Selasa, 30 November 2010

Sebab musabab

Kenapa saya asyik posting / tiru tazkirah shj sepanjang 2 minggu ni?
Bukan hendak tunjuk baik, cuma sebagai peringatan, kadang saya banyak melalut.
Artikel sepenuhnya dari Langit Ilahi yang mana kadang2 nak cari semula artikel yang saya suka tu susah yang amat, sebab entrinya banyak, saya tak reti cari, jadi langkah selamat saya terus save /post kat sini.

Terus pulang kepada Allah

Dari langit ilahi

Semasa saya menulis artikel ini, saya baru pulang daripada Masjid Jami’ah(Masjid Universiti dalam BMnya), masjid utama di Irbid ini. Solat Jumaat.

Satu perkara yang menyebabkan saya menaikkan nama Masjid Jami’ah pimpinan Sheikh Ma’mun di Irbid ini itu pada kali ini adalah kerana tadi semasa saya Solat Jumaat, ada sesuatu yang mengetuk pemikiran saya, menyentuh hati saya.

Khatib tadi adalah Sheikh Dr Abdullah Juyushi, pakar Al-Quran di University of Yarmouk. Bukan hendak menyatakan apa yang disampaikan. Tetapi saya hendak menyatakan apa yang berlaku. Keadaan di sini. Dan apakah yang berjalan sepanjang Khutbah dan Solat Jumaat tadi.
Untuk saya, guru-guru saya di sini, berjaya menunjukkan sesuatu yang memukau jiwa.

Satu perkara pada tahun ini yang berlaku adalah, Hujan lama tidak turun. Ya, walaupun dinamakan sekarang musim sejuk, sejuknya tidak seberapa. Menambah ketidak bestannya untuk umum, hujan tidak turun membasahi bumi buat sekelian lama. Sudahlah ketika musim panas memang tidak akan ada hujan, bila tiba musim sejuk, hujan tidak turun kerap pula.
Ini menyebabkan mereka yang menguruskan tanaman di sini kesempitan. Dengar kata, ianya juga menganggu ekonomi negara. Jordan sudahlah tanah gersang, hasil tanahnya juga amat sedikit, maka apabila jadi begini, makin teruklah keadaannya. Itu belum dikira kesempitan air di sini, yang akan bertambah sempit sekiranya semua ini berlarutan.
Berbanding tahun-tahun yang lalu, hujan turun agak kerap.
Tahun ini, Jordan agak gersang.

Jawapan saya
Jujurnya, setiap kali persoalan: “Kenapa tak sejuk ya?”, “Kenapa tak hujan tahun ni ha?” muncul, saya akan menjawab: “Tu la, ekosistem dah rosak. Makin tahun, makin teruk. Ganggu cuaca dan sebagainya.”

Saya menjawab secara saintifik, logik mengikut apa yang berlaku.
Tetapi tadi, di dalam Masjid Jami’ah itu, perkara yang berlaku adalah berbeza dengan jawapan saya. Yang menyebabkan saya malu dengan jawapan saya. Yang menyebabkan saya hanya menunduk sepanjang khutbah tadi, sedang suara Sheikh Dr Abdullah Juyushi bergetaran menahan sebak semasa khutbahnya.
Hati saya bergetar.

Apakah yang berlaku?
Isi khutbahnya
Sheikh Dr Abdullah Juyushi membawa tajuk “Istaghfirullah” atau dalam BMnya, “Beristighfarlah kepada Allah.” Dan yang menyebabkan saya rasa malu adalah, dia mengajak masyarakat di Jordan ini bertaubat kepada Allah, sentiasa beristighfar kepada Allah, kerana KEMUNGKINAN HUJAN YANG TIDAK TURUN INI ADALAH KERANA DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT JORDAN.

Seluruh khutbahnya tadi berpusat kepada itu. Menyatakan bahawa sekiranya penduduk satu kawasan itu benar-benar bertaqwa kepada Allah, menjauhi laranganNya, tidak akan ada apa yang datang melainkan semata-mata kebaikan sahaja. Tetapi sekiranya kita melakukan kemungkaran, maka Allah akan memberikan azab seksa, kesusahan, atas sebab apa yang dilakukannya.

Sheikh Dr Abdullah Juyushi membaca ayat ini:
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Surah Al-A’raf ayat 7.

Sepanjang khutbah, Sheikh Dr Abdullah Juyushi mengulang hal istighfar, mengajak semua memuhasabah dosa yang dilakukan, dan mengajak semua bertaubat kepada Allah agar Allah mengangkat semua permasalahan ini. Mengingatkan bahawa hujan adalah milik Allah, dan siapakah yang akan menurunkan hujan jika bukan Allah SWT? Maka bagaimanakah hamba Allah yang bermaksiat kepada Allah, hendak meminta hujan kepada Allah SWT?
Akhir khutbah pertamanya, dia membaca satu syair yang panjang, menyatakan pengaduan seorang hamba yang berdosa, dan seksa yang Allah turunkan kepada hamba itu, dan bagaimana hamba itu merayu kepada Allah, bertaubat semula kepadaNya, meminta diangkat segala bala dan bencana. Sheikh Dr Abdullah Juyushi membaca syair itu sambil menahan sebaknya. Getar suaranya jelas kedengaran.

Membuatkan saya teringat semula kepada jawapan saya apabila ditanyakan berkenaan cuaca, keadaan Jordan tahun ini.

Saya malu.
Sedikit pun hal ekosistem tidak disebut oleh Sheikh Dr Abdullah Juyushi tadi.
Pertama sekali adalah - Pulang kepada Allah. Allahlah pengawal ekosistem. Allahlah yang mengawal cuaca, menurunkan hujan, memberikan bencana, mendatangkan kesukaran, dan menghadiahkan kesenangan. Allah, dan hanya Allah.

Ketika Solat Jumaat
Solat diimamkan oleh Sheikh Ma’mun, boleh diktakan sebagia pemimpin Masjid Jami’ah itu. Selepas ruku’ rakaat kedua, Sheikh Ma’mun membaca doa memohon hujan.
Apa yang mengharukan saya adalah, permohonannya yang bersungguh-sungguh. Seakan manusia itu tidak punya kudrat langsung. Dia berdoa agar Allah memandang kami, dan tidaklah mengambil dosa-dosa kami sebagai sebab tidak menurunkan hujan ini. Dia meminta ampun agar Allah mengampunkan kami, dan meminta agar Allah tidak marah atas perbuatan orang-orang yang bodoh(ingkar kepada Allah) dari kalangan kami. Dia meminta agar Allah menurunkan hujan, menyuburkan tanah. Dan dengan rendah diri, Sheikh Ma’mun berdoa agar Allah menerima doa kami dengan mengharapkan Allah memandang orang-orang soleh dari kalangan kami, dan amalan-amalan soleh yang kami pernah lakukan.

Ketika inilah saya bertanya diri saya. “Apa amal soleh aku?”
Dan saya hanya nampak dosa.
Malu. Mungkin aku penyebab Allah tidak menurunkan hujan? Perasaan itu muncul, menyebabkan saya rasa teramat kerdil. Mati-matian saya mengaminkan doa tadi. “Ya Allah, jangan kerana dosa aku, Kau hentikan rahmat pada masyarakat ini. Terimalah doa Sheikh Ma’mun itu.”
Sungguh, terasa kerdil. Bahkan malu. Melihat bagaimana guru-guru saya pulang kepada Allah sepenuhnya. Timbul persoalan di dalam diri saya.
Aku bagaimana?
Muhasabah.

Penutup: Kita jarang meletakkan Allah yang pertama
Akhirnya, kadangkala dalam usaha kita menyebarkan kebaikan, apatah lagi dalam kehidupan kita yang melalaikan, kita jarang meletakkan Allah di tempat yang pertama. Kita jarang menjadikan Allah rujukan pertama kita. Lebih kelakar, hatta dalam keadaan bermasalah, biasanya Allah bukan yang pertama kita cari.
Saya malu. Ini realiti.

Ya Allah. Aku khilaf. Jauh daripadaMu.
Ya Allah, rahmatilah guru-guruku yang menunjukkan contoh kepadaku.
Rahmatilah bumi Jordan yang memberikan banyak pengajaran kepadaku.
Rahmatilah pembaca-pembaca Langit Ilahi, dan jadikanlah mereka hamba-hambaMu yang terbaik.
Dan rahmatilah aku, jadikan aku hambaMu yang rapat dan sentiasa pulang kepadaMu.
Amiiin.

Khamis, 25 November 2010

Wanita

Satu lagi artikel menarik dari Hilal Aysraf http://ms.langitilahi.com/

Berkongsi, berkenaan keadaan perempuan yang tercedera.

Anggap lah apa yang saya kupaskan ini, sebagai muhasabah.
Sebab hakikatnya, saya rasa bertanggungjawab dengan kamu wahai perempuan.
Kerna kamu akan melahirkan generasi hadapan. Kalau kamu rosak, maka yang mendodoikan buaian anak adalah mereka yang tidak mengamalkan Islam secara benar, dan apakah yang akan terjadi dengan anak di dalam buaian?

Saya risau dengan keadaan kalian sebenarnya wahai perempuan.
Kerna saya lihat kalian ini tercedera.
Tahukah kalian siapakah perempuan yang tercedera?
Itulah perempuan yang telah meninggalkan peranannya, yang telah tercemar pemikirannya, yang telah songsang pegangannya. Ada yang terang-terangan, ada pula yang diam-diam.
Tetapi siapakah yang mencederakan perempuan?
Jangan salahkan mereka sahaja. Salahnya juga terletak atas bahu ummah.

Hari ini, perempuan telah menjadi mangsa agenda serangan doktrinasi musuh-musuh yang ingin melihat kekuatan ISLAM runtuh. Pelbagai pihak, kononnya, dengan nama hendak membela hak asasi manusia, telah mengeluarkan wanita dari rumah-rumah mereka, dan mengajar wanita agar bersaing dengan lelaki dalam kehidupan dan medan pekerjaan. Kononnya itulah persamaan taraf, kononnya itulah tanda kecemerlangan, kekuatan dan sebagainya. Akhirnya, ibu kepada manusia ini terluka. Terluka dengan suasana, dan medan yang bukan medannya.
Luka atas wanita ini, tidak akan mampu dirawati, diubati, melainkan dengan memahami keadaan mereka, dan mereka juga cuba memahami diri mereka. Melainkan, apabila kita semua kembali kepada apa yang telah Allah susunkan untuk kita.

Kalau kita lihat hari ini, kita boleh saksikan ramai perempuan-perempuan yang tercedera. Mereka tidak luka pada kulit, tetapi mereka luka pada hati. Dari luka hati inilah, bernanahnya kefahaman yang rapuh serta amal yang buruk.

Rata-rata hari ini perempuan membuka perisai malu mereka kepada sesiapa sahaja. Hatta, sebahagian besar tidak memilih orang, malah membuka perisai malu itu untuk tayangan ramai. Mereka menampilkan fesyen pakaian yang pelbagai, sama sekali jauh dari adab berpakaian yang ISLAM anjurkan.

Bila ditanya mengapa tidak menutup aurat?
Mereka menyatakan bahawa itu adalah kebebasan peribadi. Bila disuruh, mereka terus menyatakan bahawa kita hendak memberikan tekanan kepada mereka. Tetapi, jangan kita salahkan mereka 100% atas tindak balas mereka. Mereka adalah perempuan yang tercedera oleh pisau sistem, konspirasi untuk merosakkan masa hadapan kita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)

Benar. Fitnah terbesar adalah perempuan. Kerana, kejatuhan wanita adalah kejatuhan ummah. Mereka adalah makhluk Allah yang sangat penting dalam pembinaan ummah. Kerana mereka merupakan ibu manusia, dan pendidik ummah yang pertama.

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Lihat, kenapa Allah SWT menyatakan: “Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Bukan “Penzina lelaki dan penzina perempuan” Macam ayat: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri..”?

Kenapa?
Sebab, dalam hal mencuri, kudrat lelaki melebihi perempuan. Tetapi dalam hal zina, maka perempuan adalah faktor utama. Pada perempuan ada tarikan yang lebih. Sebab itu, Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

Lihatlah hari ini, bagaimana perempuan-perempuan dicederakan. Mereka dilimpahkan lampu kepopularan. Lalu dinipiskan pakaian mereka biar mengiurkan. Suara sengaja dilembut-lembutkan. Menggoda. Disingkat pakaian mereka biar ada bahagian tubuh cantik terdedah. Dicukur bulu kening mereka agar kelihatan anggun. Gincu merah menyala dikenakan pada bibir. Tidak kurang pula yang sengaja menggoda lelaki-lelaki. Kononnya diri dianggap hebat jika mempunyai 2-3 pasangan serentak.

