Rabu, 27 Jun 2012

mental illness



"STIGMA against mental illness is so strong even among professionals. Despite growing knowledge, myths and misperceptions persist.... SUCH A GREAT CHALLENGE"


Semalam saya tulis entry berkaitan adik. Malamnya saya nampak di wall facebook saya. Tak tahu kawan saya yang pakar psikiatrik tu baca blog saya atau dia cuma mengeluh tentang pesakitnya. Saya rasa dia takkan ada masa baca blog picisan macam blog saya.


Dulu masa saya ada gangguan, saya pernah jumpa dia.
Saya tanya kenapa semua yang masuk rumah saya berdiri bulu roma., termasuk kanak2?- Saya nak menegaskan saya tak sakit mental, cuma ada gangguan makhluk2. 


Dia jawab tu semua sebab pengaruh. Bila saya bercerita, yang lain terpengaruh. Saya kata saya tidak pernah cerita kepada budak kecik bertiga tu, sepupu saya. " Mu sure ke dia tak dengar?" tanyanya.


Ok..mungkin bebudak tu pernah dengar.


Tetapi Akif yag baru 2 bulan masa tu boleh dipengaruhi tak oleh cerita2 hantu oleh saya?


Dan Ezzam yang baru berusia 4 tahun tu mana dia dapat gambaran atuk berdarah terbongkok2 tu, kejap ada kat dinding kejap ada tepi ibu tu? Dia berhalusinasi seorang diri ke juga? Kenapa masa itu saja? 


Pada petang yang dingin, lepas saya mandi air bacaan quran dari seorang ustaz, gayung yang berisi air yang tak mungkin akan tergolek, telah tergolek sendiri. Dalam gayung tu berisi air mandian yang dibaca ayat quran yang saya simpan untuk mandikan anak2, selebih daripada yang saya telah mandi. Adakah saya berhalusinasi atau sakit mental saja2?


Bila keluar dari bilik air, lalu tempat letak fridge, rasa berdiri bulu roma dan rasa macam ada rambut yang lebat dibelakang saya. Tu bagi saya, tanda2 kehadirannya.


Bila sepupu yang dah remaja, perempuan balik dari bawa anak dari taman permainan, dia lalu tempat yang berhamiparan fridge, "ish..apasal rasa lain macam, berdiri bulu roma" katanya dengan seram. Saya tak cakap pun kat dia kat fridge tu ada sesuatu.


Bila saya dukung Akif yang baru berusia 2 bulan, kepalanya asyik memandang tempat fridge itu. Saya pusingkan badannya tempat lain pun kepala dia asyik berpusing ke arah situ juga macam ada sesuatu yang menarik perhatian dia. Adakah Akif telah terpengaruh dengan cerita seram saya, dia baru berusia 2 bulan, masalahnya.


Dan bila mata saya sakit teramat sampai tak boleh nak celik, (masa ni teringat kawan baik saya call saya suruh cek kertas peperiksaan, hampeh betul, dia ingat saya main2 sakit mata macam orang biasa.), Dan badan saya panas sangat, kenapa semua tu berlalu sekelip mata sebaik saja saya minum air yang dibaca ayat quran oleh orang yang mengubat saya ye. Adakah masa tu pun saya berhalusinasi atau berkhayal  saja. Kenapa dengan perawat2 lain tiada kesan. Saya bukan terpengaruh dengan kehebatan orang yang satu itu, dia tidak dikenal sebagai orang yang boleh mengubat pun.


Dan saya balik kampung baru ni, takde rasa takut atau berdiri roma pun walau adik lelaki kata nampak pocong dalam bilik dia. Semua orang tak rasa macam ada sesuatu pun. Bila kakak saya cerita tok bomoh suh jirus air cuka depan rumah, kami pakat2 gelak. Bukan hina tok bomo tu tapi takde rasa apa sebenarnya. Ye la..bagi kami, kalau benda tu takde, memang tak rasa apa, biar pun orang cerita bersungguh2 pun. Kalau benda tu ada, memang kita dapat rasa kehadirannya.


Dan kewujudan pengamal2 perubatan Islam itu, adakah sesuatu yang tidak ada pekdah sama sekali..? Sebab semua yang sakit ini, adalah sebenarnya sakit mental saja, dan perlu ke hospital untuk berubat. 
Ei..keras kepala betul dia. Jahil. Ye saya akui, sebab saya kurang ilmu.


Apa penjelasannya.


"Jangan biar simptom berlarutan hingga lebih lima bulan, ada saja tanda terus bawa. Seperkara lagi ada keluarga pesakit yang beranggapan bahawa ubat yang digunakan untuk merawat skizofrenia adalah dari jenis ubat tidur dan ubat penenang.


"Tanggapan itu salah kerana ubat tersebut sebenarnya merawat kimia otak yang terdiri dari dopamin dan serotonin pada pesakit yang terjejas," 


Adakah air tok bomo tu  ada benda alah untuk merawat kimia otak tu..?


Adakah principal tadika anak saya juga ada tanda2 sakit ni bila percaya pada Hafiy yang cakap ada 'owang2' sengih kat dia kat tadika tu. Kenapa owang tu hilang bila dibaca ayat Qursi. Hafiy tak tahu apa itu ayat Qursi tu. Saya takde pula mengatakan bahawa "ok..adik dah boleh pegi sekolah, pinsipal dah halau owang2 tu. "
Dia dengan automatik nak pegi sekolah bila mata dia tak nampak kelibat owang2 itu lagi. Hafiy berhalusinasi..? Principal tu, wife dia doktor juga, pun tidak menolak tentang kehadiran owang2 itu.


