Isnin, 21 Mei 2012

Masa nak tido

Tiap2 malam saya pening ,
sebab

Bila masa nak tido,
semua pakat sibuk nak tido ngan ibu.

"Atik nak tido ngan ibu" Akif  , sampai ke 2, 3 4, 5, 6  kali saya terlena dek dia. Masa semayang subuh pun dia duk nangis duk ulang dialog sama. Saya yang sekadar nak menidurkan dia selalunya terlena sama dek pelukan tangan dia yang kecil itu. Tah sapa yang tidurkan sapa  tah.

"Adik atal...." Dari kecik sampai le ke besar tu la modal Hafiy. Kalau tak bergaru dia tak tido. Padahal badan dia takde satu biji gatal pun. Tunjuk dagu, tunjuk perut, tunjuk ketiak suh ibu garu. Kadang kalau penat memang saya marah juga, pastu cakap elok semula, penat wei kalu hari sekolah. Tempat yang dia leh capai dia garu sendiri. kalau belakang baru saya garu2 manja., berjam2, sampai saya tertido-tido.  Tah sapa yang garu sapa tah.

"Sapa nak peluk abang...., " Ezzam akan menangis kadang2 suh peluk.
"Takde sapa pun yang sayang kat abang" Alahai...sedih pula saya dengar. Dia paling baik. Dapat je adik
pada umur 1 tahun 9 bulan terus tido sendiri sambil pandang saya dari jauh.

Kesian dia. Tu la...saya rindukan Ezzam dan Hafiy walau mereka berada di depan mata saya kerana tak sempat terima kasih sayang sebagaimana layaknya budak seumur tu terima. Kadang saya peluk dia kalau keadaan mengizinkan, tetapi kiri kanan saya penuh dihimpit, Akif cuma akan diam kalau sebelah bada dia atas badan saya. So'oh betul rasa perut, ditambah dengan hawa panas sekarang ni, mak ai....nak gelegak rasa.

Tamat.


2 ulasan:

  1. meme ssiye tp rezeki allah dok, senyum jah la kito..

    kakok2 sy gtu jgk, jenis rapat2, bdk2 tu kalu blk kg beramai2,yg perempuan2 itulah wp dh form 5 form 3 sibuk duk nnepek kt tepat tido mokcik ni, nok bbalik pong susoh.. tp sweet..

    and sy rs, best ank ramai ni ;-)

    BalasPadam
  2. la...sampai ke besar ke dorang macam tu?hahaha..rimasnya kalau fikir sekarang ni.kadang2 bestla kan, byk ragam melucukan

    BalasPadam