Rabu, 20 November 2013

Meracau malam, nampak itu ini, pening waktu pagi, pergi hospital kata sihat, adakah kena gangguan jin?

Perkongsian ustaz wan asrul

Suatu ketika, sang faqir dijemput untuk 'tengok' pesakit di salah sebuah tempat di Kuala Lumpur.

Apabila sampai, terlihat terbaring seorang wanita yang usia kurang lebih 60-an, yang baru sahaja kematian suami.

Wanita tersebut dijaga oleh anak saudaranya, lantaran wanita tersebut tidak mempunyai zuriat.

Anak saudara kepada wanita ini memberitahu, bahawa wanita ini dikatakan mempunyai saka dan gangguan jin.

Sang faqir bertanya, "siapa yang beritahu macam tu?"

Anak saudara wanita tersebut menjawab, " ada jemput ustaz-ustaz buat rawatan, ramai yang kata macam tu, termasuk pusat rawatan t***** ****** juga kata ada gangguan jin."

Sang faqir bertanya, " apa yang buatkan ustaz-ustaz tu dakwa bersaka, ada jin segala bagai?"

"Setiap malam, makcik meracau-racau, macam bercakap dengan seseorang, sakit pula tak menentu, asal malam saja, sakit sana sini." Jawab anak saudara wanita tersebut.

"Dah bawa pergi hospital atau klinik?" Tanya sang faqir.

"Dah, tapi klinik bagitau ok." Jawab anak saudara wanita tersebut.

"Berapa klinik yang dah pergi?" Soal sang faqir kembali.

" Hospital sekali, klinik ada 2 kali, tapi kenapa ya ustaz?." Soal anak saudara wanita tersebut.

"Beginilah kak, terus terang saya beritahu, makcik akak TIADA unsur gangguan jin atau saka langsung, dia mengalami masalah gangguan buah pinggang, sebab itu asal malam sahaja dia sakit pasal elektrolit dan pH dia tak stabil, dia ada mengadu nampak itu ini bukan?" Soal sang faqir semula.

"Ya, betul tu ustaz, dia selalu mengadu nampak itu ini, kadang-kadang naik risau akak." Jelas anak saudara wanita tersebut.

"Itu adalah kerana kimia dalam otak dia dah tak seimbang pasal ada gangguan pada sistem buahpinggang dia, tambahan pula dia ada trauma. Macam nie akak, saranan saya, TOLONG BAWA KE HOSPITAL PAKAR, periksa buah pinggang dia, periksa peratusan yang berfungsi, kalau dibiarkan, akan melarat penyakit dia, dia ada pening-pening waktu pagi kan?" Soal sang faqir.

" Betul ustaz, dia ada mengadu pagi-pagi dia pening, macam mana ustaz tahu ye?" Soal anak saudara wanita tersebut kembali.

"Inilah perubatan Islam yang sebenar, kena ada diagnos secara nyata dan relevan, bukan asyik cerita hantu saja." Jawab sang faqir ringkas.

Sang faqir adakan sesi rundingcara, seterusnya menekankan sekali lagi pesakit dibawa ke hospital pakar.

Lebih kurang sebulan selepas peristiwa tersebut, sang faqir menerima panggilan daripada anak saudara wanita tersebut,"terima kasih banyak-banyak ustaz pasal suruh pergi hospital pakar, memang buah pinggang makcik saya ada gangguan, hanya 30% sahaja berfungsi sebelah kanan, 40% sebelah kiri, kalau biar, memang rosak terus buahpinggang dia, sekarang dia dah beransur sembuh, saya ikut saranan amalan pemakanan yang ustaz suruh tu, AlhamdulILLAH, terima kasih banyak-banyak ustaz,."

Sang faqir hanya mampu menjawab, "AlhamdulILLAH, sama-sama."

Seruan sang faqir yang dhoif lagi lemah ini kepada sekalian perawat yang melabel diri sebagai perawat Islam( sang faqir bukan perawat), tolong berhati-hati dengan dakwaan yang keluar dari mulut kalian, kerana orang yang sakit meletakkan kepercayaan penuh kepada kalian.

Tidak salah andai mengatakan TIDAK TAHU pada perkara yang sememangnya kita tidak jelas berbanding jika kita membuat dakwaan melulu sehingga pesakit semakin melarat.

Maka, tidak pelik hari ini kebanyakan pengamal Allopathy(perubatan moden) kurang percaya dengan Perubatan Islam, ini adalah kerana dakwaan yang tiada relevan dengan keadaan penyakit dan pesakit. Maka, perubatan Islam dipinggir, yang padahal kedudukan Perubatan Islam bukan hanya sekadar membincangkan hal saka, sihir, dampingan, dewa, jembalang dan perkara mistik lain, ianya bersifat Syumul atau Global malahan lebih dari itu.

Jin dan syaitan tidak dicipta semata-mata beri manusia sakit.

Hakikat sakit dan sembuh tetap kembali kepada Takluk Qudrat dan Iradat ALLAH.

Kembalikan pesakit kepada tauhid dahulu seterusnya diagnos mereka dengan hal sebenar dan relevan dengan penyakit mereka. Usah biarkan mereka diselubungi misteri.

Ayuh kita sama-sama letakkan Perubatan Islam di pentas yang sebenar. Selamilah ilmu Perubatan Islam, ianya amat luas.

Sekadar perkongsian dari insan yang lemah lagi dhoif ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan