Jumaat, 7 Ogos 2009

Selepas 6 bulan....

Banyak benda yang berlaku dalam 6 bulan ini..dan banyak sebab kenapa aku tak update blog ini...busy yang teramat sebenarnya..dan letih yang teramat dengan kerja, anak2 yang tengah lasak dan keadaan diri yang tidak berapa sihat.
Yang paling tragis..4/7/09 jam 10 pagi aku kehilangan datuk yang tersayang..yang memeliharaku dari kecil..dan yang paling terkilan..tak sempat melawat masa dia sakit tenat..dan tak sempat menatap wajah arwah untuk kali terakhir..
Aku hanya sampai pada sebelah malamnya..(geram dan kesal di hati hanya tuhan yang tahu)Ibu ada menceritakan bahawa wajah arwah berseri-seri dan badannya masih panas walaupun sudah lama meninggal..tetapi mayatnya lembik.Mengikut kata orang-orang tua, mayat lembik maksudnya ada ahli keluarga yang bakal mengikut jejak langkah arwah..
Tak sampai 2 jam ibu bercerita hal itu..kami mendapat berita bahawa adik bongsu datukku pula meninggal (3/7/09 jam 3 pagi)..Aku yang keletihan bercadang untuk melawat pada pagi esoknya..tapi malangnya..disebabkan satu perkara..aku tak sempat juga menatap wajah datuk saudaraku yang agak rapat denganku untuk kali terakhir..(geram, sebak dan kesal bercampur baur dalam hatiku)..Aku hanya menenangkan hatiku dengan beristighfar banyak-banyak.dan sedekahkan al-Fatihah untuk arwah...hatiku yakin kejadian ini ada hikmahnya..aku hanya mampu memujuk hatiku begitu..
Dan semalam..5/8/09..pukul 440 petang..genap sebulan pemergian datukku, abang atau datuk saudaraku yang sulung pula meninggal..aku terkedu..mereka pergi sekaligus..tiada lagi warga emas yang rapat dalam keluarga kami..cuma tinggal seorang lagi adik beradik mereka yang tidak begitu rapat.Mereka bertiga bagaikan sehidup semati..kuasa Allah..yang hidup pasti mati..Al Fatihah...yang pasti..pemergian mereka bertiga memang meninggalkan kesan yang amat mendalam di hatiku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan