Khamis, 20 Disember 2012

inthisar 44 hari


Alololo....geram nak gigit. Rupanya peel anak perempuan lain sungguh dengan lelaki.
Menangis pun lembuttttttttttt je. Tengok2 air mata penuh dalam mata, mengalir kat tepi telinga (sebab dia baring)

Abang Akif yg penyayang. Tak tau macamana abg uda sorang ni boleh berperangai macam orang tua.
Kalau adik menangis, dia orang pertama meluru, dan pujuk baby macam orang  dewasa. Kagum.
Pelik baby ni, sama dengan Abang Ezzam, ada masa dia nampak gelap, pink dan cerah.
Masa ni duk tepi Akif terserlah kegelapan.asal sihat.

Ofocott!Lubang idong..



Abih pantang atau tak, tetap sama je...kelam..pening tak cukup tido....................
Tak boleh keluar rumah, takleh  makan sesuka hati.
zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
apapun tak bleh

Sabtu, 15 Disember 2012

Ringan di lidah , berat di timbangan


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan dan keduanya dicintai oleh Allah iaitu Subha nallahi wabihamdih, Subha nallahil ‘azim.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 14 Disember 2012

Rabu, 12 Disember 2012

Alhamdulillah. Rezeki 12.12.12

Dah terima surat kenaikan gred.
Alhamdulillah di permudahkan urusan.
Rezeki anak2.

Saya teringat tahun lepas saya bertugas di tempat baru.
Utk prestasi,..saya dapat markah paras hidung. Saya risau dengan proses kenaikan gred.

Boss saya kata : Maaf la..saya tak dapat bagi markah tinggi kat awak. Awak belum capai tahap tu.
                      (Tahap apa mek..? Tanya balik pun tak guna. Dia memang veto. Yang saya tahu saya
                      dah buat semua keje saya)

-Saya perasan orang pendiam macam saya ni semua nya dia bagi rendah. Guru yang mengajar baru 3 bulan , banyak masih perlu belajar ,  dapat 83. Kami yang tak berapa banyak cakap dapat 84.5. Orang banyak cakap dibaginya tinggi giler . Ada ke guru sandaran markah 90 ke atas. Keje sah2 la lagi banyak kitarang.Grr..!!!-

Boss : Maaf la.saya suka berterus terang.
Saya : Takpe..(senyum macam takde apa berlaku)-tapi siapa la boleh terima saja tanpa terluka (cewah)

Beliau belek2 borang prestasi  saya sambil berkata : Oh..yang ni kira macam ni ye..(sambil angguk2).
Le..dia sendiri nak kira prestasi pun tak berapa reti sedap cakap saya ni tak mencapai tahap piawai ye..

Tak lama kemudian beliau dinaikkan pangkat.
Boss beliau laser yang amat.

Boss beliau : Siapa hantar u datang sini. I ingat nak lantik orang lain.
Bla222...
Maka menangis la bekas boss saya tu..sanggup dipindahkan ke ceruk mana sekalipun asal boleh tukar.

Beliau sebenarnya sebelum ni memang laser dengan semua orang.

Betul la kata orang.(lupa kata sapa..sejak bersalin selalu lupa)
"Banyak cakap keje kurang-wayang cina.
Banyak cakap banyak keje bagus
Kurang cakap banyak keje dibuli."

Moral : ntah  ..yang penting den naik gred.


Selasa, 11 Disember 2012

Berhibernasi

Ye ke berhibernasi.(bukan juga sebab hibernasi maksud rilek tak buat apa2)
Saya tak ada masa nak menulis di blog sekarang.
Tetap juga nak menulis walau takde pembaca pun.

Tinggal lagi beberapa hari habis pantang.
Tapi tu bukan masalahnya.
Banyak masa habis untuk baby kecik saja yang tak berapa nak tidur sangat.
Jeles dengar kakak saya yang turut berpantang, babynya bangun 4 jam sekali. Maknya rehat sepanjang masa.

Saya cuma ada masa nak ber blogwalking saja.
Tengok life orang...tengok life saya..
Buat saya terfikir banyak benda.

Rasa nak luahkan apa yang saya fikir.
Tapi belum ada masa nak luah dalam bentuk tulisan.

Si kecik dah memanggil.


Isnin, 3 Disember 2012

Doakan anak berubah

Bismillah hirrahmanirrahim
Allah hummaghfirlana walahum

Ibu jangan marah kat adik tau..

Agak tensen juga sekarang.
Akif anak manja sebelum ini.
Tetapi dia sorang saja yang suka kan adiknya sejak dalam perut.
Suka gosok perut saya elok2.
Abang2nya suka tendang2 dan juga langgar tak peduli.

Bila baby lahir, dia suka jenguk baby.
Dalam masa yang sama, suka merajuk.
Pantang saya salah cakap.
Meraung hampir sejam.

"Sh..adik tidur"
"Jangan batuk kat adik, nanti adik batuk sama"
"Sakit tangan baby nanti"

Semuanya saya cakap dalam tone yang paling rendah.
Tapi hasilnya,

Muncung,"Taknak la kawan ngan ibu."
Nangis meraung.
 Lepas sejam bila saya dah jemu nak layan dan dia tak hirau pun malah asyik ,..
"Taknak kawan ngan ibu,adik nak kawan ngan ayah, ngan abang ngan Hafiy je (dulu dia taknak kawan ngan semua dorang ni) , ibu kawan la ngan baby je..!"

Gi dekat saya.."Ibu jangan marah kat adik tau.."
Saya balas "Ermm tak.."

Macam tu lah sepuluh kali sehari.



"

Rabu, 28 November 2012

Syafaat Nabi Muhammad S.A.W

3 tempat yang junjungan besar Nabi Muhammad SAW tunggu umatnya untuk bagi syafaat.
1. Titian siratulmustakim., jika tak jumpa, ke tempat ke 2.
2. Timbangan (mizan) .Jika tak jumpa, ke tempat ke 3.
3. Kolam Nabi (lebar sebulan perjalanan, panjang sebulan perjalanan)-macamana nak cari tu..?

Untuk dapat syafaat Nabi, orang itu perlu
1. Umat Nabi Muhammad.
2. Dosa yang sedikit.
3. Banyak berselawat.
4. Amalakan sunnah nabi.

Allah bagi 70000 umat nabi Muhammad untuk dapat syafaat Nabi, tapi Nabi merayu bahawa umatnya ramai, jadi Allah gandakan setiap seorang dari 70000 itu, 70000 orang lagi. Maksud.=70ribu x 70 ribu.

Mulai hari ni, selawat banyak2 ye untuk dapat syafaat ini.

Selasa, 13 November 2012

Due date-3/11/2012

Sabtu 3 nov pukul  1 ptg, Hosp Selayang.

Doktor pelatih seorang lelaki seorang perempuan.
Saya.

Doktor perempuan : Kenapa datang sini?

Saya : Dah 2 cm, ada keluar tanda.

Dokt perempuan : Tu je sebab datang sini?

Saya  : (Eh..?)

Dokt perempuan : Betul ke tarikh last period ni?

Saya : (cerita betul2 tentang 2 kali period, tak tau yang mana satu betul, last2 ambil yang dokt tentukan)

Dokt perempuan : Hm..jadi tak sure lah ye.

-Dokt itu terus soal selidik lagi tentang tarikh period yang betul, banyak2222 kali macam peguam olah soalan sampai saya pun konfius...tetapi apa yang penting sekarang? Lagi saya konfius. Saya kan dah nak beranak. Kalau dok tentukan tarikh last period tu..boleh ke tukar balik tarik buka jalan dan tarikh nak meneran ni.

-Dokt pelatih lelaki tanya , kenapa cek dekat swasta, nak bersalin sini pulak...Kalau lama menunggu di KK, kat sepital ni pun lama juga.
OOOooo..tak sangka kena perli di sini pula. Kalau bukan nasihat dokt saya yang suruh bersalin di Hosp kerajaan, mesti lah saya tak bersalin di hospital kerajaan. Bukan banyak duit, tapi saya nak selesa saja.

Akhirnya saya di suruh balik. Mereka bagi tarikh 13/11, jika belum bersalin baru datang. Atau dah sakit sangat baru datang. Le...sakit perut 3 hb,...13/11 suh datang balik.....ganas betul. Dan kalau dah sakit sangat macamana nak datang, tu dah nak meneran tu.

Naik saja kereta untuk balik, terus contraction 5 minit sekali.
Saya balik, menunggu proses kelahiran semulajadi, tunggu pecah ketuban sendiri.
Rupanya proses semulajadi kurang sakitnya-tak tau sebab proses semulajadi atau memang bersalin kali ni saya kurang sakit.
2 jam lepas tu, pecah ketuban , suruh Ezzam panggil ayahnya untuk hantar saya ke hospital Sg Buluh, nasib baik tak jam, selalu berhari2 sebelum tu jalan jam yang amat.
Selamat bersalin 45 minit lepas tu, selepas contaction 3 minit sekali, 30 minit.
Alhamdulillah, sakit yang sangat kurang berbanding sebelum ini.

Tapi saya masih teringin macam kawan2 saya yang tak sakit lansung tetiba rasa nak teran saja.
5 orang yang dah datang melawat, semuanya tak pernah sakit bersalin. Subhanallah.

oo..baru saya tahu. Selayang cuma ambil kes2 kronik saja. Kalau sihat , ko ke hospital Sg Buloh.
Cakapla awal2..senang..

Khamis, 11 Oktober 2012

Baby oh baby.

Dah 3 kali scan.
Masih tak nampak jantina.
Kepit paha la, tak nampak la, terlindung la.
Saya teruja sediakan pakaian2 pink, purple, peach.

Kalau keluar boy camana baju2 tu?
Takpe, kakak dan adik saya pun tengah pregnant.
Kami 3 beradik bakal bersalin dalam jangka masa dekat2.
Baju2 pink peach tu boleh pass kat dorang yang khabarnya akan terima baby girl.
Alhamdulillah..mok bakal terima 3 cucu ,Nov, Dec 2012 dan April 2013.

Sabtu, 22 September 2012

Kg Lebai Akil, tanah kelahiran dan membesar

Raya 2012,
3 tahun lepas atuk  yang membesarkan saya meninggal,
3 tahun lepas Akif lahir,
baru saya dapat jejakkan kaki semula ke tanah ini.
biar sekejap,
rindu terubat,
sedikit.

Rumah buruk tempat saya lahir dan membesar. Kini dah makin rosak , tiris, anai2, sebab tak berpenghuni.
Arwah atuk suka duduk kat kerusi depan tu. Macam terbayang2 arwah duduk2 berehat di situ.

Jalan yang dah makin sunyi. Kalau bukan hari raya, kelibat warga muda macam tak kelihatan langsung.
Yang ado cumalah warga tua yang menghabiskan sisa hidup. Kat tepi jalan ni lah saya selalu tunggu kereta prebet sapu
utk balik ke asrama di Kota Bharu tiap kali balik bercuti di kampung. Mak takdak, ayah takdak. Sorang2 tunggu kereta. Sungguh busan. Depan tu ada pokok buluh yang banyak.

Hubby tengah gigih kait buah rambutan. Rasanya seumur hidup dia baru beberapa kali pegang galah kot.
Syabas inspektor sahap. Sepanjang perjalanan dari Jeli ke Pasir Mas saya duk pikiaq sapa la yang nak ambik buah rambutan nanti kat kampung atuk sebab mak saya ajak ke sini alasannya nak ambik buah di samping lawat kubur arwah atuk. Tak sangka hb saya berjaya la jugak kait rambutan.
Depan rumah, kami panggil dalam alor, padang tembakau kalau musim tembakau., tapi yang manis, masa banjir,
air penuh , budak2 satu kampung main rakit kat situ. Buluh untuk buat rakit ada depan rumah, air pun ada. Seronok sungguh.

Pokok2 salak. Tak terurus tapi buahnya masih banyak. Intai je , mesti boleh dapat hasil 10-20 biji.


Hafiy memang sesuai duk kampung. Sebab apa ye, ke sebab masa dia baby dulu mak saya pernah bela utk 2 bulan.
Dia excited yang amat bila tengok rambutan jatuh dari pokok. Terjerit2 kutip rambutan dan terus suh saya kopek.
Berpuluh2 bijik dia makan. Tak peduli panas dan gelap.
Kat Jeli kalau lalang setinggi lutut pun dia tak heran redah.
Abang tak makan pun rambutan. Tengok saja dan tolong bagi kat Hafiy, takde feel langsung. Ahmad pula ke sana ke mari , tapi tak nampak bosan macam Ezzam.


Kubur tepi rumah.
Kat sini lah tempat saya bermain masa kecik. Kalau musim buah, ambik buah2 dari sini.
Manggis , durian, rambutan, gajus,  jering . Keje saya kalau musim manggis duk atas pokok saja, tapi bukan ambik buah sendiri, penakut untuk ke tepi dahan, suh orang lain yg ambik.
Mungkin orang rasa pelik/ geli  makan buah atas yang pokoknya tumbuh atas kubur, nak wat camne, pokok yang ni saja boleh diharap, lebat dan rendang. Kat tanah sendiri  tinggiiiiiiiiiiiiiiiiii melangit.

Kubur arwah, takde marmar takde segala.
Cuma batu nesan dan pokok bunga Cina. Doa saya agar rohnya aman di sana.


Rezeki utk berjumpa. Saya teringin jumpa bekas isteri pakcik saya.
Kami jumpa kali terakhir masa hari sambut menantu, saya kawin, di KL.
Tiap kali berpeluang balik, ingin jumpa tapi tak sempat.
Kali ni saya terbayang2 wajah Kak Na, rezeki, dia nampak saya dan berhenti depan rumah arwah atuk.
Dia lebih senang sekarang, ada kereta sendiri, ada kedai sendiri. Alhamdulillah.

Baru nak menulis ramai yang jeles. Haih..




Rabu, 12 September 2012

Selamat Hari Raya





Walau pun dah lama berlalu, saya tetap nak tepek jugak post sempena Hari Raya 2012.
Ni Raya ke 2 di Teluk Intan Perak.

Anak2 saya dan sepupu mereka yang semua sama baya, masing2 ada 'kembar'. (3 , 4, 6 tahun).
Yg ke 4 ni saja takdak geng sebab kak ipar takut nak bersalin lagi , semuanya operate, jarak masa pun dekat2.

Suami saya  dan kakaknya (akak ipar saya), kahwin pada tahun sama.
Ikut orang Perak (sesetengah mungin, saya diberitahu macam tu), kalau adik beradik kawin pada tahun sama, kemungkinan akan dapat anak sama2, kalau tak dapat,, takkan dapat terus.

3 tahun kami menunggu untuk dikurniakan anak sulung.
Saya sibuk dengan treatment saya kerana ada masalah kesuburan, jadi tak hairan kalau ambil masa 3 tahun.
Tetapi kakak ipar dan suaminya takde apa2 masalah, pun ambil masa 3 tahun untuk anak sulung.
Tiba2 terpregnant bersama. Due date untuk anak sulung kami cuma beza beberapa hari saja.
Macam betul je kan cakap2 orang tua2 kat Perak tu.

Due date ke 4 saya dah dekat, pejam celik pejam celik nanti sampailah masanya.
Saya dah berdebar2, takut, tapi nak semayang hajat supaya senang bersalin tak buat2 jugak.

Husband kawan saya setiap malam semayang hajat untuk wife dia supaya senang bersalin.
Kalau hujan malam Jumaat  dia akan tadah air hujan dan baca Quran bagi minum dekat wife nya.
Hasilnya, kawan saya  bersalin sangatlah senang, tak sakit pun.
Pecah ketuban, tunggu masa dengan muka rilek, tau2 dah nak meneran.
Tu tak kisah bersalin sampai 7 orang.

(Husband saya pun buat jugak, tapi bukan untuk saya, untuk anak dalam perut.
Tiap kali saya pregnant dia akan puasa 2 hari untuk anak yang bakal dilahirkan. He....-nak jugak dia cerita-).

Tu cerita orang. Cerita versi saya yang banyak dosa memang la lain.
Mintak2lah  anak ke 4 ni saya lebih matang la kot, tak kalut sangat kalau sakit.
Kalu dulu sibuk mintak nak operate . Punyalah tak tahan tanggung sakit. (ish ish...teruk betul..).
Orang lain yang operate sibuk kesal sebab tak rasa sakit bersalin, saya pula terbalik.
Setakat yang saya dengar, saya sorang je tak tahan sakit sampai mintak operate. Mengada betul.

Doakan semuanya dipermudahkan.
Mintak maaf semua kalau ada terlebih terkurang dalam penulisan blog ini.
Sobs..


Sabtu, 11 Ogos 2012

Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

                      


Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.

Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah
No
Awal bulan hari
Lailatul-Qadar pada malam
1
Ahad
29
2
Isnin
21
3
Selasa
27
4
Rabu
29
5
Khamis
25
6
Jumat
27
7
Sabtu
23


Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Mertabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berdo’a.
Mertabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Mertabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan sembahyang isyak berjemaah, dan azam hendak sembahyang subuh berjemaah.
Fadilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menghidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.


                     

Rabu, 1 Ogos 2012

Ntah apa2 lah kamu ni..

Pokok kat negara orang...rasanya.

Minggu lepas (cerita tak best yang dah basi), saya tengok slip gaji kawan saya, lagi muda setahun dari saya.
Dia pun tak kisah nak tunjuk.
Wow..terkejut den.
Gaji dia lebih 2K dari saya.
Mak ai...banyaknya tu.. bagi saya.
Dia keje 11 tahun, saya nak masuk 8 tahun.
Takdela banyak beza sangat pun tahun tu, tapi sebab dia dah DG 44.

Patutla kawan2 yang lagi muda dan DG 44 ni pantang cuti asyik berjalan saja, ada yang tour Europe lagi,
(kalau tambahan suami pun kerja bagus juga).
Saya ni Sabah Sarawak pun belum pernah jejak lagi.
Teringinnya nak berjalan2 tengok negara orang.
99.9% kawan2 saya semua pernah ke luar negara.
Tinggal saya seorang lap air mata kempunan.
Tengah bawa perut sorang lagi, lagi la harapan tinggal harapan.
Sobs..
(Takdela kempunan sangat sebenarnya-ayat cover jeles)

Syukurlah dapat bonus.
Menggunakan perbankan internet, saya main klik klik klik saja bayar hutang kad kredit tu kad kredit ni, dan hantar kampung, tak pikir pun cukup ke tak nak guna sampai hujung bulan ni.
Pejam mata saja.

Tiap2 hari bukak puasa beli. RM25 setiap hari. Nak masak letih dan  tak berbaloi kosnya.
Kena jugak pikir untuk budak2 tiga orang tu. Semua selera lain2. Tu tak kuasa nak masak.
Semalam beli sup daging untuk saya berbuka, daging 5 hiris, RM5.
Mahalnya, tetapi lagi baik dari saya balik sekolah, siang daging, hiris daging yang mahal harganya yang kalau di beli mentah, takkan habis di masak , lama2 membeku hilang rasa daging dalam peti air saja.
Buang akhirnya. Membazir gak namanya tu.
Er..asyik beli je, cukup ke duit saya sampai hujung bulan ni..

Post tah apa2 lah kamu ni.....


Ahad, 22 Julai 2012

Sawan Demam



Apakah sawan
sawan terjadi apabila impuls elektrik otak berlaku di luar kawalan mengakibatkan
-kekejangan otot
-mata terbeliak (uprolling)
-mulut berbuih
-kancing gigi
-tidak sedarkan diri
dan lain2


Apakah sawan demam
 Ia adalah sawan yang berlaku disebabkan demam pada kanak2 yang berumur 6 bulan hingga 6 tahun.
sawan terjadi apabila
-suhu badan melebihi 38 C
-biasanya pada hari pertama atau kedua demam tinggi.

Bagaimana anda mengenal sawan demam?
-Demam tinggi
-Kekejangan badan dan kaki
-Sentakan berulangan pada kaki dan / atau tangan.
-Mungkin terjatuh.
-Mulut berbuih
-Terkencing / terkeluar najis
-Tidur dan tidak sedarkan diri seketika.
-Kebingungan seketika / pening apabila terjaga tetapi menjadi aktif semula seperti biasa selepas beberapa lama (kadang2 hingga setengah hari)

Apa yang harus anda lakukan
-Lakukan mandi berjelum
-Tanggalkan pakaian atau pakaikan baju yang nipis sahaja
-Berikan paracetamol sebagaimana diarahkan
-Galakkan meminum banyak air masak
-Pasangkan kipas angin atau adakan pengudaraan yang baik.

Ketika sawan
-Anda harus bertenang
-Mengirigkan anak anda ke sisi
-Jauhkan barang2 berbahaya sekitarnya
-Jangan letakkan apa2 di dalam mulut
-Jangan tinggalkan anak anda sendirian
-Sekiranya sawan berpanjangan selama lebih 15 minit, bawa ke hospital dengan segera.
 Sawan perlu dirawat dihospital bukan di klinik.
-Kadang2 doktor akan memberi ubat yang dipanggil 'rectal diazepam' untuk dimasukkan ke dalam punggung anak sekiranya sawan lebih dari 5 minit

Sebab2 sawan
Kebanyakannya berpunca daripada
-Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
-Atau jangkitan telinga (ototis media) dan lain2

Bolehkah sawan berulang?
Ya. 30 % sawan demam boleh berulang

Adakah sawan demam boleh mengakibatkan kecacatan otak?
Tidak. Kecuali apabila sawan melebihi 15 minit.

Adakah ia keturunan?
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
hanya segelinitir kanak2 yang mendapat sawan demam berulang2 dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy.



Walaupun Hafiy dulu dapat sawan bukan sebab demam tinggi, saya tulis juga maklumat ini sekadar untuk panduan. Untuk yang tiba2 dapat sawan, bukan demam, boleh rujuk page dr muna.

http://drmuna.wordpress.com/2009/11/17/sawan-atau-kejang-otak/

Jumaat, 20 Julai 2012

18sg

Hafiy dan Akif suka mengusik/ membuli antara satu sama lain.
Terlampau kerap , saya jadi maleh jugak melayan, last2 amik ayat ayah dia." Nanti ibu ikat kat pagar"
Baru lah sesiapa saja yang tegah menangis dibuli tu akan diam.

Tadi balik dari hantar abang2nya ke sekolah,
Akif dan saya golek2 berdua. Sambil golek2 , dia suka gosok2 dan cium adiknya di dalam.
Akif tanya sambil gosok2 " Bu, sape wat pewut ibu nih?" (buncit)
" Ayah" Saya menjawab malas.
" Nanti adik ketuk ayah"-balasnya.


hehehehe...Kalau cakap ikat kat pagar kan lagi bagus.

Rabu, 18 Julai 2012

Sekolah jenis kebangsaan memang patut dimansuhkan.

Hampir dua tahun saya mengajar di sekolah yang nisbah pelajar Melayu, Cina dan India hampir sama ramai.
Saya dapati pelajar Cina dan India susah menerima ilmu pelajaran , serta tidak tahu mencerna ilmu  yang diterima.

Pelajar Cina 
Pelajar Cina hanya menyerlah di satu kelas paling hadapan. Kelas ada 17,  jadi cuba agak yang tidak menyerlahnya berapa ramai.

Mereka pergi ke sekolah seperti tiada tujuan.

Kalau yang nakal, asik nak ponteng, bising, bercakap mengalahkan suara giant, suruh menulis pun taknak. 
Yer la..dah dia tak paham apekebendanya, dia nak nulis buat apa.
Menulis taknak,  dengar taknak, asik happy memanjang, borak makan borak makan, badan masing2 ya Allah..lemak sana sini.
Bukan mengata tetapi selalunya yang malas menulis tu badan dia gemat sangat.

Kalau yang baik, rajin, cuma sekadar menyalin bulat2 yang cikgu suruh.
Nak cari jawapan sendiri jauh sekali.
Mereka tidak tahu apa yang didengar dan dibaca.
dan lebih parah, ramai yang tak pandai membaca.
Kalau yang pandai sedikit pun, tidak tahu nak mencari isi penting atau jawapan kepada soalan.

Mereka bukan malas belajar sebab dah kaya.
Ramai yang miskin, atau hidup sederhana, berbanding Melayu atau India.
Tetapi sebab tidak faham, dan dari kecik hanya terdedah kepada bahasa mereka, sudahnya bila umur 13 tahun, datang ke sekolah seperti kanak2 tadika. Main dan makan sahaja.
Dan menyumbang kepada masalah disiplin.

Berada di persekitaran mereka sahaja, dan tidak bergaul dengan bangsa lain terutamanya Melayu, cuma meluaskan jurang pemisah antara kaum.
 (antara masalah, tetapi sebenarnya kalau pelajar nakal, dengan Guru bangsa Cina pun mereka lawan juga. Dengan muka ala samseng, badan lebih besar dari Cikgu dan sikap mereka yang tak makan saman,kadang2 agak menggerunkan. Saya rasa mereka tak teragak2 nak tendang perut saya )
Ramai yang ponteng sekolah di pertengahan tahun. Kerja di bengkel2 motor dan tempat2 lain, yang tak perlu guna minda sangat,

Anggapan sesetengah orang bahawa Cina pandai, salah sama sekali. Kalau dalam kelas ke 2 sampai hujung, mereka ketinggalan berbanding pelajar Melayu.

Salah siapa ni ?


Pelajar India
Pelajar bangsa India kebanyakannya lebih faham dah lebih maju dalam pelajaran, berbanding pelajar Cina. dan mereka lebih menghormati guru , kadang2 sikap mereka lebih baik dari segelintir pelajar Melayu.

Kalau yang nakal, hanyalah kerana mereka lambat matang berbanding pelajar Melayu dan Cina.
Jika dimarah kerana sikap nakal mereka, mereka cuma sengih2, minta maaf, tidak memberontak tendang kerusi dan tunjuk betapa mereka tidak takut langsung dengan guru. (Bukan nak suruh takut, tetapi sesetangah pelajar yang hard core, memang memandang rendah terhadap guru)

Kawan kami patah tulang kaki kerana pelajar tolak meja, jatuh atas kakinya lepas dia marahkan pelajar tersebut. -selingan.


Penutup
Saya tak sabar menunggu bila kerajaan nak mansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Cina dan India tidak akan lupakan Bahasa mereka.
Satukan semua kaum di bawah satu bumbung dari mereka kecil lagi.
Bahasa Ibunda tidak perlu dilupakan.
Masih boleh diadakan macam sekolah menengah.
Ada kelas bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Saya rasa dengan cara ini, semua kaum dapat ilmu sama rata dan lebih adil.
Jurang perkauman juga dapat dirapatkan.

Selasa, 17 Julai 2012

Kepitaman rutin

Nak pitam rasanya.
3 orang keluarkan buku untuk buat homework.

Mulut semua sibuk tanya tu ni. Dah jawab pun tanya lagi.
-ni warna biru ke?Ibu!Ibu! Ni kaler biru ke?Ibu!!!!!!!!!!!!!!
Jawab pun tanya lagi.

Nak jawab soalan Ezzam lagi yang kerja rumahnya 10 ms.
Belum lagi pandai membaca, disuruh buat kerja rumah yang banyak saja, standard budak darjah 1 / 2., bukannya diajar suruh pandai membaca. Nak diajar membaca di rumah dan tak buat homework, risau dimarah pula. Tapi saya tetap ajar kalau ada masa.

Akif mengamuk tanya tu tanya ni dengan buku dia.
Last sekali dia memekik. Nak masak!Nak masak!Nak masak.
Tak berenti-renti.
Argh..! Tensennya nak perabis seround kerja rumah.

Harap2 terima mesej ajaib dari ayah derang.
"Dah ada di kl"-ngigau.

