Memaparkan catatan dengan label uncategorized. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uncategorized. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2012

Sham Kamikaze

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Semalam balik dari latihan sukan permainan di sekolah saya dengar IKIM, Sham Kamikaze ke udara.

Lain benar suara dia sekarang. Benarkan suara orang beriman ni lebih lembut, sekata dan yang mendengarnya jadi tenang. Sebutan2 perkataan pun bunyi lain sebab selalu sebut perkataan dalam bahasa Arab. Alunan suara beliau menusuk ke kalbu saya. Bukanlah saya jatuh cinta mendengar suara beliau, tetapi kata2 dan nasihat dan pengalaman yang beliau kongsikan itu yang menyentuh hati saya.

Dah sampai ke rumah pun saya tetap duduk dalam kereta sebab rasa sayang untuk tinggalkan perkongsian beliau.

Subhanallah. Benarlah Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bila mendengar kata2 beliau semalam saya rasa bersyukur kerana beliau diberi hidayah oleh Allah untuk berubah, tetapi pada masa yang sama juga sedih dengan diri saya yang jahil. Umur lebih kurang sama dengan beliau, dan mungkin sedar tentang dosa pahala lebih dahulu dari beliau tetapi pelaksanaannya..... ya Allah. Malu sungguh. Saya masih lagi seperti dulu, dari segi keimanan. Graf mendatar saja.

Saya rasa sungguh kesal kerana tidak pandai mengulas balik apa yang saya dengar semalam untuk ditulis di sini. Andailah saya pandai menulis kembali apa yang saya dengar , mungkin saya boleh kongsi sedikit dengan pembaca2 yang 'terdatang' ke blog ini. Mungkin belum masanya diberi idea oleh Allah.

-sekadar berkongsi sedikit (guna ayat sendiri), mungkin boleh jadi panduan,

1) *Barangsiapa yang menyeru ke arah kebaikan (baru menyeru, bukan melakukan), nescaya akan diberi pahala sama seperti orang yang mengerjakan pahala tersebut, tanpa dikurangi sedikitpun.*

Hal ini sama seperti kita menyeru ke arah kejahatan.

Jadi, jika ada kawan2 post hal2 agama di facebook atau sebagainya, dengan tujuan kebaikan, janganlah kita mempersoalkan diri dia pula (seperti mengatakan dirinya juga tidak berapa betul , jadi janganlah bercakap hal2 agama). Sesungguhnya kita ini manusia yang selalu alpa, kena saling ingat mengingati. Alangkah beruntungnya kita dengan mengingatkan sesuatu yang baik, dan ada orang yang terpanggil berbuat baik dengan sebab kita yang mengingatkan dia.


2) Tidak boleh mengadu kepada manusia menceritakan masalah itu masalah ini kepada manusia, apatah lagi menceritakan difacebook. Satu ayat letak status, boleh membawa kepada berpuluh-puluh komen yang mengandungi fitnah, mengumpat dan sebagainya.

Sedangkan tempat kita meminta pertolongan yang sebenar2nya cuma pada Allah swt.
Alangkah ruginya kita jika kita meminta tolong kepada manusia yang sudah pasti tidak mempunyai apa2 kuasa untuk menolong kita. Alangkah lebih baik dan lebih senang jika kita ada masalah, dirikan solat sunat 2 rakaat dan minta pertolongannya.

sekadar ingat mengingati.

Isnin, 30 Januari 2012

Takut owang-owang

Dari minggu lepas Hafiy duk cakap,  "Bu, adik takut owang-owang kat kolah kek"
(Dia panggil tadika dia tu sekolah kek sebab ada kek)

Tadi sebelum pegi sekolah dia ulang lagi , "Bu, adik takut  owang-owang kat kolah kek"

Ibu -"Owang2 tu duk kat mana"

Hafiy -"Duk kat kolah kek"

Ibu - " Dia buat apa?

Hafiy -(Sengih tunjuk gigi kuning dia)- bukan salah ibu mengandung, Hafiy ni memang liat nak gosok gigi, haish. Saya ngeri jugak tengok cara dia sengih.

Ibu- " Dia pakai baju apa?

Hafiy - " Pakai baju kolah"

Imbas kembali, masa dia demam panas dulu dia penah cakap takut kat owang-owang kat rumah saya, tengah melambai, lakonnya kembali.

Tadi saya ke tadika untuk bayar yuran dorang.

Saya tanya pemiliknya,-Ada main hantu2 tak kat sekolah ni?

Bulat mata dia pandang saya, "Takde, kenapa?"

Saya cerita pasal Hafiy.

Dia ucap terima kasih. Saya heran, lepas tu baru dia cakap, orang berniaga memang macam ni. Terima  kasih kerana bagitau sebab lepas ni dia akan berusaha buat sesuatu secepat mungkin, pagar dengan ayat qursi dan sebagainya.

Tahun lepas dia dah pernah gi Syifa di Pahang untuk clear benda2 ni semua, katanya di'hantar'  oleh orang lain yang berniaga juga. Ustaz tu cakap satu-satu apa yang pesaing tu cakap padanya.

Hm..berniaga macam ni pula cabarannya.

Hem..lagi sekali tak reti nak habeskan karangan ni.

Oh yer, tadi jumpa ustazah Ezzam untuk bayar yuran, dia kata Ezzam semangat datang ngaji, orang lain belum datang dia dah berlari datang ngaji sorang2. Alhamdulillah, tak sangka anak ibu rajin macam tu.

Dan semalam Teacher dia telefon, Ezzam ada menunjukkan improvement, leganya hati den. Terima kasih Allah.

Khamis, 26 Januari 2012

Kuasa kasih sayang

Sayang dibalas sayang

Saya dengar IKIM, seorang ibu teresak2 menangis kerana kesal dengan sikapnya yang terlalu tegas dengan anak2nya dengan tujuan supaya anak2 dapat berdikari kerana dia ibu tunggal. Saya turut teresak2 sekali dengan dia masa memandu. Apalah saya ni, sangat sensitif tak tentu pasal. Saya cuma bayangkan benda tersebut terjadi kepada anak2 saya.

Kisahnya-akibat terlalu tegas dengan anak2nya, mereka tidak berani bersuara bila sakit perut lapar kerana dikurung oleh bapanya sehari suntuk tak diberi makan. Ibu tiri dan bapa kurung mereka di dalam bilik , agaknya tidak suka dipaksa oleh sang ibu supaya bawa anak tinggal barang sehari di rumah sang bapa. Akibatnya anak dapat gastrik. Anak2 tersebut sudah hilang keyakinan diri hingga tidak berani untuk menyatakan apa yang mereka kehendaki.

Bagaimana cara untuk mengembalikan keyakinan diri anak2?

 Cara :
Puji anak setiap hari  supaya mereka gembira dengan diri mereka. Gembira akan menjadikan mereka yakin.
Contoh : Cantiknya mata Aiman, Ibu rasa dah tak ada orang lain yang mempunyai mata secantik Aiman.

Ibu2, betapa ruginya mereka jika mereka tidak memanjakan anak2 bilamana usia mereka masih kecil. Anak kecil hanya akan respon baik jika dia dilayan dengan baik. Adalah salah jika terlalu bertegas dengan mereka kerana mereka masih lagi sedang belajar. Saya banyak belajar dari Hafiy sebenarnya. Dia kini dah banyak berubah dan nampak lebih senang diurus, pokok pangkalnya kasih sayang.


Semuanya dari dalam diri

Soalan2 di bawah ini bukanlah soalan yang saya utarakan , tetapi saya telah mendengar dialog ini dan ianya banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa, semuanya berpunca dari diri kita sendiri.

Soalan 1 :
Bagaimana saya ingin hidup aman damai, suami saya seorang yang tidak suka ke masjid. Saya ingin mengamalkan hidup Islamik. Saya nak suami saya yang membimbing saya ke arah Islam dan membawa saya ke masjid.

Jawapan :
Baca soalan dah tahu macam mana orangnya. SAYA NAK SUAMI SAYA...
Bila kita nak orang lain jadi begitu begini, kita yang kena berubah dahulu. Keluarga akan berubah mengikut apa yang kita amalkan. Jadi kita kena ke masjid dulu jika diizinkan. Jika tidak diizinkan oleh suami, maka kita yang mulakan hidup secara Islamik di dalam rumah.


Soalan 2 :
Anak saya sangat nakal. Tak tahu macamana nak menangani nya lagi.

Jawapan :
Anak2 ialah cermin diri kita. Jika kita melayan anak dengan penuh kasih sayang, dia akan membalas dengan kasih sayang. Jika kita memandang anak tanpa kasih sayang, perangai anak akan jadi keras dan susah dibentuk. Anak yang nakal tu siapa yang jadikan dia begitu? Perangai siapa tu?

Isnin, 2 Januari 2012

Ahad, 18 Disember 2011

Kak Yu

Sejak ada Kak Yu (Tengok pic ) saya rasa best.
Tak sunyi. Kehadiran Kak Yu sangat membantu saya. Mujurlah dia nak duduk sini sepanjang cuti sekolah untuk menemani saya.

Cukup heran macamana dia boleh membesar sebagai anak yang lemah lembut , dan berkasrisma. Dia sangat lembut, rajin dan juga jadi pengawas di sekolah nya. Dikala remaja lain suka berkepit dengan telefon bimbit, dia tidak. Dan dikala remaja lain sibuk dengan FB dan sebagainya, dia tidak,  walaupun dia memiliki netbook dan broadband (ayat....)

Sikap Kak Yu ni macam saya zaman remaja dulu, TERLALU hormatkan orang (perasan) . Sekarang dan jadi biasa2 saja sebab dah dewasa dan banyak benda dilalui . Dulu bos saya ada pernah cakap, -awak ni macam takut dengan saya - sebab bila saya lalu depannya saya senyum dan tunduk. Saya bukan takut tapi hormatkannya.

Kak Yu ni jenis tak sedap duduk saja kalau saya tengah buat kerja sampai saya kena cakap "tak de apa2, Achik boleh buat sendiri", setiap kali saya buat kerja sebab dia terus bangun dari tempat tidur, dari tengok tv dan sebagainya, dan macam nak tolong,  padahal saya cuma buat kerja2 rutin.  Kalau dia  duduk di sofa dan saya pergi ke ruang tamu,  dia akan cepat2 bangun , dan duduk di lantai saja. Kesian dia, dia bukan takut dengan saya, tetapi hormat. Tak mahu dikatakan rilek2 saja.

Padahal dia bukan orang gaji saya, dia adalah anak saudara saya, anak kepada kakak yang amat saya sayangi. Kakak dengan saya dulu sangat rapat kerana ada ketika kami membesar berdua sahaja. Kalau saya tidur , kakak duduk tepi saya tampar nyamuk. Lama....sampai dia sendiri tertidur.

Dan Kak Yu cukup sayang dengan 3 stooges -Ezzam Hafiy dan Akif.

Sebenarnya masa cari bibik dulu, ni lah sikap yang saya nak. Bukan nak suruh buat kerja gila2 sebab saya pun kesian tengok cara bibik2 lain di layan, muka sedih betul. Ambil bibik cukup sekadar untuk meringankan beban saya. Bukan menghilangkan beban. Memang saya nak buat dia macam PEMBANTU sahaja, bukan MENGAMBIL ALIH TUGAS. Tapi saya dapat macam ni , macam ni. Buat saya serik. Jadi sekarang saya sedar, layanan yang bagaimana patut diberikan kepada mereka.

Khamis, 15 Disember 2011

Chat box

Sesungguhnya saya keliru tak tahu nak balas apa dekat chatbox.
Kalau dulu ramai blogger letak chatbox dalam blog dan bermesra dengan pengunjung, akrab sangat. Sekarang tak ramai yang letak chatbox tak tau kenapa.

Pengunjung blog saya ni kebanyakannya adalah pemilik blog perniagaan,
Saya tak tahu motifnya, betul baca entry saya ke, atau sekadar nak promosi perniagaan.
Betul saya tak tahu.

Saya tak kisah jika letak link dan sekadar nak promosi blog.
Pun juga tak kisah jika nak baca entry yang saya tulis sebenarnya sekadar catatan harian biasa dan juga untuk bacaan teman2 terapat saya tak tidak sampai 5 orang.

Yang saya kisah jika ada yang betul2 singgah baca entry dan kata suka baca entry saya
(kahkahkahkah..perasan sungguh saya)
dan..saya membalas dengan sekadarnya di chatbox, tak mesra.
Takut pula dikata over.
Yang sebenarnya saya seorang yang mesra.
hehehe..

Ahad, 11 Disember 2011

Kemek

Kereta cedera dihempuk oleh anak gadis kilang yang terburu2 keluar sambil bercakap di telefon. Hempuk dengan pintu kereta yang ditumpangnya.

Agak kesian dengan dia, tak biasa naik keta katanya. Salah kuar ikut pintu yang ke arah jalan keta lalu lintas, patut kuar la ikut rumah dia. Membernya pula paking agak tengah jalan.

Gaji dia RM700, ikut saya gi perodua dengan baju lubang2  kat ketiak. Tukar part keta RM380, masuk bengkel Selasa,  tapi saya kena jaga SPM, memang menyusahkan. Dah la saya pun tengah kritikal  prepare duit untuk tadika 2 kenit tu yang kos 2.5 K, sesak kepala otak. (Bukan berlagak tapi terpaksa hantar ke tadika mahal tuh..mahal bagi golongan macam saya ni).

Keta kemek2 mood semua lari nak jalan2 bawa anak buah. Kesian kami semua.

Khamis, 8 Disember 2011

Pening unttuk semua peringkat umur

Kawan saya -20 an

Patut jadi pengiring ambil kertas soalan , lupa yang dia sepatutnya jadi pengiring,
heran bila dia jadi orang paling awal tiba di dewan peperiksaan.

Katanya : oo..pengiring terlupa nak mengiring kot, sebab tu ketua pengawas lambat sampai nih...
-sambil  main2 hp dia.

Saya 30-an

Kawan : Tak jaga SPM hari ni ?

Saya    : Tak. Hari ni pantai timur cuti, nanti soklan bocor -
              confident ingat hari ni Jumaat, saya ingat dia dah jadi pelupa..hahaha..

Kawan : Kenapa Khamis cuti?

Saya    : Oo..hari ni Khamis ke? Ingat Jumaat -
             Camne hari pun lupa nih? Terlepas lori sampah hari Khamis.


Ketua 50-an

Lupa nak umum peperiksaan tinggal 10 minit lagi.
Lupa masa untuk peperiksaan ittew cuma  2 jam.


Cuma manusia biasa yang perlu rehat.

Isnin, 5 Disember 2011

Kabus dan hukum karma

Kabus

Sepanjang-panjang perjalanan melalui hutan Grik hingga Lenggong saya ditemani pemandangan yang sangat cantik, bukit berkabus. Terasa nak memiliki sebuah kamera  padahal sebelum ni tak anggap itu sebagai benda penting. Hati terasa ingin ambik gambar dengan hp buruk saya, tapi takut hb syak saya ada blog atau apa2, kalau dia tanya mesti saya kelam kabut nak jawab. Malu. Kalau dia tahu tapi buat senyap tu lagi ok.


What goes around comes around / Karma

Dulu cikgu BM saya masa form 4 nama Cikgu Yusof. Baik dan lembut orangnya. Bila dia mengajar pelajar kelas saya selalu bercakap sesama sendiri. Kawan saya kat sebelah turut tanya macam2 aka ajak besembang ,  kadang2. Saya selalu geleng kepala saja tanda tak mau sembang dan tunjuk cikgu tersebut supaya dia tahu saya taknak sembang sebab cikgu tengah mengajar. Saya buat macam tu sebab saya andaikan kalau saya jadi cikgu dan murid bercakap2 sesama sendiri..alangkah..sedihnya hati saya. Saya harap bila saya jadi cikgu nanti saya akan dapat murid yang baik macam saya juga. Tapi...rupanya tak. Jadi kata2 di atas tu macam tak berapa betul je. Walaupun cerita ni lebih sesuai untuk kata2 buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat, tapi saya nak guna juga kata2 di atas tu untuk menceritakan cerita yang tak berapa sesuai seperti di atas dan juga di bawah.

Tadi exam perakaunan. Pelajar menjawab macam tak cukup masa, dan semua sangat fokus, takde sorang pun minta izin ke tandas.

Tadi juga ada seorang calon SPM jatuh motor. Kesian. Banyak juga luka dia. Dia bagitau guru / ustaz sekolah dia, ustaz tu kata "Ha..! tu la, naik motor lagi."

Sejam berlalu dia cuma jawab 1 soalan saja. Saya bagi ubat tahan sakit, walaupun perbuatan ini dilarang tapi saya kesian tengok dia yang duk ketuk2 lutut dia sebab berdenyut2, katanya. Saya offer ubat sebab dia nak keluar awal dan rehat tepi dewan. Saya fikir lebih baik makan ubat dan rilek sekejap dan kemudian jawab soalan bila sakit berkurangan. Lepas makan ubat katanya lagi sakit, alamak! Dia terus ketuk2 lutut dia sampai habis masa 2 jam 30 minit.

Saya kesal sebab tak ada orang ambil berat pasal pelajar yang tengah bertarung untuk masa depannya. Saya kesal sebab saya tak boleh buat apa2. Kalau lah ustaz tu bawa dia ke klinik dulu dan dokt  injek ubat tahan sakit mesti dia dapat jawab dengan lebih baik. Saya tak sanggup orang sekeliling buat macam tu kat Ezzam, atau Hafiy atau Akif kalau mereka dalam situasi begitu.

Jumaat, 25 November 2011

SMS gembira dan ubi kayu

Pagi2 lagi terima dua SMS daripada hb yang buat saya suka.

Salah satunya  kami akan balik ke kampung esok. Tak payah guna kereta kecik saya. Kalu guna kereta kecik saya akan buat saya berbelah bagi nak balik ke tak. Tayar kena tukar, kereta kena servis , serupa tak payah balik.

Saya sudah terbayang ubi kayu rebus dan kopi, dan juga ikan budu. Kempunan juga jering rebus tetapi dah lama tak jumpa benda alah ni. Ni semua gara2 baca status kawan2 di FB yang rindukan makanan musim tengkujuh.

Dulu arwah cikgu saya pernah buat lawak , di sekolah tempat berkumpul kebanyakan anak orang kaya (pada masa tu sepupu sultan dan juga tengku2 ramai yang bersekolah di situ)

'Makan ubi kayu mana ada zat. Badan dan otak tak dapat zat. Serupa makan puntung kayu je la'

Kelakar, tapi dia tak tahu tu sarapan saya hampir setiap hari, sebelum masuk asrama tu. Elok je saya membesar dengan otak yang sama cerdas dengan anak orang2 kaya tu. Silap saya cuma social phobia.

Kemiskinan sebenarnya buat kita kuat.

Tetapi sayangnya saya terus hilang arah tuju bila masuk MRSM.

Sebab macam kera dapat bunga. *Sigh*. Rugi.

Isnin, 21 November 2011

Nama cermin peribadi

Saya tak habis lagi bercakap tentang budak sekolah agama.

Antara nama-nama mereka :

Perempuan :
Safwah
Ammatullah
Nurul Aswad
Nurul Madinah
Juwariyah
Masrurah
Halimatussadiah
Nurdiyannah
Sufi Aulia
Adawiyah
Umairah
Mysara

Lelaki :
Lukmanulhakim
Jawwad
Alamir Syauqi
Mustaqim
Syahid
Addin

Dan nama bapa, antaranya :
Awallul azmi
Ibni khalil

Macam duduk negara Arab.
Jarang jumpa nama melayu biasa, hanya sorang dua.
Juga tak jumpa nama alexander, isaac dan macam2 lagi nama modern yang ibu bapa dok bagi kat anak2 sekarang.

Sabtu, 19 November 2011

Sejauh mana hubungan baik anda?

Bagaimana cara mengukur hubungan bersama suami, keluarga,  kawan2 dan sahabat handai?

1) Berapa kali tanya pasal makan dalam sehari?
    -lagi banyak kali lagi rapat. Kalu takde langsung =malang.

2) Bagaimana cara mengakhiri perbualan?
    -anda tengah syok borak , tetiba sebelah sana terus senyap = tak bagus untuk kesihatan.
    -berbasa basi sebelum habis borak. ( Basa basi tak sama dengan basi)
    

Khamis, 17 November 2011

Macam-macam

Selamat

Tadi sebelum mula exam maths, calon SPM minta keluar untuk ambil kalkulator yang tertinggal. Saya benarkan sambil tengok. Mak ai..jauhnya tinggal beg di seberang jalan. Tak takut ada kecurian lansung. Memang boleh percaya la warga sekolah ni. Kalau sekolah saya, beg letak luar kelas sahih hilang segala isi.


Gigih

Semasa exam, kesian tengok pelajar yang tidak dapat menjawab, tetapi tetap gigih cuba menjawab. Kalau pelajar sekolah saya mesti dah lama give up, setengah jam dah berduyun2 keluar kecuali kelas yang pandai.


Kemudahan dan keupayaan berfikir

Kertas surih
Pelajar yang membawa kertas surih diarah meletakkan kertas surih di luar. Saya pun tak tahu apa itu kertas surih, rupanya kertas yang digunakan untuk menjawab soalan translasi. Lebih senang kerja menggunakan kertas itu. Translasi adalah topik saya minat, proses mencari jawapan sangat enjoy. Sekarang pelajar di ajar guna benda tu pula?Alahai..patutla pelajar sekarang tak berapa nak berfikir.

Kenapa saya kata begitu?
Semalam subjek sejarah, contoh2 soalan  bahagian A
- berikan 2 keburukan pendatang asing
-berikan 2 kebaikan pendatang asing
-kenapa negara kita masih dibanjiri pendatang asing walaupun setelah lama merdeka
-apakah tajuk lagu di atas (negaraku)
-apakah perasaan anda bila lagu itu dinyanyikan
-berikan 2 sebab kenapa anda berperasaan demikian.

Hanya 1 soalan yang berdasarkan fakta, tak membaca tak boleh jawab, soalan 2,3 ,4 semuanya memerlukan pelajar berfikir, tetapi pelajar2 kata soalan sejarah susah. Pelik. Ni semua mesti sebab mereka terlalu dimanjakan dengan cara senang belajar.

Kalkulator

Saya rasa dulu tak boleh guna kalkulator untuk matematik. Sekarang boleh. Jadi pelajar hanya duk tekan kalkulator saja, tangan tak bergerak menulis sedangkan untuk menjawab Math, tangan kena bergerak baru idea keluar mencurah2 (pandai le ...-ye betul, tak tipu).


Angin kus-kus

Semalam pelajar senggugut sampai menangis tak boleh duduk. Kesian dia. Hanya yang pernah alami saja yang tahu sakitnya. Panggil cikgunya, saya offer panadol tapi cikgunya tak mau. Dia cari ustazah dan bagi pelajar tu air yang dibaca dengan ayat Quran. Lepas tu dia ok, maklumla, sekolah agama.


Lembut bukan aw

Saya kejutkan pelajar yang tidur sebaik sahaja exam bermula.
-Dik, dah mula
-Hem..dah mula..? (Dengan suara yang lembut. Saya terkejut sebenarnya sebab seingat saya , tak pernah dengan suara lelaki / pelajar lelaki selembut itu. Lembut bukan pondan maksud saya. Lembut yang lembut. Ini diakui oleh guru India yang jadi pengawas di situ, pelajar lelaki sekolah ini lembut. Pelajar perempuan sudah tentu.)

antara dua sujud

Selasa, 15 November 2011

Tenang

Saya jadi pengawas SPM di sekolah agama.

Masuk saja pintu pagar dah sejuk hati.

Tengok calon lelaki bersongkok dan perempuan bertudung labuh indahnya.

Kawasan sekolah mendamaikan, pokok2 pun saya rasa suka hidup kat situ, subur je.

Masuk ke kantin, rasa aman dan nampak sangat bersih dan lapang. Padahal kantin kecil sahaja.

Ketua pengawas yang Ya Allah baiknya. Lelaki tapi kerja teliti, baik dan tak berkira.
Pelajar mula jawab exam dia pun mula buat kerja tu kerja ni. 10 minit terakhir baru dia berhenti buat kerja dan siap bungkus skrip jawapan dan suruh kami balik jangan tunggu2. Ikut pengalaman lalu, pereksa habis 10.30, pukul 11 lebih baru boleh balik. Kali ni, kami boleh balik ontime.

Bahagia jaga SPM tahun ni

Isnin, 14 November 2011

Rancangan wajib tonton saya sekarang

Masterchef Malaysia

best.
Respect tengok lelaki2, dan lelaki umur 19 tahun muka nak menangis dan berpeluh2 siapkan resipi untuk mengejar impian.

Ahad, 13 November 2011

Panggilan 10 Zulhijjah

Tengok iklan kat tv 3 nampak biasa saja, mesti macam biasa2 saja drama ni.

Layan 2, 3 scene berderai air mata, sampai habis.

Cukup sedih.

Antara benda tensen

Tahu apa yang termasuk perkara tensen?

Bila bahan masak dah siap, gas habis.

Mau patah riuk kalau nak angkat tong gas saiz besar.

Sedih tengok nasi lemak tak cukup regu,

lagi sedih sebab perut dah lapar.

Jumaat, 11 November 2011

Kaki

Mak terseliuh kaki,

Haiwan peliharaan dia pun turut sakit kaki ditimpa tangga,

Hafy jatuh rumah pengasuh dan sakit kaki, sampai hari ni belum boleh jalan lagi

Kaki saya kena kaca dan luka, sakit kaki.

Lepas ni jangan saya dengar pasal sakit kaki lagi,
sakit lain pun takmau.