Sabtu, 6 April 2013

PETUA HILANGKAN KEMBUNG PERUT BABY..

update : sekarang saya peminat habbatussauda.
saya rasa masalah anak kembung adalah masalah yg mudah.
minyak habbatussauda jika disapu pada bayi akan menyelesaikan masalah ini.
saya belum sempat menulis panjang, tapi saya yakin dengan ubat segala penyakit kecuali mati itu.

                 ..................................................

Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!

Sapu sedikit minyak habbatussada pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.

Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.

Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa.

-sumber daripada hasil perbincangan kelab ibu dan anak-

15 ulasan:

  1. Tq 4 d sharing.gud info sebab anak sy selalu kembung

    BalasPadam
    Balasan
    1. wc..semoga baby cepat sihat..urut juga tapak kakinya.lihat post tapak kaki baby.

      Padam
  2. Trima ksih untk info yg brguna ni,,my bby hari2 kmbung,,rsau sngat sbab ble kmbung bby xselesa n x boleh tidur so bby akn mrengek,,mcam2 ubt klinik da mkan n mcam2 ubat da sapu tpi still kmbung,,

    BalasPadam
  3. tq for the sharing. Tp nk tanye yg lada hitam ditumbuk dan masukkan pada pusat bayi, berapa lame perlu dibiar?

    Nak kena cube pada baby sy. Bile dh masuk keje dan hantar anak di rumah jiran utk dijaga, rasa bersalah pulak pada jiran sbb kena jaga baby yang asyik marah2 sbb kembung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai masa mandi.
      ..susu dan pemakanan ibu pun jadi punca.cuba cek

      Padam
  4. Tq ats info..sy skng dlm pntg 17hri,bby sy slalu kmbung..sy ksian tgk bby,smpai sy pk xnk nyusukn bby..sbb sy bby kmbung..sy xtau ape slh sy dlm pntg ni..smua sy dh usaha wt btol2 pntg tp bby kmbung jgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh email kan pada saya juga? Imanzara12@gmail.com anak selalu kembung

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian tips legakan kembung perut bayi.hampir sebulan bayi sya asyik kembung

    BalasPadam
    Balasan
    1. letak minyak habbatussauda. insyaAllah hilang.anak kwn akk sebulan juga kembung, dia letak minya hbs terus hilang masalah kembungnya

      Padam
  6. T.ksh bg petua. Ank sy hr2 kmbung.. Sjk tali pusat tggl. N now lg teruk. Smpai nangis2.. Yg sy risau dia slalu jgk muntah. kdg2 bnyk.. Mnyk habbatussauda ni mmg ok ek?

    BalasPadam