Sabtu, 14 Julai 2012

Sayangi tulang rusuk mu yang hilang

"Kalau aku taknak kat kau, siapa pun taknak kat engkau ni tau tak"-suami
"Cakaplah dengan semua orang, kau ingat ada orang nak percaya ke cakap engkau tu"-isteri
"Selama ni memang kau tak pernah berjaya buat satu benda pun, puih!"-suami


Jika anda pernah dicemuh seperti ini, bertindak segera , jangan tunggu hingga anda sakit mental.


Atas ni sedutan iklan radio sinar yang saya tak berapa ingat dialognya, tapi lebih kurang macam tu lah isi yang nak disampaikannya.

Dalam entry lepas , iaitu yang ini, saya ada ceritakan tentang teman saya yang menyampuk tetiba percakapan teman yang satu lagi. Dialognya yang ini.-


" Nih..kesimpulan dari cerita yang akak cakapkan tu...
jika hubungan seseorang perempuan itu  dengan Allah baik, maka Allah pun akan hantar lelaki yang baik untuk jaganya. Saya takde la nak mengata sepupu akak tu tak baik, tapi Allah dah cakap macam tu."

Saya nak describe tentang teman saya yang ini.
Orangnya sangat cantik. Kulit putih merah, bibir merah merekah. Aurat ditutup sempurna. Sentiasa tersenyum ceria. 
Kawan saya yang lain pernah kata, dia ni kalau kawin dengan raja pun takde orang nak komplen sebab memang sesuai. Dan kalau orang nak describe dia, senang je, yang cantik tu ke? Takde orang nak kerut kening bila dengar soalan tu.
Dia kerap pakai jubah, dan baju yang longgar-longgar sahaja, tetapi tetap nampak bergaya.
Tudungnya semua melepasi bahu dan labuh sampai bawah perut. Tetapi tetap nampak bergaya sebab dia takkan pakai tudung yang biasa sahaja, tetapi yang ada fesyen sedikit, tetapi tak melampau2.
Saya selalu ingat dia banyak duit, tetapi sebenarnya tidak. 
"La...tau tak, kain ni cuma 10 ringgit semeter" katanya. Le...murah betul, tapi cantik.
Cantik sebab si pemakainya cantik, dan baju sentiasa bertukar2.
Sebabnya dia pandai menjahit. Kalau nak pergi ke sekolah, kita bukak almari pilih baju, pakai.
Dia pula, bukak almari, pilih kain dan jahit, baru pakai. Begitu juga tudung, banyak yang dijahit dan dipakai terus untuk ke kerja.

Baru2 ini hampir satu sekolah tempah baju, tudung dengannya. Hari ni tempah, esok atau lusa siap. 
Ada juga yang tempah langsir.
Saya kagum dengan dia, dahla cantik, agak warak juga, pandai menjahit pulak tu.
Selalu  saya duk borak2 dengan dia, tetiba datang orang lain. 
" Nah..duit jual tudung " RM 500, bertukar tangan. Kalau agak kerap, dah berapa sebulan. Tu hasil jualan tudung yang dia jahit , disebarkan ke sekolah2 lain, dengan bantuan guru2 lain.

Tapi tiba2 bibik Indon dia balik ke Indon dan taknak datang balik, alasannya anak dia meninggal. Orang kampung tak bagitau sepatahpun tentang pemergian anaknya. Orang kampung siap berlakon kata anak dia dah pandai berjalan dan sebagainya bila dia telefon dari Malaysia. Anaknya OKU dan tidak boleh berjalan. Kesian juga kat bibik tu, tapi kawan saya pun kesian juga, sebab betul2 nampak letih menguruskan anaknya yang 3 itu. Dia siap beli tiket pergi balik untuk bibik, tapi bibik tak balik2.

Selepas bibik balik, semua tempahan tudung dan jubah di kensel. Asyik search sana sini tentang amik maid baru. Serabut betul nampak dia, dengan anaknya yang masih kecik yang tak biasa duduk dengan orang lain , buat dia nampak tak tenang.

Manusia ni kalau dah letih, .. terlepas cakap tentang semua benda.
Selama ni saya rasa keluarga dia harmoni. Suami dia warak, tiap waktu sembahyang berjemaah.
Kawan saya tak dibenarkan menjahit baju2 kebaya atau baju ketat yang lain, untuk jamin sumber rezeki halal.
Tambahan pula umur suami dia agak jauh bezanya, kami 30 an, suami dia 40 an, dah matang, lagi lah pandai jaga rumahtangga , pada anggapan saya.

Teman 2 di entry lepas bagitau " Akak ni kalau bersalin tak mau ibu atau ibu mertua, nak suami juga"
Teman 1 di atas bagitau " Saya taknak suami saya. Buat serabut saja. "

Kenapa?

Dia ceaser, tak boleh bergerak untuk urus anak, suami dia tetap suruh dia bangun untuk urus anak.
Nak mandi, tak boleh tunduk untuk ambil air dalam baldi, suami taknak tolong,kawan saya terpaksa suruh anak yang masih belum sekolah tolong cebokkan air.
Kalau tengah menyusu anak yang masih kecil, suami sepak bantal. Suruh layan dia sahaja, tak boleh tumpu pada anak yang asyik nak menyusu.
Perkataan pelacur, dan seiring teruk dengannya, dah biasa pada dia.
Kalau kereta rosak tengan jalan, pandai2 lah selesaikan sendiri. Suaminya balik rumah berehat saja.

Kesiannya. Saya tak pernah dengar cerita seperti itu. Yang saya asyik dengar ialah semua masing2 asyik memuji suami sendiri. 
Masa kawan saya bercerita pun, kakak tu asyik mencelah compare dengan suami dia.
Perempuan..tau je lah..perkataan paling disukai.."suami saya".

Kenapa ye suami sanggup buat isteri macam tu. Tak bersyukur langsung dapat isteri serba boleh, cantik pula tu. Dahla suaminya tua, tak hensem langsung pulak tu.opsss...Nak kata kaya pun tak juga. Biasa2 saja, pegawai kerajaan biasa saja.

Isteri2, sepatutnya meninggalkan suami pada hari pertama dia mencela isteri. 
Bukan tunggu dia berubah, bukan tunggu dapat anak. 
Dia, suami, takkan berubah, kerana suami  yang mencela isteri, otak dan hati sekeras batu. 
Bila anak makin bertambah, perasaan kesian pada anak melebihi segala.
Kesiankan  anak yang nanti tak berbapa macam lazimnya orang lain.
Perit dan sedih ditelan saja.

Macamana perasaan isteri yang sentiasa dicela, tetapi pada masa lain pula sentiasa diajak 'bersama'.
Macamana suami sanggup layan isteri seperti itu. 
Tidakkah keji?

Isteri, memang ada kekurangan. Kadang kala tidak pandai , sebab ilmu nya kurang. Tegurlah dia, ajarlah dia. Bukan dimarah dan dicela, kerana suami juga ada kekurangan dan kelemahan masing2.
(kata ustaz)

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki…
Dia bukan dicipta dari kepala , untuk diungguli lebih daripada suami, juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak. Dia dicipta dari tulang  rusuk kiri lelaki ,bersebelahan lengan lelaki  untuk dipertahankan ,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



Artinya:Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)


Rabu, 11 Julai 2012

Sebaik2 pekerjaan adalah surirumah

Semalam saya cuti, sebab saya penat jaga Akif yang demam. Bila malam panas badan dia melampau, dan dia merengek tak berhenti hingga hampir subuh.
Aktiviti tertido dan terbangun pada malam hari buat badan saya rasa tak larat, jadi saya ambil cuti Isnin.

Selalunya bila saya cuti untuk anak sakit, biasanya diiringi dengan saya juga tidak sihat. Tetapi semalam saya sihat, cuma penat sahaja.

Jadi, bila badan sihat, saya dapat melakukan pelbagai kerja harian macam surirumah biasa.
Masa ni terasa shahdu pula bila buat kerja surirumah . Syahdu sebab teringat dekat suami yang pergi kerja jauh. Feeling macam suami keletihan mencari rezeki. Lain ye rasanya bila jadi suriruamah sepenuh masa. Rasa sayu saja, sebab rasa letihnya suami cari rezeki. Padahal suami saya takdela letih mana pun kerja dia sekarang, ye dak ?

Ni le sebab nya surirumah sayang sangat kat hb dorang agaknya ye... sebab musababnya ialah dapat rasa betul2  yang dia hanya bergantung dengan hubby dia saja . Dan dia rasa kesian amat sangat dengan suami dia yang dirasakan kerja tersungkur dan tersembam untuk cari rezki bagi makan bini dan anak2.
Biarpun laki dia kerja duk opis dalam ekon pun dia tetap rasa terharu dengan pengorbanan tulus laki dia tu. Sobsss......

Walhal, kalau dalam keadaan biasa., badan letih , tak sihat, kena tinggal pula dengan suami, dan kena pula layan karenah anak2, kadang2  rasa juga letihnya. Mengeluh. Awatla aku asyik dok sorang. guram!guram!.

Kalau badan sihat, gi kerja, balik kerja pun kena pula mengadap keperluan anak dulu, buat kerja sekolah dia yang banyak. Hal sendiri diketepikan. Kerja sekolah saya pun banyak juga, perut saya pun lapar juga, tetapi selalunya keperluan sendiri terpaksa buat2 tak ingat. Perut berkeroncong pun berlalu macam tu saja sebab duk penuhi keperluan anak2.

Contoh takleh blah :

Contoh : oi la anak.., korang ni kalau nak buang air besar pakat2 ke?. (Sekali gus dua2 orang, dan mesti tepat pada masanya, ,masa saya baru letak handbag sebaik balik dari kerja)
Jawab Hafiy : Adik tak uke berrak  umah umi  (pengasuh) , tak uke berrak kat kolah. Adik uke berrak umah abang (rumah kami). --slang ' r ' dia lain macam.
Ibu : hoh!(semerbak yang amat, tambah perut kosong, pergh..)

Kebanyakan masa, dok pikir, kurang le lotih den kalau dia ada.

Karangan lintang pukang ni ada kena mengena dengan kata2 UAI -Sebaik2 pekerjaan adalah suriumah.
Pastu rugi la pulak perempuan belajar tinggi2. *Mengeluh*

Rabu, 27 Jun 2012

mental illness



"STIGMA against mental illness is so strong even among professionals. Despite growing knowledge, myths and misperceptions persist.... SUCH A GREAT CHALLENGE"


Semalam saya tulis entry berkaitan adik. Malamnya saya nampak di wall facebook saya. Tak tahu kawan saya yang pakar psikiatrik tu baca blog saya atau dia cuma mengeluh tentang pesakitnya. Saya rasa dia takkan ada masa baca blog picisan macam blog saya.


Dulu masa saya ada gangguan, saya pernah jumpa dia.
Saya tanya kenapa semua yang masuk rumah saya berdiri bulu roma., termasuk kanak2?- Saya nak menegaskan saya tak sakit mental, cuma ada gangguan makhluk2. 


Dia jawab tu semua sebab pengaruh. Bila saya bercerita, yang lain terpengaruh. Saya kata saya tidak pernah cerita kepada budak kecik bertiga tu, sepupu saya. " Mu sure ke dia tak dengar?" tanyanya.


Ok..mungkin bebudak tu pernah dengar.


Tetapi Akif yag baru 2 bulan masa tu boleh dipengaruhi tak oleh cerita2 hantu oleh saya?


Dan Ezzam yang baru berusia 4 tahun tu mana dia dapat gambaran atuk berdarah terbongkok2 tu, kejap ada kat dinding kejap ada tepi ibu tu? Dia berhalusinasi seorang diri ke juga? Kenapa masa itu saja? 


Pada petang yang dingin, lepas saya mandi air bacaan quran dari seorang ustaz, gayung yang berisi air yang tak mungkin akan tergolek, telah tergolek sendiri. Dalam gayung tu berisi air mandian yang dibaca ayat quran yang saya simpan untuk mandikan anak2, selebih daripada yang saya telah mandi. Adakah saya berhalusinasi atau sakit mental saja2?


Bila keluar dari bilik air, lalu tempat letak fridge, rasa berdiri bulu roma dan rasa macam ada rambut yang lebat dibelakang saya. Tu bagi saya, tanda2 kehadirannya.


Bila sepupu yang dah remaja, perempuan balik dari bawa anak dari taman permainan, dia lalu tempat yang berhamiparan fridge, "ish..apasal rasa lain macam, berdiri bulu roma" katanya dengan seram. Saya tak cakap pun kat dia kat fridge tu ada sesuatu.


Bila saya dukung Akif yang baru berusia 2 bulan, kepalanya asyik memandang tempat fridge itu. Saya pusingkan badannya tempat lain pun kepala dia asyik berpusing ke arah situ juga macam ada sesuatu yang menarik perhatian dia. Adakah Akif telah terpengaruh dengan cerita seram saya, dia baru berusia 2 bulan, masalahnya.


Dan bila mata saya sakit teramat sampai tak boleh nak celik, (masa ni teringat kawan baik saya call saya suruh cek kertas peperiksaan, hampeh betul, dia ingat saya main2 sakit mata macam orang biasa.), Dan badan saya panas sangat, kenapa semua tu berlalu sekelip mata sebaik saja saya minum air yang dibaca ayat quran oleh orang yang mengubat saya ye. Adakah masa tu pun saya berhalusinasi atau berkhayal  saja. Kenapa dengan perawat2 lain tiada kesan. Saya bukan terpengaruh dengan kehebatan orang yang satu itu, dia tidak dikenal sebagai orang yang boleh mengubat pun.


Dan saya balik kampung baru ni, takde rasa takut atau berdiri roma pun walau adik lelaki kata nampak pocong dalam bilik dia. Semua orang tak rasa macam ada sesuatu pun. Bila kakak saya cerita tok bomoh suh jirus air cuka depan rumah, kami pakat2 gelak. Bukan hina tok bomo tu tapi takde rasa apa sebenarnya. Ye la..bagi kami, kalau benda tu takde, memang tak rasa apa, biar pun orang cerita bersungguh2 pun. Kalau benda tu ada, memang kita dapat rasa kehadirannya.


Dan kewujudan pengamal2 perubatan Islam itu, adakah sesuatu yang tidak ada pekdah sama sekali..? Sebab semua yang sakit ini, adalah sebenarnya sakit mental saja, dan perlu ke hospital untuk berubat. 
Ei..keras kepala betul dia. Jahil. Ye saya akui, sebab saya kurang ilmu.


Apa penjelasannya.


"Jangan biar simptom berlarutan hingga lebih lima bulan, ada saja tanda terus bawa. Seperkara lagi ada keluarga pesakit yang beranggapan bahawa ubat yang digunakan untuk merawat skizofrenia adalah dari jenis ubat tidur dan ubat penenang.


"Tanggapan itu salah kerana ubat tersebut sebenarnya merawat kimia otak yang terdiri dari dopamin dan serotonin pada pesakit yang terjejas," 


Adakah air tok bomo tu  ada benda alah untuk merawat kimia otak tu..?


Adakah principal tadika anak saya juga ada tanda2 sakit ni bila percaya pada Hafiy yang cakap ada 'owang2' sengih kat dia kat tadika tu. Kenapa owang tu hilang bila dibaca ayat Qursi. Hafiy tak tahu apa itu ayat Qursi tu. Saya takde pula mengatakan bahawa "ok..adik dah boleh pegi sekolah, pinsipal dah halau owang2 tu. "
Dia dengan automatik nak pegi sekolah bila mata dia tak nampak kelibat owang2 itu lagi. Hafiy berhalusinasi..? Principal tu, wife dia doktor juga, pun tidak menolak tentang kehadiran owang2 itu.


-Bercakap dengan orang jahil memang menyakitkan hati. Yang jahil itu saya
-Saya harap nanti saya ada masa nak baca apa kaitan semua ini. Kalau boleh nak masuk kelas psikiatrik ini.


Semua orang adalah manusia biasa. Tidak semua yang dikatakan boleh dipegang.
Termasuk la orang yang selalu cakap saya sakit mental. Maksud saya, siapa yang lebih gila, saya atau orang yang menyanyi semasa kematian orang tersayang saya?


Oh ye, petang semalam saya call adik saya. Saya  frust juga bila dia kata dia rasa macam biasa saja, tiada perubahan. Dan nada dia macam nak menangis. Malamnya saya pula pening yang tak pernah dirasakan. Pening amat. Tiada kaitan dengan tekanan darah rendah, sujud sembahyang pun rasa macam tak boleh nak angkat kepala semula. 


Dan dia baru saja call saya, katanya rasa dah tak pening2. Suara dia happy sedikit. Saya tak tahu pula dia selalu pening2. Jangan....