-Bercakap dengan orang jahil memang menyakitkan hati. Yang jahil itu saya
-Saya harap nanti saya ada masa nak baca apa kaitan semua ini. Kalau boleh nak masuk kelas psikiatrik ini.


Semua orang adalah manusia biasa. Tidak semua yang dikatakan boleh dipegang.
Termasuk la orang yang selalu cakap saya sakit mental. Maksud saya, siapa yang lebih gila, saya atau orang yang menyanyi semasa kematian orang tersayang saya?


Oh ye, petang semalam saya call adik saya. Saya  frust juga bila dia kata dia rasa macam biasa saja, tiada perubahan. Dan nada dia macam nak menangis. Malamnya saya pula pening yang tak pernah dirasakan. Pening amat. Tiada kaitan dengan tekanan darah rendah, sujud sembahyang pun rasa macam tak boleh nak angkat kepala semula. 


Dan dia baru saja call saya, katanya rasa dah tak pening2. Suara dia happy sedikit. Saya tak tahu pula dia selalu pening2. Jangan....

Ahad, 17 Jun 2012

Petanda anak perempuan nih..-berharap


Masa saya tukar tayar kereta tempoh hari, seorang budak tecit pompuan datang terkedek2 ke arah saya dan tanpa segan silu naik duduk atas paha saya. Harap2 sebab dia terasa ada member sejantina dia dalam perut saya ni.

Dan masa berhenti solat kat masjid UTP pun ada baby girl asik meluru ke arah saya. Puas kakak dia tarik ke tempat lain dia tetap nak meluru ke arah saya. Dengan seluar terlondeh dan kaki kecik yang baru pandai bertatih nampak sungguh comel...hehhe....sengih sendiri teringat  bestnya kalau betul baby girl. Makcik saya yang baru bersalin dalam cuti dapat baby girl, selepas 3 orang hero.

Sebenarnya girl ke boy ke, saya masih tak dapat beza keseronokan atau keterujaannya. Kata2 saya di atas cuma kata2 kosong.  Kerana pada saya sekarang, Akif Hafiy dan Ezzam itu manja, membahagiakan, dan kadangkala memeningkan. Kalau orang kata anak lelaki lasak perempuan baik, tak juga..bila saya compare, mereka ini lagi kurang lasak berbanding perempuan. Cuma mungkin anak perempuan lebih independent, lelaki lebih manja.

Pening kepala lagi. Zzzzz...

Isnin, 11 Jun 2012

Semua ibu2 kena tahu pasal sawan

Sehari sebelum cuti sekolah Hafiy kena sawan, di pagi hari.
Badan tak panas langsung.
Malangnya saya tak tahu sawan itu macam mana.
Saya tak syak apa2 sebab badan dia tak panas, cuma dia susah bernafas dan nak muntah tapi tak keluar muntahnya.
Mata pandang tepi kanan dua2 belah dalam jangka masa yang lama, saya masih tak tahu itu sawan sebab dia masih boleh duduk. Kesian, saya cuba tengok sebelah kanan saja dalam jangka masa yang lama, lenguh bijik mata.
Dan kali kedua dia berbaring berpeluh, saya masih tak tahu dia sedang diserang sawan sebab saya baring kerana lenguh gosok belakang dia yang tak muntah2.
Bila tengok badan dia menggeletar pelik baru saya bangun dan nampak mata dia pandang ke atas dan tangan bergerak2 sebelah saja.
Baru saya kalut menggeletar.
Kesian dia ada ibu yang kurang pengetahuan macam saya.
Saya baringkan dia mengiring tanpa sengaja, saya kalut ambil apa yang patut, tengok2 dia tertidur.
Nasib baik baring mengiring itu adalah tindakan yang betul.
Bila dia sedar dia mengadu sakit kepala.
Bawa ke klinik nasib baik dia boleh respon.
Di nasihatkan ke wad dengan segera, tapi camana, anak2 lain?
10 jam dia tebaring saja. Bangun sekejap untuk cakap "pale atik dah tak akit," dan kemudian terbaring semula.
Esoknya baru bawa ke Hospital Selayang dan ditahan.
Bestnya dapat melayan dia seorang saja, dan saya ada ruang masa berehat panjang di wad kanak2, sehari saja pun.
Tapi tak tahan dengar dia duk ajak balik dan menangis.

Bila dekat wad baru nampak betapa bernasib baiknya saya.
Baby katil sebelah umur 1 tahun setengah, 18 kali masuk wad.
Kadang2 sawan seminggu sampai masuk ICU.
Setiap kali sembuh dia tak ingat apa2, waima  cara untuk minum susu.
Power mata 400
Tapi aktif, tak duk diam, dan tak pernah dengar dia menangis.
Saya berdoa agar lepas ni dia tak diserang sawan lagi.

Yang menarik, kanak2 kena sawan ini majoriti ada tanda hitam.
Doktor pakar siap tanya ada berapa tanda, tak tau apa petunjuk, tapi Hafiy ada 4.
Janganlah dia diserang sawan lagi lepas ini.Menakutkan.



Duk bengkok tangan macam ni selama 10 jam, tak lenguh ke,
dia kata sakit nak betulkan




Ada ka orang sakit duk rilek macam ni, eksen sungguh