Khamis, 27 Januari 2011

Senyum sikit

Aku rasa orang lelaki Kelantan ni ade kelebihan. Berlawak yang aku takleh tak gelak. Kebanyakannya macam tu. Kalu berkumpul adik beradik aku yang 3 lelaki 3 perempuan, kami yang perempuan  keje dok gelak je sebab lawak adik2 lelaki aku  melampau giler. Tapi takleh nak senaraikan contoh lawak sebab
1)aku dah tak ingat (aku cuma ingat aku sakit tali perut sebab gelak giler tak ingat dunia walau dah anak 3, tak sedar diri betul mak orang ni..kontrol la sikit kalau yer pun..kau tu dah tua!)
2)sebab hanya orang Kelantan saja paham lawak2 ni. Kalau cakap kat orang luar dorang mungkin tak paham atau rasa benda tu tak lawak.

Tadi, balik dari klinik sebab aku MC ari ni, dok demam mual dan sakit perut berhari2, rasa nak tukar selera walau doktor suruh jangan makan kat luar, aku degil jugak. Tengah aku muka seposen dan rambang bijik mata menyenduk segala macam lauk kedai selera Kelantan itu, aku dengar dialog antara pelayan kedai ngan anak muda,
   " nak air gapo..?"pelayan
   " nak air....... i love u" anak muda
Terus aku kontrol nak senyum sengih sepanjang menyenduk lauk..mesti orang syak aku senget.
Lawak tu macam pernah aku dengar tapi dah lupa. Bila dengar balik rasa kelakar la pulak...dah lama tak campur dunia luar aku ni...sampai lawak pun tak ingat.

Jumaat, 21 Januari 2011

Sedih yang terlalu

Aku menangis tersengguk-sengguk untuk sahabat kesayanganku.Speechless. Simpati sungguh. Dugaan yang terlalu berat selepas penantian bertahun2. Rasa nak menjerit..

Rabu, 12 Januari 2011

Rendang ayam ngan pulut kuning

Orang tulis resipi kau pun sibuk tulis resipi jugak..
Ni utk rujukan aku je yer...gambar2 takdak yer , tak perlu nak buktikan apa2.
Ahad aku kering idea lagi nak masak sebab 5 isi rumah, 5 selera berlainan,
Nak taknak, aku google lagi resipi nasi ayam paling sedap sebab kalu buat tak pernah nak sedap kecuali dari blog syerah omar .
Hubby menjeling, hahah...'cuba wat benda lain pulak'kata dia. Aku tak berapa lalu benda lain sebenarnya, nak supppp je.
Dia nak pulut kuning. Dengan gigihnya gi beli pengukus...owh...kami hanya guna pengukus tradisional saja. Suka gila aku tengok pengukus, (imejin masak macam2, siakap kukus ke..)hahaha...kawin 8 tahun pengukus pun takde dalam rumah, punyalah menunjukkan aku ni selalu masak pelbagai. Insap aku tengok pengukus tradisi tu, kawan2 sume pengukus rega 2k. Hb selalu ingatkan kuarga kami ni cuma golongan marhein je.... Kalu dia takde nak joli katak aje, beli pewangi dan mekap macam2 tapi tak guna pun. Perabihkan pitih je. Tapi aku masih heran tengok kawan2 yang lain rumahnya ..gulp...padahal gaji lebih kurang sama je..mana dorang dapat duit ye renovate rumah bagai.....berkat beno gaji depo yer, leh simpan banyak,,,

Ape tajuk aku tadi..?OO..kopipes resipi dulu dan ubah sikit saja, utk panduan depan hari nanti sbb yang ni memang best, bagi kami.(ayat tah apa2 sebab anak dah bangun). Ni bukan resipi asal aku ye, ..tau2 je la amik dari mana...sume orang tau aku rasa.
  • 1kg ayam- potong kecik-kecik
  • 1 peket kecik rempah kurma/ kerutup 
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • 2 kerek nisan 
  • 4 biji asam jawa, amik air
        ***BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering (tak bubuh)

         ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

Sekian.

Selasa, 11 Januari 2011

menatapmu satu kebahagiaan

teringin letak gambar bebudak tapi takdan masa pulak.
akif sekarang dan pandai bertatih, tapi dok tang tu gak, 4 langkah je, dah sebulan dah gitu.
pahtu, dia suka membilang, kalu wat gaya nak lari..mesti bilang dulu, atu..wo..go...!(pahtu lari sambil merangkak)
dia dah 2 bulan suka berjalan ngan lutut je, laju la pulak..adoi la budak ni, dibuatnya tebiat gitu sampai ke besar...haru la aku..
seminggu ni suka panggil ibu,
bu..bu..bu!(keras pulak panggilan kalu aku wat derd je..ikut sampai ke dapur toilet dan sebagainya.
baby ibu..menatap wajah tenangnya masa tidur, terbang segala masalah.

Jumaat, 7 Januari 2011

Roti tak sama ngan nasik ayam

Aku rajin masak sekarang ni (hahahaha, perasan).
Macam2 aku wat,  kejap Nasik ayam kejap donut kejap tu jugak nak wat puding
Seminggu  je rajin masak yang 'berhias sikit' hb tegur '
'kenapa nak  masak?
memenatkan
abihkan masa je
membazir je
beli lagi bagus , ngam2
nak makan beli la
dalam hati wahh...bagusnya hb aku, sayang sungguh kat aku takut aku penat

esok tu aku rasa nak makan nasik ayam(wah...mengade!, sekeh kang)
aku mintak dia beli nasik ayam,
dia beli roti
takke nak nangis kau rasa?

p/s i love u. Takpe, roti pun roti la...(..sambil menangis masak nasik...sob3x)