Isnin, 30 Januari 2012

Takut owang-owang

Dari minggu lepas Hafiy duk cakap,  "Bu, adik takut owang-owang kat kolah kek"
(Dia panggil tadika dia tu sekolah kek sebab ada kek)

Tadi sebelum pegi sekolah dia ulang lagi , "Bu, adik takut  owang-owang kat kolah kek"

Ibu -"Owang2 tu duk kat mana"

Hafiy -"Duk kat kolah kek"

Ibu - " Dia buat apa?

Hafiy -(Sengih tunjuk gigi kuning dia)- bukan salah ibu mengandung, Hafiy ni memang liat nak gosok gigi, haish. Saya ngeri jugak tengok cara dia sengih.

Ibu- " Dia pakai baju apa?

Hafiy - " Pakai baju kolah"

Imbas kembali, masa dia demam panas dulu dia penah cakap takut kat owang-owang kat rumah saya, tengah melambai, lakonnya kembali.

Tadi saya ke tadika untuk bayar yuran dorang.

Saya tanya pemiliknya,-Ada main hantu2 tak kat sekolah ni?

Bulat mata dia pandang saya, "Takde, kenapa?"

Saya cerita pasal Hafiy.

Dia ucap terima kasih. Saya heran, lepas tu baru dia cakap, orang berniaga memang macam ni. Terima  kasih kerana bagitau sebab lepas ni dia akan berusaha buat sesuatu secepat mungkin, pagar dengan ayat qursi dan sebagainya.

Tahun lepas dia dah pernah gi Syifa di Pahang untuk clear benda2 ni semua, katanya di'hantar'  oleh orang lain yang berniaga juga. Ustaz tu cakap satu-satu apa yang pesaing tu cakap padanya.

Hm..berniaga macam ni pula cabarannya.

Hem..lagi sekali tak reti nak habeskan karangan ni.

Oh yer, tadi jumpa ustazah Ezzam untuk bayar yuran, dia kata Ezzam semangat datang ngaji, orang lain belum datang dia dah berlari datang ngaji sorang2. Alhamdulillah, tak sangka anak ibu rajin macam tu.

Dan semalam Teacher dia telefon, Ezzam ada menunjukkan improvement, leganya hati den. Terima kasih Allah.

6 ulasan:

  1. biasa anak dia ikut perangai mak ayah dia... mesti ada persamaan atau iras2... kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada la satu dua perangai yg dorang amik. tapi untuk entry atas ni yg mana satu maksud puteraduyong, yg nampak owg2 tu ke atau yg rajin ngaji tu ?hehe, tak jelas mana satu.

      Padam
  2. macam tak caya pon ada, tapi itulah hakikat dunia ek, hati manusia macam2

    BalasPadam
    Balasan
    1. percaya, sebab benda itu wujud..dan dalam dunia perniagaan selalu ada benda gini., pernah alami.

      Padam
    2. bukan tak caya benda ghaib tu, tp tak caya manusia sanggup buat begitu sebab rasenya kita tak sanggup kan.. tapi, begitulah, hati manusia tak sama, ada jer yg sanggup buat mcm2 seolah-olah tak percaya rezeki itu Allah dah tetapkan

      Padam
    3. erm, tu la..tapi yang hantar dulu tu bukan seagama. Dia kata kalau yg jenis cahaya ni yg bukan Islam punya. Dan yg skrg nampak orang tersengih tu tak tahu dari mana pulak. Tapi tak dinafikan sesama islam pun ramai jugak yg buat kerja macam ni, syaitan ni biasala, jahat, sentiasa cari jalan nak cucuk manusia buat benda2 tak elok gini.

      Padam