Sabtu, 22 Oktober 2011

Mual

Banyak masa terluang membuatkan saya banyak masa untuk buat benda2 yang orang lain buat. Baca berita, ye, saya memang jarang mengikuti berita tempatan dan dunia.

Tetapi saya rasa baik tak tengok berita. Rasa mual semacam dok baca berita.

Bapa liwat anak 23 hari, ibu kelar anak, budak 2 tahun digelek van dan lori tanpa belas kasihan, dan semalam Muammar Gaddafi ditembak mati. Dah orang tu menyerah , dengan penuh takut cakap jangan tembak jangan tembak, tapi pemberontak tetap tembak di kepala, tak lama lepas tu. Dan mayat dia dikerumun oleh muda mudi untuk merakamkan gambar dalam hp. Sadis betul. Tak ada rasa hormat langsung dekat orang muslim yang mati.

Buat saya pening.Kalau sekarang macam ni punya teruk perangai umat kat dunia, apa jadi masa anak2 saya membesar nanti. Rasa  tak ingin sampai ke peringkat di mana perangai manusia lebih teruk ini. Sekarang ni pun perangai mereka kejam, bak kata seorang penkomen, perkataan hina pun tak boleh nak diguna untuk describe sebab mereka lebih hina dari hina (perbuatan mereka itu).

Ya Allah, peliharalah keturunan ku daripada perbuatan seperti itu, peliharalah seluruh umat Islam, sinarilah hati kami dengan iman, berilah hidayah Mu kepada orang2 kafir, supaya kami dapat hidup dengan aman dan damai.

Oh ye, harap semua sedar bahawa adalah menjadi tugas kita menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam.
Petikan dari blog kawan saya-
"Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai da’wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi. Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”.
 Cerita benar :
Ada seorang makcik kerja sebagai penyapu sampah tetapi hidup dia amat bahagia dan tenang. Semasa menyapu sampah dan membuang kotoran, tangannya tak lepas dari memegang tasbih berzikir. Dengan sikapnya yang amat bersyukur dan tak lekang berzikir walaupun hidup susah,  dia berjaya memikat hati 300 orang Yahudi untuk memeluk Islam.

Pandang diri kita sendiri, apa yang telah kita buat untuk menjalankan amanah Allah yang satu ini.

Kata-kata seorang mualaf -
Kalau kita perhati keadaan sekeliling, kita akan dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Dahlah tak buat kerja, nak sindir orang pula (sebab masuk Islam sebab nak berkahwin)!
Saya bukanlah tukar profesion jadi pendakwah pula sekarang, tapi saya rasa pening , bila ada kejadian ngeri, manusia mengutuk kaum tu kaum ini, bukannya mengutuk berkenaan perangai orang pada masa itu tapi mengutuk Kaum pula.
Kalau lah kebanyakan daripada kita boleh berada di bawah satu agama Islam saja, pasti kita akan lebih aman.          

2 ulasan:

  1. memang pelik dunia sekarang ni kan...moga kita tak jadi yang pelik tersebut...

    BalasPadam
  2. pelik dan menakutkan. kena berdoa selalu agar kita tak terjebak dan selalu dalam lindunganNya.tak sanggup nak dengar yang pelik2 berturut macam ni.

    BalasPadam