Jumaat, 25 November 2011

SMS gembira dan ubi kayu

Pagi2 lagi terima dua SMS daripada hb yang buat saya suka.

Salah satunya  kami akan balik ke kampung esok. Tak payah guna kereta kecik saya. Kalu guna kereta kecik saya akan buat saya berbelah bagi nak balik ke tak. Tayar kena tukar, kereta kena servis , serupa tak payah balik.

Saya sudah terbayang ubi kayu rebus dan kopi, dan juga ikan budu. Kempunan juga jering rebus tetapi dah lama tak jumpa benda alah ni. Ni semua gara2 baca status kawan2 di FB yang rindukan makanan musim tengkujuh.

Dulu arwah cikgu saya pernah buat lawak , di sekolah tempat berkumpul kebanyakan anak orang kaya (pada masa tu sepupu sultan dan juga tengku2 ramai yang bersekolah di situ)

'Makan ubi kayu mana ada zat. Badan dan otak tak dapat zat. Serupa makan puntung kayu je la'

Kelakar, tapi dia tak tahu tu sarapan saya hampir setiap hari, sebelum masuk asrama tu. Elok je saya membesar dengan otak yang sama cerdas dengan anak orang2 kaya tu. Silap saya cuma social phobia.

Kemiskinan sebenarnya buat kita kuat.

Tetapi sayangnya saya terus hilang arah tuju bila masuk MRSM.

Sebab macam kera dapat bunga. *Sigh*. Rugi.

Khamis, 24 November 2011

Pengawas SPM

Tentang  jaga SPM


Kawan saya kata - mesti ribu bayarannya..
Ustazah ajar mengaji anak saya kata - kencang cari duit, mesti dapat  banyak duit ni..
Kawan saya yang lain kata  - sapa yang suruh jaga..



Pembetulan :

Bangun awal pagi, kalut hantar anak ke rumah pengasuh, lenguh kaki berdiri mundar mandir, 4 - 6 jam sehari - bayarannya cuma RM1 sehari , dipanggil bayaran sessi.
Bayaran sebagai pengawas RM225.
Claim perjalanan cuma 60 sen x 10 km= RM 6
Kami cuma akan dapat lebih kurang RM300 sahaja untuk kerja dalam cuti sekolah itu.
Bayar pengasuh anak  =RM600
Makan   = RM 130

Pendapatan kurang dari perbelanjaan, sangat tidak berbaloi..
Dan bukan suka2 nak jaga SPM, kami terpaksa isi borang permohonan. Kalau ikutkan tiada siapa yang sanggup korbankan cuti hujung tahun dan berkorban wang ringgit. Dan hujung tahun ini sajalah cuti yang sebetul2 cuti bagi guru, sebab selalunya cuti lain kena menanda kertas exam yang banyak, yang mana sebenarnya lebih penat dari hari bekerja.

13/12/2011 habis exam SPM, 21/11/2011 dah mula masuk kerja balik. Cuti cuma seminggu.
Guru pengawas SPM betul2 berbakti untuk negara semata-mata.

Isnin, 21 November 2011

Nama cermin peribadi

Saya tak habis lagi bercakap tentang budak sekolah agama.

Antara nama-nama mereka :

Perempuan :
Safwah
Ammatullah
Nurul Aswad
Nurul Madinah
Juwariyah
Masrurah
Halimatussadiah
Nurdiyannah
Sufi Aulia
Adawiyah
Umairah
Mysara

Lelaki :
Lukmanulhakim
Jawwad
Alamir Syauqi
Mustaqim
Syahid
Addin

Dan nama bapa, antaranya :
Awallul azmi
Ibni khalil

Macam duduk negara Arab.
Jarang jumpa nama melayu biasa, hanya sorang dua.
Juga tak jumpa nama alexander, isaac dan macam2 lagi nama modern yang ibu bapa dok bagi kat anak2 sekarang.

Celik mata dan jiwa untuk ibu tunggal. Lelaki berdua pun boleh dengar

Wujudkan aura positif.

Sabtu, 19 November 2011

Sejauh mana hubungan baik anda?

Bagaimana cara mengukur hubungan bersama suami, keluarga,  kawan2 dan sahabat handai?

1) Berapa kali tanya pasal makan dalam sehari?
    -lagi banyak kali lagi rapat. Kalu takde langsung =malang.

2) Bagaimana cara mengakhiri perbualan?
    -anda tengah syok borak , tetiba sebelah sana terus senyap = tak bagus untuk kesihatan.
    -berbasa basi sebelum habis borak. ( Basa basi tak sama dengan basi)
    

Khamis, 17 November 2011

Macam-macam

Selamat

Tadi sebelum mula exam maths, calon SPM minta keluar untuk ambil kalkulator yang tertinggal. Saya benarkan sambil tengok. Mak ai..jauhnya tinggal beg di seberang jalan. Tak takut ada kecurian lansung. Memang boleh percaya la warga sekolah ni. Kalau sekolah saya, beg letak luar kelas sahih hilang segala isi.


Gigih

Semasa exam, kesian tengok pelajar yang tidak dapat menjawab, tetapi tetap gigih cuba menjawab. Kalau pelajar sekolah saya mesti dah lama give up, setengah jam dah berduyun2 keluar kecuali kelas yang pandai.


Kemudahan dan keupayaan berfikir

Kertas surih
Pelajar yang membawa kertas surih diarah meletakkan kertas surih di luar. Saya pun tak tahu apa itu kertas surih, rupanya kertas yang digunakan untuk menjawab soalan translasi. Lebih senang kerja menggunakan kertas itu. Translasi adalah topik saya minat, proses mencari jawapan sangat enjoy. Sekarang pelajar di ajar guna benda tu pula?Alahai..patutla pelajar sekarang tak berapa nak berfikir.

Kenapa saya kata begitu?
Semalam subjek sejarah, contoh2 soalan  bahagian A
- berikan 2 keburukan pendatang asing
-berikan 2 kebaikan pendatang asing
-kenapa negara kita masih dibanjiri pendatang asing walaupun setelah lama merdeka
-apakah tajuk lagu di atas (negaraku)
-apakah perasaan anda bila lagu itu dinyanyikan
-berikan 2 sebab kenapa anda berperasaan demikian.

Hanya 1 soalan yang berdasarkan fakta, tak membaca tak boleh jawab, soalan 2,3 ,4 semuanya memerlukan pelajar berfikir, tetapi pelajar2 kata soalan sejarah susah. Pelik. Ni semua mesti sebab mereka terlalu dimanjakan dengan cara senang belajar.

Kalkulator

Saya rasa dulu tak boleh guna kalkulator untuk matematik. Sekarang boleh. Jadi pelajar hanya duk tekan kalkulator saja, tangan tak bergerak menulis sedangkan untuk menjawab Math, tangan kena bergerak baru idea keluar mencurah2 (pandai le ...-ye betul, tak tipu).


Angin kus-kus

Semalam pelajar senggugut sampai menangis tak boleh duduk. Kesian dia. Hanya yang pernah alami saja yang tahu sakitnya. Panggil cikgunya, saya offer panadol tapi cikgunya tak mau. Dia cari ustazah dan bagi pelajar tu air yang dibaca dengan ayat Quran. Lepas tu dia ok, maklumla, sekolah agama.


Lembut bukan aw

Saya kejutkan pelajar yang tidur sebaik sahaja exam bermula.
-Dik, dah mula
-Hem..dah mula..? (Dengan suara yang lembut. Saya terkejut sebenarnya sebab seingat saya , tak pernah dengan suara lelaki / pelajar lelaki selembut itu. Lembut bukan pondan maksud saya. Lembut yang lembut. Ini diakui oleh guru India yang jadi pengawas di situ, pelajar lelaki sekolah ini lembut. Pelajar perempuan sudah tentu.)

Rahsia hari potong kuku

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan

Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah, bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

Perbezaan Ikan keli halal dan haram


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar

antara dua sujud

Rabu, 16 November 2011

Kawan

Kawan yang ku kenal happy, semangat kental, sihat, cantik , ceria.

Gigih mengendalikan anak down syndromenya ke sekolah yang jauh dari tempat tinggal, dan berkejar pula ke sekolah kami untuk mengajar.

Tiba-tiba jatuh sakit.

Seminggu lebih di wad, dikatakan darah tinggi tapi tak turun2,
Hari ni baru tahu ada brain tumor. Akan dibedah.


Sedih dan doa untuk kak Ila.
Nasib kami esok lusa pun tiada siapa yang tahu. Nauzubillah.

Teringat arwah kawan , Yati yang meninggal tiba2 pada umur 29 tahun 2 tahun lepas.

Selasa, 15 November 2011

Tenang

Saya jadi pengawas SPM di sekolah agama.

Masuk saja pintu pagar dah sejuk hati.

Tengok calon lelaki bersongkok dan perempuan bertudung labuh indahnya.

Kawasan sekolah mendamaikan, pokok2 pun saya rasa suka hidup kat situ, subur je.

Masuk ke kantin, rasa aman dan nampak sangat bersih dan lapang. Padahal kantin kecil sahaja.

Ketua pengawas yang Ya Allah baiknya. Lelaki tapi kerja teliti, baik dan tak berkira.
Pelajar mula jawab exam dia pun mula buat kerja tu kerja ni. 10 minit terakhir baru dia berhenti buat kerja dan siap bungkus skrip jawapan dan suruh kami balik jangan tunggu2. Ikut pengalaman lalu, pereksa habis 10.30, pukul 11 lebih baru boleh balik. Kali ni, kami boleh balik ontime.

Bahagia jaga SPM tahun ni

Isnin, 14 November 2011

Rancangan wajib tonton saya sekarang

Masterchef Malaysia

best.
Respect tengok lelaki2, dan lelaki umur 19 tahun muka nak menangis dan berpeluh2 siapkan resipi untuk mengejar impian.

Ahad, 13 November 2011

Panggilan 10 Zulhijjah

Tengok iklan kat tv 3 nampak biasa saja, mesti macam biasa2 saja drama ni.

Layan 2, 3 scene berderai air mata, sampai habis.

Cukup sedih.

Antara benda tensen

Tahu apa yang termasuk perkara tensen?

Bila bahan masak dah siap, gas habis.

Mau patah riuk kalau nak angkat tong gas saiz besar.

Sedih tengok nasi lemak tak cukup regu,

lagi sedih sebab perut dah lapar.

Jumaat, 11 November 2011

Kaki

Mak terseliuh kaki,

Haiwan peliharaan dia pun turut sakit kaki ditimpa tangga,

Hafy jatuh rumah pengasuh dan sakit kaki, sampai hari ni belum boleh jalan lagi

Kaki saya kena kaca dan luka, sakit kaki.

Lepas ni jangan saya dengar pasal sakit kaki lagi,
sakit lain pun takmau.

Berbaur

Dah lama berlaku, di China jugak.

Selasa, 8 November 2011

Kertas pereksa

Pukul 11.30 malam, 2 orang dah tido.
Lega setelah non stop ke hulu ke hilir hari ni.
Kertas periksa belum habis tanda, rasa nak menangis.
Fail menanda tahun ni, siapa yang kejam suruh key in markah hari ni.
Kecut perut, rasa nak menangis.

Isnin, 7 November 2011

Hari paling murah

Pagi ini ke NSK = RM26.00
Petang ni basuh keta dan beli jajan =RM20

Hari2 lain =RM100 boleh kata setiap hari

Tak sampai hujung bulan = botak

Tolong balik cepat

Jumaat, 4 November 2011

Hafy

Balik dari klinik Ezzm merengek ajak ke tempat lain.

"Abang bosan, ibu tak pernah bawa ke mana2 pun."

Dia suka main perasaan saya sekarang ni.
Dia masih membebel2..mana dapat perangai membebel tu..

Saya turut membebel-

Selalu kan dah bawa gi situ gi sini...kalau dengan ayah abang takde ke mana2 pun, duduk rumah je. Abang tak nangis pun..

Pot pet pot pet lagi

Hafiy tanya  ,

 Ibu akap pe?

Boleh pulak saya cerita balik dengan Hafy, dia kecik lagi, mana lah paham, tapi disebabkan perasaan rasa tak tentu hala sebab Ezzm merengek saya gi cerita jugak kat budak kecit tuh!

Tapi rupanya dia paham, rupanya saya yang banyak tak faham berkenaan dengan budak2 kecik ni, budak 3 tahun lebih dah tahu nak senangkan hati ibu dia rupanya.

Respon Hafy  : Ish ish ish..abang ni....jangan la buat macam tu.

Cemburu

Tadi ke klinik, Akf demam lagi. Heran sungguh hidung berhingus sikit je tapi macamana boleh kena jangkitan ke telinga sampai bengkak gegendangnya. Selalu selsema lagi teruk rilek je dia.

Ada pasangan muda dengan anak kembar.
Atuk kembar daftar, nenek kembar kelek salah satu kembar.
Mummy kelek salah lagi kembar gilir2 dengan daddynya.
Bila masuk bilik doktor semua 6 orang masuk.
Wow! Sungguh saya cemburu.
Sungguh rapat dan caring sekali mereka itu.
Saya cemburu.

Sungguh pelik, tua2 macam ni baru nak cemburu.
Kecik dulu membesar sorang2 rasa tak pernah keseorangan.
Tak pernah pun rasa cemburu,
hingga la bila dah kawin ada anak baru ada rasa cemburu ni.
Pelik, belum jumpa jawapan kenapa.


Dulu masa sebaya dengan budak kecil ni, tak pernah rasa rindu dengan mak  yang jauh.
Pun tak pernah ingin rasa dipeluk dicium pun macam kata wardina tu.

Khamis, 3 November 2011

Semangat!Semangat!

Ok, kita tidak boleh menulis perkara yang negatif, nanti kita akan jadi negatif.
Masa saya pergi ceramah tempoh hari, Prof Dr Muhaya ada mengingatkan, apa yang kita nak kita cuma perlu tulis dalam buku, macam diari gitu, dan yakin pada Allah. Dia selalu buat macam tu dan benda itu terjadi, tepat dengan masanya sekali. Dan dia selalu menasihatkan orang lain, supaya menulis apa yang diinginkan, dan ternyata, orang tersebut dapat apa yang diinginkan.

Contoh :
Beliau ke Bangkok (ke Hong Kong?) ada rusuhan dekat airport, tapi beliau dengan senang dapat keluar dari situ dan rilek2 dekat hotel. Orang lain punya kelam kabut. Dan lepas tu diberitakan bahawa semua flight tunda sampai ke tarikh yang tak tau bila. Tapi, beliau dah siap2 tulis dalam diari,-aku akan berlepas hari "        "  pada jam "   ". Beliau yakin, senang hati pergi shopping banyak2. Dengan kuasa Allah, semuanya dimudahkan, beliau dapat balik pada hari dan masa yang beliau catitkan pada buku tersebut, dengan segala barang yang overloaded.

Dan beberapa perkara lagi yang beliau tulis dan dapat dilaksanakan dengan jayanya, tepat pada waktu yang sama macam yang tercatit pada buku.

Itu beliau, seorang yang setiap tingkahlakunya dilakukan kerana Allah., mulut tak putus2 menyebut Allah, setiap minggu diadakah usrah dirumahnya. Memang la Allah sayangkan dia dan menunaikan permintaannya.

Saya, manusia biasa yang cetek iman, tapi Allah masih sayang. Siapa yang tak nak jadi macam tu, tulis saja apa yang diimpikan, tutup buku, yakin, tup tup dapat.

Tapi Insya Allah, sedikit demi sedikit saya akan berubah kepada yang lebih baik, untuk mendapat kasih sayangNya.

Mulai hari ini, tulis yang positif sahaja.

*Ini adalah hasil daripada menghadiri majlis ini.

Selasa, 1 November 2011

Rindu


kata wardina safiyyah :
Gambar yang amat menyentuh hati..seorang anak yatim melukis gambar "mama"nya dan... tidur bersama lukisan itu :( . Ya Allah sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....
Setiap kali jam saya rasa sebu dengan orang yang mengoder kereta manual ini. Suasana yang cepat gelap sekarang buat saya mual dan silau bila berada dalam kereta dan jam. Sudahla jalan naik bukit turun bukit, betapa lenguhnya kaki sengal dan sakit tekan clutch sampai tak rasa apa. Pukul 8 lebih baru sampai ke rumah , terus pengsan 2jam tapi dalam mual sempat lagi layan Hafy nak menulis guna buku barunya, dan membaca cerita untuk Ezzm, kemudian pengsan. Nasib baik dorang tak merengek nak ke toilet dsb. Plan nak bawa Akf yang demam ke klinik tak menjadi sebab terlampau pening.

Pelik sungguh kalau saya kena tinggal macam2 benda yang berlaku. Minggu lepas takde elektrik sampai pukul 10.30 malam. Lilin dan lampu pun takde , terpaksa saya ke tesco beli benda alah tu even masa balik kerja dah rasa mual semacam sebab jalan jam orang pakat2 duk keluar sebab byk kawasan yang takde elektrik. Nasib baik anak2 behave saja walaupun duk dalam gelap bertemankan lilin.