Ahad, 22 September 2013

akhlak nabi saw

AKHLAK NABI SAW 

Selalu diam.
Berbicara seperlunya.
Bicaranya fasih, ringkas tapi padat.
Hati selalu sedih.
Berfikir terus menerus.
Menghargai ni'mat sekecil mana pun tanpa pernah memperlekehkan.
Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, dimakan, apabila tidak suka, ditinggalkan.
Tidak pernah marah menyangkut urusan dunia.
Marah atau mengekang amarah bukan kerana nafsu.
Apabila kebenaran dilanggar, tidak ada yang mampu mengekang amarah baginda.
Apabila marah, baginda memalingkan muka.
Apabila senang, baginda memejamkan mata.
Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas, serta berteriak-teriak di pasar.
Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, bahkan baginda memaafkan dan berlapang dada.
Tangan baginda tidak pernah memukul selain dalam Jihad di jalan ALLAH.
Apabila menghadapi dua perkara, baginda memilih yang termudah selama tidak berpretensi maksiat.
Di rumah, baginda adalah manusia yang membasuh pakaian, memerah susu, dan mengerjakan sendiri segala keperluan diri.
Di saat duduk ataupun berdiri, baginda sentiasa berzikir.
Raut wajahnya selalu cerah, perangai dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan ramah.
Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, beteriak-teriak, apalagi mencela orang.
Tiga perkara yang dijauhi: perselisihan, congkak dan segala yang tidak diperlukan.
Tidak pernah mencela atau memaki-maki orang.
Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
Bicaranya memukau siapapun yang mendengarnya, seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
Sesiapa yang melihat baginda sepintas lalu akan berasa gerun bercampur hormat.
Bagi yang sering bergaul dan telah mengenal baik baginda, akan menyayanginya tanpa batas.
Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang mahu duduk, dan tidak menganggap ada yang lebih mulia di kalangan mereka.
Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya, atau jika sebaliknya, ditolak dengan tutur kata yang sejuk.
Di mana baginda berada, di situlah terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar, serta amanah. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan baginda.
Semua mengakuinya lebih utama kerana ketaqwaannya, menghormati yang tua, menyanyangi yang kecil, mengutamakan yang berkeperluan, orang asing dijaga dan diperhatikan keperluan jua kebajikan.
Tidak memotong bicara orang. Jika ingin memotong, baginda hentikan dulu atau berdiri.
Paling berlapang dada.
Paling tepat loghat bicara.
Paling halus wataknya.
Paling ramah tata pergaulan.
Cerita orang yang berusaha menggambarkan baginda,
"Tidak pernah aku melihat orang seperti dia, sama ada dahulu atau sekarang."

Selawat dan salam semoga abadi mengalir kepada baginda, segenap keluarga dan sahabat baginda. Segala puji milik ALLAH, Tuhan semesta alam !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan