Khamis, 17 Februari 2011

Peel

Hafiy,
Kalau dia usik adik, dan kena marah dengan aku mesti dia menangis dan takkan reda kalau aku tak bagi dia susu atau suruh dia ambil susu, dah setahun macam ni la peel nya. Aku takleh nak jadi tegas, kalau buat tak tau mesti dia menangis sampai muntah-muntah. Hari sekali lagi dia usik adik dia, aku marah, dia menangis teresak-esak. Aku macam biasa mula-mula mesti buat tak tau je..lama baru suruh ambil susu untuk berentikan dia menangis.Belum sempat aku wat keluar ayat, si kecik cinonet  (Akif) tu nak pujuk dulu.
  " Tu, cu, mik (Tu susu, ambik), "  suruh cinonet tu kat abang Hafiy nya..dan abang Hafiy patuh gi ambik susu dan minum dan berenti menangis. Ei..geram jugak ngan budak Akif ni, rupanya dah pandai tapi selalu buat-buat dia tu macam baby, meragam, menangis merengek , mengada-ngada, buat aku tambah letih.

Ezzam
Buat pertama kali dalam minggu ni Ezzam dan boleh menjawab soalan 'kenapa ' aku.
Aku tak tau tahap mana perkembangan ni, mungkin slow la kot sebab bila tanya kenapa dia mesti diam je..
-Abang taknak gi kolah,;-
-Kenapa?-
-Diam..-

Tapi semalam..
-Abang tak nak gi kolah-
-Kenapa-
-Abang batuk...-
Wah....suka sangat aku dengar dia dah boleh jawab soalan aku.
Siannnn dia..aku tak sempat nak berkomunikasi..atau layan dia untuk merangsang otak dia sebab Akif terlampau ngada-ngada, banyak perhatian dan masa perlu diberi untuk dia aje. Tapi aku selalu dok tanya kawan-kawan pasal perkembangan anak dorang pada masa umur sebaya Ezzam kata mereka tu adalah biasa untuk anak lelaki..aku lega jugak dalam risau sebab aku rasa aku dulu umur 5 tahun dah matang dan pandai berdikari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan