Sabtu, 2 November 2013

AMALAN PENYERI WAJAH



Dari Ustaz Asrul Al Aydrus

Khusus Kepada :

1) Yang mengalami masalah ‘Berat Jodoh’
2) Calon-calon temuduga kerja atau temuduga dengan bakal bapa mertua.
3) Mereka yang ingin sentiasa berukhwah baik dengan masyarakat, yang pasti paling utama adalah Adab dan Akhlak didahulukan.

*Jika ada niat yang lain daripada hal di atas, segalanya atas tanggungan sendiri. Sang faqir tidak bertanggungjawab jika kalian secara tiba-tiba menjadi rebutan para gadis atau teruna di kampung masing-masing.

KAEDAHNYA :

Dibacakan-

1) SurahYusuf : 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

2) Surah Thoha : 39

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
“dan AKU telah tanamkan dari kemurahanKU perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKU.”

Setiap kali selepas Solat Subuh (setelah selesai wirid hasanah mahupun darajat), setiap satu ayat di atas dibacakan 3x pada sebekas air putih bersih.

Kemudian disapukan ke wajah sebelum keluar rumah, dengan dirautkan dari dagu ke dahi (penuh wajah) 3x, sambil berselawat.

InsyaALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan urusan kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan