Isnin, 30 Januari 2012

Takut owang-owang

Dari minggu lepas Hafiy duk cakap,  "Bu, adik takut owang-owang kat kolah kek"
(Dia panggil tadika dia tu sekolah kek sebab ada kek)

Tadi sebelum pegi sekolah dia ulang lagi , "Bu, adik takut  owang-owang kat kolah kek"

Ibu -"Owang2 tu duk kat mana"

Hafiy -"Duk kat kolah kek"

Ibu - " Dia buat apa?

Hafiy -(Sengih tunjuk gigi kuning dia)- bukan salah ibu mengandung, Hafiy ni memang liat nak gosok gigi, haish. Saya ngeri jugak tengok cara dia sengih.

Ibu- " Dia pakai baju apa?

Hafiy - " Pakai baju kolah"

Imbas kembali, masa dia demam panas dulu dia penah cakap takut kat owang-owang kat rumah saya, tengah melambai, lakonnya kembali.

Tadi saya ke tadika untuk bayar yuran dorang.

Saya tanya pemiliknya,-Ada main hantu2 tak kat sekolah ni?

Bulat mata dia pandang saya, "Takde, kenapa?"

Saya cerita pasal Hafiy.

Dia ucap terima kasih. Saya heran, lepas tu baru dia cakap, orang berniaga memang macam ni. Terima  kasih kerana bagitau sebab lepas ni dia akan berusaha buat sesuatu secepat mungkin, pagar dengan ayat qursi dan sebagainya.

Tahun lepas dia dah pernah gi Syifa di Pahang untuk clear benda2 ni semua, katanya di'hantar'  oleh orang lain yang berniaga juga. Ustaz tu cakap satu-satu apa yang pesaing tu cakap padanya.

Hm..berniaga macam ni pula cabarannya.

Hem..lagi sekali tak reti nak habeskan karangan ni.

Oh yer, tadi jumpa ustazah Ezzam untuk bayar yuran, dia kata Ezzam semangat datang ngaji, orang lain belum datang dia dah berlari datang ngaji sorang2. Alhamdulillah, tak sangka anak ibu rajin macam tu.

Dan semalam Teacher dia telefon, Ezzam ada menunjukkan improvement, leganya hati den. Terima kasih Allah.

Sabtu, 28 Januari 2012

Just the way you are

Tadi saya berborak dengan Ezzam. Saya tanya dia beberapa soalan berkaitan bahasa Inggeris. Dia dapat jawab. Bagus. Kami kat rumah memang tak tekan Bahasa Inggeris kerana kata ayahnya macam berlagak, saya pula tidak tekankan lansung sebab macam pelik, "naik car", "nak fish"-tak best langsung bunyi.

Tetapi bila dorang sekolah, dan sekolah tu mediumnya Bahasa Inggeris, kesian pulak sebab bila orang lain dah paham arahan ' put your shoes here,' dorang pula ambil masa seminggu untuk faham. Tetapi bila tanya beberapa soalan pada Ezzam, dan dia dapat jawab, saya rasa lega. Dalam sebulan dia dapat dapat faham banyak perkataan, ok la tu. Saya pun akan mula ajar perkataan2 dalam bahasa Inggeris lepas ni setiap hari. Dan saya perasan dia boleh membilang dalam bahasa Inggeris lebih baik dari BM. Saya pening asyik duk ulang ayat sama.

Kami juga borak pasal atuk dia yang dia baru jumpa 2, 3 kali. Sejak besar baru jumpa sekali iaitu tahun lepas. Saya sangka dia dah tak ingat tapi dia ingat rupanya. "Kenapa kampung atuk tu ada jalan keretapi?" memang sahih dah tak tertukar dengan atuk lain.

Saya cakap, yer..tu la kenderaan ibu dulu, ibu nak pegi mana2 naik keretapi tau..sian ibu kan.? Ezzam angguk.

Tetiba keluar soalan " Ibu bercinta dengan ayah dulu macam mana?' Amboih. Soalan tak boleh blah.

Saya gelak saja.

Tiba2 dia cakap , " Abang taknak ibu macam dulu, gambar kawin tu..abang nak ibu macam sekarang."

Hahhahahahahahahah.

Saya sungguh gumbira kerana, kawan saya, anak lelaki 3 orang pernah cerita dekat saya, anaknya penah cakap "Mama, pakai la apa2 kat muka, bagi putih, huduhla mama, itam, " Adeh...! Pedih sungguh kata2 mu itu, anaknya baru darjah 3!

Saya ingat lelaki ni suka yang putih2 dan comel2 saja, rupanya Ezzam tak, harap2 ayahnya pun macam tu jugak. Hehehe...selama-lamanya.


Jumaat, 27 Januari 2012

Anak2 sekoloh

Apasal ntah dorang duk beratur 3 orang je.
Masa ni masih belum mula kelas. Kawan2 kat depan tu duk tengok tv sambil menari. Kalau baca doa lagi bagus,tapi nak buat macamana pemiliknya memang Melayu tetapi pendidiknya multiracial.
Kalaulah saya boleh bukak Genius Aulad yang menekankan pendidikan cara Islam..

Ahmad masih belum dapat baju lagi.
Dia cukup bengang kalau ayah cakap;-haa..tengok, semua dah ada baju sekolah, mana Ahmad punya baju..?

Akif yang matang. Good boy.


Aktif la Hafiy ni, tak pernah dia ambik gambar elok2, mesti macam2 gaya.
Kaki tak pernah dok diam, asyik nak berlari saja, kalau baring mesti nak cari orang nak tendang2 manja2.
Ada bakat jadi ahli sukan ni sebab terlebih energy, dan juga suka menari, janganlah cenderung jadi penari pulak.

Abang yang rajin,setiap hari ada homework pun tak mengeluh, buat je tanpa banyak soal.
Kalau ayah yang pantau lagi bersemangat buat homework. Semoga dia boleh cepat membaca.
-best rupanya bila anak ke sekolah ni, boleh rilek kejap

Khamis, 26 Januari 2012

Kuasa kasih sayang

Sayang dibalas sayang

Saya dengar IKIM, seorang ibu teresak2 menangis kerana kesal dengan sikapnya yang terlalu tegas dengan anak2nya dengan tujuan supaya anak2 dapat berdikari kerana dia ibu tunggal. Saya turut teresak2 sekali dengan dia masa memandu. Apalah saya ni, sangat sensitif tak tentu pasal. Saya cuma bayangkan benda tersebut terjadi kepada anak2 saya.

Kisahnya-akibat terlalu tegas dengan anak2nya, mereka tidak berani bersuara bila sakit perut lapar kerana dikurung oleh bapanya sehari suntuk tak diberi makan. Ibu tiri dan bapa kurung mereka di dalam bilik , agaknya tidak suka dipaksa oleh sang ibu supaya bawa anak tinggal barang sehari di rumah sang bapa. Akibatnya anak dapat gastrik. Anak2 tersebut sudah hilang keyakinan diri hingga tidak berani untuk menyatakan apa yang mereka kehendaki.

Bagaimana cara untuk mengembalikan keyakinan diri anak2?

 Cara :
Puji anak setiap hari  supaya mereka gembira dengan diri mereka. Gembira akan menjadikan mereka yakin.
Contoh : Cantiknya mata Aiman, Ibu rasa dah tak ada orang lain yang mempunyai mata secantik Aiman.

Ibu2, betapa ruginya mereka jika mereka tidak memanjakan anak2 bilamana usia mereka masih kecil. Anak kecil hanya akan respon baik jika dia dilayan dengan baik. Adalah salah jika terlalu bertegas dengan mereka kerana mereka masih lagi sedang belajar. Saya banyak belajar dari Hafiy sebenarnya. Dia kini dah banyak berubah dan nampak lebih senang diurus, pokok pangkalnya kasih sayang.


Semuanya dari dalam diri

Soalan2 di bawah ini bukanlah soalan yang saya utarakan , tetapi saya telah mendengar dialog ini dan ianya banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa, semuanya berpunca dari diri kita sendiri.

Soalan 1 :
Bagaimana saya ingin hidup aman damai, suami saya seorang yang tidak suka ke masjid. Saya ingin mengamalkan hidup Islamik. Saya nak suami saya yang membimbing saya ke arah Islam dan membawa saya ke masjid.

Jawapan :
Baca soalan dah tahu macam mana orangnya. SAYA NAK SUAMI SAYA...
Bila kita nak orang lain jadi begitu begini, kita yang kena berubah dahulu. Keluarga akan berubah mengikut apa yang kita amalkan. Jadi kita kena ke masjid dulu jika diizinkan. Jika tidak diizinkan oleh suami, maka kita yang mulakan hidup secara Islamik di dalam rumah.


Soalan 2 :
Anak saya sangat nakal. Tak tahu macamana nak menangani nya lagi.

Jawapan :
Anak2 ialah cermin diri kita. Jika kita melayan anak dengan penuh kasih sayang, dia akan membalas dengan kasih sayang. Jika kita memandang anak tanpa kasih sayang, perangai anak akan jadi keras dan susah dibentuk. Anak yang nakal tu siapa yang jadikan dia begitu? Perangai siapa tu?

Isnin, 23 Januari 2012

Solat terakhir

"Setiap kali hendak solat, kita mestilah merasakan bahawa solat tersebut adalah solat terakhir kita barulah kita akan bersolat dengan penuh khusyuk" -kata penceramah dalam IKIM .

Maka setiap kali hendak solat saya cuba melakukan seperti itu , namun banyak benar urusan dunia yang melintas dalam benak saya. Ya Allah..

Maut memang akan menjemput kita bila2 masa sahaja.


Malaikat maut mengintai

Minggu lepas Sabtu 14/ 1/2012 saya menghadiri mesyuarat AJK PIBG. Di barisan depan adalah YDP Bussinessman juta2, Naib YDP Haji Engineer, wakil PPKI -pendidikan khas, maksudnya anaknya adalah pelajar pendidikan khas,orangnya biasa2 saja,  dan pihak pentadbir sekolah.

Ada satu isu hangat, tak silap mengenai lawatan 40 wakil Indonesia nak datang ke sekolah kami, tapi guru2 kanan membantah. Maka , masa itu agak hingar bingar sebab YDP nak indon datang, guru kanan menghalang. Wakil PPKI juga mencelah. Saya agak terkejut kerana dia mencelah, tak pernah lagi dia bersuara dalam meeting. Tapi saya kesian dengan pakcik yang wajahnya mengingatkan kepada ayah saya itu, kurus cengkung, mata sedih. Bila dia menyuarakan pandangannya, seorang pun tak dengar. Naib YDP siap membelakangkannya, padahal boleh saja duduk betul2 mengadap meja, jadi tidaklah membelakangkan pakcik wakil PPKI itu. Banyak kali dia bersuara sampai pegang bahu Engineer tu supaya dengar, malangnya orang kaya itu buat tak tahu saja. Last2 sekali pakcik itu bercakap dengan PK petang yang duduk di sebelah kirinya, perempuan.

Kejadian itu nampak seperti saya pada zaman sekolah dulu. Segelintir orang2 sombong yang bersekolah bersama saya jarang nak mendengar bila saya bersuara. Trauma. Alhamdulillah sekarang saya tahu mengatasi masalah seperti itu, tambahan pula sekarang saya dikelilingi oleh orang yang bukan sombong.

Seminggu saya terbayang wajah pakcik tersebut, kesian yang mendalam. Rasa tak puasa hati terhadap engineer bergelar haji yang kopiahnya sentiasa atas kepala.

Semalam genap seminggu, meeting kecil berlalu, tibalah  Mesyuarat Agung PIBG. Kami AJK2 PIBG dibarisan hadapan, sebelum mula meeting digemparkan dengan kejadian wakil PPKI tersebut kejang mendongak ke atas seolah2 susah bernafas. Semua panik. Saya cadang letak atas pentas  supaya badan straight, tapi biasalah, saya bukan pihak pentadbir, cuma guru kecil, suara saya tak didengar. Semua pakat angkat pakcik tu dan letak atas sofa, kaki diangkat ke atas, tinggi. Beliau dikejarkan ke hospital. Anaknya yang OKU meluru tapi tak boleh buat apa2, cuma mukanya sunggu risau.

Tak sampai setengah jam kami terima berita yang beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hampir satu dewan menangis termasuk YDP. Innalillahi wainna ilaihi ro ji'un.Al Fatihah.

Hari Sabtu 21/1/2012 , merupakan hari ini dalam sejarah, mesyuarat yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Semoga arwah En Abdul Rahman ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Rabu, 11 Januari 2012

Dalam kenangan

Hari ini seorang bekas pelajar saya meninggal., dijumpai mati lemas di sungai nun jauh di kampung Baru KL. Macam mana pada hari sekolah dia berada di tempat sejauh itu, kami belum tahu. Kerap benar sekolah ni kehilangan pelajar akibat kematian. Rasa2nya tahun lepas 2/3 orang meninggal.

Teringat saya jumpa dia minggu lepas, saya tengok dari jauh, rasa ingin tegur tapi tak dapat tegur sebab jauh. Nak tanya berada kelas mana bila dah di sessi pagi sekarang.

Saya masih ingat dia pelajar baru dari sekolah lain masa saya mula mengajar di sekolah ini. Jadi kami sama2 baru. Muka macam budak kecik, ada lesung pipit, hidung agak besar, muka innocent. Kelas dirombak, dia ditukar ke kelas belakang.

Bila bertukar kelas saya dengar dia asyik ponteng. Ponteng mandi air terjun belakang sekolah sebab saya pernah terserempak dia masuk kawasan sekolah dari kawasan air terjun, rambut basah. Bila ditegur tersengih2. Bila dinasihat , tunduk, senyum, ucap terima kasih cium tangan saya dan berlalu pergi. Esok tu ponteng lagi. Bila cikgu Sainsnya marah kerana ponteng amali, dia jawab-jangan risau, tahun depan saya takkan susahkan cikgu'.

Dia ponteng dengan kerap, menghilang sampai parents call tak balik rumah. Seminggu lepas tu kembali ke sekolah. Bila ditanya, 'saya pergi kutip hutang kat kl, cikgu,' jawabnya kepada kawan saya sebagai guru kelasnya. Hutang apa, saya tak sempat nak ambil tahu.

Akhir2 tahun, dia mula rajin masuk kelas, tapi tetap tak nak buat sebarang kerja tulis menulis.

Tingkatan 3, dia naik kelas. Bila jumpa kawan saya semalam dia minta duit seringgit sebab upah/hadiah  naik kelas. Fisrt and last ye, kata kawan saya. Ye, ni last, lepas ni tak mintak lagi. Memang dia takkan mintak lagi.

Allah sayangkannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. alFatihah.

Saya nak bercakap tapi tak ade orang nak cakap dengan saya

Ok, hero semua baru tido, 5 minit lagi pukul 12 mlm baru tido. Esok nak bangun pagi2 lagi nak ke sekolah pulak, apa la dak-dak kecik ni. Hafiy tah kenapa macam kena injek ubat aktif je, sebelum tido baling mainan angry bird sana sini, conteng dinding (mampuih ibu dia kena marah ngan ayah dia lepas ni), dan sepak botol milo abang dia. Saya cukup hot malam ni. Hot itu adalah marah, bukan hot satu lagi.

Saya rasa nak bercakap tapi takde orang nak layan (kesian kat diri sendiri), jadi saya nak tulis ni.

Muka sedih
Masa saya keracunan makanan tempoh hari, saya ke doktor. Bila bercakap suara tak keluar sebab terlalu lemah. Selepas doktor selidik lebih kurang, dia ambil ubat muntah untuk injek saya. Kemudian dia tanya saya,
'Kenapa muka sedih?'

Hari ni saya rasa nak gelak kuat2, sebab soklan tu adalah soklan tak sesuai langsung.
Cecair dalam badan dah hampir tiada, muntah pun 20 kali, datang klinik tumpang ihsan kawan je, takkan nak suruh saya muka happy pulak.Adoi la..

Kesian
Saya rasa sangat penat bekerja, tak berbaloi, rasa baik jaga anak kat rumah sahaja, demi nak menghasilkan generasi cemerlang dari segi jasmani emosi rohani nih. Kadang rasa penat, rasa nak berehat sebentar, bestnya kalau ada bibik yang boleh diharap.

Tapi tiap kali saya bertembung dengan kumpulan2 Vietnam, Nepal, dan Bangla, saya rasa bersyukur kerana mempunyai kerja. Mereka keluar bekerja berduyun2 beramai pukul 7 pagi lagi, dan balik berduyun2 juga pukul 7.30 malam. Kesian...jauh merantau cari rezeki. Gaji ciput. Cuti ahad saja. Kalau hari cuti berlonggok kumpulan dorang duduk kat depan rumah kedai, sebab dalam bilik dorang sesak, jadi dorang ambik angin kat luar. Layanan daripada majikan tak tau la macamana. Masa saya praktikal dulu ada bangla yang terhiris tangan. Agak parah. Tapi bila pergi klinik, balut luka, kena datang kerja balik. Kesian.. Kalau la kita yang seagama mereka ni memegang kuasa ekonomi kat negara ni, boleh la tolong mereka. Tapi malang nya kita yang seugama ni cuma mampu tengok saja mereka dilayan dengan agak teruk oleh majikan2 bangsa asing.

Bangla adalah bangsa yang mengimarahkan masjid. Dekat kawasan perumahan ini, yang meramaikan masjid adalah bangla. Sebab itu mereka ni jarang terlibat dengan jenayah macam pendatang lain. Yang selalu kedengaran adalah jenayah dengan perempuan. Mereka sangat suka dengan perempuan, sebab tu saya memang tak pandang langsung mereka. Hahha.. perasan. Walaupun saya dah agak berumur dan takkan di usha, saya tetap takut untuk kelihatan baik. Masa saya praktikal dulu ada berbuat baik dengan pekerja Bangla, almaklum mereka saja pekerja. Saya dan kawan saya yang berkulit putih dan cantik praktikal bersama. Tetapi sebab saya ni gelap, saya lebih disukai.Hahah..agak lawak. Disukai sebab sama macam adik perempuan dorang. Dorang panggil saya suddu appu maksud 'adik'.

Dan saya masih ingat seorang bangla tu pernah berkata, ' Kenapa aaa,  u orang Malaysia layan kami ini macam. Kami bukan orang miskin. - Maksudnya mereka bukan orang yang miskin hina dina takde harta langsung sampai dilayan macam takde maruah. Dia tunjuk gambar rumah dia kat kami. Elok je macam rumah arwah atuk saya kat kampung Pasir Mas, siap cat lagi, rumah arwah atuk saya pun cat minyak je (hehe).
Kesimpulan : Saya kena kerja sampai ke tua demi untuk kelangsungan hidup.

Hari tu saya gi pasar malam, beli sate 20 cucuk, gerenti tak habis. Ada Vietnam, laki bini, dan anak kecik (ni mesti bakal jadi warga Malaysia dengan senang hati ni..) . Nampak suka sangat dengan sate, belum bayar duit dah gigit. Beli 5 cucuk saja. Sian. Mesti yang lain pun macam ni jugak. Kalau le saya boleh transfer makanan kat rumah saya yang selalu lebih tu kan bagus. (Bukan sengaja nak membazir, kadang kena beli pakej, perut tak berapa nak muat nak isi,  jadi kena buang. Kesian orang yang tak cukup makanan) . Abang ipar saya pernah cerita, Bangla  kalau masak untuk 12 orang kawan2 dia, telur 1 bijik je, kuah kari satu periuk. Nasik je banyak. Jadi tak heran la kalau mereka ni kurang zat macam yang dicerita kat sini.

Saya geram dengan matcha yang kerja sapu sampah dijalan taman ni. Plastik yang bekerja2 Vietnam / Bangla / Indon buang sambil lalu depan rumah saya tak diambilnya. Geram la kat mamat nih. Beberapa hari lepas saya ternampak dia berehat dibawah pokok kecik. Cuaca sangat panas. Kesian pulak kat dia. Kemudian sedar diri, saya pun tak buat kerja dengan sempurna jugak.

Saya suka dengan orang yang kerja dengan lori sampah. Kalau la tiada dorang ni...ish...tak dapat bayang busuknya.

Masa berjalan2 di Jusco tempoh hari, ternampak lelaki remaja, agak hensem, tolak baldi, bawa mop, keliling Jusco, untuk membersihkan kotoran. Warga mana la pulak. Muka macam Malaysian. Kalau la dia orang berada, mesti dia tak buat kerja macam itu. Kesian kat dia. Kalau dia tak hensem pun saya kesian jugak.

Kesimpulannya :
1) Sebenarnya setiap orang ada masalah masing2. Setiap orang seribu cerita. Orang yang miskin bahagia dengan cara dia. Masa kecik2 dulu makan nasi dengan budu dan ulam jering sahaja, dalam banjir. Rasa sangat lazat. Berpuluh tahun saya hidup lebih senang daripada tu tapi tak pernah dapat rasa makanan selazat tu lagi.
2) Saya kesian dengan pekerja bawahan, tetapi orang yang pakai Honda dan Toyota  mesti kesian dekat saya yang pakai keta perodua saja ni kan?

Asyik kesian dengan pekerja lelaki saja ni apahal? Mesti hubby saya ketuk saya disebabkan ini.

Bekas bibik saya-my nightmare.
Penjual air tebu masam selalunya pendatang perempuan- takleh arap langsung.
Minggu lepas makan dengan Akif dekat kedai makan sambil tunggu abang2nya keluar sekolah, masa tu Akif belum masuk sekolah lagi. Kedai kepunyaan orang Kelantan. Makcik tu pakai tudung elok je, tapi pekerja perempuannya  pakai baju sendattttt, seluar 3 suku sendattttt. Sendat mata saya nengok. Adeh..! Jadi pada malam ni tak teringat pulak mana satu pekerja asing perempuan yang nak dikesiankan.

Panjangnya.
Pening sebab tulis banyak sangat.

Selasa, 10 Januari 2012

Keringkan embun di hujung rumput

Ini kena tulis sebelum tua atau sebelum hilang ingatan. Nauzubillah.
Kena makan ginko biloba banyak ni supaya ingatan makin kuat bukan makin kurang.

'Keringkan Embun di Hujung Rumput' tajuk novel pertama saya baca.
Setebal lebih 300 ms pada umur 9 tahun. HinsHins..bukan bangga. Suka je.
Karya Zahari Affendi..nama pengarang..sabar je la.

Ok kembali kepada buku tersebut, saya masih ingat cover dia gambar sisi muka perempuan ayu pejam mata  sambil ada air mata (kot) setitis menitis.

Novel yang berat, pasal ahli politik dan family yang kucar kacir, wife curang, anak orang kaya yang suka berfoya2.

Ahli politik Tuan Malek, dari cikgu ke ahli politik. Tapi mengamalkan politik kotor. Dan  suka bertukar pasangan. Dia insaf bila dia jatuh, kehilangan kerusi dan meniduri anak tak sah dia. Yang dia tak kenal langsung.

Jadi masa kecik2 lagi saya ingat life orang kaya 'busuk'. Tapi sekarang baru sedar, orang kaya manusia biasa jugak. Ada yang tetap di landasan , ada yang tergelincir dari landasan.

Penulis dia  saya rasa orang yang berada dekat dengan dunia politik.
Hero nama Firdaus yang bekerja sebagai setiausaha Tuan Malek, lebih kepada balaci sebab kerja ofis dan rumah dia kena buat jugak-bayar bil-dulu belum ada internet.
Firdaus berkasih dengan Mazni yang belajar di London, bila pulang mengkhianati kekasihnya, sadis. Kejamnya dia.

Novel berakhir dengan kejatuhan dan keinsafan Tuan Malek, Mazni hilang kaki dan nak kembali kepada Firdaus tetapi Firdaus tak sudi. Bagus. Firdaus akhirnya pulang ke kampung asal, Pahi , Kelantan.

Novel ini banyak mengisahkan keluarga Tuan Malek sebenarnya, bukan kisah cinta Firdaus Mazni. Bestnya cerita ni.

Macam mana boleh terbaca novel oleh LELAKI  yang berasal dari KELANTAN pulak tu. Rasa pelik sungguh.

Oh ye, saya baru tahu hb saya baca blog ni. (- _-). Oh ini kena berjaga2.

Isnin, 2 Januari 2012

Ahad, 1 Januari 2012

Kal Ho Naa Ho dan 2012

Saya dah lama tak menonton cerita Hindi kerana tidak mahu melihat yang seksi2.
Tetapi cerita ini ada banyak kenangan. Tengok juga semalam.
Boleh ketawa terbahak2 (buruk betul perangai) dan menangis tersedu2 pada masa yang sama.
Pandai betul pengarah.
Pedulikan tentang logik tak logik, orang sakit tak kurus2, boleh pi mai pi mai, boleh menari, yang penting penonton semua 'masuk' ke dalam cerita tu.

Orang kata Geminian  suka berubah2.
Betul, semalam saya post pasal maksud al Waqiah, takut baca terjemahan,
lepas tu tengok Kal Ho Naa Ho. Tetapi kenapa saya fikir kadang2 cerita macam ni pun boleh menyuntik benda positif dalam diri kita , iyer, kalau sakit tu tak semestinya bersedih dan terlantar, buat orang gembira, kita pun akan gembira.

Semua orang tulis pasal tahun baru. Saya tak pernah tulis. Hari ni saya nak tulis,
saya nak jadi lebih rajin, baik hati, beriman, kaya pada  tahun 2012.