Memaparkan catatan dengan label student. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label student. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

Kamukah budak itu? ...Saya tidak bersalah.

Semalam bincang modul yang setiap hari aku bagi sedikit2, lama2 jadi bukit.macam buku.

Modul seorang budak cina hilang, seingat aku memang ada tadi ku angkut ke kelas, aku ingat tulisannya yg kemas dan jawapan lengkap.

Pelajar melayu yang bahagi semula kepada pelajar, macam rajin meluru ke meja aku untuk membahagikan modul2.

Aku tengok pelajar cina itu tidak menulis, tanya mana modul, tak ada jawabnya,
puas aku cari, tanya pelajar lain.

Tengok pelajar melayu yang bagi modul tadi menulis satu buku, bila masa pulak dia ada buku.
Tapi tak tengok bahagian dalam, tanya saja, itu buku kamu? ye jawabnya, muka kudus, cuma comot.

Tahun lepas budak yang sama menipu aku untuk ambil buku yang tidak dibayarnya, aku dah lupa perkara itu sebab ingat dia takkan menipu lagi tahun ini.

Habis kelas aku ke makmal nak cari lagi kot tertinggal modul budak itu di dalam makmal. Tetiba terpandang modul yang ku kutip semula tadi, tulisan budak cina itu.
muka depan modulnya dah dikoyak, ada tulisan nama pelajar melayu muka kudus +comot  di bahagian atas.

*&&%%$$#>

Bila pergi jumpa dia lagi,tanya,  muka masih muka tak bersalah.

**&^%$##%^&&

Bawa ke bilik disiplin. Nasib baik ada cikgu disiplin yang baru, semangat baru, terus ambil tindakan.

Isnin, 2 April 2012

Siapa aku dimatamu

"Cikgu ni baik la..." kata budak belum akil baligh itu.Akalil. Comel je mukanya. Nampak tulus.

"Baik?" rasa tidak best pula bila dikata baik. Padahal bukan main lagi aku tunjuk garang. (sebenarnya memang mudah hot dengan budak yang buat2 tak matang padahal dah besar gajah, tetapi mudah pula sejuk, dan2 tu boleh buat lawak, ngok ngek)

"Yer , baik, tak garang" -takleh bayang macam mana pula cikgu garang kalau aku baik (macamla dia tu garang benoooo....)

" Saya baik sebab awak baik"- ayat cover tak suka sebab dikata baik. Ngek.

Entah macam mana pandangan dari mata anak2 ni.
Tapi lagi bagus dikenang sebagai cikgu yang baik dari yang jahat.
Kalau kau mati ada jugak yang teringat nak sedekahkan fatihah.
Seriau juga setiap hari dihambat rasa berdosa kerana diri bukanlah sabar sangat melayan karenah pelajar2.
Tenang sikit bila dengar pujian budak kecik itu.
Memang dasar...nak pujian je ke...

Jumaat, 24 Februari 2012

Student

"Cikgu, saya tulis gaji mak saya 10 ribu JE lah , saya lupa gaji sebenar dia."

"Ok, mak awak kerja apa"-bukan sebok, nak tulis dalam buku pendaftaran.

"Geologist "

Sobs,kayanya seorang Geologist, gaji aku beberapa kali ganda kecil dari tu.

Masyarakat yang sakit

Buku manual guru saya hilang.
Esoknya saya nampak pelajar kelas hujung siap jawab soalan yang saya belum ajar, dalam Bahasa Inggeris, science term.

"Observation : Brick red precipitate was formed."-dalam buku miliknya.

Tanya dia mana dia tau jawapan tu, saya belum ajar.

"Mak saya ajar saya semalam."

"Mak kerja apa"

"Kilang"

Aduh..geramnya. Kalau  mak dia cikgu Fizik pun belum tentu boleh jawab soalan tu. Ni kan pula kerja kilang. Bukan menghina. Rasa geram nak sekeh2 kepala budak kecik tu. Memang sah dia ambil  buku saya. Sebab buku tu takde lepas kelas dia.

Mesti ambil buku semasa saya sibuk keluar masuk keluar masuk dari bilik persediaan makmal sebab cari bahan yang belum disediakan pembantu makmal.

Silap saya letak budak2 kecik dan pendek di meja guru, dengan harapan dapat memberi ruang kepada pelajar duduk di tempat seberapa depan supaya dapat dengar dan lihat dengan jelas pada papan putih. (Makmal luas).

Makin menjadi2  budak2 sekarang, menipu guru, mengambil bukan haknya (mencuri tanpa rasa bersalah) , menuntut buku yang belum dibayar tapi claim bayar. Curi barang eksperimen dan tak mengaku. Taun lepas tak pernah hilang barang masa eksperimen.

Masyrakat makin sakit. Semua ni bukan salah murid sahaja.

Salah ibu bapa yang tak jaga agama sedari mengandung, dan semasa membesarkan anak.
Salah guru kerana tidak menyayangi murid dan tidak menganggap murid seperti anak sendiri dan salah murid sendiri kerana tidak peduli pasal agama langsung, tidak solat dsb.

Ibu bapa berperanan dari janin lagi.
Guru mesti dari sekolah rendah lagi.

Kalau dah akil baligh macam dorang ni susah  sikit nak dibentuk.

Moral : Pelihara agama.

-pening bila dengar ramai2 janda2 tempat tinggal saya dulu-Selayang , ada anak kecik, tapi tinggal dengan boyfriend macam suami isteri , atau lelaki bebas keluar masuk rumah. Kesian dengan anaknya yang masih kecil. Janda2 tu dari golongan pendidikan rendah hingga ke berpendidikan tinggi. Bayangkan macamana perangai anak2 ni 10 tahun lagi.-

Rabu, 11 Januari 2012

Dalam kenangan

Hari ini seorang bekas pelajar saya meninggal., dijumpai mati lemas di sungai nun jauh di kampung Baru KL. Macam mana pada hari sekolah dia berada di tempat sejauh itu, kami belum tahu. Kerap benar sekolah ni kehilangan pelajar akibat kematian. Rasa2nya tahun lepas 2/3 orang meninggal.

Teringat saya jumpa dia minggu lepas, saya tengok dari jauh, rasa ingin tegur tapi tak dapat tegur sebab jauh. Nak tanya berada kelas mana bila dah di sessi pagi sekarang.

Saya masih ingat dia pelajar baru dari sekolah lain masa saya mula mengajar di sekolah ini. Jadi kami sama2 baru. Muka macam budak kecik, ada lesung pipit, hidung agak besar, muka innocent. Kelas dirombak, dia ditukar ke kelas belakang.

Bila bertukar kelas saya dengar dia asyik ponteng. Ponteng mandi air terjun belakang sekolah sebab saya pernah terserempak dia masuk kawasan sekolah dari kawasan air terjun, rambut basah. Bila ditegur tersengih2. Bila dinasihat , tunduk, senyum, ucap terima kasih cium tangan saya dan berlalu pergi. Esok tu ponteng lagi. Bila cikgu Sainsnya marah kerana ponteng amali, dia jawab-jangan risau, tahun depan saya takkan susahkan cikgu'.

Dia ponteng dengan kerap, menghilang sampai parents call tak balik rumah. Seminggu lepas tu kembali ke sekolah. Bila ditanya, 'saya pergi kutip hutang kat kl, cikgu,' jawabnya kepada kawan saya sebagai guru kelasnya. Hutang apa, saya tak sempat nak ambil tahu.

Akhir2 tahun, dia mula rajin masuk kelas, tapi tetap tak nak buat sebarang kerja tulis menulis.

Tingkatan 3, dia naik kelas. Bila jumpa kawan saya semalam dia minta duit seringgit sebab upah/hadiah  naik kelas. Fisrt and last ye, kata kawan saya. Ye, ni last, lepas ni tak mintak lagi. Memang dia takkan mintak lagi.

Allah sayangkannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. alFatihah.