Isnin, 4 Julai 2011

Nampak tak jam dah menunjukkan 12.30 am?-Bila la si Ezzm ni nak tido. Aku baru bukak buku nak taip soklan ujian, pulak dah dia dok tanya berkenaan gambar2 dalam buku tu. Tapi sedikit gembira sebab dia ingat apa yang aku cakap pasal digestive system (selalu dia ni memang susah nak ingat apa yang aku sebut). Walaupun gambar usus2 tu tak menarik tapi dia ingat jugak tu gambar berkaitan makanan.

-Ibu, ni nanti abang makan, turun sini, sini apa (anus) ?-
Erm..agak tak teratur soalannya, tapi aku suka jugak sebab dia ingat sedikit apa yang aku bagitau 2 minggu lepas.
" Lepas abang makan, makanan turun sini, sini dan keluar ikut sini"-
Oo patutla..ibunya pun tak teratur sangat bila explain.
Bila tengok gambar telinga-
- Bunyi masuk sini,bla bla bla... -
Okla tu dia ingat walaupun gambar telinga tu takde macam telinga pun rasa aku.

Dan tanya lagi pasal semua gambar yang dia nampak.

Ni gambar apa-kacang-kacang kat mana-dalam bekas la (bikar)-bekas mana -
pot pet pot pet.

Abang, dah la.tidur la..ibu nak buat keje ni.

Sian dorang ni..aku rasa kalau aku tak berkerja bukan macam ni rasanya aku layan dorang. Mesti lebih prihatin dan lebih sabar menjawab setiap soalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan