Selasa, 7 Februari 2012

Asyik nak ikut orang balik je dia ni

Pembantu makmal sekolah lama saya call (Ita-nama samaran).

Katanya nak mintak tolong sebab pembantu makmal baru (lelaki) kena gangguan, berdebar2 bila datang sekolah, jadi tak suka datang kerja dan tak boleh tidur sejak Cuti Tahun Baru Cina. Pengetua yang tengok muka budak ni macam orang sasau suruh Ita ni tolong budak ni cepat2.

Dari ustaz (3 orang) yang merawat, katanya dia kena 'buatan orang' di sekolah tu jugak.

Simptom dia macam saya. Kalau macam tu saya boleh buat kesimpulan bahawa makhluk halus di sekolah tu dah kacau dia , macam saya dulu makhluk kecik tu ikut saya balik ke rumah dan menganggu rutin harian harian dan jiwa saya.

Budak lelaki pembantu makmal tu sekarang jadi pelupa (sebijik), baru je orang lepas cakap dia akan lupa tak ingat apa pun. Mungkin dr ada diagnosis mereka sendiri. Tetapi kalau ikut versi saya ni, makhluk ni suka kacau orang yang pendiam dan stress kot, tetapi saya takdela pendiam mana, dulu mungkin stress sebab lepas bersalin dan ada beberapa hal yang jadi, tetapi budak ni pemain bola sepak kelab, dan aktif , masih muda lagi, stress pe kebendanya.

Jadi Ita ni nak jumpa saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, tetapi hb  saya tak benarkan sebab katanya hal berkaitan lelaki, biarlah budak lelaki itu setel sendiri.

Saya bagi no telefon tempat saya berubat dulu (salah satu). Harap2 budak lelaki tu akan ok lepas ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan