Selasa, 28 Disember 2010

Tempat jatuh lagikan dikenang

Warkah dari Ahnoosh via FB
PN. maafkan saye sekiranya saya melukakan hati cikgu.plz forgive me if I had make u feel disopointed u r a great........... teacher for me.tolong ampun dosa saye cikgu.. hopefully cikgu ade contact dng saye lagi.. saya harap cikgu bahagia di skolah baru dan ingat kami di sini juga... i love u teacher i really asking forgiveness frm u.sivik yg cikgu ajar masih saye ingat .saye akan patuhinya tanks alot for teaching me in the huge sound of people..Cikgu saye pernah juga marah akan cikgu disebab kan org lain maybe u kno tat so forgive me i love u......DONT FORGET ME tanks 4 d patients..mizz u

Best kan kalau anak murid menghargai kita macam ni. Rasa puas tak ternilai dengan apa2 pun.

Jumaat, 24 Disember 2010

closer to heaven -unconditional love





Menangis tengok Korean movie kat atas. sob sob..sedih giler..kalaulah suami / isteri boleh mencintai pasangan tanpa syarat macam watak2 dalam cerita ni, alangkah bahagianya. Cinta sebab lahiriah akan pudar ditelan waktu..er..tu cinta ke atau ape?
'do u love me?'
'no, i dont really love u'
Hampeh sungguh pebualan itu. Yang tu memang terang2 bukan cinta. Sebab manusia hanya boleh melafazkan cinta bila dia benar2 cinta. Malang sungguh perempuan itu.

Selasa, 21 Disember 2010

Bagi penampar je boleh?

2 situasi sama , 2 orang berbeza , sama jantina

Kes 1

abg polis : kenapa kau tak pakai tali pinggang keledar?
pesalah : sebenarnya..saya selsema hari ni encik.....(wat muka sedih)
abg polis : aku benci betul la orang macam ni! Dah! Jalan! Jalan!
Pesalah berlalu ngan muka happy sebab tak kena saman

Kes 2
abg polis
: kenapa kau langgar lampu merah tadi?
pesalah : la..abang pikir la kalau saya tak langgar tadi...(bla bla bla bla bla ...yang tak
berpenghujung)
abg polis : Dah, dah, dah la! Tak pernah aku jumpa orang cakap banyak macam kau ni.
Jalan,jalan!
Pesalah tersengih macam tak bersalah dan terus berlalu ngan keta buruknya.

* Sape kata lelaki tak cakap banyak?

Rabu, 8 Disember 2010

Kampung

Baru kembali dari kampung..
Bahagianya dapat menghirup udara kampung, bau hutan yang segar..bagi yang tak tahu, aku suka ngan hutan sebabnya aku membesar dalam hutan bersama monyet lotong mawas semua.

Terimbau..
Dulu masa umur 4-6 tahun bersiar2 di celah-celah bukit seorang diri, cari kelubi, cari buah salak, (tu la jajan aku) perkara biasa. Merentas 2, 3 bukit,ikut kakak aku, menyusur anak sungai cari anak udang, dapat 10 ekor ,bakar, enaknya bau udang bakar . Sampai sekarang pun tak boleh lupa bau tersebut. Tu la cara aku kenal udang, kalu tak sampai ke sudah tak kenal rupa udang tu camne.
Tapi kami tetap happy sebab dok bersama ibu bapa.

Sebaik sampai kat rumah mak, Ezzm bukan main gembira (padahal dalam keta pening2 menangis sepanjang jalan) . Dia melompat-lompat, seronok, sambil cakap suka dok situ,,,wah..belum apa-apa dah cakap suka dok kampung. Mak senyum lebar.

Dulu ....masa balik Raya Cina rumah tu tak ceria sebab lama kena tinggal. Rumput panjang, tanaman habis kena makan kat kamben, rumah banyak serangga..macam Jumanji, kejap kuar serangga tu kejap kuar serangga ni.

Sekarang...rumah ceria sungguh. Aku rasa ringan je kepala otak tengok tanaman penuh keliling rumah. Anak2 suka melompat berlari sana sini sambil kadang2 kerenat kat ikan tepi sungai, baling2 batu.

Dah lama tak rasa suasana begini. Petang2 keluar duduk kat laman, sambil makan-makan, (nasib baik adik perempuan aku rajin masak dan hidang hehehe....).Borak2 satu keluarga. Hb pun tak kuar ronda2 macam selalu. Dok rumah je dia. Suka aku tengok.. atau dia tak bosan sebab internet dah ade? Ape-ape je lah. Yang penting dok umah ngan aku.

Paling aku happy sebab dapat luangkan masa ngan kakak aku, penggembala kamben paling bergaya dalam daerah tu. Selalu bila aku balik, hb dia pun balik dari Kedah, jadi sama2 bz. Ade ke orang gi selenggara kamben pakai skirt (labuh) ngan muka mekap? (Tipis je ..jangan ingat macam artis pulak) Dia la...satu2 nya kakak yang aku sayangi. Orang paling kuat semangat dalam keluarga kami-surirumah yang pandai masak, peniaga, satu-satunya penggembala kamben kat daerah tu, takde dah orang lain yang ade kamben sebanyak tu kat daerah tu kami, aku rasa la...Umur dah 37, tapi orang kata aku kakak dia.. (maksudnya aku umur 40 la..?cett!!).
Hb selalu cakap kat aku, kenapa tak jadi macam Kak Ani? Admire sungguh dia kat kakak aku.

Ezzm n Hafy memang seronok dok kampung , kalu tanya mesti tak ragu-ragu jawab, "Nak dok ngan Mok"

Masa balik, Hafy yang tak berapa reti bercakap.."Ayah...nanak..." (maksudnya taknak balik Kl la tu..) Mana tak boringnya dok sini, ayah dorang tak bagi kuar rumah, dok dalam rumah je kami anak beranak kecuali kalu kuar guna keta, kalu kuar jalan2 pakai kaki, kem salam...

Aku rasa kalu dok kampung aku tak perlu gi bercuti mana2 pun. Duduk kat rumah je rasa best yang amat. Balik Kl, baru je masuk rumah rasa sesak je nafas, heheh..satu petanda yang tidak baik. Hish..tak baik aku ni...mesti selalu pikir yang positif saja untuk kebaikan keluarga.

Jumaat, 3 Disember 2010

Tluk Batik

Ketar lutut rasanya tak berinternet. Kena gak berinternet/blogging sementelah la face book pun dah muak. Aku abadikan gambar2 untuk kenangan anak2 bila dorang besar nanti.

Dah 2 kali ke Tluk Batik, ish..bila la pulak nak lepas ke Pangkor ni?


Akif takut ombak, asal dukung je menggelepar takut bawak
ke dalam air.
Hijau..camni le saya suka
Dalam tu leh wat jungle trekking. Rasa nak pegi je. Dah lama
tak cium bau hutan. (heheh.padahal tiap hari balik sekolah lalu hutan)


Dalam bilik baru nak mandi, siap takmo bila diajak keluar

Selasa, 30 November 2010

Sebab musabab

Kenapa saya asyik posting / tiru tazkirah shj sepanjang 2 minggu ni?
Bukan hendak tunjuk baik, cuma sebagai peringatan, kadang saya banyak melalut.
Artikel sepenuhnya dari Langit Ilahi yang mana kadang2 nak cari semula artikel yang saya suka tu susah yang amat, sebab entrinya banyak, saya tak reti cari, jadi langkah selamat saya terus save /post kat sini.

Terus pulang kepada Allah

Dari langit ilahi

Semasa saya menulis artikel ini, saya baru pulang daripada Masjid Jami’ah(Masjid Universiti dalam BMnya), masjid utama di Irbid ini. Solat Jumaat.

Satu perkara yang menyebabkan saya menaikkan nama Masjid Jami’ah pimpinan Sheikh Ma’mun di Irbid ini itu pada kali ini adalah kerana tadi semasa saya Solat Jumaat, ada sesuatu yang mengetuk pemikiran saya, menyentuh hati saya.

Khatib tadi adalah Sheikh Dr Abdullah Juyushi, pakar Al-Quran di University of Yarmouk. Bukan hendak menyatakan apa yang disampaikan. Tetapi saya hendak menyatakan apa yang berlaku. Keadaan di sini. Dan apakah yang berjalan sepanjang Khutbah dan Solat Jumaat tadi.
Untuk saya, guru-guru saya di sini, berjaya menunjukkan sesuatu yang memukau jiwa.

Satu perkara pada tahun ini yang berlaku adalah, Hujan lama tidak turun. Ya, walaupun dinamakan sekarang musim sejuk, sejuknya tidak seberapa. Menambah ketidak bestannya untuk umum, hujan tidak turun membasahi bumi buat sekelian lama. Sudahlah ketika musim panas memang tidak akan ada hujan, bila tiba musim sejuk, hujan tidak turun kerap pula.
Ini menyebabkan mereka yang menguruskan tanaman di sini kesempitan. Dengar kata, ianya juga menganggu ekonomi negara. Jordan sudahlah tanah gersang, hasil tanahnya juga amat sedikit, maka apabila jadi begini, makin teruklah keadaannya. Itu belum dikira kesempitan air di sini, yang akan bertambah sempit sekiranya semua ini berlarutan.
Berbanding tahun-tahun yang lalu, hujan turun agak kerap.
Tahun ini, Jordan agak gersang.

Jawapan saya
Jujurnya, setiap kali persoalan: “Kenapa tak sejuk ya?”, “Kenapa tak hujan tahun ni ha?” muncul, saya akan menjawab: “Tu la, ekosistem dah rosak. Makin tahun, makin teruk. Ganggu cuaca dan sebagainya.”

Saya menjawab secara saintifik, logik mengikut apa yang berlaku.
Tetapi tadi, di dalam Masjid Jami’ah itu, perkara yang berlaku adalah berbeza dengan jawapan saya. Yang menyebabkan saya malu dengan jawapan saya. Yang menyebabkan saya hanya menunduk sepanjang khutbah tadi, sedang suara Sheikh Dr Abdullah Juyushi bergetaran menahan sebak semasa khutbahnya.
Hati saya bergetar.

Apakah yang berlaku?
Isi khutbahnya
Sheikh Dr Abdullah Juyushi membawa tajuk “Istaghfirullah” atau dalam BMnya, “Beristighfarlah kepada Allah.” Dan yang menyebabkan saya rasa malu adalah, dia mengajak masyarakat di Jordan ini bertaubat kepada Allah, sentiasa beristighfar kepada Allah, kerana KEMUNGKINAN HUJAN YANG TIDAK TURUN INI ADALAH KERANA DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT JORDAN.

Seluruh khutbahnya tadi berpusat kepada itu. Menyatakan bahawa sekiranya penduduk satu kawasan itu benar-benar bertaqwa kepada Allah, menjauhi laranganNya, tidak akan ada apa yang datang melainkan semata-mata kebaikan sahaja. Tetapi sekiranya kita melakukan kemungkaran, maka Allah akan memberikan azab seksa, kesusahan, atas sebab apa yang dilakukannya.

Sheikh Dr Abdullah Juyushi membaca ayat ini:
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Surah Al-A’raf ayat 7.

Sepanjang khutbah, Sheikh Dr Abdullah Juyushi mengulang hal istighfar, mengajak semua memuhasabah dosa yang dilakukan, dan mengajak semua bertaubat kepada Allah agar Allah mengangkat semua permasalahan ini. Mengingatkan bahawa hujan adalah milik Allah, dan siapakah yang akan menurunkan hujan jika bukan Allah SWT? Maka bagaimanakah hamba Allah yang bermaksiat kepada Allah, hendak meminta hujan kepada Allah SWT?
Akhir khutbah pertamanya, dia membaca satu syair yang panjang, menyatakan pengaduan seorang hamba yang berdosa, dan seksa yang Allah turunkan kepada hamba itu, dan bagaimana hamba itu merayu kepada Allah, bertaubat semula kepadaNya, meminta diangkat segala bala dan bencana. Sheikh Dr Abdullah Juyushi membaca syair itu sambil menahan sebaknya. Getar suaranya jelas kedengaran.

Membuatkan saya teringat semula kepada jawapan saya apabila ditanyakan berkenaan cuaca, keadaan Jordan tahun ini.

Saya malu.
Sedikit pun hal ekosistem tidak disebut oleh Sheikh Dr Abdullah Juyushi tadi.
Pertama sekali adalah - Pulang kepada Allah. Allahlah pengawal ekosistem. Allahlah yang mengawal cuaca, menurunkan hujan, memberikan bencana, mendatangkan kesukaran, dan menghadiahkan kesenangan. Allah, dan hanya Allah.

Ketika Solat Jumaat
Solat diimamkan oleh Sheikh Ma’mun, boleh diktakan sebagia pemimpin Masjid Jami’ah itu. Selepas ruku’ rakaat kedua, Sheikh Ma’mun membaca doa memohon hujan.
Apa yang mengharukan saya adalah, permohonannya yang bersungguh-sungguh. Seakan manusia itu tidak punya kudrat langsung. Dia berdoa agar Allah memandang kami, dan tidaklah mengambil dosa-dosa kami sebagai sebab tidak menurunkan hujan ini. Dia meminta ampun agar Allah mengampunkan kami, dan meminta agar Allah tidak marah atas perbuatan orang-orang yang bodoh(ingkar kepada Allah) dari kalangan kami. Dia meminta agar Allah menurunkan hujan, menyuburkan tanah. Dan dengan rendah diri, Sheikh Ma’mun berdoa agar Allah menerima doa kami dengan mengharapkan Allah memandang orang-orang soleh dari kalangan kami, dan amalan-amalan soleh yang kami pernah lakukan.

Ketika inilah saya bertanya diri saya. “Apa amal soleh aku?”
Dan saya hanya nampak dosa.
Malu. Mungkin aku penyebab Allah tidak menurunkan hujan? Perasaan itu muncul, menyebabkan saya rasa teramat kerdil. Mati-matian saya mengaminkan doa tadi. “Ya Allah, jangan kerana dosa aku, Kau hentikan rahmat pada masyarakat ini. Terimalah doa Sheikh Ma’mun itu.”
Sungguh, terasa kerdil. Bahkan malu. Melihat bagaimana guru-guru saya pulang kepada Allah sepenuhnya. Timbul persoalan di dalam diri saya.
Aku bagaimana?
Muhasabah.

Penutup: Kita jarang meletakkan Allah yang pertama
Akhirnya, kadangkala dalam usaha kita menyebarkan kebaikan, apatah lagi dalam kehidupan kita yang melalaikan, kita jarang meletakkan Allah di tempat yang pertama. Kita jarang menjadikan Allah rujukan pertama kita. Lebih kelakar, hatta dalam keadaan bermasalah, biasanya Allah bukan yang pertama kita cari.
Saya malu. Ini realiti.

Ya Allah. Aku khilaf. Jauh daripadaMu.
Ya Allah, rahmatilah guru-guruku yang menunjukkan contoh kepadaku.
Rahmatilah bumi Jordan yang memberikan banyak pengajaran kepadaku.
Rahmatilah pembaca-pembaca Langit Ilahi, dan jadikanlah mereka hamba-hambaMu yang terbaik.
Dan rahmatilah aku, jadikan aku hambaMu yang rapat dan sentiasa pulang kepadaMu.
Amiiin.

Khamis, 25 November 2010

Wanita

Satu lagi artikel menarik dari Hilal Aysraf http://ms.langitilahi.com/

Berkongsi, berkenaan keadaan perempuan yang tercedera.

Anggap lah apa yang saya kupaskan ini, sebagai muhasabah.
Sebab hakikatnya, saya rasa bertanggungjawab dengan kamu wahai perempuan.
Kerna kamu akan melahirkan generasi hadapan. Kalau kamu rosak, maka yang mendodoikan buaian anak adalah mereka yang tidak mengamalkan Islam secara benar, dan apakah yang akan terjadi dengan anak di dalam buaian?

Saya risau dengan keadaan kalian sebenarnya wahai perempuan.
Kerna saya lihat kalian ini tercedera.
Tahukah kalian siapakah perempuan yang tercedera?
Itulah perempuan yang telah meninggalkan peranannya, yang telah tercemar pemikirannya, yang telah songsang pegangannya. Ada yang terang-terangan, ada pula yang diam-diam.
Tetapi siapakah yang mencederakan perempuan?
Jangan salahkan mereka sahaja. Salahnya juga terletak atas bahu ummah.

Hari ini, perempuan telah menjadi mangsa agenda serangan doktrinasi musuh-musuh yang ingin melihat kekuatan ISLAM runtuh. Pelbagai pihak, kononnya, dengan nama hendak membela hak asasi manusia, telah mengeluarkan wanita dari rumah-rumah mereka, dan mengajar wanita agar bersaing dengan lelaki dalam kehidupan dan medan pekerjaan. Kononnya itulah persamaan taraf, kononnya itulah tanda kecemerlangan, kekuatan dan sebagainya. Akhirnya, ibu kepada manusia ini terluka. Terluka dengan suasana, dan medan yang bukan medannya.
Luka atas wanita ini, tidak akan mampu dirawati, diubati, melainkan dengan memahami keadaan mereka, dan mereka juga cuba memahami diri mereka. Melainkan, apabila kita semua kembali kepada apa yang telah Allah susunkan untuk kita.

Kalau kita lihat hari ini, kita boleh saksikan ramai perempuan-perempuan yang tercedera. Mereka tidak luka pada kulit, tetapi mereka luka pada hati. Dari luka hati inilah, bernanahnya kefahaman yang rapuh serta amal yang buruk.

Rata-rata hari ini perempuan membuka perisai malu mereka kepada sesiapa sahaja. Hatta, sebahagian besar tidak memilih orang, malah membuka perisai malu itu untuk tayangan ramai. Mereka menampilkan fesyen pakaian yang pelbagai, sama sekali jauh dari adab berpakaian yang ISLAM anjurkan.

Bila ditanya mengapa tidak menutup aurat?
Mereka menyatakan bahawa itu adalah kebebasan peribadi. Bila disuruh, mereka terus menyatakan bahawa kita hendak memberikan tekanan kepada mereka. Tetapi, jangan kita salahkan mereka 100% atas tindak balas mereka. Mereka adalah perempuan yang tercedera oleh pisau sistem, konspirasi untuk merosakkan masa hadapan kita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)

Benar. Fitnah terbesar adalah perempuan. Kerana, kejatuhan wanita adalah kejatuhan ummah. Mereka adalah makhluk Allah yang sangat penting dalam pembinaan ummah. Kerana mereka merupakan ibu manusia, dan pendidik ummah yang pertama.

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Lihat, kenapa Allah SWT menyatakan: “Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Bukan “Penzina lelaki dan penzina perempuan” Macam ayat: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri..”?

Kenapa?
Sebab, dalam hal mencuri, kudrat lelaki melebihi perempuan. Tetapi dalam hal zina, maka perempuan adalah faktor utama. Pada perempuan ada tarikan yang lebih. Sebab itu, Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

Lihatlah hari ini, bagaimana perempuan-perempuan dicederakan. Mereka dilimpahkan lampu kepopularan. Lalu dinipiskan pakaian mereka biar mengiurkan. Suara sengaja dilembut-lembutkan. Menggoda. Disingkat pakaian mereka biar ada bahagian tubuh cantik terdedah. Dicukur bulu kening mereka agar kelihatan anggun. Gincu merah menyala dikenakan pada bibir. Tidak kurang pula yang sengaja menggoda lelaki-lelaki. Kononnya diri dianggap hebat jika mempunyai 2-3 pasangan serentak.

Saya hendak bertanya, bagaimanakah dengan anak-anak kepada perempuan sebegini? Adakah anak mereka akan lebih mudah mengikuti ajaran ISLAM dan mengamalkannya, atau mereka akan rasa sukar mengamalkan ISLAM lalu meninggalkannya? Posibiliti yang manakah mempunyai peratusan lebih tinggi?

Tercederanya perempuan hari ini tidak lagi mengira umur. Ramai sahaja berumur semuda belasan tahun sudah mengandung. Kalau sudah berkahwin tidak mengapa, tetapi rupanya hubungan seks bebas luar nikah yang dilakukannya. Ada yang sanggup berbogel, menangkap gambar lalu menghantarnya kepada yang tercinta. Ramai pula yang tertipu dengan satu kalimah bernama CINTA.

Bila menyebut cinta, jangan dikatakan perempuan yang mendedah-dedah auratnya sahaja. Sudah banyak kes perempuan yang bertudung labuh pun terjebak sama. Hal ini kerana, mereka telah menjatuhkan pegangan mereka, menurunkan perisai keimanan mereka, lantas memurahkan diri mereka. Malah, ada kes, perempuan yang bertudung labuh, sekolah agama, sanggup murtad hanya kerana cintanya kepada seorang lelaki.

Kadang-kadang, ada perempuan sengaja menyembur minyak wangi harum semerbak, satu dewan kuliah boleh membauinya. Ada yang sengaja menegur sapa lelaki tanpa sebab yang penting. Ada juga yang berhias berlebihan, bertabarruj. Sedangkan Allah SWT berfirman:
“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” Surah Al-Ahzab: 33

Perempuan, apakah kamu sedar akan keadaan kamu hari ini?
Hari ini, kebanyakan perempuan cedera tidak mengira sudut. Sudut pemikiran, sudut akhlak, sudut pegangan, sudut adab sopan, semuanya dihiris dengan pisau tajam nan buas. Perempuan rasa rumah tempat hina. Medan kerja lelaki itulah yang perlu disainginya. Maka tertinggallah anak hilang guru pertamanya. Perempuan rasa perlu setanding lelaki. Keluar berkerjaya hingga lupa tanggungjawab diberi ILAHI. Bergaul dengan bukan mahram realiti hari-hari, pergaulan bebas sudah ibarat garam dalam masakan sendiri.

Perempuan hari ini tercedera. Darah mereka masih mengalir. Luka semalam belum sembuh, muncul pula luka baru pada hari ini.

Bila perempuan tercedera, di manakah pendidik dan penjaga sang bayi suci?
Tercedera. Segeralah mencari ubat!

Apakah ubatnya? Semua perlu kembali kepada Islam. Semua. Lelaki dan perempuan. Sama-sama kembali menilai, bermuhasabah akan kepentingan dan kelebihan satu sama lain, seterusnya mencari titik persamaan. Ketahuilah bahawasanya, Nabi Adam dahulu pun sunyi di dalam syurga, lalu diberikannya Hawa.

ALLAH SWT berfirman,
“Mereka itu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka” Ayat 187 Surah Al-Baqarah.
Kita saling memerlukan sebenarnya. Dan lelaki sebagai pemimpin, perlu lah mengambil berat akan keadaan hawa. Kenapa saya menulis artikel menegur lelaki terlebih dahulu sebelum ini? Kerana lelaki adalah ketua. Sebaik mana pun perempuan, kemungkinan untuk lelaki tunduk mengikuti nasihatnya adalah sedikit. Sebab itu saya sebagai lelaki, perlu menegur kaum saya terlebih dahulu. Agar lelaki lebih kuat, dan tabah, serta bersih, seterusnya mampu memimpin perempuan-perempuan yang tercedera ini, mencuci luka mereka, dan merawat jiwa-jiwa mereka.

Hal ini kerana, pada saya, bila perempuan tercedera, lelaki juga terluka.
Buangkan ego kita, kembalikan intelek kita, rasionalkan pemikiran, bina kesefahaman!
Kefahaman dan kesedaran ini perlu kita fahaminya,

Jika tidak kita akan terus luka, terluka dan terluka, bersama masa hadapan yang penuh kegelapan semata. Tidak kah kita memikirkan anak-anak yang akan menyambung kerja kita? Tidak kah kita memikirkan keadaan anak-anak kita pada zaman mereka?
Anak-anak memerlukan tarbiyah, didikan Islam daripada kedua ibu bapanya. Andai ibunya rosak, bapanya tidak faham, maka bagaimana dia hendak membesar dengan baik, dan berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Maka, marilah kita sama-sama muhasabah. Sementara darah kita masih belum kering….
Mari kita berusaha mengubatinya, mengubati luka-luka kita!
Perempuan, saya sebagai lelaki menyedari hal ini, maka bagaimana kah anda?

Lelaki

Berkongsi satu artikel menarik dari http://ms.langitilahi.com

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku

Wahai lelaki, perempuan itu perlu dijaga, dihormati, dilindungi... Mereka memegang anak-anak masa hadapan

Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.
“Ini fitrah la bro, fitrah”

Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.
Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?
Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.
Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.
Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”
Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.
“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”
Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.
Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?
“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.
Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?
“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.
Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?
Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.

Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.
Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.
Hentikanlah.
Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.
Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”
Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”
Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.
Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?
Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.
Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.
Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.
Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.
Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.
Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.

Rabu, 24 November 2010

Syaye dah tumbuh gigi...








1st time dapat amik pic anak masa gigi sedang tumbuh sebab Akif suka gelak. Yang lagi 2 orang susah nak senyum.

Jumaat, 19 November 2010

Ayah abang tegas orangnya

Ni gambar abang masa abang kecik. Orang kata muka abang sama ngan ayah, rasa2 abang lagi ensem dari ayah.

Abang saaayang ayah. Masa kecik, ibu cakap, abang suka nangis sepanjang masa. Abang hanya berenti nangis kalu abang dengar enjin kereta ayah depan umah menandakan ayah dah balik. Yeay! Abang suka sangat kalu ayah dah balik.
(masa amik gambar ni abang nak senyum sikit sebab geli hati tengok muka Paksu, heheh, lawak muka dia. Selalu abang tak suka senyum, sebab abang rasa tak macho kalu gelak atau senyum).

Ayah abang tegas orangnya. Dia selalu cakap ibu manjakan abang sebab tu abang suka nangis bila dah besar ni.
Ari tu abang nangis sebab tak nak milo sejuk. Abang minum separuh je lepas tu tinggal. Abang mintak milo baru kat ibu, ibu suh minum yang sejuk tu dulu bagi abis. Ayah pun tak kasi buat yang baru. Abang menangis kuat mintak milo panas.

Ayah dah siap warning "Jangan minum milo lagi ari ni!" Abang nangis lagi kuat..
Tak sampai 5 minit abang nangis ayah pun gi buat milo baru...heheheh..dah tahu dah ayah mesti tak tahan tengok abang nangis..sayang ayah..!

Ari tu dalam keta abang taknak milo, abang mintak slurpee. Ayah marah sikit abang, warning lagi..
"Pottt..(ade ke panggil abang nama pot..?) Minum milo tu! Jangan mengade!"
Abang nangis kuat..lagi dan lagi...
"Pot! Ape ni?"
Abang nangis lagi..
"Pot nak slurpee ye..? " tanya ayah sambil gosok kepala abang...
haha..abang dah agak...

Adik hafiy tengok tak puas hati je..kalu dia yang nangis ayah memang tak makan saman, Ayah selalu cakap gini kat adik Hafiy.."Hafiyy...!Nak kena ikat?!"

Baked Roni Marcaroni

Aku bukan lah penggemar makanan barat , tapi yang kawan aku buat ni buat aku terpaku pulak dgn rasanye. Aku abadikan resipi yg dia bg kat blog aku ni.

Bahan A
3 labu bawang besar – potong dadu
4 ulas bawang putih – cincang halus
½ bungkus (250gm) daging/ ayam kisar ramly
150 gm mix vege
1 sudu teh lada hitam - kisar halus (ikut rasa la klu x suka pedas kurangkan)

Cara :

Tumis bawang putih & bwang besar hingga naik bau,
masukkan lada hitam, kacau,
masukkan ayam,
ayam dah masak, masukkan mix vege,
masukkan garam secukup rasa..

Bahan B -
( bahagikan kepada 2 bahagian)½ bungkus markaroni direbus dan di toskan

Bahan C -
( bahagikan kepada 2 bahagian)1 paket mozzarella cheese – kat NSK ado

Bahan D -
( bahagikan kepada 2 bahagian)1 tin campbell sup – pilih la campbell tu kan ado pelbagai perisa – hari tu aku guna HERB & CHEESE – label dia warna kuning – muschroom pun sedap
1 biji telur
1 cawan air suam
kesemua bahan ini dicampur agar sup tidak berketul2
kacau hingga sebati

Cara2 membuatnya
1. sapu Loyang ngan marjerin/butter
2. Lapis pertama - masukkkan 1 bahagian bahan B
3. Lapis kedua – masukkan satu bahagian bahan D
4. Lapis ketiga – masukkan satu bahagian bahan C
5. Lapis keempat – masukkan bahan A – klu nak pedas letak la cili merah/capsicum
6. Lapis kelima - masukkkan 1 bahagian bahan B
7. Lapis keenam - masukkan satu bahagian bahan D
8. Lapis ketujuh - masukkan satu bahagian bahan C
sebelum masukkan bahan C untuk lapis ke lapan boleh la di taburkan sosej, crab meat (potong bulat2), capsicum, cili merah…
• untuk hasil yg bebih ummp klu untuk breakfast buat malam lagi,wrapkan, biarkan dalam peti sejuk..
Ah lupa suruh mu bakar marcaroni tu..suhu 150 selama 50-60minit..


Agr2
.agar + air + susu cair + gula ( bagi 2) 1 masuk kastad + masuk milo + tuang la selang seli..

tq ayu.

Sphagetti

Cara2 Nak buat Spghtti yang sedap

1. klu nak sedap beli daging segar, ptong halus2, sejat & blend campur skit sos (jgn msk air byk, agak2 blender leh jalan, ok la tu. ..malas, daging cincang ramly je la
2. Bawang putih – cincang halus
3. Bawang besar - dadu
4. Oregano (beli yang daun2 tu, jgn yg power – krg kick)
5. Bay leaf (ape kebendaaaa la ni...)
6. Sos tomato
7. Totama - ptg dadu
8. Tomato sos – Kimball brand pun ok
9. Speghetti sos – Kimball/Cambell both ade cop halal ( terpulang la nak ape perisa traditional/mushroom
10. Nak pedas skit – mskkan cili giling
11. mix vege
12. cendawan butang – lum jumpa yg ade tanda halal by JAKIM

Cara
1. Tumis bawang putih
+ bawang besar
+ dah wangi mskkan daging
+ bay leave biarkan dia dalam api yang kecil,
kacau2 nanti berketul.
2. Agak dah ok, masukkan tomato sos
+ spaghetti sos biar dia serasi kacau2,
masukkan air, tomato,
ko biar je kat atas dapur dengan api yg perlahan.
3. Masukkan garam, pandai 2 ko rasa.
4. Masukkan mix vege klu suka / mushroom dah biarkan mendidih
5. masukkan oregano…baru naik bau

Khamis, 18 November 2010

Sambal bilis

Khas utk za (resipi bwh ni pun utk za gak benonya..)

Resipi arwah mertua, memang sedap sangat, sambal2 lain takde yang setara.

Bahan :

Bilis putih yang siap dikopek segenggam
Serai sebatang, hiris nipis ambil separuh batang sj (mane tau org tak tau masak dia amik satu btg penuh)
bawang besar 2 biji
bawang putih sebiji kecil
minyak secukupnya (penting ni)
cili kering / 8 sudu besar cili boh / cili giling
sos cili jenama Aminah Hassan SHJ! (2 sudu besar)
garam 1/2 sudu kecil
gula 1 sudu besar
ajinomoto
kunyit serbuk 1/3 sudu kfc yg kecik tu
(tumbuk serai dulu, sampai lumat, tumbuk bawang jgn lumat, hehhe..bhs ape ntah)

Cara :

1. Goreng bilis hingga garing, asingkan.
2. Guna minyak tadi, masukkan bahan tumbuk (bawang dan serai), goreng sampai garing sikit)
3. Masukkan cili (pastikan cili tenggelam dalam minyak, tapi jgn lebih2.., kalu tak tenggelam, confirm tak jadi)
4. Masukkan garam, gula , ajinomoto, kunyit , sos cili
5. Kacau lama, hingga sambal nampak pekat, (tujuan, bagi cili betul2 masak)
6. Masuk air sedikitttt je, bagi sambal nampak cair sikit)
6. Masuk ikan bilis, kacau...1 minit. Matikan api.

Nasi kanji

Resipi arwah mertua, tak pernah jumpa yang serupa.

Bahan :

Beras setengah cawan
(air -5 kali ganda jumlah beras)
Kentang 2 biji
bawang besar 3 biji
halia 1cm
halba sejemput
udang
ayam hiris nipis, ngan tulang
santan (sebiji kelapa / atau satu kotak kecil)
daun sup
garam secukup rasa (gula jgn masuk, tak sedap, aku rasa la....)

Cara :
1.Lepas basuh beras, masuk semua bahan2 tadi, kecuali daun sup
2. Bila beras nampak pecah, masukkan santan (masa tu pastikan air dah tinggal sikit)
3. Biarkan mendidih sekejap, masuk daun sup,matikan api
(pandai2 korang la nak cair setara mana)

Rendang ayam dan betik

Resipi mertua, (tambah kurma ngan kiub ayam aku tiru kat web resipi yg glemer tu)

Bahan-bahan
1 ekor ayam -potong 16
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
2 kiub ayam knorr
betik hampir masak (putih kuning merah-hiris nipis)

***BAHAN KISAR**
5 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1/2cm halia
1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering / 6 sudu cili boh

***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan ayam, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Masukkan, garam dan gula.
Bila ayam dah lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Bila agak-agak rendang haampir masak, masuk betik (matikan api sebelum betik lembut)
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Selasa, 9 November 2010

Lidah takde tulang

'Orang boleh berkata apa sahaja, dan kau mungkin terdiam tanpa kata,
Tapi ingatlah Allah itu Maha Adil lagi berkuasa'

Kelemahan aku, takleh bidas balik bila orang bercakap kasar, atau mengata aku depan-depan,
Sebab apa? Sebab aku kena pikir dulu,
'eik..betulke apa yang aku dengar ni,
atau..'betul kasar ke bahasa gini'
atau ' patut ke dia kata gini'

(mungkin sebab aku hormat kat orang kot, jadi tak balas balik apa orang kata, sebab kalau pelajar -sekarang pelajar bercakap sewenangnya- boleh je aku melazer )

Lepas pikir..baru aku tahu benda tu kasar atau menyakitkan hati,adoi..pesal la aku lembab hal2 gini, dah banyak kali kena, sebab orang suka amik kesempatan ke atas aku, muka aku ni nampak bodoh ke apa yang dorang sesuka hati menyakitkan hati aku semahunya.

Contoh : Kerani sekolah takde ribut takde taufan marah2 kat aku. Satu ofis dengar. Pastu mintak maaf, sori kak..saya sebenarnya marah kat dia tu..saja nak suruh dia dengar. Sewel dia tu..Nasib baik dia kerani , aku cikgu yang kena byk mintak tolong dorang, jadi aku diammmm je..(atau bodoh)

Tapi tak selalunya aku diam, kadang kalu sesuka hati aku kena marah, dan orang yang marah aku , adalah orang yang tiada kaitan ngan aku lepas ni, aku akan sound dia balik sampai dia terdiam. OOoo..ingat aku ni tunggul ke..?(ops..tak belen ngan mukadimmah tadi yer..tapi ye la kan..aku cuma manusia biasa yang ada perasaan marah..dan juga lidah yang tak bertulang)

Sedih..

huwa...!aku menangis baca ni.
teringat zaman dulu2

http://laloquee.blogspot.com/2010/10/persepsi.html

To maya,
Memoirs of mek checq sedih yang teramat. Tapi tengokla apa yang maya ada sekarang, memang berbaloi, sedang saya, semua impian terutamanya membahagiakan ibu belum tercapai, kerana keadaan . Aku tersepit. Dan saya tahu kenapa Tuhan tak anugerahkan apa yang saya nak, sebab saya mudah lupa diri.yer..yang itu betul sesangat.

Selasa, 26 Oktober 2010

Ayam panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,
"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perut mu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan. Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontotnya ayam tersebut...

Ayam panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,
"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perut mu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan. Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontotnya ayam tersebut...

halal atau haram

Credit to Dr Azwan.

Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas.

Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut.

Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini.
Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

KOMEN CHEF

Assalamualaikum,,Doc Azwan,,,,itula dilema yang berlaku pada chef yg bekerja di hotel. Ikut pengalaman saya, ada 2 hotel yg saya dah kerja, sememangnya pendirian saya tak mahu bersubahat menghidangkan makanan yg tidak halal dalam kek kepada pelanggan hotel.Pernah dibaling kek oleh exec chef kerana tak mahu masukkan Lequier dalam kek, adalah cabaran berat yg saya hadapi.Tapi pada semua chef yg ada di malaysia, tak kira pastry chef ke, cook chef ke,ingatlah bumi ALLAH ni luas,dimana-mana sahaja boleh kita cari rezeki. apa yg menyedihkan JAKIM seolah-olah tutup mata tentang perkara ini, cadangan saya, lantiklah pakar perundingan dari org yg arif tentang sesuatu masakan untuk pengesahan halal sementera sebelum makanan itu di ke LAB untuk mengetahu secara saintifik sesuatu kandungan makanan.saya pernah dihubungi oleh seseorang dari PPIM tentang kek yg terdapat di cafe terkenal. coz melalui rasa kek, saya dah tahu samada kek itu ada mengandungi wain atau tidak,masalahnya pada peringkat awal saya dah tahu,tapi nak buktikan secara saintifik bukan bidang saya.Ni sekarang saya dengar pengeluaran sijil halal akan di swastakan oleh JAKIM,nampak gaya nya sijil halal sekarang sudah jadi satu perniagaan pulak.Gerakkan usaha kesedaran tentang makanan yg tidak halal di hotel perlu diadakan dan disegerakan, suara saya kecil,tapi apabila suara saya digabungkan dengan lebih ramai lagi,ia akan menjadi gelombang seperti Tsunami.Insyaallah sahabat saya chef sabri akan turut sama memperjuangkan isu ini.semoga kita akan lebih bertanggungjawab lagi kepada UMMMAH.TQ

Sabtu, 23 Oktober 2010

hari yang indah

korang jgn baca posting n takde pekdah

suka hari cuti 2 cenggini.
kurang penat
minda rileks
kemas umah dengan tenang
masak ngan tenang
layan anak ngan tenang
jadi surirumah sepenuh tuk 2 hari alangkah bahagianya

keje oh tensennya.
tak tahu gi keje dapat dosa ke dapat pahala
bebudak kena marah supaya belajar
kalu wat derd dorang tak belaja
kalu wat derd hati tak sakit
tapi kalu wat derd duduk tak senang sebab macam makan gaji buta

kalu la dapat kelas yang sedang2 saja alangkah seronoknya
senang hati ngaja budak yang sederhana tapi suka belaja
ada sorang budak tu suka wat aku gelak,
kelakar sungguh dia
tak tau nak cakap macam mana
bukan lawak bodoh tapi kelakar yang sungguh kelakar
ade aje benda yang buat aku tergelak depan kelas
haih..tak kontrol langsung cikgu ni.

membebel lagi makcik ni.

Hafy yang terel

entri ni lebih kepada PERASAN
Sejak hantar ke rumah pengasuh yang ada anak yang dah sekolah, Hafy dah pandai membilang dlm satu lagi bahasa, sebelum ni aku ajar dia wat derd je, maklumla ajar tak bersungguh sambil bersilat ngan Akf, dia dan Ezzm.

gini la lebih kurang bunyinya

One, two, three, for, faiv, syix, eben, eik, nai, ten.
heheh..ade bunyi ok la tuh. Dia baru 2 tahun 5 bulan

Masa umur 2 tahun dia dah pandai explore utube ngan game mcm abangnya.
Dan masa umur 2 tahun genap dia dah pandai membilang 1-10 (versi dia la..)

Perkembangan mental dia macam cepat sikit, aktif nya toksah cakap, kaki takleh dok diam. Tak tau sebab Salindah atau memang sifat dia gitu, tapi orang kata kalu makan Salindah masa pregnant anak aktif. Satu lagi khasiat Salindah aku rasa kulit bayi jadi cantik. Hafy kulit dia tak pernah bermasalaah daripada bayi lagi, ruam tak pernah kena sekali pun. Besar ni pun kulit dia maintain dia tak bermasaalah, berlawalanan dengan Akf dan Ezzm.

-aku taktau anak org lain leh bilang masa umur berapa, hehhe..karang ade yg leh membilang masa umur setaun jangan le smash aku pulak.

Khamis, 21 Oktober 2010

Isnin, 11 Oktober 2010

Orang rumah sebelah wat kenduri.

Tajuk macam sengal je.
Orang umah sebelah wat kenduri kawin anak. Dia tok imam, bawa lori je aku rasa, istri jual nasi lemak, tapi aku tengok banyaknya kanopi , dalam 7 gitu. Dulu masa aku keje katering, tau kanopi tu berapa satu, sepuluh tahun dulu harganya 250 satu. Kalu 7?Kayanye dia. Aku rasa dorang lagi kaya dari kami yang makan gaji nih.. Terpikir nak berenti keje macam hubby dok suruh...sambil jual nasik lemak..hehehhe....

Sesungguhnya berniaga tu memang mendatangkan duit, tak kira kecil mana pun perniagaan. Macam kakak aku niaga kecil2 je, tapi leh pakai 3 biji keta, berdikit2 dari keta kecik, ke keta agak besar2... banding ngan aku ni..ujung2 mata dia je pendapatan aku nih.

Cmrn Highlands

Pada hujung minggu lepas keluarga saya telah ...(heheh..macam karangan ezzam lak tahap skemanya).

Dulu masa aku kecik, 1984, maksu wat balik gambar dia gi C.H, kabus tebal...gelap je suasananya. Aku teringin nak gi bila besau nanti.

Sekarang, Cameron Highlands adalah pilihan terakhir untuk aku bercuti, bukan ape, aku tak suka jalannya yang macam ular kena palu. Tahun 2003 gi utk honeymoon, aku dah tobat taknak gi lagi lepas tu. Masa tu jalan baru belum dibukak. Masa tu cameron masih agak suci, kebun2 belum sebanyak sekarang. Bangunan rumah kedai pun tak sebanyak ari ni. Angin kencang bertiup, agak sejuk jugak. Masih relevan kalu nak pakai baju tebal tu.

Tahun 2007 gi bawa keluarga dari kampung,ok la..aku turutkan kemahuan hubby nak gi sana sebab mereka. Pahtu dulu hubby dah janji mesti pegi cameron bila dah dapat anak sorang. Aku baru dapat Ezzam masa tu. Lepas tu aku janj takmo dah gi sana, sebab dah banyak tanah baru kena teroka, dah tak hijau sangat dah tanah dia. Tapi jalan baru dah bukak, aku suka jalan tu je, C.H aku kurang suka .

Ujung minggu lepas hubby dah siap book hotel, terpaksa gak aku gi. Cuaca dah panas, aku yg cuma pakai kain chiffon pun rasa panas, tapi ramaiii yang pakai baju tebal ngan sarung tangan.....dorang ni tak rasa terbakar ke haa..?

Gi jalan pasar malam, sayur2 pun dah tak sebesar dulu lagi. Muka cina yang jual sayur pun dah nampak aca cina biasa. Dulu disebabkan angin sejuk, muka dorang aku nampak sebal macam cina pedalaman kat Negara China, yang mana tempatnya sejuk.





Aku teringin dok tempat yang jauh dari bandar, hubby gi book hotel tengah bandar lak. Senang gi jalan mana2 katanya, takyah bawa keta. Rosa Passadena, bila la nak rasa La De Ferns pulak Za kan.


Saya suka kawad pusing2 dalam bilik.


Makan lepas muntah hijau dalam keta

Hafiy malu-malu bila ayah nak amik gambar dia sorang. Dia tak berapa rapat ngan ayah












-Bila aku ajak amik gambar sekali semua lari, bila ayah ajak amik gambar sume gi kat ayah dia. Ni sungguh tak adil!!!Kecik ati aku -

Aktif sungguh Hafiy, turun naik tangga mendahulu orang lain, ngan cepat sekali.


Ke sana ke mari tak herankan orang lain







Tekun dengar arahan. hehe..macam kejam je aku, tapi aku senirik tak tau aku tengah cakap ape, tapi rasanya takde cakap ape-ape. Dorang ralit tengok ape ntah


Hafiy cuba-cuba nak wat peace tapi tak reti. Balik singgah di rumah kakak ipar dekatt je ngan L World Tambun. Macam taman asuhan kanak-kanak je kan. Sume anak kami lahir lebih kurang sama umurnya. Banyak la grafti kat dinding...

Sabtu, 9 Oktober 2010

Put yourself in my shoes

Betul la kan kalu ade masalah tempat keje ni baik ngan orang tempat keje gak. Baru rasa lega sebab ade orang masuk dalam kasut kita kan.

Ramai yang tanya, depan BFF lak tu, terpaksa la aku citer, heheh..kang kecik ati lak..(dorang paksa laaa)

Sume cakap pesal tak sembur je muka dia?erk..aku ni slow sikit bab menyembur on the spot sebab kena pikir dulu betul ke apa yang aku dengar ni melampau..ke biasa-biasa je? Lepas 2 hari hati masih bengkak, kepala rasa bingai ..baru tahu tu memang tak patut, nyesalnya tak buat ape-ape yang patut hari tu.
(kalu student yg tak empuk tu aku leh la sembur terus kan..ni bukan student)

Dalam hati menyumpah-nyumpah dia ingat dia sorang je ade mulut dan leh biadap?

Lepas aku sound ramai la pulak kawan dia yang kecik ati dan wat muka moyok (empati la tu) ..yang ni aku tak suka ..tapi tak fair le...mentang-mentang aku gini, bagi muka je, sesuka hati lak dia nak wat aku. Sekeh kepala baru tau.

Sign

Jumaat kat sekolah, dapat mesej hubby ,
"baby punya dpt 30 point" (uwek...mesti korang semua nak termuntah baca ni kan?hehe..mmg hubby aku panggil aku gitu,,nasibla kan. Kawan lama aku cukup berbulu pasal ni, dia kata kalu aku comei takpe la nak panggil gitu, adoi..muka dia pun cam tepung gomak..)

Banyak 30 point tu wei..orang lain dapat 10 point je selalunya.
Rasa nak mengalir air mata, terus aku ucapkan syukur.
Segalanya terang lagi bersuluh...

Tak paham?ape-ape je la..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kerana Dia.

Lepas bulan puasa aku rasa tenang yang amat.
Rasa dekat dengan-Nya.
Sentiasa ingat Dia, dalam tidur pun.
Semua benda aku ingat. Sebelum ni aku pelupa.
Masyuk pulak tu.

Seminggu ni aku makin lupa Dia.
Dalam tidur tak, dalam sedar pun jarang.
Hidup kurang tenang, *PO pun kurang jadi,
Asyik untung kemudian rugi,
Hubby kata badi Tabung Haji,
Tapi aku rasa puncanya dari aku yang makin lupa diri.

Rabu, 29 September 2010

Berpaling mencari cinta Mu

-tiada ulasan untuk tajuk di atas-

Aku rasa rezeki yang melimpah di sekeliling ku.

Hubby tolong setel kad kredit ku yang beriban dan setelkan saman lajuku yang beriban (yang mana buat aku tak senang duduk). Jadi jumlahnya riban-riban. Walaupun pitisnya sederhana saja, dia berkorban gak untuk aku, menghabiskan pitis yang disayanginya itu.

Dan masak spesel untuk aku tiap kali aku balik keje, sedap pulak tu! Rasa malas nak akui kebenaran ini tapi memang sedap dia masak....mana nak cari hubby lagu ni weh!(Pelik tak bini macam aku ni?)Tq hubby untuk cinta mu. (org lelaki mesti bengang baca ni sbb berkait ngan duit, tapi er..rasa-rasa takde lelaki masuk blog ni.)(Mesti ingat frasa ni..Ada duit abang sayang takde duit abang melayang) huh! Yang ni tak benar sama sekali. Aku bantah 100% .hehehe...!

Mari mengira bersama Akif

Akif ni mulut dia macam cepat sikit banding ngan abangnye. Bila nak sesuatu ,sebut 'nak', kalu tak nak makan , dia tolak makanan dan sebut 'dah'. Kalu dengar citer Ben 10, dari dapur meluru kuar merangkak sambil mulut 'te te' tak berenti nyebutnya (ben 10 la tu konon).

Tapi kalu tang membilang..bila aku ngaja..

Ibu : Satu
Akif : Ark!
Ibu : Dua
Akif: Ark!
Ibu :Tiga
Akif : Ark!

Ark! Ark! Sampai ke sudah.Tensen cikgu.

Selasa, 28 September 2010

Jumaat, 24 September 2010

Diari Adik Hafiy II

Hafiy ngan topi cowboy dari Syria

Adik tak tahu kenapa ibu anti benar ngan adik. Adik rasa adik dah buat yang baik2 aje..tapi selalu ibu tak puas hati..ada saja yang ibu marah ngan adik.

Bila ibu balik keje adik sorang je sambut ibu sambil panggil2 ibu..abang buat tak tauuuu je..ibu cium adik sikit.
Bila ibu ke dapur adik mesti ikut ibu lepas tu adik bergantung kat lutut ibu..tengok..ibu dah mula marah adik sikit..

Bila malam-malam abang main bob..sambil main game ben 10 adik tengok je tepi abang..tapi adik boring gak..sebab kadang2 adik nak gak tengok utube backom ke..otomen ke..abang selalu tak kasi can..pastu adik usik sikit abang..abang dah nangis2 sikit..adik geram la tengok abang manja sangat..adik tarik rambut abang..kalu ade peluang adik lempang sikit pipi abang pastu adik cepat2 lari..heheh...geram la..tengokk..ibu marah adik lagi..padahal adik baru je mintak main bob ckit.

Bila malam2 adik nak t ido adik suhh ibu kaaaa belakang adik..adik saje je nak manja ngan ibu, padahal belakang adik tak gatal pun..saje suh ibu garu..saje je adik jeles tengok ibu asik berkepit ngan adik Akif..ibu sipi2 je kaaa adik...geram la adik..adik nangis lagi kuat nak suh ibu kaaa betul2..tapi ibu lagi marah..ish...ni adik geram ngan adik Akif ni..
Esok adik rasa nak tarik rambut adik Akif lagi macam tadi biar dia tergolek lagi...tapi ibu mesti marah lagi ngan adik..

Tak paham tak paham..ibu asik ngan adik Akif..ayah asik ngan abang...sapa nak layan adik?

Diari adik Hafiy

pat..mo..nam..juh ....apang..alang...aluh ..lah...wolah....
(bilang dari 4 sampai ke 12 la tu...nombor 1-3 tak tau mana dia tinggal..)

bok bok peng peng
(sponge bob square pant), nyanyi dengan penuh perasaan macam suara dia sedap

Selasa, 14 September 2010

Monolog

Baik jangan pikir apa-apa.............................free your mind...................................................................
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................................................................................................................

Ahad, 12 September 2010

Tasik Perdana

Akif mengantuk main buaian..alamak..hp sape yg kokak tu..heheh..sian
aku..masih guna hp yang kodi tu..sape nak sedekah hp kat aku?
(baby boring benonye..)


Raya kat taman mainan..aduh...mana janji manis mu?
Takpela..asal bahagia.


Tensen ngan Ezzam.Macam2 pesen beli baju dan seluar dia tapi dia
tetap nak pakai suar gitu jugak..suka hati la asal bahagia..
*hubby ade ajak balik..aku je malas kalu tetiba je nak balik. Letih ngan anak2 dalam keta. Mesti tak dok diam.


Jumaat, 10 September 2010

Salam Lebaran

Hari ni Raya kerr?erhh? Tak rasa macam raya pun. Sebab rutin hidup dah tak macam orang normal..

Bukak je mata hubby ucap Selamat Hari Raya.

Pagi-pagi sarapan dengan lemang..uh..best jugak rendang ayam aku masak, walau pun semalam takut tak jadi maklum le masak rendang sekali saja setahun (hahaa,kantoi... sumpah la aku tak minat rendang, tahun lepas masak rendang daging 2 kilo buang aje, bukan tak sedap tapi tak minat)

Tahun ni nasib baik daging habis, hubby beli ayam. Jadi aku masak ayam tu dengan penuh kasih sayang, hehheh..sebab tu sedap dan menjadi kot. Apa-apa pun tq to my resipi, leh memasak dengan penuh yakin akan menjadi sebab tiap resipi ada komen, so tau benda tu menjadi.

Sebelum ni setiap tahun aku call mertua utk tanya resipi rendang. Aku masak tapi tak pernah makan. Tapi tahun ni, rendang aku makan lemang pun aku makan, hampir separuh buluh aku makan..(err..ni makan ke melantak haa..?)..sebab rendang aku sedap sangat ker?hehe..(perasan di petang raya..almaklum tak tau nak gi mana..kena tinggal lagi raya kali ni)

Khamis, 9 September 2010

Raya

Hari last pose sebelum raya..kena masak rendang tuk makan ngan lemang..uh.....rasa takde mood betull.
Tahun ni raya KL.Sapa pun takde.Mak mertua dah kembali ke rahmatullah. Aku n family bakal sambut raya ngan hati yang sunyi. Hubby teringat arwah mak mertua, aku teringat mak aku..
Demi huby..ikut aje nak raya mana pun.

Rabu, 8 September 2010

Hari-hari terakhir Ramadhan

4 pagi..
Hujan rintik2..sayuuuuu..............
Ramdhan dah tiba penghujung........

Selasa, 7 September 2010

Akif @1st birthday

Takde birthday cake tuk Akif. Tunggu sambut ngan Ezzam 17 Sept nanti. Sian betul Hafiy n Akif,sambutan tan special. Hafiy lagiiii la..tak penah disambut pun. Ayah selalu wat derdddd je...Ezzam sentiasa special.


I tahun..banyak pencapaian Akif berbanding Ezzam ngan Hafiy.
Masa satu tahun, Ezzam tak pandai buat apa-apa kecuali merangkak je. Gigi pun takde. Segala ubat diamalkan masa pregnant.

Masa 1 tahun, Hafiy tumbuh gigi dan tahu merangkak. Untuk dia, aku amalkan Salindah dari awal pregnant hingga akhir. Kesannya sekarang..dia sangatla aktif, penat aku.

Akif, masa pregnant , aku tak makan apa-apa ubat waima vitamin pun. Kesannya masa kecik perkembangan dan tulangnya macam lambat 2 bulan. Masa 4 bulan dia nampak lembik macam bayi umur 4 bulan. Masa 8 bulan dia masih belum boleh duduk dan nampak macam bayi umur 6 bulan, masih meniarap, tapi semangatnya kuat.. walaupaun hanya meniarap, dia rajin panjat tangga sampai ke tangga 8 masa aku tak tengok. Fuh!!!Tak bernafas kejap aku tengok

Dia boleh merangkak masa umur 11 bulan. Lepas merangkak perkembangannya laju semacam.

2 Hari merangkak dia dah bangun sendiri tanpa berpegang, esoknya dia cuba bertatih, esoknya dia naik kereta mainan abang, tapi straight je tak reti corner. Eesok lak dia dah reti corner sikit. Esok lagi dah reti pegi mai pegi mai dan corner keta ngan hebat seluruh rumah tapi lum reti turun senirik. Esok pula dah reti turun senirik. Pergh....cepat betul...Rajin dia ni.


Gigi pun dah tumbuh sebatang.

Dan dia dah pandai ikut perkataan last. Ikan, sebut tan, tak nak sebut cir (toksir), ..apa-ape je orang sebut dia leh sebut suku kata last. Dan yang tak payah orang lain sebut dia pandai sendiri ialah tek...heheh...mana dia dapat ha..

Perkataan favourite, djah!!!sengau sekali sambil tunjuk telunjuk comelnya.

Hobii..membaca...nangis camne pun kalu tunjuk buku sambil membaca dia mesti gelak.

Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos

Selain daripada gembira sambut Hari Merdeka, aku jugek gembira menyusur jalan ke KLIA sambut hubby.
Sesiapa yg gembirakan aku minggu ni, tq very much.
hehehe..gembira sungguh.

-blog suam kuku ni akan sejuk trus lepas ni, sebab beroperasi underground, hopefully tak terkantoi ngan hubby yang aku berblog ni.-

kata-kata

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan sebuah kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan.

-madah yang tak berapa boleh dipakai lagi.. tambah-tambah untuk budak sekolah harian zaman sekarang.
Kalau cikgu baik tak berapa reti nak melaser, bercakap penuh kasih sayang, siapla kelas huru-hara. Pelajar perlu dipaksa untuk belajar. Kelas macam pasar.
Kalau guru laser, ucap sembarangan, garang, hmmm..baru nampak suasana macam kelas zaman aku belajar dulu-dulu, ade guru dan murid.
-Pening kepala ngan budak zaman sekarang, nak suh cikgu cakap macam mana lagi yer baru nak dengar. Yang paling bengkek, pelajar yang biadap selalunya keturunan TU je. Kenapa la ko lahir kat sini ha..?Menyusahkan orang je, bagi pengaruh tak baik kat pelajar lain.

semut

telinga dimasuki semut-sapu kapur sireh belakang telinga, biar hingga semut kuar.

Ahad, 29 Ogos 2010

Rabun warna

Hubby akan sampai dalam (seperti nombor di atas..kalu rabun warna takleh baca) hari lagi.

Sedikit info tentang rabun warna.
Selama ni tertanya-tanya apa warna yang orang buta warna nampak kalau tengok pokok bunga yang ada bunga (heheh..berbelitkan ayat aku?)..student tanya pun aku jawab berdasarkan pengetahuan aku je..pic kat bawah menceritakan segala.
Fuh..syukurla perempuan takkan mempunyai kecacatan penglihatan jenis ini.
Untuk lelaki..tidak semestinya penglihatan anda sihat hari ini , anda boleh mendakwa anda tidak mempunyai kecacatan penglihatan jenis ini untuk selama-lamanya..sebab anda boleh menghidapinya esok.

Ramadhan paling best

Kali ni kali ke 4 menyambut Ramadhan di rumah..rasa-rasanya ini Ramadhan paling best, sebab-
-dapat puasa dengan sempurna (tiap kali Ramadhan lepas-lepas selalu dalam pantang)
-berbuka dengan juadah kegemaran dan taste aku (sebab ade gang satu selera, iaitu mak n adik., Alhamdullillah..baru makan rasa tangkap kat lidah ,dan perut..heheh)

Sabtu, 28 Ogos 2010

mengharap sayang Ezzam

4 bulan hubby pegi, aku makin rapat ngan Ezzam. Sebelum ni dia tak peduli nak bermanja ngan aku (sedih aku ). Ingat lagi masa pregnant, aku harap sangat dia akan sayang aku lebih banding ngan ayah dia..almaklumla nak mengandungkan dia bukan senang..dan dia ni anak mahal kawan-kawan aku cakap..sebabnye..(dot dot dot). Bila dia nak tidur dekat..nak tidur di riba, seronok sangat rasa. Tapi selalunya berebut ngan adik2..sudahnya dia terpinggir jugak. Aku usaha sebaik mungkin untuk layan agar tak menghampakan dia kecuali terpaksa.


Dekat2 tarikh hubby nak balik..dia makin manja..makin mengada-ngada. Nak layan masa suntuk sebab selalu berebut ngan adik2. Rasa sedih pulak, mungkin dengan sikap aku ni..bila ayah dia dah ada kat sini dia jadi macam dulu..macam aku ni tak wujud. Hukhukhuk..tu la....sape suh beranak rapat-rapat..ni lah akibatnya.

-kasih sayang dan cinta takleh dipaksa-

Lucky

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tak matang

Kes 1
Pelajar lari dari rumah ,alasan, masalah keluarga , mak selalu marah-marah. Setelah disiasat, le..memang la kena marah, pakaian seksi, ponteng sekolah..takkan nak tengok je.


Kes 2
Prestasi merosot sebab ibu bapa tidak sehaluan..tido asing-asing ..pelajar lelaki ni tersepit..


Kes 3
Pelajar lelaki bermasalah disiplin..macam-macam kes gaduh dsb.Ibu bapa bercerai, hidup terumbang ambing kadang makan kadang tak makan. Mak tak peduli sangat walau duduk ngan mak sebab sibuk keje.


Macam-macam masalah pelajar, ni cuma 3/500 kes yang biasa dengar. Puncanya adalah masalah keluarga atau penceraian.

Terlalu tidak matang fikiran dorang, banding ngan umur belasan tahun. Aku lalui benda seumpama seawal 8 tahun. Tapi jadi manusia jugak.

Rabu, 25 Ogos 2010

................

"Kamu mencintainya bukan kerana dia cantik,
Dia cantik kerana kamu mencintainya..."

-Dr Maya, jangan marah-

resipi

Yang penah makan ni mesti kata sedap sangat..hilang penat membuat. Tak caye datang umah aku hidang ni nanti. Kena tulis resipi ni nanti lupa.

Cicah cucur udang
-2 tangkai cili merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu makan gula
-2 sudu sos cili aminah hassan
-setengah sudu kecik garam
-masuk blender, air panas isi sampai takat paling bawah blender.

Cicah ikan terubuk bakar
-2 tangkai cili merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu makan gula
-2 sudu sos cili aminah hassan
-setengah sudu kecik garam
-kisar, masuk kicap aminah hassan 2 sudu makan.

*pic bukti lain kali, yg penting resipi kena tulis dulu*

Hubby

Tujuan tulis blog untuk catat benda-benda menarik (bagi aku) dan benda penting serta benda yang tak patut aku lupa.
Kena tulis gak benda menarik pasal hubby kat sane, nanti kena soal ngan dia.

Start puasa 330am-745
Suhu sane 55 darjah celcius
Keje dari kul 8 pagi ke 2 ptg sahaja sbb terlampau panas.
....oooo aku ingat suhu gitu manusia takleh idup..mesti hubby balik ngan bangga ngan kulit dia yang tan macam dia bangga masa dia balik musim sejuk dulu..hehhe..

-ni fakta menarik tentang hubby ke tentang Syria..?-

Rumah kata pegi kubur kata mari.

‎" A willingness to understanding is the beginning...
When there is understanding, compassion can arise.
When there is compassion, forgiveness can arise.
When there is forgiveness, peace can arise.
When there is peace, unconditional love can arise.
And then, anything is possible. "

Julie Chimes

aku-tak sedar diri dah tua pun dok tulis benda cenggini lagi..?

Isnin, 23 Ogos 2010

Antara dua

Hidup adalah pilihan
Nak senang ke nak susah?
Nak bahagia ke nak derita?
Nak ceria ke nak sakit mental?
Nak neraka ke nak syurga?

Semua dalam fikiran kita,tindakan terkawal kita,
Aisey...kenape-kenape-kenape.
bla-bla sambil membebel kat diri sendiri

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bila la dapat tido neh...

Jam dah menunjukkan kul 3.02 pagi..tapi aku belum buleh tido lagi..bukan sebab teringat hubby yg jauh di mata, tapi wei....Hafiy oi..lum ngantuk ke anakku..kena layan dia tgk utube ultraman pulak pepagi buta ni,tak layan ngamuk.
Ape kena ngan dorang ni,,rutin ni dah 4 bulan aku rasa..pakat-pakat tido lewat set-set dia..kul 4 pagi baru nak tido. Puas dah tune waktu tido siang, kadang dorang tak tido pun siang tapi malam mesti berjaga hingga ke kul 4 pagi. Kalu berjaga saje takpe tapi mesti kul 12 mlm nak mandi, aku mandikan jugak sebab panas, pastu order makanan panas, hadoi..dahla penat keje lum abis..si kenit Akif, Hafiy n Ezzam..bila la ibumu ni dapat tidur macam orang normal...?

-bukan mengeluh..sekadar menceceh sebab busan di pagi hari, nak ajak borak si kecik ni lum pandai jawab soalan aku-

Khamis, 19 Ogos 2010

Pahit

Anak 1..bila sakit bersalin...........ape...
Anak ke 2..bila pantang..........ape...
Anak ke 3..hampir meroyan...........ape...
Sakit.....gigil..ape.............kenapa macam tu..kenape kenapa
Masuk tak menambah keluar tak meluakkan?????????????

pahit.
p/s jangan peningkan kepala nak memahami entri ini.