recall the second half of the joke, the manager finally blurted out "....and I can't remember who she was!"By the time the manager regained his consciousness, he was on a hospital bed nursing burns from boiling water

Moral of the story: Don't copy if you can't paste!

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1

Email dari seorang Hamba Allah..

"High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman.

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second stage
Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.Critical lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung.
Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antiviral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ,sampai dia cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma boleh tengok dia dari cermin...tak boleh masuk dalam bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuk...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alQuran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...all the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yang most of the doctors still young . The oldest doctor in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah Baru balik klinik kerajaan td, mmg dah tau klinik swasta terus tolak pada kerajaan juga akhirnya! mmg ramai orang, tp kena byk2 bersabar!"

Sangat tak sangka macam ni teruk sekali kesan H1N1..Ngerinye...rasa nak pakai mask sekarang jugak..Nauzubillah untuk seluruh keluarga ku, semua orang lain...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Hari Kokurikulum..


Kengkawan tekun buat keje sempena Hari kokurikulum sambil diperhatikan oleh big boss....

Doa minta dijauhi wabak penyakit

"Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat; dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana. Dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."

Keseorangan lagi..

Malam ini untuk kesekian kalinya aku tinggal sorang (ngan anak2 je)..suami outstation lagi..kali ini ke Kuantan 3 hari...bosannya hidup macam ni..suami asyik outstation..gilir-gilir ke Sabah , Sarawak dan Kuantan..3 hari..3 negeri..macam ade 3 bini lain le pulek....sabo sabo...

Selepas 6 bulan....

Banyak benda yang berlaku dalam 6 bulan ini..dan banyak sebab kenapa aku tak update blog ini...busy yang teramat sebenarnya..dan letih yang teramat dengan kerja, anak2 yang tengah lasak dan keadaan diri yang tidak berapa sihat.
Yang paling tragis..4/7/09 jam 10 pagi aku kehilangan datuk yang tersayang..yang memeliharaku dari kecil..dan yang paling terkilan..tak sempat melawat masa dia sakit tenat..dan tak sempat menatap wajah arwah untuk kali terakhir..
Aku hanya sampai pada sebelah malamnya..(geram dan kesal di hati hanya tuhan yang tahu)Ibu ada menceritakan bahawa wajah arwah berseri-seri dan badannya masih panas walaupun sudah lama meninggal..tetapi mayatnya lembik.Mengikut kata orang-orang tua, mayat lembik maksudnya ada ahli keluarga yang bakal mengikut jejak langkah arwah..
Tak sampai 2 jam ibu bercerita hal itu..kami mendapat berita bahawa adik bongsu datukku pula meninggal (3/7/09 jam 3 pagi)..Aku yang keletihan bercadang untuk melawat pada pagi esoknya..tapi malangnya..disebabkan satu perkara..aku tak sempat juga menatap wajah datuk saudaraku yang agak rapat denganku untuk kali terakhir..(geram, sebak dan kesal bercampur baur dalam hatiku)..Aku hanya menenangkan hatiku dengan beristighfar banyak-banyak.dan sedekahkan al-Fatihah untuk arwah...hatiku yakin kejadian ini ada hikmahnya..aku hanya mampu memujuk hatiku begitu..
Dan semalam..5/8/09..pukul 440 petang..genap sebulan pemergian datukku, abang atau datuk saudaraku yang sulung pula meninggal..aku terkedu..mereka pergi sekaligus..tiada lagi warga emas yang rapat dalam keluarga kami..cuma tinggal seorang lagi adik beradik mereka yang tidak begitu rapat.Mereka bertiga bagaikan sehidup semati..kuasa Allah..yang hidup pasti mati..Al Fatihah...yang pasti..pemergian mereka bertiga memang meninggalkan kesan yang amat mendalam di hatiku..

Selasa, 24 Februari 2009

Bestnye..
















Terima pic daripada hubi kat Syiria..nak eksen la tuh....bila la aku leh jejak kaki dalam salji ni....tenung-tenung pic ni..kelakar lak nengok yang kat tengah tu..bukan main dongak lagi...