Khamis, 4 Mac 2010

Seminggu lalu..

Seminggu lalu..lebih kurang masa ni jugak..kul 1230 mlm...
Tengok nafas Hafiy pendek2..turun naik..macam semput..tuannya tidur..aku gundahh..sebab dah pernah rasa semput,seksa..

Ajak adik turun ke klinik..(Adik tengah sakit dan tak larat) dia kendong Akif yang baru nak tido,,arghhh..kereta lak bateri kong.....Naik semula atas rumah. Tengok Hafiy semula..makin teruk berguling-guling takleh nafas..takleh jadi, turun sensorang semula..tawakkal je semoga ada orang yang boleh tumpangkan aku ke klinik. Adik n Akif tinggal di rumah.Nasib baik ade 2 remaja Cina yang nak keluar beraya ,dengan senang hati hantar aku ke klinik 24j, dorang siap tunggu n hantar balik semula. Siap diberi oksigen..Hafiy dapat tido lena.

Kul 4 pagi, Hafiy semput lagi..kendong lagi turun ke bawah..nak tumpang sape lak pulak..nangis aku mintak tolong jaga hantar, dorang buleh duduk kat kerusi pandang depan macam aku tak wujud.(Dorang takut kena buang keje). Hafiy nangis bagai nak rak. Kalu takde anjing kat jalan memang aku jalan kaki gi klinik. Nasib baik ade budak lalu masuk kawasan parking, aku mintak tolong dia hantar. Hafiy ok sikit lepas diberi oksigen. Balik doktor yang hantar.

Call kawan mintak tolong hantar ke Hospital Selayang. Aku takut kejadian berulang, lagipun sepatutnye lepas sedut, tahan 6 jam kata doktor,tapi untuk Hafiy tahan 3 jam je.
Doktor Hosp Selayang reject, sebab Hafiy nampak ok je..(baru diberi oksien memang le ok).

Aku, adik, Hafiy n Akif ke rumah pakcik di Shah Alam sebab Adik tak berapa sihat, sedangkan Akif n Hafiy perlu dijaga. Kul 3 ptg gi sedut lagi di klinik. Alhamdulillah, Hafiy nampak makin ok dengan ubat-ubat klinik tu. Doktor suruh ulang lawatan pada malam tu jugak. Aku ulang lagi dari Shah Alam ke Rawang. Tq pakcik n makcik yang menolong aku time aku sangat memerlukan bantuan. Hati ku tersentuh bila dokt  n staff tanya 'mana ayah dia?'.

2 ulasan:

  1. ah, sedihnya entry ni..sian ko hafiy.
    ah lg la kesian!! ayah dia tau dok ni???

    BalasPadam
  2. za.tq tlg simpati..ore tak rasa sedih sgt masa tu, lps kwn2 dok ty kabar baru tertanya-tanya,,(serius sgt ke..??)sedih ms nak bw gi kali kedua tu je..dok klinik dah tak rasa ape.ayah dia tau.

    BalasPadam