Sabtu, 11 Ogos 2012

Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

                      


Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.

Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah
No
Awal bulan hari
Lailatul-Qadar pada malam
1
Ahad
29
2
Isnin
21
3
Selasa
27
4
Rabu
29
5
Khamis
25
6
Jumat
27
7
Sabtu
23


Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Mertabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berdo’a.
Mertabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Mertabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan sembahyang isyak berjemaah, dan azam hendak sembahyang subuh berjemaah.
Fadilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menghidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.


                     

Rabu, 1 Ogos 2012

Ntah apa2 lah kamu ni..

Pokok kat negara orang...rasanya.

Minggu lepas (cerita tak best yang dah basi), saya tengok slip gaji kawan saya, lagi muda setahun dari saya.
Dia pun tak kisah nak tunjuk.
Wow..terkejut den.
Gaji dia lebih 2K dari saya.
Mak ai...banyaknya tu.. bagi saya.
Dia keje 11 tahun, saya nak masuk 8 tahun.
Takdela banyak beza sangat pun tahun tu, tapi sebab dia dah DG 44.

Patutla kawan2 yang lagi muda dan DG 44 ni pantang cuti asyik berjalan saja, ada yang tour Europe lagi,
(kalau tambahan suami pun kerja bagus juga).
Saya ni Sabah Sarawak pun belum pernah jejak lagi.
Teringinnya nak berjalan2 tengok negara orang.
99.9% kawan2 saya semua pernah ke luar negara.
Tinggal saya seorang lap air mata kempunan.
Tengah bawa perut sorang lagi, lagi la harapan tinggal harapan.
Sobs..
(Takdela kempunan sangat sebenarnya-ayat cover jeles)

Syukurlah dapat bonus.
Menggunakan perbankan internet, saya main klik klik klik saja bayar hutang kad kredit tu kad kredit ni, dan hantar kampung, tak pikir pun cukup ke tak nak guna sampai hujung bulan ni.
Pejam mata saja.

Tiap2 hari bukak puasa beli. RM25 setiap hari. Nak masak letih dan  tak berbaloi kosnya.
Kena jugak pikir untuk budak2 tiga orang tu. Semua selera lain2. Tu tak kuasa nak masak.
Semalam beli sup daging untuk saya berbuka, daging 5 hiris, RM5.
Mahalnya, tetapi lagi baik dari saya balik sekolah, siang daging, hiris daging yang mahal harganya yang kalau di beli mentah, takkan habis di masak , lama2 membeku hilang rasa daging dalam peti air saja.
Buang akhirnya. Membazir gak namanya tu.
Er..asyik beli je, cukup ke duit saya sampai hujung bulan ni..

Post tah apa2 lah kamu ni.....