Sabtu, 14 Julai 2012

Sayangi tulang rusuk mu yang hilang

"Kalau aku taknak kat kau, siapa pun taknak kat engkau ni tau tak"-suami
"Cakaplah dengan semua orang, kau ingat ada orang nak percaya ke cakap engkau tu"-isteri
"Selama ni memang kau tak pernah berjaya buat satu benda pun, puih!"-suami


Jika anda pernah dicemuh seperti ini, bertindak segera , jangan tunggu hingga anda sakit mental.


Atas ni sedutan iklan radio sinar yang saya tak berapa ingat dialognya, tapi lebih kurang macam tu lah isi yang nak disampaikannya.

Dalam entry lepas , iaitu yang ini, saya ada ceritakan tentang teman saya yang menyampuk tetiba percakapan teman yang satu lagi. Dialognya yang ini.-


" Nih..kesimpulan dari cerita yang akak cakapkan tu...
jika hubungan seseorang perempuan itu  dengan Allah baik, maka Allah pun akan hantar lelaki yang baik untuk jaganya. Saya takde la nak mengata sepupu akak tu tak baik, tapi Allah dah cakap macam tu."

Saya nak describe tentang teman saya yang ini.
Orangnya sangat cantik. Kulit putih merah, bibir merah merekah. Aurat ditutup sempurna. Sentiasa tersenyum ceria. 
Kawan saya yang lain pernah kata, dia ni kalau kawin dengan raja pun takde orang nak komplen sebab memang sesuai. Dan kalau orang nak describe dia, senang je, yang cantik tu ke? Takde orang nak kerut kening bila dengar soalan tu.
Dia kerap pakai jubah, dan baju yang longgar-longgar sahaja, tetapi tetap nampak bergaya.
Tudungnya semua melepasi bahu dan labuh sampai bawah perut. Tetapi tetap nampak bergaya sebab dia takkan pakai tudung yang biasa sahaja, tetapi yang ada fesyen sedikit, tetapi tak melampau2.
Saya selalu ingat dia banyak duit, tetapi sebenarnya tidak. 
"La...tau tak, kain ni cuma 10 ringgit semeter" katanya. Le...murah betul, tapi cantik.
Cantik sebab si pemakainya cantik, dan baju sentiasa bertukar2.
Sebabnya dia pandai menjahit. Kalau nak pergi ke sekolah, kita bukak almari pilih baju, pakai.
Dia pula, bukak almari, pilih kain dan jahit, baru pakai. Begitu juga tudung, banyak yang dijahit dan dipakai terus untuk ke kerja.

Baru2 ini hampir satu sekolah tempah baju, tudung dengannya. Hari ni tempah, esok atau lusa siap. 
Ada juga yang tempah langsir.
Saya kagum dengan dia, dahla cantik, agak warak juga, pandai menjahit pulak tu.
Selalu  saya duk borak2 dengan dia, tetiba datang orang lain. 
" Nah..duit jual tudung " RM 500, bertukar tangan. Kalau agak kerap, dah berapa sebulan. Tu hasil jualan tudung yang dia jahit , disebarkan ke sekolah2 lain, dengan bantuan guru2 lain.

Tapi tiba2 bibik Indon dia balik ke Indon dan taknak datang balik, alasannya anak dia meninggal. Orang kampung tak bagitau sepatahpun tentang pemergian anaknya. Orang kampung siap berlakon kata anak dia dah pandai berjalan dan sebagainya bila dia telefon dari Malaysia. Anaknya OKU dan tidak boleh berjalan. Kesian juga kat bibik tu, tapi kawan saya pun kesian juga, sebab betul2 nampak letih menguruskan anaknya yang 3 itu. Dia siap beli tiket pergi balik untuk bibik, tapi bibik tak balik2.

Selepas bibik balik, semua tempahan tudung dan jubah di kensel. Asyik search sana sini tentang amik maid baru. Serabut betul nampak dia, dengan anaknya yang masih kecik yang tak biasa duduk dengan orang lain , buat dia nampak tak tenang.

Manusia ni kalau dah letih, .. terlepas cakap tentang semua benda.
Selama ni saya rasa keluarga dia harmoni. Suami dia warak, tiap waktu sembahyang berjemaah.
Kawan saya tak dibenarkan menjahit baju2 kebaya atau baju ketat yang lain, untuk jamin sumber rezeki halal.
Tambahan pula umur suami dia agak jauh bezanya, kami 30 an, suami dia 40 an, dah matang, lagi lah pandai jaga rumahtangga , pada anggapan saya.

Teman 2 di entry lepas bagitau " Akak ni kalau bersalin tak mau ibu atau ibu mertua, nak suami juga"
Teman 1 di atas bagitau " Saya taknak suami saya. Buat serabut saja. "

Kenapa?

Dia ceaser, tak boleh bergerak untuk urus anak, suami dia tetap suruh dia bangun untuk urus anak.
Nak mandi, tak boleh tunduk untuk ambil air dalam baldi, suami taknak tolong,kawan saya terpaksa suruh anak yang masih belum sekolah tolong cebokkan air.
Kalau tengah menyusu anak yang masih kecil, suami sepak bantal. Suruh layan dia sahaja, tak boleh tumpu pada anak yang asyik nak menyusu.
Perkataan pelacur, dan seiring teruk dengannya, dah biasa pada dia.
Kalau kereta rosak tengan jalan, pandai2 lah selesaikan sendiri. Suaminya balik rumah berehat saja.

Kesiannya. Saya tak pernah dengar cerita seperti itu. Yang saya asyik dengar ialah semua masing2 asyik memuji suami sendiri. 
Masa kawan saya bercerita pun, kakak tu asyik mencelah compare dengan suami dia.
Perempuan..tau je lah..perkataan paling disukai.."suami saya".

Kenapa ye suami sanggup buat isteri macam tu. Tak bersyukur langsung dapat isteri serba boleh, cantik pula tu. Dahla suaminya tua, tak hensem langsung pulak tu.opsss...Nak kata kaya pun tak juga. Biasa2 saja, pegawai kerajaan biasa saja.

Isteri2, sepatutnya meninggalkan suami pada hari pertama dia mencela isteri. 
Bukan tunggu dia berubah, bukan tunggu dapat anak. 
Dia, suami, takkan berubah, kerana suami  yang mencela isteri, otak dan hati sekeras batu. 
Bila anak makin bertambah, perasaan kesian pada anak melebihi segala.
Kesiankan  anak yang nanti tak berbapa macam lazimnya orang lain.
Perit dan sedih ditelan saja.

Macamana perasaan isteri yang sentiasa dicela, tetapi pada masa lain pula sentiasa diajak 'bersama'.
Macamana suami sanggup layan isteri seperti itu. 
Tidakkah keji?

Isteri, memang ada kekurangan. Kadang kala tidak pandai , sebab ilmu nya kurang. Tegurlah dia, ajarlah dia. Bukan dimarah dan dicela, kerana suami juga ada kekurangan dan kelemahan masing2.
(kata ustaz)

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki…
Dia bukan dicipta dari kepala , untuk diungguli lebih daripada suami, juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak. Dia dicipta dari tulang  rusuk kiri lelaki ,bersebelahan lengan lelaki  untuk dipertahankan ,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



Artinya:Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)


2 ulasan:

  1. Sebaknya baca entry ni... Tu lah kan, cabaran orang ni lain lain..
    Allah uji kita dalam pelbagai bentuk, semuanya nak bagi kita jadi insan yg lebih baik sebenarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer..
      yang penting kena selalu berdoa, kerana doa tu senjata orang mukmin, tetapi orang mukmin selalu tak menggunakan senjatanya, rugilah kita...

      Padam