Jumaat, 18 Februari 2011

Maulidur Rasul

Tadi ada ceramah Maulidur Rasul di sekolah. Pelajar macam biasa la bising macam dah takde waktu lain mereka nak borak,jadi kerja mereka boooraaakk je..dengan suara kuat tanpa peduli siapa ada kat depan. Penceramah cakap,
  " Tutup mata..kamu balik nanti mak kamu mati.".Dia dok ulang cakap yang tu aje.
   "Eh, kenapa kamu semua masih tersengih-sengih,kamu balik mak kamu mati ni," kata penceramah tersebut kat bebudak sekolah.
    'Kamu semua takde perasaan ke?Mak kamu bersusah payah kerja membesarkan kamu..kamu tak sedih ke?Sepatutnya seseorang tu cukup sensitif kalau orang sebut tentang mak,"
Aku sedikit pelik dengan ayat penceramah tu sebenarnya, macam tak jelas je arahan dia kan..
Bebudak selamba tak hiraukan cakap penceramah, masih borak-borak sesama sendiri.
    "Ok..sesiapa tidak rasa sedih terhadap mak dia, saya doa kepada Tuhan tunjukkan lah kepada mereka-mereka ini balasan,"kata penceramah.
   'Kalau sekolah lain saya buat macam ni , menangis teresak-esak seluruh sekolah tau tak?" katanya lagi.

AKU CUMA NAK CAKAP BETAPA EMO NYA SEORANG PENCERAMAH AGAMA BILA BERDEPAN DENGAN KEADAAN PELAJAR BISING DAN BUAT TAK TAU KITA BERCAKAP DI DEPAN. Kesian penceramah tu..mungkin dia nak cakap dengan lebih teratur dan touching sebenarnya tapi disebabkan pelajar wat tak heran, dia hilang punca...

Dekat sekolah lain, pihak atasan buat lawatan, masuk ke kelas untuk memantau guru mengajar. Ada seorang pelajar mundar mandir , disuruh duduk taknak duduk. Pelawat berkeras suruh duduk, pelajar baling kerusi ke arahnya, terus pelawat lari keluar kelas dan terus balik ke rumah.

Hmm...kronik sungguh. Bila cakap kat hubby, dia suruh gari je bebudak yang nakal  ni, bawa naik bas dan bawak terus ke rumah menteri, dan cakap perkara yang sebenarnya. Idea dia memang pelik orang tak larat nak buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan