Jumaat, 21 Ogos 2015

7 Cara Menghalau Lalat

cnp
Petua Nenek
Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.
Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.
1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, 

Ahad, 21 Jun 2015

REMEDI KURUS & PELANSINGAN

C N P
REMEDI KURUS & PELANSINGAN
Terbaharu, kita dihebohkan dengan penemuan bahan terlarang di dalam ubat kurus dan pelansingan.
Hal ini sebenarnya sudah lama menjebak industri ubat-ubatan kurus dan pelansingan dari sejak ianya mula dikomersialkan.
Adapun, sang faqir ingin berkongsi remedi(ramuan) alamiah untuk ikhtiar bagi masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.
Bahan yang sang faqir kongsikan adalah bahan yang mudah diperolehi, senang diamali, dan mujarab secara alami, insyaALLAH.
REMEDI UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN
Bahanannya adalah :
Madu Lebah
Kurma
Minyak zaitun
Cuka epal
Minyak Habbatus sawda'
Kaedahnya:
Sebelum tidur malam - Madu lebah 1 hingga 3 sudu besar + Cuka Epal 1 hingga 3 sudu besar, dicampur ke dalam secawan air 100ml.
Diminum sebelum tidur. Pastikan tiada pengambilan sebarang pemakanan berat atau ringan sejurus selepas minuman ini diminum. (Sebaik mungkin cuba pastikan membuang air besar sebelum sarapan)
Selepas Bangun Dari Tidur (Sebelum sarapan) - Madu Lebah 1 hingga 3 sudu besar + Minyak Zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar (15ml) + Minyak Habbatus Sawda' 1 hingga 3 sudu kecil (5ml), digaul kesemua bahan ini dalam satu cawan atau piring, kemudian ditelan. Tidak digalakkan berlapikkan air, air diminum setelah 15-20minit bahan di atas di telan.
Semasa Sarapan - Displinkan diri memakan kurma sekurang-kurangnya 7 biji dan segelas air putih 200ml.
Selepas Makan Tengahari - Ulangi langkah seperti sebelum tidur.
Sebelum Maghrib - Minyak zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar, di telan.
Malam sebelum tidur, ulangi langkah seperti yang tertera di atas.
Nisbah setiap bahan, 3 sudu minyak zaitun = 1 sudu madu lebah. 1 sudu madu = 1 sudu kecil pati Habbatus Sawda'.
Tempoh pengambilan remedi ini bergantung kepada tahap kegemukan dan masalah berat badan individu. Sebaiknya diamalkan secara konsisten.
Dalam tempoh masa 14 hari, insyaALLAH akan diperlihatkan kesannya.
Berat badan akan menurun secara yang alami tanpa ada kemudaratan. InsyaALLAH.
Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman sejuk dan berkarbonat serta kafein. Kurangkan memakan daging pada waktu malam. Aktifkan diri dengan riadah, walaupun riadah ringan. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segala urusan.
Bakal menyusul post berkaitan Remedi Masalah Selulit (wanita) dan Remedi Masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi lelaki. InsyaALLAH.
* Remedi ini juga sesuai untuk penderita migrain, insyaALLAH.
*Ramuan di atas SESUAI untuk penderita gastrik dan TIDAK SESUAI untuk ibu hamil

Selasa, 16 Jun 2015

Rawatan demam selsema dan batuk

Cnp
Demam
----------------
Sepanjang 3 hari ini saya cuma buatkan kaedah " stoking bawang besar".
Bawang besar dipotong dua. Tekapkan di tapak kaki,pakaikan stoking dengan kemas.
Selang dua jam saya gantikan potongan bawang yang baru apabila:
- bawang sudah berasa panas(haba tadi diserap melalui tapak kaki kerana kandungan bawang yang kaya air)
-bawang sudah bertukar warna dari merah kepada separuh kekuningan(seperti kita menumis di kuali,kesan haba yang berjaya di serap brtindakbalas dengan zat kimia dalam bawang itu sendiri)
Selesema dan batuk
----------------------------------
Telan pati habbatussauda 3ml,sapu rata-rata sekeliling lelangit anak.
Sapu nipis -nipis pati habbatussauda di T zone hingga meresap supaya melegakan pernafasan mereka ketika tidur dan mencegah hidung tersumbat.
Sapu pevoo seluruh badan dan buat picitan ringan.
Pevoo baik untuk mengurangkan sengal -sengal sendi dan otot .
Kerapkan memakan kurma bagi merangsang tenaga dan meredakan emosi.
Alhamdulillah sangat membantu mengelakkan anak merengek yang berpanjangan.
Izin Allah, anak-anak tetap cergas,berselera makan dan tidak tinggal solat walaupun kurang sihat .

Khamis, 6 Februari 2014

rawat sembelit

minum minyak zaitun 1 sudu. pagi sebelum makan dan minum.
~saja tulis untuk babies yang tengah menderita sembelit~
juga boleh bagi jus lemon (kuning) satu sudu untuk bayi yang lebih satu tahun

Ahad, 2 Februari 2014

penawar untuk anak

Anak-anak degil@nakal Penyelesaian: -Sediakan air satu jug -Baca Basmalah 786 kali -Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” -selesai baca hembus ke air dan bagi anak minum insyaallah anak tak nakal lagi dah lepas tu…… kalau nakal lagi.. baca lagi…. dan kalau nakal lagi baca lagi…. dan kalau nakal lagi… SALAH BACA LAH TU….hehehehe Atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali..nanti malam anak tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup.. 

doa supaya zuriat dirikan solat

diy shampoo (honey)

Use only raw honey. Regular honey is processed with damaging levels of heat and is actually cut with corn syrup. I recommend making it on a “single serving” basis, so just mix up a little bowl of the shampoo before you plan to use it. Here’s the basic ratio, but you can adjust it as desired: 1 Tbs. raw honey and 3 Tbs. filtered water. If necessary, slightly heat the mixture over very low heat to help dissolve the honey. Yes, this is really watery… that is how it is supposed to be.
If desired, add a few drops of essential oil. To the mixture above, I add about 2 drops of lavender essential oil, 2 drops of rosemary oil, and 2 drops of carrot seed oil. The essential oils add a light fragrance and also help with any flaky scalp issues. The carrot seed oil, especially, is very nourishing to the hair.
Wet hair, then massage a few tablespoons of the honey shampoo on the scalp. Massage well to distribute over the scalp. Don’t worry about getting the mixture on the ends of the hair, just the scalp area. Rinse well. No need to follow with any conditioner.
If desired, you can follow with a DIY apple cider vinegar rise.

rumah dengan roh masjid atau tanpa

Photo: Sama sama kita wujudkan Roh Masjid di dalam rumah kita sendiri..

hilangkan lupa

:: AMALAN MENGHILANGKAN LUPA ::

Syeikh Soleh al-Ja'fari al-Azhari, Imam Masjid Al-Azhar Asy Syarif suatu masa dahulu pernah berkata:

Kami telah diajar semenjak 35 tahun lalu oleh Syeikh Ahmad Maraghah akan kaedah untuk menghafaz dan menghilangkan PENYAKIT LUPA iaitu dengan cara MELETAKKAN TANGAN DI ATAS KEPALA SETIAP KALI SELESAI SOLAT sambil membaca ayat ke-6 dari Surah al-A'la sebanyak 7 kali:

ﺳَﻨُﻘْﺮِﺅُﻙَ ﻓَﻠَﺎ ﺗَﻨﺴَﻰ

Yang bermaksud:Kami sentiasa menjadikan engkau wahai Muhammad dapat membaca (al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril),sehingga engkau (menghafaznya dan) TIDAK LUPA .