Wan Asrul Al-Aydrus
SOALAN
Salam alaik Ustaz,
ana nak mintak pendapat tentang amalan/petua untuk tambah darah dlm badan, zaujah ana ada telesemia minor dan sekarang sdang mengandung 5 bulan, Hb beliau sngat rendah, mohon tunjuk ajar ustaz.
JAWAPAN
W'salaam WMT, semoga Rahmat dan Redha ALLAH beserta Tn yang bertanya dan sekalian keluarganya.
Adapun soalan berkisar tentang masalah darah, iaiti Thalassemia Minor. Thalassemia minor atau nama lainnya Thalassemia trait berada dalam kelompok Beta Thalassemia, di samping Thalassemia Major dan Thalassemia Intermedia.
Bezanya, pesakit Thalassemia minor ini tidak menunjukkan sebarang reaksi menunjukkan dirinya pesakit thalassemia malahan bebas dari simptom, cuma masalah yang berlaku, dia adalah pembawa thalassemia, jika berlakunya masalah alpha thalassemia dan beta thalassemia yang tidak seimbang.
Mengikut statistik menunjukkan lebih kurang 1 juta rakyat Malaysia mengalami masalah ini.
Dalam Perubatan Islam, masalah ini ada kaedah penyelesaian dan kaedah mengelakkan, tambahan pula untuk ibu yang sedang hamil 'kuncup' (1-6bulan umur janin).
Antaranya, digalakkan ibu tersebut mengamalkan meminum air delima atau sekarang sudah ada yang dimudahkan iaitu pati delima keluaran Turki, diamalkan minum 3 sudu pati delima + 2sudu(sudu plastik besar) madu lebah + 200ml air, setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur, bagi tujuan penambahan oksigen kepada darah dan menstabilkan hemoglobin(hb)
Adalah amat tidak digalakkan ibu hamil, tidak kira yang bermasalah atau tidak bermasalah, mengambil Habbatuss Sauda' sebagai pemakanan tambahan, kerana enzim dan kimia di dalam Habbatus Sauda tidak sesuai dengan zat darah ibu yang sedang hamil, ianya akan memberi ransangan kepada zat darah tersebut sehingga memberi kesan tidak stabil pada Globin dan Hemoglobin, secara ringkasnya, zat tersebut bertukar menjadi 'racun' kepada ibu dan janin yang sedang dikandung, malahan memberi risiko Hyperbilirubinemia (kerosakan sel darah merah) dan Jaundice ( Kuning- kegagalan hati).
Digalakkan juga mengamalkan memakan tamar(kurma kering) atau rutob (kurma basah) atau balah(kurma muda) bagi menambahkan protein di dalam darah dalam membantu penstabilan Hb.
Banyakkan mengamalkan zikir Ya Hayyu Ya Qayyum 155x sehari.
terima kasih kerana berkongsi info ni,,sgt membantu..
BalasPadamAnak sy pun ade mslh sma mcm di ats...macam mane ye ustaz
BalasPadam