Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos

Selain daripada gembira sambut Hari Merdeka, aku jugek gembira menyusur jalan ke KLIA sambut hubby.
Sesiapa yg gembirakan aku minggu ni, tq very much.
hehehe..gembira sungguh.

-blog suam kuku ni akan sejuk trus lepas ni, sebab beroperasi underground, hopefully tak terkantoi ngan hubby yang aku berblog ni.-

kata-kata

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan sebuah kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan.

-madah yang tak berapa boleh dipakai lagi.. tambah-tambah untuk budak sekolah harian zaman sekarang.
Kalau cikgu baik tak berapa reti nak melaser, bercakap penuh kasih sayang, siapla kelas huru-hara. Pelajar perlu dipaksa untuk belajar. Kelas macam pasar.
Kalau guru laser, ucap sembarangan, garang, hmmm..baru nampak suasana macam kelas zaman aku belajar dulu-dulu, ade guru dan murid.
-Pening kepala ngan budak zaman sekarang, nak suh cikgu cakap macam mana lagi yer baru nak dengar. Yang paling bengkek, pelajar yang biadap selalunya keturunan TU je. Kenapa la ko lahir kat sini ha..?Menyusahkan orang je, bagi pengaruh tak baik kat pelajar lain.

semut

telinga dimasuki semut-sapu kapur sireh belakang telinga, biar hingga semut kuar.

Ahad, 29 Ogos 2010

Rabun warna

Hubby akan sampai dalam (seperti nombor di atas..kalu rabun warna takleh baca) hari lagi.

Sedikit info tentang rabun warna.
Selama ni tertanya-tanya apa warna yang orang buta warna nampak kalau tengok pokok bunga yang ada bunga (heheh..berbelitkan ayat aku?)..student tanya pun aku jawab berdasarkan pengetahuan aku je..pic kat bawah menceritakan segala.
Fuh..syukurla perempuan takkan mempunyai kecacatan penglihatan jenis ini.
Untuk lelaki..tidak semestinya penglihatan anda sihat hari ini , anda boleh mendakwa anda tidak mempunyai kecacatan penglihatan jenis ini untuk selama-lamanya..sebab anda boleh menghidapinya esok.

Ramadhan paling best

Kali ni kali ke 4 menyambut Ramadhan di rumah..rasa-rasanya ini Ramadhan paling best, sebab-
-dapat puasa dengan sempurna (tiap kali Ramadhan lepas-lepas selalu dalam pantang)
-berbuka dengan juadah kegemaran dan taste aku (sebab ade gang satu selera, iaitu mak n adik., Alhamdullillah..baru makan rasa tangkap kat lidah ,dan perut..heheh)

Sabtu, 28 Ogos 2010

mengharap sayang Ezzam

4 bulan hubby pegi, aku makin rapat ngan Ezzam. Sebelum ni dia tak peduli nak bermanja ngan aku (sedih aku ). Ingat lagi masa pregnant, aku harap sangat dia akan sayang aku lebih banding ngan ayah dia..almaklumla nak mengandungkan dia bukan senang..dan dia ni anak mahal kawan-kawan aku cakap..sebabnye..(dot dot dot). Bila dia nak tidur dekat..nak tidur di riba, seronok sangat rasa. Tapi selalunya berebut ngan adik2..sudahnya dia terpinggir jugak. Aku usaha sebaik mungkin untuk layan agar tak menghampakan dia kecuali terpaksa.


Dekat2 tarikh hubby nak balik..dia makin manja..makin mengada-ngada. Nak layan masa suntuk sebab selalu berebut ngan adik2. Rasa sedih pulak, mungkin dengan sikap aku ni..bila ayah dia dah ada kat sini dia jadi macam dulu..macam aku ni tak wujud. Hukhukhuk..tu la....sape suh beranak rapat-rapat..ni lah akibatnya.

-kasih sayang dan cinta takleh dipaksa-

Lucky

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tak matang

Kes 1
Pelajar lari dari rumah ,alasan, masalah keluarga , mak selalu marah-marah. Setelah disiasat, le..memang la kena marah, pakaian seksi, ponteng sekolah..takkan nak tengok je.


Kes 2
Prestasi merosot sebab ibu bapa tidak sehaluan..tido asing-asing ..pelajar lelaki ni tersepit..


Kes 3
Pelajar lelaki bermasalah disiplin..macam-macam kes gaduh dsb.Ibu bapa bercerai, hidup terumbang ambing kadang makan kadang tak makan. Mak tak peduli sangat walau duduk ngan mak sebab sibuk keje.


Macam-macam masalah pelajar, ni cuma 3/500 kes yang biasa dengar. Puncanya adalah masalah keluarga atau penceraian.

Terlalu tidak matang fikiran dorang, banding ngan umur belasan tahun. Aku lalui benda seumpama seawal 8 tahun. Tapi jadi manusia jugak.

Rabu, 25 Ogos 2010

................

"Kamu mencintainya bukan kerana dia cantik,
Dia cantik kerana kamu mencintainya..."

-Dr Maya, jangan marah-

resipi

Yang penah makan ni mesti kata sedap sangat..hilang penat membuat. Tak caye datang umah aku hidang ni nanti. Kena tulis resipi ni nanti lupa.

Cicah cucur udang
-2 tangkai cili merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu makan gula
-2 sudu sos cili aminah hassan
-setengah sudu kecik garam
-masuk blender, air panas isi sampai takat paling bawah blender.

Cicah ikan terubuk bakar
-2 tangkai cili merah
-2 ulas bawang putih
-2 sudu makan gula
-2 sudu sos cili aminah hassan
-setengah sudu kecik garam
-kisar, masuk kicap aminah hassan 2 sudu makan.

*pic bukti lain kali, yg penting resipi kena tulis dulu*

Hubby

Tujuan tulis blog untuk catat benda-benda menarik (bagi aku) dan benda penting serta benda yang tak patut aku lupa.
Kena tulis gak benda menarik pasal hubby kat sane, nanti kena soal ngan dia.

Start puasa 330am-745
Suhu sane 55 darjah celcius
Keje dari kul 8 pagi ke 2 ptg sahaja sbb terlampau panas.
....oooo aku ingat suhu gitu manusia takleh idup..mesti hubby balik ngan bangga ngan kulit dia yang tan macam dia bangga masa dia balik musim sejuk dulu..hehhe..

-ni fakta menarik tentang hubby ke tentang Syria..?-

Rumah kata pegi kubur kata mari.

‎" A willingness to understanding is the beginning...
When there is understanding, compassion can arise.
When there is compassion, forgiveness can arise.
When there is forgiveness, peace can arise.
When there is peace, unconditional love can arise.
And then, anything is possible. "

Julie Chimes

aku-tak sedar diri dah tua pun dok tulis benda cenggini lagi..?

Isnin, 23 Ogos 2010

Antara dua

Hidup adalah pilihan
Nak senang ke nak susah?
Nak bahagia ke nak derita?
Nak ceria ke nak sakit mental?
Nak neraka ke nak syurga?

Semua dalam fikiran kita,tindakan terkawal kita,
Aisey...kenape-kenape-kenape.
bla-bla sambil membebel kat diri sendiri

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bila la dapat tido neh...

Jam dah menunjukkan kul 3.02 pagi..tapi aku belum buleh tido lagi..bukan sebab teringat hubby yg jauh di mata, tapi wei....Hafiy oi..lum ngantuk ke anakku..kena layan dia tgk utube ultraman pulak pepagi buta ni,tak layan ngamuk.
Ape kena ngan dorang ni,,rutin ni dah 4 bulan aku rasa..pakat-pakat tido lewat set-set dia..kul 4 pagi baru nak tido. Puas dah tune waktu tido siang, kadang dorang tak tido pun siang tapi malam mesti berjaga hingga ke kul 4 pagi. Kalu berjaga saje takpe tapi mesti kul 12 mlm nak mandi, aku mandikan jugak sebab panas, pastu order makanan panas, hadoi..dahla penat keje lum abis..si kenit Akif, Hafiy n Ezzam..bila la ibumu ni dapat tidur macam orang normal...?

-bukan mengeluh..sekadar menceceh sebab busan di pagi hari, nak ajak borak si kecik ni lum pandai jawab soalan aku-

Khamis, 19 Ogos 2010

Pahit

Anak 1..bila sakit bersalin...........ape...
Anak ke 2..bila pantang..........ape...
Anak ke 3..hampir meroyan...........ape...
Sakit.....gigil..ape.............kenapa macam tu..kenape kenapa
Masuk tak menambah keluar tak meluakkan?????????????

pahit.
p/s jangan peningkan kepala nak memahami entri ini.

Selasa, 17 Ogos 2010

Akif ensem boy



Akif suka sebut RRRRRrrrrrr..panggil aku pun ngan sebutan gitu jugak..kalu kena sakit pun gitu jugak..bagus le..sekurang2nya aku tahu dia dapat sebut R ngan betul.




Bila kena ketuk ngan Hafiy, dia nangis sambil bunyi Rrrrr..aku kesian tapi kelakar sebab bunyi gitu..hmmm..sian Akif...baik sangat dan senang nak jaga , tapi selalu kena ketuk ngan Hafiy kalu lepa mata aku ngan Mak.


Jumaat, 13 Ogos 2010

Takde keje


Eh eh..awek mane pulak ni..heheh..takde keje betull..sambil tunggu subuh lepas sahur...aku kerenat kat Hafiy..ini adalah simptom2 orang teringin anak perempuan..

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadhan,,,


Alhamdulillah,
Kerana sempat menyambut Ramadhan sekali lagi. Tahun depan..berkesempatan tah lagi..?

Sedih..
Mengenangkan 3 orang-atuk, atuk sedara dan nenek sedara yang mana sangat rapat dengan keluarga ku, banyak membantu..tiada untuk sama-sama menyambut Ramadhan pada tahun ini kerana pemergian mereka adalah dalam jangka masa yg teramat rapat. Al Fatihah.

Selamat menyambut Ramadhan yang penuh berkah, penghulu segala bulan, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan.

*Sesiapa yang terlepas daripada menyambut malam teristimewa dalam bulan Ramadhan, maka dia adalah termasuk dalam golongan yang dijauhkan keberkatkan daripada Allah SWT.*

Wassalam.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Nak rambut macam woody woodpecker buleh?

Ni Ezzam ngan rambut panjangnye..aku potongg sikit setengah hari dia meraung..alasannye..nak simpan rambut macam Woody Woodpecker..eii..buleh pulak gitu...



Ni Woody

Macam ayah..


Aku sikat rambut Ezzam dan cakap..


"Rambut Abang tak sama ngan Ayah..rambut adik sama"


Ezzam masih tak paham..aku ulang dua tiga kali , pastu tersilau tengok Hafiy..humm..rupa-rupanya dia paham ape aku cakap..tersipu-sipu senget mulut, macam bangga sangat rambut dia sama ngan Ayahnya..hahahha..