Isnin, 30 April 2012

Apa benda hitam itu?

Pukul 12 malam
Ezzam yang tengah syok melayan game sponge bob tetiba baring dan menyembunyikan muka sedikit balik bantal sambil jeling pintu.

Ezzam : Ibu, apa tu..hitam tu...kat pintu tu?

Ibu : Mana ? (tak nampak sebarang warna hitam)

Ezzam : Tu....tepi pintu, tuu.....................

Akif dah pergi belakang menyorok.

Ibu : ( gelabah katak, cepat2 pasang Yasin kat laptop. -Seminggu lepas dia malu2 segan2 takut2 cakap  " ade benda la bu."...sambil tunjuk malu2 sengih2 kat atas syiling penjuru, tapi dah hilang sebaik azan asar)

Yasin berkumandang.

Ibu  : Mana benda hitam tu, ada lagi tak? 

Ezzam : Tu ada lagi.....kecik tu..

Bila tengok betul2, cet..baru la perasan...lipas duk melekat, tapi warna perang. Camne dia boleh tak kenal warna lipas ni. Kalau bagitau brown ke, apa ke selain hitam mesti mak dia dapat cover kegelabahan tadi.

Bila dah besar mesti dia tahu kenapa saya pasang Yasin cepat2 tu. pre-malu.

Ni la budak2 membesar kat bandar, nampak lipas pun lari lintang pukang.

Kalau anak sedara saya, katak pun dipegangnya tanpa ragu2.

Ahad, 29 April 2012

Bulan jatuh

Adakah itu satu tajuk yang melampau? Harap2 tak ada yang meluat.

Bukan bulan jatuh ke riba, tetapi maksudnya April yang tidak mengembirakan.

Saya rasa begitu sebab semua yang terjadi pada bulan ini adalah semua tidak best,
kecuali birthday hubby yang mana dia beli sendiri kek spongebobnya. Kesian hubby, birthday dia,
dia beli kek, birthday saya, dia beli kek, anniversary pun, dia beli kek. Tanpa gagal, sejak 9 tahun.
Kesian dia dapat wife macam saya. Sebenarnya buat kek sendiri pun buang duit
saja, bukan saya ada masa nak masuk dapur selalu buat 2, 3 kek. (bukannya beli barang terus habis pakai kan,?mesti nak kena pakai 2, 3 kali.  Hubby cukup marah kalau membazir. Cover balik. Ok, ni selingan.

Birthday cake Ayah 36 tahun, khas untuk anak2nya.


Saya bukak dan tutup ruang post entry berkali2. Ni tanda bulan turun. Tah kenapa semua serba
tak kena.

Nak cakap pasal apa, moral yang down ke.

Baru saja saya menulis tentang hati saya yang bengkak
kerana profesion saya dikutuk2 -ok..masih boleh bertenang. Iyerla kan..ramai jugak orang yang
komplen tentang profesion doktor. Tetapi dr sorang ni tetap selamba saja, menulis hal tugas dia
saja. Bagus, profesional.

Tetiba terbaca status friend di FB-friend di Fb saja, bukan kawan.

"untuk kawan2 yang bekerja sebagai guru, aku cukup meluat baca status korang  yang mengatakan korang la paling banyak kerja....bla bla..." ayat seterusnya dah tak ingat, malas pula kopipes, kerja print screen status FB  orang dan letak dalam blog memang saya tak suka.

OoO,,,rasa terhina sungguh dengan ayatnya itu. Saya pun tidak berapa setuju jika guru2 pakat2 dok share tulis tugas guru panjang berjela di Fb, yang menengoknya kawan2 yang memang diketahui cukup anti sangat dengan guru sekarang ini, lainla kalau share untuk tatapan kawan2 guru saja, boleh gitu?

Dan komen untuk status,

Ni lah kerja paling susah di Malaysia ni, kalah tukang cuci tingkap klcc, posmen,bomba, tukang kebun.

Kenapa banding tugas guru dengan mereka. Sama kelulusankah? Bukanlah memandang hina kepada mereka  tetapi perbandingan beban kerja itu tidak kena. Rentetan buah pandangan dari seorang PTD yang cukup hangin bila kesatuan guru menolak PTD ditempatkan disekolah.
Yang perempuan (bukan my friend) siap cakap kepala hangguk lagi untuk guru (untuk status lain). Indah sungguh, ditujukan untuk seluruh2 guru2 di Malaysia.

Sedih sungguh.

Dan saya dipaksa rela ke kursus PBS -pentaksiran, selama 3 hari. Tq hb kerana sanggup cuti jaga anak2. Dapatlah saya berlepas ke tempat kursus dengan hati tenang dan makan sedap. Nampak sangat dah lama tak masak, bau dapur pun nak muntah mana boleh masak. Aduh..Rasa nak menangis makan asam pedas ikan merah, dek kerana sedapnya. Selalu saya tak pernah nak menceduk masakan itu kalau ada kat kantin.   Tak pernah masak asam pedas? Tak. Kesian hb mu.
Kesian dekat saya sebenarnya sebab masak selalu utamakan tekak hb dan anak2.

Dan tempat kursus itu, sekolah rendah baru dengan infastruktur yang terkini, kuantiti pelajar yg sedikit ( ke sebab mereka kecik jadi nampak sedikit)  sangat mendamaikan. Kalau semua sekolah macam tu kan best, tenang sikit cikgu2. Ni tidak, asik kena langgar saja dengan pelajar2 besar tetapi bersikap kanak2 ribena berlari turun tangga dan berkejar keliling sekolah. Dan kadang2 terpegang ludah dorang yang suka meludah di tangga. Tetapi ...Saya pernah terbaca yang seorang ibu ini cukup membangkang bila sekolah anak dia ada tangga guru dan tangga pelajar . Katanya "apa salahnya guru2 yang berpakaian cantik bergaya sakan itu menggunakan tangga bersama anak murid untuk beramah mesra dengan anak murid". Sedikit mencekik ayatnya. Tetapi sekarang ni mana ada dah tangga guru dan murid, semua diredah.

Dan saya terpaksa pula jadi penyelaras pentaksir berasaskan sekolah untuk Sains. Dalam blur2 kemabukan melanda, harap2 lepas ni akan ok, tetapi kerja sudah menghambat pada minggu ini kerana tuntutan SPSK yang seiras ISO itu. Sistem Fail dan pengoperasian sangat dititikberatkan, . Inilah nasib orang veteran.

Berat kepala.

Dan, satu2nya kawan saya yang sentiasa ada untuk saya, yang menarik tangan saya setiap kali saya hampir tenggelam, yang buat saya rasa diri saya lebih berharga, sudah tiada. Sedih saya. Innalillah...

Mei bakal menjengah. Trimester kedua. Harap2 mabuk dan pening berlalu pergi. Saya perlu beralih dari fasa blur ini.

Adik tak cedih pong, suka bangkang cakap orang si kecik ni.

Mana butang publish, takde pun. Pening dengan rupa yg baru ini.

Rabu, 18 April 2012

Kawan

Isnin minggu lepas , kawan maya saya, Ira, telah meninggal dunia akibat kanser.
Saya ada menulis tentang arwah di entry ini.

Selang 2 hari lepas tu, nenek penjaga anak2 saya meninggal tiba2, arwah memang ada sakit jantung, tetapi aktif walau umur dekat 80. (penjaga betul adalah anak perempuannya)
Anak arwah bakal melahirkan anak perempuan tak lama lagi.
Sebelum ni arwah nak jaga anak2 saya masa anaknya berpantang, saya menolak sebab ngeri takut jadi apa2. Arwah pergi tanpa saya ketahui punca.

Selalunya macam tu, saya bakal melahirkan Akif, sebulan sebelum tu atuk meninggal.

Selalu ada yang pergi bila si kecil bakal melihat dunia.

Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.

Selasa, 17 April 2012

Hangin

Heran saya. Sebagai orang yang tak berapa nak celit IT , saya heran bila bukak blog ni guna IE , komen tidak kelihatan, bila guna Google Chrome, boleh pulak nampak. Begitu  juga entry untuk blog yang saya ikuti., takde entry baru padahal ada. Tetapi bila nak update, guna IE saja boleh.

Ok, dah. Memang tak berapa nak ada perasaan pun nak menulis, masih lagi di awangan, cuma 2 hari ini saja macam baru sedar keadaan sekeliling.

Tapi dalam keadaan tak keruan dan mabuk2, saya masih sempat menjenguk ke beberapa blog baru, sebagai ubat mabuk, kalau tak nak termuntah tak tentu hala.

Hari ini saya nak meluah sedikit. -

Saya dapati banyak benar respon atau komen kalau blog itu suka menyatakan atau komplen keadaan sekeliling, TAK TERMASUK BLOG DALAM BLOGSLIST SAYA- saya tulis entry  ini bukan untuk dapat respon tapi untuk meredakan hangin dalam badan.

Badan saya terhangin bila blog2 itu mengata guru.
Ayat2 sinis, "alahai guru..." diikuti dengan ayat2 mengata.
Atau "Ah..perangai guru2 sekarang..."
Nak dikomplen saya rasa takde mood untuk turut mengomen, kerana selalu yang komen adalah yang terima segala , dan menyokong, bosannya.Ye ye ye ye betul betul betul, guru begitu guru begini. Saya bagus walaupun cuma  jadi gstt.

Baru jadi GSTT sebulan, dua bulan tiga bulan , mengaku diri cukup ciri-ciri seorang guru, membuat saya nak termuntah. Tahukah kamu bahawa ramai guru2 tetap yang pernah menjadi guru sandaran mengatakan mereka tidak pernah merasa stress semasa menyandang jawatan itu, sebab tugas kamu hanya mengajar, dan kalau ada tugas lain cuma adi pembantu di beberapa function. Kamu tak perlu handle persatuan, permainan, rumah sukan, kursus, jadi setiausaha, tak perlu jadi guru kelas (kalau kurang setahun bekerja) . Paling banyak kerja pun, kamu cuma jadi PEMBANTU, bukan bertanggungjawab sepenuhnya. Dan bukan saya sehari dua melihat gelagat guru2 sandaran. Berborak2 berborak, berborak, mc beramai2, mc pada hari yang penting dan sengaja menghumbankan kerja yang sepatutnya mereka buat, kepada guru senior (maaf, bukan tempat saya bertugas sekarang. Bukan saya saja yang terkena tetapi guru2 senior yang lain juga terkena dengan sikap mereka.

Ergh,bosan. Saya taip saya padam saya taip saya padam. Banyak2 mengata pun tak elok.  (sikit pun tak elok). Mesti orang tak suka bacaan negatif.

Saya pernah tengok filem Hindi lakonan amir khan dan budak disleksia.
Katanya " Pernah tengok kehidupan di Kepulauan Solomon?"
             "Tidak, kenapa?"
              "Di Kepulauan itu, jika mereka tidak mahu pokok tersebut, mereka tidak menebang tetapi  
               beramai2    mengelilingi pokok tersebut dan mencaci. Lama kelamaan pokok itu akan mati."

Saya rasa jiwa saya hampir mati tetapi tiada kaitan dengan gstt.

Maaf semua yang pernah jadi guru sandaran tak terlatih , yang betul2 baik dan jalankan tugas. Saya cuma emosi bila terbaca beberapa entry yang mengata guru dan  merasa diri mereka cukup bagus. 

Rabu, 4 April 2012

Kamukah budak itu? ...Saya tidak bersalah.

Semalam bincang modul yang setiap hari aku bagi sedikit2, lama2 jadi bukit.macam buku.

Modul seorang budak cina hilang, seingat aku memang ada tadi ku angkut ke kelas, aku ingat tulisannya yg kemas dan jawapan lengkap.

Pelajar melayu yang bahagi semula kepada pelajar, macam rajin meluru ke meja aku untuk membahagikan modul2.

Aku tengok pelajar cina itu tidak menulis, tanya mana modul, tak ada jawabnya,
puas aku cari, tanya pelajar lain.

Tengok pelajar melayu yang bagi modul tadi menulis satu buku, bila masa pulak dia ada buku.
Tapi tak tengok bahagian dalam, tanya saja, itu buku kamu? ye jawabnya, muka kudus, cuma comot.

Tahun lepas budak yang sama menipu aku untuk ambil buku yang tidak dibayarnya, aku dah lupa perkara itu sebab ingat dia takkan menipu lagi tahun ini.

Habis kelas aku ke makmal nak cari lagi kot tertinggal modul budak itu di dalam makmal. Tetiba terpandang modul yang ku kutip semula tadi, tulisan budak cina itu.
muka depan modulnya dah dikoyak, ada tulisan nama pelajar melayu muka kudus +comot  di bahagian atas.

*&&%%$$#>

Bila pergi jumpa dia lagi,tanya,  muka masih muka tak bersalah.

**&^%$##%^&&

Bawa ke bilik disiplin. Nasib baik ada cikgu disiplin yang baru, semangat baru, terus ambil tindakan.

Isnin, 2 April 2012

Dulu dan sekarang

dulu
Pukul 11 dah ke sekolah menyiapkan kerja tertangguh.

sekarang
Pukul 11 masih terjelepuk menangguhkan kerja-kerja yang ada.

Cepatlah 4 bulan berlalu,  punah harapan nak menaikkan markah prestasi pada tahun ini.

Siapa aku dimatamu

"Cikgu ni baik la..." kata budak belum akil baligh itu.Akalil. Comel je mukanya. Nampak tulus.

"Baik?" rasa tidak best pula bila dikata baik. Padahal bukan main lagi aku tunjuk garang. (sebenarnya memang mudah hot dengan budak yang buat2 tak matang padahal dah besar gajah, tetapi mudah pula sejuk, dan2 tu boleh buat lawak, ngok ngek)

"Yer , baik, tak garang" -takleh bayang macam mana pula cikgu garang kalau aku baik (macamla dia tu garang benoooo....)

" Saya baik sebab awak baik"- ayat cover tak suka sebab dikata baik. Ngek.

Entah macam mana pandangan dari mata anak2 ni.
Tapi lagi bagus dikenang sebagai cikgu yang baik dari yang jahat.
Kalau kau mati ada jugak yang teringat nak sedekahkan fatihah.
Seriau juga setiap hari dihambat rasa berdosa kerana diri bukanlah sabar sangat melayan karenah pelajar2.
Tenang sikit bila dengar pujian budak kecik itu.
Memang dasar...nak pujian je ke...