Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2012

Kawan

Isnin minggu lepas , kawan maya saya, Ira, telah meninggal dunia akibat kanser.
Saya ada menulis tentang arwah di entry ini.

Selang 2 hari lepas tu, nenek penjaga anak2 saya meninggal tiba2, arwah memang ada sakit jantung, tetapi aktif walau umur dekat 80. (penjaga betul adalah anak perempuannya)
Anak arwah bakal melahirkan anak perempuan tak lama lagi.
Sebelum ni arwah nak jaga anak2 saya masa anaknya berpantang, saya menolak sebab ngeri takut jadi apa2. Arwah pergi tanpa saya ketahui punca.

Selalunya macam tu, saya bakal melahirkan Akif, sebulan sebelum tu atuk meninggal.

Selalu ada yang pergi bila si kecil bakal melihat dunia.

Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.

Rabu, 16 November 2011

Kawan

Kawan yang ku kenal happy, semangat kental, sihat, cantik , ceria.

Gigih mengendalikan anak down syndromenya ke sekolah yang jauh dari tempat tinggal, dan berkejar pula ke sekolah kami untuk mengajar.

Tiba-tiba jatuh sakit.

Seminggu lebih di wad, dikatakan darah tinggi tapi tak turun2,
Hari ni baru tahu ada brain tumor. Akan dibedah.


Sedih dan doa untuk kak Ila.
Nasib kami esok lusa pun tiada siapa yang tahu. Nauzubillah.

Teringat arwah kawan , Yati yang meninggal tiba2 pada umur 29 tahun 2 tahun lepas.

Ahad, 13 Mac 2011

Kehilangan selepas penantian yang panjang

Takziah untuk Za dan keluarga untuk pemergian anakanda tercinta pada umur 49 hari, hampir subuh tadi,  selepas menempuhi berbagai-bagai kesakitan. Tiada kata yang dapat aku luahkan untuk menenangkan dia. Semuanya adalah takdir Ilahi. Kita manusia hanya mampu berusaha, Dia yang menentukan. Nurin kembali kepada Penjaga sebaik-baik penjaga, dia jadi bidadari syurga dan pastinya lebih gembira di sana. Taktahu nak kata apa, cuma ingin peluk menenangkannya tapi tak berdaya.

Jumaat, 25 September 2009

Teman lama

Syawal ini merupakan Syawal paling manis..sebabnya..dapat jumpa teman lama...(Dr Diana) yang berkunjung ke rumahku semalam. Dia datang bersama anaknya, family kakaknya, adiknya dan ayahnya..fuh..sib baik gak aku masak makanan berat iaitu mee sayur, cekodok dan pencuci mulut..(dengar je simple tau..tapi masakan aku dapat pujian...ceh..perasan..) hilang penat lelah memasak bila tengok semua makanan abis..hehheheheh.Tapi, dek busy dan asyik bersembang lupa pulak nak amik gambar ngan dia..Dia masih sama macam 15 tahun dulu..kiut dan kuat ketawa..anaknya pun sebijik macam dia..rupa dan gayanya yang banyak celoteh..

Berita sedih..Dr Diana baru saja kehilangan ibunya Julai lalu...akibat kencing manis. Beliau meninggal pada usia 70 tahun. Rasa bersalah pulak aku sebab tanya pasal ibunya..dan membuatkan dia nangis sekejap. AlFatihah untuk ibunya..

Erm..untuk Za..jangan lupa janjimu nak datang November ni ye..dan untuk Ira..balik Mesia nanti jangan wat-wat lupa...KLIA tu dekat je ngan umah aku..Kak Jie..bila la dapat bersua..

Selamat Hari Raya .Maaf Zahir Batin.