Selasa, 16 Jun 2015

Rawatan demam selsema dan batuk

Cnp
Demam
----------------
Sepanjang 3 hari ini saya cuma buatkan kaedah " stoking bawang besar".
Bawang besar dipotong dua. Tekapkan di tapak kaki,pakaikan stoking dengan kemas.
Selang dua jam saya gantikan potongan bawang yang baru apabila:
- bawang sudah berasa panas(haba tadi diserap melalui tapak kaki kerana kandungan bawang yang kaya air)
-bawang sudah bertukar warna dari merah kepada separuh kekuningan(seperti kita menumis di kuali,kesan haba yang berjaya di serap brtindakbalas dengan zat kimia dalam bawang itu sendiri)
Selesema dan batuk
----------------------------------
Telan pati habbatussauda 3ml,sapu rata-rata sekeliling lelangit anak.
Sapu nipis -nipis pati habbatussauda di T zone hingga meresap supaya melegakan pernafasan mereka ketika tidur dan mencegah hidung tersumbat.
Sapu pevoo seluruh badan dan buat picitan ringan.
Pevoo baik untuk mengurangkan sengal -sengal sendi dan otot .
Kerapkan memakan kurma bagi merangsang tenaga dan meredakan emosi.
Alhamdulillah sangat membantu mengelakkan anak merengek yang berpanjangan.
Izin Allah, anak-anak tetap cergas,berselera makan dan tidak tinggal solat walaupun kurang sihat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan