Sabtu, 6 April 2013

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI

update 4/5/2014
akak  sekarang menjual produk qaseh.
kenapa Qaseh , sedangkan sebelum ini  akak dah mencuba pelbagai jenis produk,
ini kerana Qaseh terlalu banyak testimoni sembuh penyakit dengan Izin Allah
dan produk ini diformulasikan daripada makanan sunnah iaitu kismis, buah tin, kurma, madu , miyak zaitun, habbatussauda dan banyak lagi..ada 15 makanan sunnah semuanya.
Ia sangat bagus diamalkan semua orang termasuk wanita. Terlalu banyak testimoni baik untuk wanita aalkan dari awal pregnat hingga pantang. Ibu pun bertenaga,,,bayangkan kalau ibu yang ceaser pun terasa cergas..apatah lagi yang bersalin normal. Terlalu banyak testimoni...walaupun untuk penyakit kronik..dan anak akk sendiri pun sembuh dari ekzema selepas makan Qaseh Junior. Akk akan post satu entry tentang qaseh bila ada masa..sekarang ni sangat sibuk tetapi terasa ingin share cepat2 tentang qaseh dan membantu ibu2 yang sedang susah hati kerana bayi kembung..yakinlah pada makanan sunnah..
hubungi akk jika minat , pm atau wsapp..01325259995
Photo: Salam Nk tanya...buah pinggang tahap 5...dh buat cuci darah...amalkan Adinda..

Jawapan: utk masalah buah pinggang tu ada juga customer yg 10 tahun x kencing & kini masih bergantung dgn mesin. Dia amalkan Qaseh. Dulu bergantung wheel chair kini dah boleh drive. Dia ambil sole juga tapi minum dia dah dicatu so bancuhan 1.5 liter dia minum utk 3 hari sbb sehari dia boleh minum 500ml sahaja. Buah pinggang dia tak mampu nak tapis lebih air.

Apa pun dia kena monitor tindak balas dalam badan dia. Sbb lain orang lain healin & reaction .

10 tahun x kencing?? 
Ya sbb buah pinggang dia x fungsi dah. Menurut en borhan jika masih kencing walau di catu air insyaAllah boleh pulih. Sungguhpun begitu semuanya kuasa Allah. Walau masih bergantung pada mesin badan dia lebih cergas berbanding sebelum ni

Ya Allah hebat ujian beliau...

Kredit to Zalina Zulkpli

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

Cara: Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan: Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. 

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, InsyaAllah.


PETUA HILANGKAN KEMBUNG PERUT BABY..

update : sekarang saya peminat habbatussauda.
saya rasa masalah anak kembung adalah masalah yg mudah.
minyak habbatussauda jika disapu pada bayi akan menyelesaikan masalah ini.
saya belum sempat menulis panjang, tapi saya yakin dengan ubat segala penyakit kecuali mati itu.

                 ..................................................

Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!

Sapu sedikit minyak habbatussada pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.

Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.

Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa.

-sumber daripada hasil perbincangan kelab ibu dan anak-

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.



Photo: DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-bena
r memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Posisi Imam dan Makmum


Berapa lama susu ibu boleh disimpan?


10 sahabat nabi yang dijamin syurga


Makanan awal untuk si comel


Rabu, 3 April 2013

Petua dapat anak lelaki / perempuan

Tips : Mendapatkan Anak Lelaki Atau Anak Perempuan (dgn izin Allah)

Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.

6. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan.

5. "Subsurface penetration", maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.

Hanya Allah yg tahu.