Ahad, 20 Februari 2011

Tanya tanya

Ibu, nak gi sekolah-Ezzam
Sekolah abang tutup hari ni, ibu gi sekolah, abang duduk ngan ayah, -Ibu
Kenapa ibu kena gi sekolah hari ni?(sabtu)
Ibu ajar orang besar
Kenapa ayah tak gi sekolah hari ni?
Ayah ajar orang kecik

Nampaknya Ezzam dah boleh tanya benda berkaitan berturut-turut. Selalu pun dia banyak tanya soalan tapi kalau keliru jugak dia tak tak tau nak tanya yang seterusnya. Dia semakin berkembang nampaknya.  Tadi dia tanya soalan kelakar. Agaknya pelik fizikal ibu dia aje yang lain dari dorang bertiga. Sakit perut aku gelak dengan soalan tak berdosa dia.

Jumaat, 18 Februari 2011

Maulidur Rasul

Tadi ada ceramah Maulidur Rasul di sekolah. Pelajar macam biasa la bising macam dah takde waktu lain mereka nak borak,jadi kerja mereka boooraaakk je..dengan suara kuat tanpa peduli siapa ada kat depan. Penceramah cakap,
  " Tutup mata..kamu balik nanti mak kamu mati.".Dia dok ulang cakap yang tu aje.
   "Eh, kenapa kamu semua masih tersengih-sengih,kamu balik mak kamu mati ni," kata penceramah tersebut kat bebudak sekolah.
    'Kamu semua takde perasaan ke?Mak kamu bersusah payah kerja membesarkan kamu..kamu tak sedih ke?Sepatutnya seseorang tu cukup sensitif kalau orang sebut tentang mak,"
Aku sedikit pelik dengan ayat penceramah tu sebenarnya, macam tak jelas je arahan dia kan..
Bebudak selamba tak hiraukan cakap penceramah, masih borak-borak sesama sendiri.
    "Ok..sesiapa tidak rasa sedih terhadap mak dia, saya doa kepada Tuhan tunjukkan lah kepada mereka-mereka ini balasan,"kata penceramah.
   'Kalau sekolah lain saya buat macam ni , menangis teresak-esak seluruh sekolah tau tak?" katanya lagi.

AKU CUMA NAK CAKAP BETAPA EMO NYA SEORANG PENCERAMAH AGAMA BILA BERDEPAN DENGAN KEADAAN PELAJAR BISING DAN BUAT TAK TAU KITA BERCAKAP DI DEPAN. Kesian penceramah tu..mungkin dia nak cakap dengan lebih teratur dan touching sebenarnya tapi disebabkan pelajar wat tak heran, dia hilang punca...

Dekat sekolah lain, pihak atasan buat lawatan, masuk ke kelas untuk memantau guru mengajar. Ada seorang pelajar mundar mandir , disuruh duduk taknak duduk. Pelawat berkeras suruh duduk, pelajar baling kerusi ke arahnya, terus pelawat lari keluar kelas dan terus balik ke rumah.

Hmm...kronik sungguh. Bila cakap kat hubby, dia suruh gari je bebudak yang nakal  ni, bawa naik bas dan bawak terus ke rumah menteri, dan cakap perkara yang sebenarnya. Idea dia memang pelik orang tak larat nak buat.

Khamis, 17 Februari 2011

Peel

Hafiy,
Kalau dia usik adik, dan kena marah dengan aku mesti dia menangis dan takkan reda kalau aku tak bagi dia susu atau suruh dia ambil susu, dah setahun macam ni la peel nya. Aku takleh nak jadi tegas, kalau buat tak tau mesti dia menangis sampai muntah-muntah. Hari sekali lagi dia usik adik dia, aku marah, dia menangis teresak-esak. Aku macam biasa mula-mula mesti buat tak tau je..lama baru suruh ambil susu untuk berentikan dia menangis.Belum sempat aku wat keluar ayat, si kecik cinonet  (Akif) tu nak pujuk dulu.
  " Tu, cu, mik (Tu susu, ambik), "  suruh cinonet tu kat abang Hafiy nya..dan abang Hafiy patuh gi ambik susu dan minum dan berenti menangis. Ei..geram jugak ngan budak Akif ni, rupanya dah pandai tapi selalu buat-buat dia tu macam baby, meragam, menangis merengek , mengada-ngada, buat aku tambah letih.

Ezzam
Buat pertama kali dalam minggu ni Ezzam dan boleh menjawab soalan 'kenapa ' aku.
Aku tak tau tahap mana perkembangan ni, mungkin slow la kot sebab bila tanya kenapa dia mesti diam je..
-Abang taknak gi kolah,;-
-Kenapa?-
-Diam..-

Tapi semalam..
-Abang tak nak gi kolah-
-Kenapa-
-Abang batuk...-
Wah....suka sangat aku dengar dia dah boleh jawab soalan aku.
Siannnn dia..aku tak sempat nak berkomunikasi..atau layan dia untuk merangsang otak dia sebab Akif terlampau ngada-ngada, banyak perhatian dan masa perlu diberi untuk dia aje. Tapi aku selalu dok tanya kawan-kawan pasal perkembangan anak dorang pada masa umur sebaya Ezzam kata mereka tu adalah biasa untuk anak lelaki..aku lega jugak dalam risau sebab aku rasa aku dulu umur 5 tahun dah matang dan pandai berdikari.

Jumaat, 11 Februari 2011

Semua sudah diatur cantik

Semua dah sihat. Ubat klinik tu memang 'sekun'. Mak aku cukup marah kalau cakap semua dah sihat sebab makan ubat tu, memang dia akan marah dan betulkan ayat aku, sembuh kerana Allah. Syukur, aku dah tak risau pasal anak-anak lagi.

Berbalik semula pada kerja aku. Kalau dulu aku kata menyesal bertukar tempat kerja, kini dah jadi bersyukur la kot. Sebab semua pucuk pimpinan yang macam diktator dah bertukar 2 minggu lepas aku masuk sekolah ni, jadi aku tak sempat merasa kediktatoran tu. Guru-guru yang dulu muka mungkin masam sebab tensen mungkin, sekarang semua sudah berubah wajah. dan dari apa yang aku dok dengar, sekolah lama aku pulak terbalik jadi macam sekolah ni tahun lepas..kesian kawan-kawan lama aku, mereka frust sebab aku dah tahu masalah baru mereka, jadi aku tak akan sesekali tukar balik ke sana la. Semua kawan baru di sini cakap aku beruntung sebab pindah tahun ni. Alhamulillah.

Rabu, 9 Februari 2011

Keliru

Nampaknya bukan Akif seorang saja yang keliru dengan namanya ngan Hafiy.
 Semalam ke Klinik kanak-kanak. 6 botol ubat ditanda dengan nama Hafiy semuanya sedangkan sepatutnya ada Ezzam , Hafiy dan Akif. Ezzam punya ada. Aku mencari-cari ubat Akif, sah pembantu klinik tu keliru. Nasib baik aku dah agak dia akan keliru tanda botol ubat tu. Lepas di tegur baru la dia tandakan dengan betul mana satu ubat Akif dan mana satu ubat Hafiy, kalau tak haru  jugak..

Rabu, 2 Februari 2011

Apakah nama saya yang sebenarnya?

Time Akif dah lalok nak tido lepas bercinta ngan maknya, Hafiy mesti datang kat aku wat lembik tengkok pastu giling-giling badan aku ngan Akif sekali. Sakit tau kena giling ngan tulang dia. Sedikit tensi maknya akibat perbuatan beliau.
Pahtu aku ngan rutinnya akan cakap, "Hafiy, gi tido kat ayah."
Yang menyahut adalah Akif yang dah bulat semula matanya, "Ha..?' tanya beliau ngan innocentnya pahtu bangun tonggek2 merangkak gi kat ayah dia baring di situ, pahtu nangis nak datang kat aku balik.. sape tah yang suh dia gi situ..rutin yang wat proses nak tidurkan bebudak ni amik masa 2-3 jam.

Ezzam selau takleh ikut kalau aku suruh ikut nama penuh dia. Mata dia mesti macam konfius sangat. Dia pun 3 tahun baru buleh bercakap, jadi benda2 tu macam alien baginya.
Muhammad Nur Ezzam bin Nizam.

 Moral, jangan letak nama anak cenggitu, tapi aku rasa dah takde orang lain yang suka letak nama konfius gini rasanya, bak kata jiran belakang aku, dah takde nama lain ke dalam dunia ni?

Sudah la jatuh ditimpa tangga pulak tu...

Baru je sihat..lidah pun dah rasa ok tak lagi payau..(ade aku kesah...?)..Wa...ade tak orang cakap macam tu kat aku. Tepu je aku rasa otak, ngan bingit budak-budak hensem ni..suka pijak2 rambut aku tau..atau tarik2. Sakit berganda2 rasa sebab saraf triple sensitif jadinya. Pertama kali aku rasa aku marah giler ngan dorang, Selalu kontrol2 ayu la jugak..
Ari ni dah tak sihat balik..satu family pulak tu..Hb pulak takde di rumah. Wa..macamana ni..plan nak gi bercuti mesti hb dengan murah hatinya gi kensel, oo tidak sanggup aku terus berkurung di rumah yang gelap gelita ni..Ada tingkap pun takleh bukak sebab takut bangla2 myanmar2 skodeng dalam rumah neh..

Ok dah..citer pasal Akif pulak..
-Suka kacau aku dok rilek2...jap lagi dia mesti datang tepuk punggung dia cakap .."vu vu..yok.." (bu bu..membuang..) ngan suara manja dia..tak jadi aku marah..mesti ngan gigoih tengok tempat dia tunjuk..takde pun...

-Akif dah jadi champion sekarang. Walau pun belum buleh berjalan..habis abang sulung dan abang kedua dibulinya sampai nangis. Amik mainan dorang atau gi gusti dorang. Kalau dorang tengah menangis dia laju gi merangkak kat bang-abang untuk  ' pok' satu kat kepala atau kat punggung dorang.

-Suka ikut perbuatan abang-abang terutamanya bab menangis. Kalau abang Hafiy nangis lekat lauk kat gigi, dia pun sibuk nangis sambil tunjuk kat gusi dia, real pulak tu..padahal dia baru ada gigi depan, konpem lauk tak lekat situ!