Isnin, 23 Januari 2012

Solat terakhir

"Setiap kali hendak solat, kita mestilah merasakan bahawa solat tersebut adalah solat terakhir kita barulah kita akan bersolat dengan penuh khusyuk" -kata penceramah dalam IKIM .

Maka setiap kali hendak solat saya cuba melakukan seperti itu , namun banyak benar urusan dunia yang melintas dalam benak saya. Ya Allah..

Maut memang akan menjemput kita bila2 masa sahaja.


Malaikat maut mengintai

Minggu lepas Sabtu 14/ 1/2012 saya menghadiri mesyuarat AJK PIBG. Di barisan depan adalah YDP Bussinessman juta2, Naib YDP Haji Engineer, wakil PPKI -pendidikan khas, maksudnya anaknya adalah pelajar pendidikan khas,orangnya biasa2 saja,  dan pihak pentadbir sekolah.

Ada satu isu hangat, tak silap mengenai lawatan 40 wakil Indonesia nak datang ke sekolah kami, tapi guru2 kanan membantah. Maka , masa itu agak hingar bingar sebab YDP nak indon datang, guru kanan menghalang. Wakil PPKI juga mencelah. Saya agak terkejut kerana dia mencelah, tak pernah lagi dia bersuara dalam meeting. Tapi saya kesian dengan pakcik yang wajahnya mengingatkan kepada ayah saya itu, kurus cengkung, mata sedih. Bila dia menyuarakan pandangannya, seorang pun tak dengar. Naib YDP siap membelakangkannya, padahal boleh saja duduk betul2 mengadap meja, jadi tidaklah membelakangkan pakcik wakil PPKI itu. Banyak kali dia bersuara sampai pegang bahu Engineer tu supaya dengar, malangnya orang kaya itu buat tak tahu saja. Last2 sekali pakcik itu bercakap dengan PK petang yang duduk di sebelah kirinya, perempuan.

Kejadian itu nampak seperti saya pada zaman sekolah dulu. Segelintir orang2 sombong yang bersekolah bersama saya jarang nak mendengar bila saya bersuara. Trauma. Alhamdulillah sekarang saya tahu mengatasi masalah seperti itu, tambahan pula sekarang saya dikelilingi oleh orang yang bukan sombong.

Seminggu saya terbayang wajah pakcik tersebut, kesian yang mendalam. Rasa tak puasa hati terhadap engineer bergelar haji yang kopiahnya sentiasa atas kepala.

Semalam genap seminggu, meeting kecil berlalu, tibalah  Mesyuarat Agung PIBG. Kami AJK2 PIBG dibarisan hadapan, sebelum mula meeting digemparkan dengan kejadian wakil PPKI tersebut kejang mendongak ke atas seolah2 susah bernafas. Semua panik. Saya cadang letak atas pentas  supaya badan straight, tapi biasalah, saya bukan pihak pentadbir, cuma guru kecil, suara saya tak didengar. Semua pakat angkat pakcik tu dan letak atas sofa, kaki diangkat ke atas, tinggi. Beliau dikejarkan ke hospital. Anaknya yang OKU meluru tapi tak boleh buat apa2, cuma mukanya sunggu risau.

Tak sampai setengah jam kami terima berita yang beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hampir satu dewan menangis termasuk YDP. Innalillahi wainna ilaihi ro ji'un.Al Fatihah.

Hari Sabtu 21/1/2012 , merupakan hari ini dalam sejarah, mesyuarat yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Semoga arwah En Abdul Rahman ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan