Ahad, 17 Julai 2011

Kek Coklat Kukus

Bahan2 :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara2 :
1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api kecil sehingga semua larut. ketepikan. Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan (loyang disapu butter agar kek tidak melekat) jangan sampai penuh sebab adunan akan naik nanti.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus 1 jam, angkat dan biarkan sejuk.

Khamis, 14 Julai 2011

Kenapa ibu tak boleh online selalu

Nampak mesra, sebenarnya tengah bergaduh

Menangis, cuba perhatikan betul2 siapakah pembulinya.


Siapakah pembulinya?


Susu, susu , susu..takdak kirija lain


Selasa, 12 Julai 2011

Matahariku

Tiap2 petang balik keje silau dengan matahari ini. Pic ni tak clear sangat bentuk matahari  sebab pic ni di ambil tahun lepas, sekolah jauh, jadi bila bertembung matahari di bandar tempat aku tinggal keadaan dah gelap. Sekarang ni sekolah dekat, selalu nampak matahari yang saaaangat cantik, besar dan tidak menyilaukan sebab keadaan sekitar masih lagi cerah. Pic yang aku baru amik semalam dah terpadam la pulak, setelah berhempas pulas usaha pegang phone, stereng dan gear dalam kesesakan jalan raya yang sekarang makin jam sejak jalan baru dibuka. Tak jam situ, sini pulak jam. Tak abis ngan jam la Malaysia ni.

Isnin, 4 Julai 2011

Nampak tak jam dah menunjukkan 12.30 am?-Bila la si Ezzm ni nak tido. Aku baru bukak buku nak taip soklan ujian, pulak dah dia dok tanya berkenaan gambar2 dalam buku tu. Tapi sedikit gembira sebab dia ingat apa yang aku cakap pasal digestive system (selalu dia ni memang susah nak ingat apa yang aku sebut). Walaupun gambar usus2 tu tak menarik tapi dia ingat jugak tu gambar berkaitan makanan.

-Ibu, ni nanti abang makan, turun sini, sini apa (anus) ?-
Erm..agak tak teratur soalannya, tapi aku suka jugak sebab dia ingat sedikit apa yang aku bagitau 2 minggu lepas.
" Lepas abang makan, makanan turun sini, sini dan keluar ikut sini"-
Oo patutla..ibunya pun tak teratur sangat bila explain.
Bila tengok gambar telinga-
- Bunyi masuk sini,bla bla bla... -
Okla tu dia ingat walaupun gambar telinga tu takde macam telinga pun rasa aku.

Dan tanya lagi pasal semua gambar yang dia nampak.

Ni gambar apa-kacang-kacang kat mana-dalam bekas la (bikar)-bekas mana -
pot pet pot pet.

Abang, dah la.tidur la..ibu nak buat keje ni.

Sian dorang ni..aku rasa kalau aku tak berkerja bukan macam ni rasanya aku layan dorang. Mesti lebih prihatin dan lebih sabar menjawab setiap soalan.