Saya hendak bertanya, bagaimanakah dengan anak-anak kepada perempuan sebegini? Adakah anak mereka akan lebih mudah mengikuti ajaran ISLAM dan mengamalkannya, atau mereka akan rasa sukar mengamalkan ISLAM lalu meninggalkannya? Posibiliti yang manakah mempunyai peratusan lebih tinggi?

Tercederanya perempuan hari ini tidak lagi mengira umur. Ramai sahaja berumur semuda belasan tahun sudah mengandung. Kalau sudah berkahwin tidak mengapa, tetapi rupanya hubungan seks bebas luar nikah yang dilakukannya. Ada yang sanggup berbogel, menangkap gambar lalu menghantarnya kepada yang tercinta. Ramai pula yang tertipu dengan satu kalimah bernama CINTA.

Bila menyebut cinta, jangan dikatakan perempuan yang mendedah-dedah auratnya sahaja. Sudah banyak kes perempuan yang bertudung labuh pun terjebak sama. Hal ini kerana, mereka telah menjatuhkan pegangan mereka, menurunkan perisai keimanan mereka, lantas memurahkan diri mereka. Malah, ada kes, perempuan yang bertudung labuh, sekolah agama, sanggup murtad hanya kerana cintanya kepada seorang lelaki.

Kadang-kadang, ada perempuan sengaja menyembur minyak wangi harum semerbak, satu dewan kuliah boleh membauinya. Ada yang sengaja menegur sapa lelaki tanpa sebab yang penting. Ada juga yang berhias berlebihan, bertabarruj. Sedangkan Allah SWT berfirman:
“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” Surah Al-Ahzab: 33

Perempuan, apakah kamu sedar akan keadaan kamu hari ini?
Hari ini, kebanyakan perempuan cedera tidak mengira sudut. Sudut pemikiran, sudut akhlak, sudut pegangan, sudut adab sopan, semuanya dihiris dengan pisau tajam nan buas. Perempuan rasa rumah tempat hina. Medan kerja lelaki itulah yang perlu disainginya. Maka tertinggallah anak hilang guru pertamanya. Perempuan rasa perlu setanding lelaki. Keluar berkerjaya hingga lupa tanggungjawab diberi ILAHI. Bergaul dengan bukan mahram realiti hari-hari, pergaulan bebas sudah ibarat garam dalam masakan sendiri.

Perempuan hari ini tercedera. Darah mereka masih mengalir. Luka semalam belum sembuh, muncul pula luka baru pada hari ini.

Bila perempuan tercedera, di manakah pendidik dan penjaga sang bayi suci?
Tercedera. Segeralah mencari ubat!

Apakah ubatnya? Semua perlu kembali kepada Islam. Semua. Lelaki dan perempuan. Sama-sama kembali menilai, bermuhasabah akan kepentingan dan kelebihan satu sama lain, seterusnya mencari titik persamaan. Ketahuilah bahawasanya, Nabi Adam dahulu pun sunyi di dalam syurga, lalu diberikannya Hawa.

ALLAH SWT berfirman,
“Mereka itu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka” Ayat 187 Surah Al-Baqarah.
Kita saling memerlukan sebenarnya. Dan lelaki sebagai pemimpin, perlu lah mengambil berat akan keadaan hawa. Kenapa saya menulis artikel menegur lelaki terlebih dahulu sebelum ini? Kerana lelaki adalah ketua. Sebaik mana pun perempuan, kemungkinan untuk lelaki tunduk mengikuti nasihatnya adalah sedikit. Sebab itu saya sebagai lelaki, perlu menegur kaum saya terlebih dahulu. Agar lelaki lebih kuat, dan tabah, serta bersih, seterusnya mampu memimpin perempuan-perempuan yang tercedera ini, mencuci luka mereka, dan merawat jiwa-jiwa mereka.

Hal ini kerana, pada saya, bila perempuan tercedera, lelaki juga terluka.
Buangkan ego kita, kembalikan intelek kita, rasionalkan pemikiran, bina kesefahaman!
Kefahaman dan kesedaran ini perlu kita fahaminya,

Jika tidak kita akan terus luka, terluka dan terluka, bersama masa hadapan yang penuh kegelapan semata. Tidak kah kita memikirkan anak-anak yang akan menyambung kerja kita? Tidak kah kita memikirkan keadaan anak-anak kita pada zaman mereka?
Anak-anak memerlukan tarbiyah, didikan Islam daripada kedua ibu bapanya. Andai ibunya rosak, bapanya tidak faham, maka bagaimana dia hendak membesar dengan baik, dan berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Maka, marilah kita sama-sama muhasabah. Sementara darah kita masih belum kering….
Mari kita berusaha mengubatinya, mengubati luka-luka kita!
Perempuan, saya sebagai lelaki menyedari hal ini, maka bagaimana kah anda?

Lelaki

Berkongsi satu artikel menarik dari http://ms.langitilahi.com

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku

Wahai lelaki, perempuan itu perlu dijaga, dihormati, dilindungi... Mereka memegang anak-anak masa hadapan

Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.
“Ini fitrah la bro, fitrah”

Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.
Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?
Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.
Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.
Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”
Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.
“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”
Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.
Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?
“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.
Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?
“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.
Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?
Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.

Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.
Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.
Hentikanlah.
Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.
Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”
Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”
Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.
Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?
Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.
Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.
Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.
Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.
Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.
Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.

Rabu, 24 November 2010

Syaye dah tumbuh gigi...








1st time dapat amik pic anak masa gigi sedang tumbuh sebab Akif suka gelak. Yang lagi 2 orang susah nak senyum.

Jumaat, 19 November 2010

Ayah abang tegas orangnya

Ni gambar abang masa abang kecik. Orang kata muka abang sama ngan ayah, rasa2 abang lagi ensem dari ayah.

Abang saaayang ayah. Masa kecik, ibu cakap, abang suka nangis sepanjang masa. Abang hanya berenti nangis kalu abang dengar enjin kereta ayah depan umah menandakan ayah dah balik. Yeay! Abang suka sangat kalu ayah dah balik.
(masa amik gambar ni abang nak senyum sikit sebab geli hati tengok muka Paksu, heheh, lawak muka dia. Selalu abang tak suka senyum, sebab abang rasa tak macho kalu gelak atau senyum).

Ayah abang tegas orangnya. Dia selalu cakap ibu manjakan abang sebab tu abang suka nangis bila dah besar ni.
Ari tu abang nangis sebab tak nak milo sejuk. Abang minum separuh je lepas tu tinggal. Abang mintak milo baru kat ibu, ibu suh minum yang sejuk tu dulu bagi abis. Ayah pun tak kasi buat yang baru. Abang menangis kuat mintak milo panas.

Ayah dah siap warning "Jangan minum milo lagi ari ni!" Abang nangis lagi kuat..
Tak sampai 5 minit abang nangis ayah pun gi buat milo baru...heheheh..dah tahu dah ayah mesti tak tahan tengok abang nangis..sayang ayah..!

Ari tu dalam keta abang taknak milo, abang mintak slurpee. Ayah marah sikit abang, warning lagi..
"Pottt..(ade ke panggil abang nama pot..?) Minum milo tu! Jangan mengade!"
Abang nangis kuat..lagi dan lagi...
"Pot! Ape ni?"
Abang nangis lagi..
"Pot nak slurpee ye..? " tanya ayah sambil gosok kepala abang...
haha..abang dah agak...

Adik hafiy tengok tak puas hati je..kalu dia yang nangis ayah memang tak makan saman, Ayah selalu cakap gini kat adik Hafiy.."Hafiyy...!Nak kena ikat?!"

Baked Roni Marcaroni

Aku bukan lah penggemar makanan barat , tapi yang kawan aku buat ni buat aku terpaku pulak dgn rasanye. Aku abadikan resipi yg dia bg kat blog aku ni.

Bahan A
3 labu bawang besar – potong dadu
4 ulas bawang putih – cincang halus
½ bungkus (250gm) daging/ ayam kisar ramly
150 gm mix vege
1 sudu teh lada hitam - kisar halus (ikut rasa la klu x suka pedas kurangkan)

Cara :

Tumis bawang putih & bwang besar hingga naik bau,
masukkan lada hitam, kacau,
masukkan ayam,
ayam dah masak, masukkan mix vege,
masukkan garam secukup rasa..

