Khamis, 13 Oktober 2011

Bagaimana ingin mempunyai jiwa yang tenang

Assalamualaikum.
Bagaimana ye? Memandangkan saya pun seorang yang mempunyai jiwa kacau bilau, sukar untuk menjawab soalan ini.

Bila kita mempunyai masalah, adakah mencurahkan masalah kepada kawan merupakan jalan terbaik untuk meredakan gundah gulana itu. Mungkin ye, kita akan dapat kepuasan sekejap kerana dapat meluahkan perasaan kita sekejap. Tapi adakah jiwa kita akan tenang? Rasa-rasanya tidak.

Adakah dengan melayari facebook, membaca membaca status update kawan2 yang tiada isi itu membuatkan kita lupa dengan masalah kita dan seterusnya hati akan tenang. Pun tidak.

Adakah dengan melayari blog2 ilmiah dan dakwah dapat menyelesaikan masalah kita dan seterusnya memberikan kita ketenangan yang kita mahu itu? Mungkin, tapi benarkah?

Dulu saya sibuk dengan anak2, sungguh kacau bilau jika ada perselisihan faham dan sebagainya. Minda saya kadang terfikir bahawa aku sedang melakukan ibadah, iaitu menjaga anak, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai guru, kenapa hati rasa libang libu?

Kuncinya, kena menghadiri majlis ilmu agama. Aura yang kita dapat semasa berada dalam kumpulan orang yang datang ingin menuntut ilmu dan aura berdekatan dengan guru tidak sama dengan hanya mata kita membaca benda ilmiah. Berada dalam majlis ilmu agama itu lebih memberikan ketenangan, hinggalah kita balik ke rumah. Rasa hati sukar digambarkan. Rasa diri terlalu jauh ketinggalan.

Bukanlah maksud saya untuk mengatakan saya sekarang ini sudah baik atau apa2. Cuma bagi yang rasa tiada arah ingin dituju, kenapa hati rasa libang libu, itu adalah caranya. Mungkin ada cara lain, yang di atas itu cumalah pendapat saya yang menjelaskan tentang pengalaman saya sahaja.

Banyak lagi yang nak ditulis, tapi kesuntukan masa.


Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan