Sabtu, 27 Ogos 2011

Anak-anak Somalia



Saya kesian baca pasal anak2 Somalia ni. Nak war2, blog ni blog terpencil, war2 pun orang tak tahu jugak. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, sila ke http://langitilahi.com/4447/umum-memandang-ke-arah-somalia/


Petikan dari langitilahi
'Telah sampai kepada kita berita bahawa berlakunya kemarau yang amat dasyat pada tahun ini di Somalia, sehingga angka kematian yang selama ini memang berlaku, meningkat dengan mendadak.
Dilaporkan, 30,000 anak-anak Somalia telah mati kebuluran dan angka ini dijangka akan meningkat lagi dalam masa terdekat.'

Khamis, 25 Ogos 2011

Nama2 90an

Pening dan konfius dengan nama student yang hampir sama.
Kalau pelajar yang diajar, no hal.

1. Nur Fatin Izzati bt Samad
2. Nur Fatin Izzati bt Sabri
3. Fatin Nur Nabila
4. Fatin Nur Nabila (lagi)
5. Fatin Nabila
6. Iman Nabila
7. Izzati Ain
8. Qurratul Ain Izzati

Dalam 8 nama, masing-masing dok putar nama yang sama sahaja. Cikgu pun konfius, eh, budak ni aku dah masuk markah belum. Tadi dia ni bendahari tetiba nama kat sini pulak.
moral-jangan buat kerja last minute tapi saya tak serik2.

Jumaat, 19 Ogos 2011

pelangi petang

semalam masa drive terdengar lagu ni. bulan pose ni sepatutnya dengar ikim tapi terlayan sinar fm pulak. sedih sorang2.

Selasa, 16 Ogos 2011

sebak di pasar ramadhan

dekat tempat beli air

ada makcik separuh umur dengan sepasang anak kecil yang comel baya ezzm.

makcik separuh umur : nak apa

budak kecik : (tangan tunjuk air tanpa suara)

makcik separuh umur : aku cakap makan, bukan minum! (tengking dengan kuat. kasarnya!-sambil berjalan tinggalkan budak kecil tu, dengan muka menyampah)

makcik..!budak tu kecik lagi, kenapa tengking dia dekat khalayak. mesti dia terliur sangat tengok air. saya yang tua ni pun takde selera tengok makanan kat pasar ramadan, cuma terliur tengok air je. kesiannya mereka. mana la maknya. selalu kalau kena tengking macam tu mesti maknya tinggal dan kerja jauh, tanpa beri nafkah untuk 2 anak kecil tersebut.

Sabtu, 13 Ogos 2011

sedekah

"bersedekahlah kamu walau hanya sebiji kurma,
jika kamu tidak mampu, berkata-kata lah dengan baik"