Bahan B -
( bahagikan kepada 2 bahagian)½ bungkus markaroni direbus dan di toskan

Bahan C -
( bahagikan kepada 2 bahagian)1 paket mozzarella cheese – kat NSK ado

Bahan D -
( bahagikan kepada 2 bahagian)1 tin campbell sup – pilih la campbell tu kan ado pelbagai perisa – hari tu aku guna HERB & CHEESE – label dia warna kuning – muschroom pun sedap
1 biji telur
1 cawan air suam
kesemua bahan ini dicampur agar sup tidak berketul2
kacau hingga sebati

Cara2 membuatnya
1. sapu Loyang ngan marjerin/butter
2. Lapis pertama - masukkkan 1 bahagian bahan B
3. Lapis kedua – masukkan satu bahagian bahan D
4. Lapis ketiga – masukkan satu bahagian bahan C
5. Lapis keempat – masukkan bahan A – klu nak pedas letak la cili merah/capsicum
6. Lapis kelima - masukkkan 1 bahagian bahan B
7. Lapis keenam - masukkan satu bahagian bahan D
8. Lapis ketujuh - masukkan satu bahagian bahan C
sebelum masukkan bahan C untuk lapis ke lapan boleh la di taburkan sosej, crab meat (potong bulat2), capsicum, cili merah…
• untuk hasil yg bebih ummp klu untuk breakfast buat malam lagi,wrapkan, biarkan dalam peti sejuk..
Ah lupa suruh mu bakar marcaroni tu..suhu 150 selama 50-60minit..


Agr2
.agar + air + susu cair + gula ( bagi 2) 1 masuk kastad + masuk milo + tuang la selang seli..

tq ayu.

Sphagetti

Cara2 Nak buat Spghtti yang sedap

1. klu nak sedap beli daging segar, ptong halus2, sejat & blend campur skit sos (jgn msk air byk, agak2 blender leh jalan, ok la tu. ..malas, daging cincang ramly je la
2. Bawang putih – cincang halus
3. Bawang besar - dadu
4. Oregano (beli yang daun2 tu, jgn yg power – krg kick)
5. Bay leaf (ape kebendaaaa la ni...)
6. Sos tomato
7. Totama - ptg dadu
8. Tomato sos – Kimball brand pun ok
9. Speghetti sos – Kimball/Cambell both ade cop halal ( terpulang la nak ape perisa traditional/mushroom
10. Nak pedas skit – mskkan cili giling
11. mix vege
12. cendawan butang – lum jumpa yg ade tanda halal by JAKIM

Cara
1. Tumis bawang putih
+ bawang besar
+ dah wangi mskkan daging
+ bay leave biarkan dia dalam api yang kecil,
kacau2 nanti berketul.
2. Agak dah ok, masukkan tomato sos
+ spaghetti sos biar dia serasi kacau2,
masukkan air, tomato,
ko biar je kat atas dapur dengan api yg perlahan.
3. Masukkan garam, pandai 2 ko rasa.
4. Masukkan mix vege klu suka / mushroom dah biarkan mendidih
5. masukkan oregano…baru naik bau

Khamis, 18 November 2010

Sambal bilis

Khas utk za (resipi bwh ni pun utk za gak benonya..)

Resipi arwah mertua, memang sedap sangat, sambal2 lain takde yang setara.

Bahan :

Bilis putih yang siap dikopek segenggam
Serai sebatang, hiris nipis ambil separuh batang sj (mane tau org tak tau masak dia amik satu btg penuh)
bawang besar 2 biji
bawang putih sebiji kecil
minyak secukupnya (penting ni)
cili kering / 8 sudu besar cili boh / cili giling
sos cili jenama Aminah Hassan SHJ! (2 sudu besar)
garam 1/2 sudu kecil
gula 1 sudu besar
ajinomoto
kunyit serbuk 1/3 sudu kfc yg kecik tu
(tumbuk serai dulu, sampai lumat, tumbuk bawang jgn lumat, hehhe..bhs ape ntah)

Cara :

1. Goreng bilis hingga garing, asingkan.
2. Guna minyak tadi, masukkan bahan tumbuk (bawang dan serai), goreng sampai garing sikit)
3. Masukkan cili (pastikan cili tenggelam dalam minyak, tapi jgn lebih2.., kalu tak tenggelam, confirm tak jadi)
4. Masukkan garam, gula , ajinomoto, kunyit , sos cili
5. Kacau lama, hingga sambal nampak pekat, (tujuan, bagi cili betul2 masak)
6. Masuk air sedikitttt je, bagi sambal nampak cair sikit)
6. Masuk ikan bilis, kacau...1 minit. Matikan api.

Nasi kanji

Resipi arwah mertua, tak pernah jumpa yang serupa.

Bahan :

Beras setengah cawan
(air -5 kali ganda jumlah beras)
Kentang 2 biji
bawang besar 3 biji
halia 1cm
halba sejemput
udang
ayam hiris nipis, ngan tulang
santan (sebiji kelapa / atau satu kotak kecil)
daun sup
garam secukup rasa (gula jgn masuk, tak sedap, aku rasa la....)

Cara :
1.Lepas basuh beras, masuk semua bahan2 tadi, kecuali daun sup
2. Bila beras nampak pecah, masukkan santan (masa tu pastikan air dah tinggal sikit)
3. Biarkan mendidih sekejap, masuk daun sup,matikan api
(pandai2 korang la nak cair setara mana)

Rendang ayam dan betik

Resipi mertua, (tambah kurma ngan kiub ayam aku tiru kat web resipi yg glemer tu)

Bahan-bahan
1 ekor ayam -potong 16
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
2 kiub ayam knorr
betik hampir masak (putih kuning merah-hiris nipis)

***BAHAN KISAR**
5 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1/2cm halia
1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering / 6 sudu cili boh

***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan ayam, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Masukkan, garam dan gula.
Bila ayam dah lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Bila agak-agak rendang haampir masak, masuk betik (matikan api sebelum betik lembut)
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Selasa, 9 November 2010

Lidah takde tulang

'Orang boleh berkata apa sahaja, dan kau mungkin terdiam tanpa kata,
Tapi ingatlah Allah itu Maha Adil lagi berkuasa'

Kelemahan aku, takleh bidas balik bila orang bercakap kasar, atau mengata aku depan-depan,
Sebab apa? Sebab aku kena pikir dulu,
'eik..betulke apa yang aku dengar ni,
atau..'betul kasar ke bahasa gini'
atau ' patut ke dia kata gini'

(mungkin sebab aku hormat kat orang kot, jadi tak balas balik apa orang kata, sebab kalau pelajar -sekarang pelajar bercakap sewenangnya- boleh je aku melazer )

Lepas pikir..baru aku tahu benda tu kasar atau menyakitkan hati,adoi..pesal la aku lembab hal2 gini, dah banyak kali kena, sebab orang suka amik kesempatan ke atas aku, muka aku ni nampak bodoh ke apa yang dorang sesuka hati menyakitkan hati aku semahunya.

Contoh : Kerani sekolah takde ribut takde taufan marah2 kat aku. Satu ofis dengar. Pastu mintak maaf, sori kak..saya sebenarnya marah kat dia tu..saja nak suruh dia dengar. Sewel dia tu..Nasib baik dia kerani , aku cikgu yang kena byk mintak tolong dorang, jadi aku diammmm je..(atau bodoh)

Tapi tak selalunya aku diam, kadang kalu sesuka hati aku kena marah, dan orang yang marah aku , adalah orang yang tiada kaitan ngan aku lepas ni, aku akan sound dia balik sampai dia terdiam. OOoo..ingat aku ni tunggul ke..?(ops..tak belen ngan mukadimmah tadi yer..tapi ye la kan..aku cuma manusia biasa yang ada perasaan marah..dan juga lidah yang tak bertulang)

Sedih..

huwa...!aku menangis baca ni.
teringat zaman dulu2

http://laloquee.blogspot.com/2010/10/persepsi.html

To maya,
Memoirs of mek checq sedih yang teramat. Tapi tengokla apa yang maya ada sekarang, memang berbaloi, sedang saya, semua impian terutamanya membahagiakan ibu belum tercapai, kerana keadaan . Aku tersepit. Dan saya tahu kenapa Tuhan tak anugerahkan apa yang saya nak, sebab saya mudah lupa diri.yer..yang itu betul sesangat.