Sabtu, 19 Oktober 2013

Rawatan Thalassemia Minor (Trait)


Photo: Salam Nk tanya...buah pinggang tahap 5...dh buat cuci darah...amalkan Adinda..

Jawapan: utk masalah buah pinggang tu ada juga customer yg 10 tahun x kencing & kini masih bergantung dgn mesin. Dia amalkan Qaseh. Dulu bergantung wheel chair kini dah boleh drive. Dia ambil sole juga tapi minum dia dah dicatu so bancuhan 1.5 liter dia minum utk 3 hari sbb sehari dia boleh minum 500ml sahaja. Buah pinggang dia tak mampu nak tapis lebih air.

Apa pun dia kena monitor tindak balas dalam badan dia. Sbb lain orang lain healin & reaction .

10 tahun x kencing?? 
Ya sbb buah pinggang dia x fungsi dah. Menurut en borhan jika masih kencing walau di catu air insyaAllah boleh pulih. Sungguhpun begitu semuanya kuasa Allah. Walau masih bergantung pada mesin badan dia lebih cergas berbanding sebelum ni

Ya Allah hebat ujian beliau...

Kredit to Zalina Zulkpli



Wan Asrul Al-Aydrus
SOALAN

Salam alaik Ustaz,
ana nak mintak pendapat tentang amalan/petua untuk tambah darah dlm badan, zaujah ana ada telesemia minor dan sekarang sdang mengandung 5 bulan, Hb beliau sngat rendah, mohon tunjuk ajar ustaz.

JAWAPAN

W'salaam WMT, semoga Rahmat dan Redha ALLAH beserta Tn yang bertanya dan sekalian keluarganya.

Adapun soalan berkisar tentang masalah darah, iaiti Thalassemia Minor. Thalassemia minor atau nama lainnya Thalassemia trait berada dalam kelompok Beta Thalassemia, di samping Thalassemia Major dan Thalassemia Intermedia.

Bezanya, pesakit Thalassemia minor ini tidak menunjukkan sebarang reaksi menunjukkan dirinya pesakit thalassemia malahan bebas dari simptom, cuma masalah yang berlaku, dia adalah pembawa thalassemia, jika berlakunya masalah alpha thalassemia dan beta thalassemia yang tidak seimbang.
Mengikut statistik menunjukkan lebih kurang 1 juta rakyat Malaysia mengalami masalah ini.

Dalam Perubatan Islam, masalah ini ada kaedah penyelesaian dan kaedah mengelakkan, tambahan pula untuk ibu yang sedang hamil 'kuncup' (1-6bulan umur janin).

Antaranya, digalakkan ibu tersebut mengamalkan meminum air delima atau sekarang sudah ada yang dimudahkan iaitu pati delima keluaran Turki, diamalkan minum 3 sudu pati delima + 2sudu(sudu plastik besar) madu lebah + 200ml air, setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur, bagi tujuan penambahan oksigen kepada darah dan menstabilkan hemoglobin(hb)

Adalah amat tidak digalakkan ibu hamil, tidak kira yang bermasalah atau tidak bermasalah, mengambil Habbatuss Sauda' sebagai pemakanan tambahan, kerana enzim dan kimia di dalam Habbatus Sauda tidak sesuai dengan zat darah ibu yang sedang hamil, ianya akan memberi ransangan kepada zat darah tersebut sehingga memberi kesan tidak stabil pada Globin dan Hemoglobin, secara ringkasnya, zat tersebut bertukar menjadi 'racun' kepada ibu dan janin yang sedang dikandung, malahan memberi risiko Hyperbilirubinemia (kerosakan sel darah merah) dan Jaundice ( Kuning- kegagalan hati).

Digalakkan juga mengamalkan memakan tamar(kurma kering) atau rutob (kurma basah) atau balah(kurma muda) bagi menambahkan protein di dalam darah dalam membantu penstabilan Hb.

Banyakkan mengamalkan zikir Ya Hayyu Ya Qayyum 155x sehari.

2 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi info ni,,sgt membantu..

    BalasPadam
  2. Anak sy pun ade mslh sma mcm di ats...macam mane ye ustaz

    BalasPadam