Jumaat, 13 Disember 2013

DI ANTARA DO'A-DO'A MUSTAJAB



1. DO'A setelah Solat TAHAJJUD.
2. DO'A setelah Solat DHUHA.
3. DO'A menjelang BERBUKA PUASA.
4. DO'A antara AZAN dan IQAMAH.
5. DO'A antara DUA KHUTBAH JUMAAT.
6. DO'A di penghujung hari JUMAAT (Selepas ASAR).
7. DO'A di kala turun HUJAN.
8. DO'A di kala mendengar Ayam Berkokok
9. DO'A IMAM dan PEMIMPIN yang ADIL.
10. DO'A orang yang DIZALIMI.
11. DO'A ORANG TUA kepada ANAKNYA."

ADA PUN ORANG YANG DI DO'AKAN OLEH PARA MALAIKAT :

1. Orang yang selalu BERSALAWAT.
2. Orang yang berada di SAF terdepan dalam SOLAT.
3. Orang yang MERAPAT dan MELURUSKAN SAF SOLAT.
4. WANITA yang HAMIL.
5. WANITA yang MERAWAT ANAKNYA.
6. Orang yang MENDO'AKAN ORANG LAIN.
7. Orang yang DUDUK MENUNGGU SOLAT,
8. Orang yang TIDUR dalam keadaan SUCI.
9. Orang yang ziarah ORANG SAKIT.

SUBHANALLAH...
Jangan pernah berhenti berdo'a kerana dengan berdo'alah kita akan merasa dekat dengan ALLAH SWT..

Pujuk anak makan sayur

6 Cara Pujuk Anak Makan Sayur
======================
Anak-anak dan sayur umpama minyak dengan air. Susah betul nak pastikan mereka makan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan dan tumbesaran. Tetapi anak-anak, apalah yang mereka faham kalau kita beri alasan 'tumbesaran' kepada mereka. Jadi kita sendiri perlu lebih kreatif untuk menjadikan sayur-sayuran seenak jajan yang mereka makan.

1. Masak bersama anak-anak. Beri anak anda peluang untuk melihat dan membantu anda memasak di dapur. Minta bantuannya 'mengoyak' kecil-kecil daun salad untuk dimakan segar atau beri peluang menghiris sayuran seperti lobak untuk membuat sup. Anak-anak akan merasa mereka mengambil beberapa bahagian dalam penyediaan menu, maka peluang untuk merasa adalah tinggi.

2. Berkebun bersama. Bercucuk tanam bersama-sama anak akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik. Anda akan mula perasaan minat anak yang semakin cenderung untuk menanam sayur-sayuran. Ambil kesempatan ini dengan menceritakan khasiat sayur-sayuran ini dan cara masakan sayuran yang menyedapkan.

3. Membeli-belah bersama. Ubah pemikiran bahawa membawa akan-anak ke pasar adalah perkara remeh. Anda perlu mengajak anak-anak untuk memberi mereka peluang memilih sayur apa yang mahu mereka rasa. Beri anak-anak minat untuk memilih dan membeli sendiri sayur-sayuran. Sekembalinya ke rumah, percayalah mereka akan teruja untuk makan hasil pilihan mereka.

4. Sedia hirisan buah dan sayuran atas pinggan. Ada hari-hari tertentu anak anda mahukan makanan ringan sekadar untuk menonton televisyen dan ketika lapar setelah balik sekolah atau sebelum tidur. Daripada memberi mereka makanan ringan yang kurang khasiat, anda perlu sediakan buah yang telah dipotong dan salad sayur yang dicampur dengan beberapa buah-buahan kegemarannya siap-siap di dalam peti ais.

5. Cipta resepi baru. Anda boleh mencipta resepi kegemarannya tetapi campur sedikit sayuran hijau ke dalam menu. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan brokoli atau cendawan di nasi yang dibakar bersama sos berkrim dan keju. Selain itu, anda boleh memasukkan sayur sawi dan lobak merah yang dipotong halus ke dalam sup bebola ayam kegemaran anak anda.

6. Menu berwarna-warni. Anda boleh rangsang minat anak dengan menghasilkan minuman berunsurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna. Anda boleh menyembunyikan sayur-sayuran di sebalik jus buah-buahan dengan mencampurkannya dengan minuman kegemaran mereka seperti yogurt. Mana mungkin mereka sedar di dalam ada daun saderi mahupun lobak!

Jangan biarkan anak membuang atau mengasing sayur-sayuran di dalam menu mereka. Jika dibiarkan, sikap ini akan terbawa-bawa sehingga dewasa malah menu yang diambil kurang keseimbangan dari segi khasiat dan zat. Kita juga perlu menjadi ibu paling kreatif untuk tumbesaran anak-anak. Mungkin si suami juga berminat dengan resepi baru yang kita hasilkan!

Cara buat anak rasa disayangi

6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, “Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus.” Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

DI ANTARA DO'A-DO'A MUSTAJAB

DI ANTARA DO'A-DO'A MUSTAJAB 

1. DO'A setelah Solat TAHAJJUD.
2. DO'A setelah Solat DHUHA.
3. DO'A menjelang BERBUKA PUASA.
4. DO'A antara AZAN dan IQAMAH.
5. DO'A antara DUA KHUTBAH JUMAAT.
6. DO'A di penghujung hari JUMAAT (Selepas ASAR).
7. DO'A di kala turun HUJAN.
8. DO'A di kala mendengar Ayam Berkokok
9. DO'A IMAM dan PEMIMPIN yang ADIL.
10. DO'A orang yang DIZALIMI.
11. DO'A ORANG TUA kepada ANAKNYA."

ADA PUN ORANG YANG DI DO'AKAN OLEH PARA MALAIKAT :

1. Orang yang selalu BERSALAWAT.
2. Orang yang berada di SAF terdepan dalam SOLAT.
3. Orang yang MERAPAT dan MELURUSKAN SAF SOLAT.
4. WANITA yang HAMIL.
5. WANITA yang MERAWAT ANAKNYA.
6. Orang yang MENDO'AKAN ORANG LAIN.
7. Orang yang DUDUK MENUNGGU SOLAT,
8. Orang yang TIDUR dalam keadaan SUCI.
9. Orang yang ziarah ORANG SAKIT.

SUBHANALLAH...
Jangan pernah berhenti berdo'a kerana dengan berdo'alah kita akan merasa dekat dengan ALLAH SWT..

Rabu, 11 Disember 2013

Pahala umrah dan haji yang sempurna, sempurna dan sempurna

“Barangsiapa shalat fajar (shalat subuh) berjamaah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari lalu shalat dua rakaat (shalat dhuha), maka seakan-akan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna, dan sempurna.” (HR. Tirmidzi)

Sakit gigi

Trick To Stop A Toothache
To stop your toothache, you just have to rub an ice cube on the back of your hand, right between the area of thumb and index finger. There exists a nerve that stimulates a part of your brain which blocks the pain signals from your mouth. — with Srilan Srisukumaran and Evelyn Nolan Mills.

Untuk pengekalan kesihatan

Untuk pengekalan kesihatan. Amalkan SEBELUM SARAPAN :

Menelan sekurang-kurangnya 5ml minyak zaitun tanpa disulami dengan air bagi bekalan tenaga jantung.

Meminum 100ml air putih + 15ml madu lebah.

Memakan sekurang-kurangnya sebiji kurma sebagai sumber karbohidrat awal tubuh.

InsyaALLAH sihat tubuh.