Selasa, 31 Mei 2011

Suka minum kopi tak?


Dulu saya cuba elakkan minum kopi, sebab selalu dengar / terdedah dengan keburukan minum kopi. Tak pernah pulak dengar kebaikan minum kopi, ditambah dengan sikap kurang membaca lagi la tak tak terdedah..kantoi malas membaca.

Lepas baca Layar Minda tempoh hari, yang mengatakan

 "Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka."

Hehehe..keje mengopi je kan?
Terus aku berlari ke NSK dan beli kopi (tipu je, tak de la berlari).


Sebenarnya kopi ni baik untuk kesihatan.
1.Kopi sebenarnya dapat mengurangka risiko batu karang, Parkinson dan Alzheimer (minum 1-2 cawan sehari)


2.Dalam perubatan tradisional, biji kopi digunakan dalam rawatan demam selsema, asma, masalah pulmonary dan pengsan.


3.Minuman yang dihasilkan daripada daun dan biji dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi.


4.Biji kopi juga mengandungi sebatian methylpyridium, sejenis sebatian antikanser, sebatian yang cuma terbentuk bila biji kopi dipanggang.


5.Tindakan peransang yang terdapat dalam minuman kopi juga amat baik untuk pergerakan peristalsis dan amat berguna sebagai penawar kepada sembelit.


6.Kopi juga telah lama digunakan sebagai analgesia (agen untuk melegakan kesakitan tanpa menghilangkan kesedaran.


7. Bagi wanita, minum kopi 2-3 cawan sehari juga boleh mengurangkan risiko kematian mendadak akibat sakit jantung.(Bagi lelali juga boleh membantu tapi sedikit sahaja peratusannya)

So..lepas ni, moh kita pakat2 minum kopi.

Rabu, 4 Mei 2011

Happy -Ahmad dah jalan

Si kecil  dah mula melangkah, selalu  jalan dengan lutut. Syukur..jadi,  cuti 1 Mei dapat keluar ke laman depan dan belakang untuk cabut rumput yang dah mula panjang, sambil dorang 3 beradik main2. Macam tukang kebun pulak.