Jumaat, 30 Mac 2012

Ezzam yang mudah tersentuh

Ezzam : Ibu , jom la duduk kat luar..tengok tv.

Ibu      : Ibu tak laratla...ibu penat, nak baring sini je...

-Hidung saya cukup sensitif sekarang, tak selesa di ruang tamu.

Ezzam  : Kenapa ibu penat?

Ibu       :Sebab ibu dah tua..sikit lagi ibu mati.

-Entah kenapa saya jawab macam tu.

Air mata dia bergenang, dia cuba menyembunyikan matanya..

Ezzam : Huhu.....(sambil menangis), dulu ibu cakap ibu belum tua bila abang cakap ibu berkedut ....

Ibu   : ok, ok..ibu belum tua..ibu akan jaga abang sampai abang besar....

Isnin, 26 Mac 2012

ke 4

Ya Allah....

Sejujurnya saya belum bersedia nak alami morning sickness lagi.
Hidung saya memang suka nak bau bayi lagi
tapi komitmen terhadap si kecil itu buat saya fikir saya tak mampu

Saya masih boleh rasa ketakutan menunggu detik2 itu.
Layanan sekeliling yang buat saya rasa diri saya tak guna langsung,
kata2 kesat, hingga di saat melahirkan,
buat saya rasa saya lah orang yang paling berdosa di kalangan rakan2 saya,
kenapa ada antara mereka yang tidak merasa sakit langsung?
kenapa layanan yang mereka terima di saat melahirkan sangat memudahkan?
Buat saya trauma nak bersalin dan melalui saat itu sekali lagi.
Walau dah bertahun berlalu tetap segar diingatan.

Tapi saya tetap degil,
tiada pil, tiada suntikan,
entah kenapa,
alasan takut gemuk dan tak suka cik P datang tidak menentu boleh diterima ke,
Mungkin sudah tersurat anak saya  lebih 3.

Hati saya serasa mahu menangis,
rasa malas nak ulangi rutin hidup,
terasa mahu ambil maid,
700 satu kerja pulak,
sapa mahu bela,
dah la gaji cukup2 makan saja,
jadi runner rumahtangga dan sekaligus kena kerja,
tapi hutang yang takde tujuan itu terpaksa diselesaikan.

Tanpa suami di sisi buat saya tak keruan.
Dia kata kepala saya sudah tidak betul bila mengandung kali ini.
Hahaha..nasib baik kawan2 dia kata ni pembawakan orang mengandung anak perempuan, peel asik nak protest sahaja. Mudah-mudahan kali ini perempuan.

Nampaknya selepas ini saya tidak boleh menyentuh baju bayi lagi jika belum bersedia.
Ni juga mungkin terjadi sebab saya mengemas dan membuang baju bayi dan maternity dress.
Yer, betul, dah 2 kali jadi macam ni. Mengemas dan mengandung. Senangnya.

Bersyukur ? iye, jika mengenangkan kawan2 yang masih belum dikurniakan rezeki.. Mungkin ada yang cakap saya terlalu mengeluh dan tidak bersyukur. Hem..jangan lah cakap yang bukan2, kita  tidak tahu apa yang orang lain tanggung.

Selasa, 13 Mac 2012

Takziah untuk keluarga Dirang

kejam nurul nadirah dirang mati dibakar

PASIR GUDANG – Ibu kanak-kanak hilang 1 Mac lepas, Roselyn Alan, 25, pengsan seketika sebaik dihubungi pihak polis yang mengesahkan rangka yang temui Khamis lalu adalah anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali sebagai Dirang.
Roselyn yang menangis tidak berhenti lebih sejam selepas menerima panggilan dari pihak polis kira-kira jam 6.40 petang tadi meraung sambil berkata, “kenapa kasi mati anak aku..!!!"

Usaha menemu bual Roselyn gagal apabila dia menangis tidak berhenti. Begitu juga dengan bapa tiri mangsa, Lima Medeng, 25, yang enggan ditemu bual ekoran masih terkejut.
Nenek mangsa, Milnah Jul, 56, berkata, dia dihubungi Roselyn yang ketika itu berada di bawah blok Flet Seri Delima Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini selepas keluar mencari Dirang.
“Roselyn hubungi saya sambil menangis memberitahu polis mengesahkan rangka yang ditemui adalah Dirang.
“Saya terkejut dan tidak menyangka rangka itu adalah Dirang kerana sebelum ini kami sekeluarga lega selepas dimaklumkan polis bahawa rangka yang ditemui adalah rangka orang dewasa,” katanya.
Suasana sedih menyelubungi kediaman mangsa apabila ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir turut menangisi pemergian Dirang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan.
Jirannya, Noridah Juliri, 44, berkata, kehilangan Dirang yang dianggap seperti anak sendiri turut meresahkannya sekeluarga kerana keluarga yang dikenali sejak lebih 10 tahun itu seperti keluarganya sendiri.
Menurutnya, Roselyn dilihat tidak senang duduk sehingga mengabaikan anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, dua bulan, sejak kehilangan Dirang 1 Mac lepas.

“Saya terguris dan tidak lalu makan sehingga sama-sama masuk ke ladang kelapa sawit mencari Dirang, apatah lagi ibu yang mengandungkannya tentu risau.
“Berita ini benar-benar menyedihkan kami sekeluarga kerana Dirang sudah seperti anak saya sendiri,” katanya.
Seorang lagi jiran, Merlinda Budin, 22, berkata, sebelum rangka ditemui Khamis lepas, dia bermimpikan Dirang berjalan dalam api.
“Saya bermimpi Dirang berjalan dalam api sambil berteriak ‘Mak cik.. tolong ambil saya...’
“Saya sangat sedih dan tidak menyangka mimpi itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

sumber :akhbar sinar
Bapak2 tolong la standby makanan dekat rumah kalau wife susah dengan anak kecik.

Rabu, 7 Mac 2012

Ibu leka dengan FB, tak sedar anak hilang

PASIR GUDANG: “Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan.

Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera.

“Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran.

“Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung.

“Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,” katanya.

Setakat cerita ini ditulis (dalam pengetahuan), anaknya masih belum lagi ditemui. Harap-harap kisah dan berita ini jadi pengajaran buat semua ibu-ibu dan surirumahtangga.
 
                    ************************************************
 
Baru 5 tahun, mengadu lapar, disuruh pula pergi beli mee segera, di mana akalmu?

Abang

Ustazah kata abang dah boleh bawa Iqra' 2.
Abang lambat mula ngaji,
Walaupun baru iqra ' 2, ibu tetap gembira sebab tak sangka abang dah boleh  'bergerak ke iqra'  2'.
Ingat dulu abang cuma ingat no 1. Nombor 2 abang tak boleh nak ingat walaupun selalu di ajar. Ibu risau.

Ibu puji semangat abang, walau nampak lembut, hati dia cekal.
Kena marah dengan ustazah, esok tu tak serik nak pergi mengaji lagi.
Ibu pulak yang offer, "hari ni nak pegi ngaji ke taknak?"-apala....
Abang kena marah dengan teacher, pun esok tu tetap maintain bersemangat nak pergi sekolah.
Sungguh tak sangka dengan muka dan watak dia yang nampak manja tu, hatinya berani.
Semua pertolongan Dia.
Dont judge the book by its cover-betul.