Khamis, 31 Januari 2013

Kenapa tak dengar cakap ni?

Ibu bapa kadang2 tak sedar kenapa anak mereka tak dengar cakap.
Tahu nak marah saja.
Tapi tak ramai yang sedar mereka sendiri lah yang jadikan anak2 tak dengar cakap.
Lagi suka bagi makan cekedis kat anak2 daripada bagi makan buah-buahan.
Kalau beli cekedis berkaton2 takpe.
Beli buah..sepiring pun membazir..
Bagi gula2 berplastik pun ok....tapi malas nak ajar makan sayur.
Lagi suka bagi anak2 tengok otromen dari bagi dengar azan.
Bila anak jadi perangai resaksa ngan otromen nak marah pula.
Tahu tak kalau kita jaga dalaman mereka ni kita tak payah dan nak berusaha keras nak suruh buat benda2 baik atau ikut arahan kita?
Haih..saya rasa nak tulis artikel yang lebih panjang tapi masa tak mengizinkan.

Sabtu, 12 Januari 2013

Tips banyakkan susu

Kesian kat ibu2 yang takde susu ni ..punyala google dan try tak jadi2 jugak.
Prinsip asas pengeluaran susu adalah asal kita happy dan tak tertekan saja.
Jadi takde makanan khusus yang boleh keluarkan susu dengan jayanya.
Makanlah apa yang kau rasa nak makan.
Teringin makan pisang goreng, cekelat, pizza..? Makanlah..mesti pengeluaran susu melimpah2 sampai mak2 tak payah minum susu pun takpe..susu badan  tetap keluar. Minum air putih je pun no hal
Tetapi bila dah keluar banyak..janganlah kau abaikan pemakanan seimbang pulak.
Makanlah makanan seimbang.

Dan satu lagi tinggallah di tempat yang buat kita rasa selesa.
Dulu selepas 3 bulan bersalin anak ke 3, saya balik ke kampung sebab hal2 tertentu.
Tumpang rumah kakak.
Lama duk situ, 2 bulan mungkin.
Saya suka sebab lama tak jumpa dengan kakak.
Tetapi tak selesa sebab menumpang dan banyak fikir benda tu benda ni.
Punyalah minum banyak air susu, milo dan lain2..memang banyak minum.
Semua jadi urin.
Susu cuma keluar bila saya tergelak..takkan nak gelak sepanjang anak menyusu..gilo ko apo....

Dan..susu juga akan keluar dengan banyak bila saya buat ulam daun gelenggang (kecik)..jangan yang besar, yg besar tu mungkin cuma lembu je yang makan..dan buat ubat gatal2.
Dan yang herannya yang kecik tu tok bidan je bawa bagi saya..bila mak saya pergi cari temmpat yang dicakapkan..tak de..-sebenarnya mak memang dah cari merata, takde...
Daun gelenggang kecik yang tumbuh melata adalah ulam/ makanan yang boleh tingkatkan pengeluaran susu.
Kot2 daun gelenggang tu mengandungi bahan kimia penenang kot..tu yang jadi macam tu.

Bila saya balik je rumah saya sendiri, susu terus keluar dengan banyaknya.
Walhal saya cuma minum air putih segelas, makan seperti biasa ( bukan ada makanan yang diwarkan sebagai milk booster)...susu ada sampai ke tengahari. Lebih dari cukup untuk buat Akif kenyang.

Jangan fikir milo kurangkan susu (katanya milo, nescafee, kopi  dan teh kurangkan susu).
Bersalin anak sulung saya cuma minum milo. Keluar susu yang sangat banyakkkkkkk....
Lepas pantang baru2 ni saya minum 3 in 1 coffee sebab teringin sangat .Susu keluar dengan jayanya.
Tapi takleh minum tiap hari , sakit kepala.
Teh kurangkan susu ke..? Tidak pun..Mak saya zaman dolu2 cuma minum air teh saja sebagai minumannya masa pantang...ade je susu..cukup untuk anaknya 6 orang.

Tapi mak2 zaman sekarang janganlah duk minum teh saja kalau ye pun suka teh dan dapat guna sebagai milk booster. Minumlah minuman yang berkhasiat seperti  susu dan juga  jus buah-buahan.

Saya tak sebut tentang  hormon oksitosin dan prolaktin sebab malas.