Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2011

anniversary

Anniversary

Nikah 25 /12/2002
Kenduri 26 /12/2002

Saya sambut anniversary 25 /12 tiap tahun
Dia sambut anniversary 26 /12 tiap tahun

Teka teki : bila kami punya anniversary sebenornye nih?


Kain  mahal

Dia : Nak beli  kain. Semua mahal2. Teka harga? (mesej dari kejauhan)
Saya : Erm, 70-80  (saya rasa tu rate mahal hb tercintaku)
Dia  : 50-60

Sobs (lap air mata ngan hujung lengan baju).

Pengubat hati : Takpe...dia yang selalu beria beli apa2 tiap tahun, saya berkadar langsung dengan dia).

Isnin, 12 Disember 2011

Zoo Negara..lagi...


Hb call suruh pergi Zoo Negara. Tempat dia paling minat gi..tah kenapa ntah. Betapa dia minat kat zoo ni, duk jauh pun suruh saya pergi jugak. Saya pergi jugak untuk bawa anak buah jalan2. Mujur hari mendung, rezeki untuk dorang.


Masa kecik suka tangkap ikan ni dalam baruh,
patutla dapat tangkap..pemalas rupanya ikan ni..tak gerak langsung.

Sian ikan ni..mata tinggal sebutir sebab butir mata duk kat luar,
terlanggar sikit dah tercabut mata dia..kesian..

Abeng..! Jerit Ahmad sebaik saja nampak binatang ini,
dan taknak berganjak dari tempat ni, peminat tegar kambing sungguh.
Kambing yang kacak2 dan tough semuanya.

Jantan macho. Setinggi manusia kalau berdiri, lengan berketak
 (kenyataan orang jakun tak pernah tengok chimpanzee).
99% struktur genetik menyamai  manusia, memang macam manusia la kan...
 Kesian pulak tengok chimpazee2 ni macam boring kena tonton.

Bosannya tengok korang ni...

Monyet tupai yang tak boleh duduk diam, kiut sangat,
kat dalam sangkar tu..

Abang dan Kak Yu yang disayangi


Tengah mengaum hebat. Dalam gambar nampak macam tengah asma la pulak...

Silakan ambik gambar saya

Busannya takde bini...

Pokok apa kenamanya..

Beruang bulu gebu, sungguh bz ke sana ke mari kenapa ntah?
Selalu datang tido je kejenya.

Sekumpulan lelaki lembut melintas di depan sambil  ambik gambar diri sendiri.
Saya cakap kat Kak Yu lelaki aw. Mulut...sori terlepas cakap.
Bila dorang hampir sangat dekat kami Ezzm duk cakap aw! aw! aw! kuat2,
mak dia menggelabah giler takut.

Makan bersama

Akf tinggal saya kat belakang semata2 nak usha awek sebelah tu.

Kuda padi. Erk..yang tu memang terkeluar gitu ke hapa?
Seksi betul, patut kena pakai seluar.
Hafiy, Ezzam dan Akif.

Dialog satu keluarga lain.
Ayah : Ni binatang apa?
Anak : Beruang panda (excited jawab cepat2 dan kuat2)
Ayah : Teghuknya!

Chilrdren world yang takde apa sangat saya rasa.
Tapi betul la children's world ..Akf datang sini taknak balik2. Puas pujuk,
jumpa anak minachi dan adegan jeling menjeling berlaku, ..pastu baru nak balik.
Apasal la lelaki macam ni, dari kecik hingga ke tua, sungguh obses dengan perempuan.
Sejak ada Kak Yu kat rumah ni semua pakat2 kontrol macho.

Hik hik hik..tetap seronok dan cergas walau dah berjalan jauh pusing satu zoo enggan di dukung.
Memang tak sia2 la makan nasi banyak tiap hari , kuat betul.

Akif naik tram. Akif=Iktikaf. Nama dipilih ayah supaya fokus.
Memang fokus betul , berjalan tengok haiwan macam orang dewasa,
tak memenatkan ibu langsung.iktikaf tu kan dlm masjid..??apa ayah ni..


Niece, Kak Yu

Jumaat, 18 Mac 2011

Kenit

Empi..ancuk..anti antuh..- si kenit laung kat abang dia Hafiy

Eleh..dia belum pun boleh berjalan..pandai nasihatkan orang pulak..

Aku kagum dengan dia sebenarnya, belum boleh berjalan tapi dah pandai atur ayat yang panjang, pandai nasihatkan abang dia suruh masuk dalam rumah, jangan main kat luar takut jatuh.

Khamis, 17 Mac 2011

Pics

Dah lama gambar2 anak2 simpan dalam hp sebab aku tak pandai / malas nak transfer ke netbook ni. Dengan bantuan hb kerja jadi senang / aku rajin. Jadi aku paparkan sebelum aku malas lagi.

Suka 'mewarna' dengan Pi (panggilan utk abang Hafiy)

Pandai kan dia pegang pensel? Takde sapa ajar.
Aku rasa sesetengah budak tak pandai pegang pensel.
Ke aku sorang je yang tak tau semua budak kecik dah pandai pegang pensel?




Abang Hafiy yang dahaga kasih sayang,sob sob..sian dia.

Bila ibu nak snap cepat2 sengetkan kepala...ingat kiut ke gitu.



Agak-agak comel tak bila saya wat muka gini
 


Ade tak sesapa nak tolong cat pagar,
dah berkurun aku beli cat tapi pagar belum bercat-cat walau dah berkarat.

Ahad, 20 Februari 2011

Tanya tanya

Ibu, nak gi sekolah-Ezzam
Sekolah abang tutup hari ni, ibu gi sekolah, abang duduk ngan ayah, -Ibu
Kenapa ibu kena gi sekolah hari ni?(sabtu)
Ibu ajar orang besar
Kenapa ayah tak gi sekolah hari ni?
Ayah ajar orang kecik

Nampaknya Ezzam dah boleh tanya benda berkaitan berturut-turut. Selalu pun dia banyak tanya soalan tapi kalau keliru jugak dia tak tak tau nak tanya yang seterusnya. Dia semakin berkembang nampaknya.  Tadi dia tanya soalan kelakar. Agaknya pelik fizikal ibu dia aje yang lain dari dorang bertiga. Sakit perut aku gelak dengan soalan tak berdosa dia.

Khamis, 17 Februari 2011

Peel

Hafiy,
Kalau dia usik adik, dan kena marah dengan aku mesti dia menangis dan takkan reda kalau aku tak bagi dia susu atau suruh dia ambil susu, dah setahun macam ni la peel nya. Aku takleh nak jadi tegas, kalau buat tak tau mesti dia menangis sampai muntah-muntah. Hari sekali lagi dia usik adik dia, aku marah, dia menangis teresak-esak. Aku macam biasa mula-mula mesti buat tak tau je..lama baru suruh ambil susu untuk berentikan dia menangis.Belum sempat aku wat keluar ayat, si kecik cinonet  (Akif) tu nak pujuk dulu.
  " Tu, cu, mik (Tu susu, ambik), "  suruh cinonet tu kat abang Hafiy nya..dan abang Hafiy patuh gi ambik susu dan minum dan berenti menangis. Ei..geram jugak ngan budak Akif ni, rupanya dah pandai tapi selalu buat-buat dia tu macam baby, meragam, menangis merengek , mengada-ngada, buat aku tambah letih.

Ezzam
Buat pertama kali dalam minggu ni Ezzam dan boleh menjawab soalan 'kenapa ' aku.
Aku tak tau tahap mana perkembangan ni, mungkin slow la kot sebab bila tanya kenapa dia mesti diam je..
-Abang taknak gi kolah,;-
-Kenapa?-
-Diam..-

Tapi semalam..
-Abang tak nak gi kolah-
-Kenapa-
-Abang batuk...-
Wah....suka sangat aku dengar dia dah boleh jawab soalan aku.
Siannnn dia..aku tak sempat nak berkomunikasi..atau layan dia untuk merangsang otak dia sebab Akif terlampau ngada-ngada, banyak perhatian dan masa perlu diberi untuk dia aje. Tapi aku selalu dok tanya kawan-kawan pasal perkembangan anak dorang pada masa umur sebaya Ezzam kata mereka tu adalah biasa untuk anak lelaki..aku lega jugak dalam risau sebab aku rasa aku dulu umur 5 tahun dah matang dan pandai berdikari.

Peel

Hafiy,
Kalau dia usik adik, dan kena marah dengan aku mesti dia menangis dan takkan reda kalau aku tak bagi dia susu atau suruh dia ambil susu, dah setahun macam ni la peel nya. Aku takleh nak jadi tegas, kalau buat tak tau mesti dia menangis sampai muntah-muntah. Hari sekali lagi dia usik adik dia, aku marah, dia menangis teresak-esak. Aku macam biasa mula-mula mesti buat tak tau je..lama baru suruh ambil susu untuk berentikan dia menangis.Belum sempat aku wat keluar ayat, si kecik cinonet  (Akif) tu nak pujuk dulu.
  " Tu, cu, mik (Tu susu, ambik), "  suruh cinonet tu kat abang Hafiy nya..dan abang Hafiy patuh gi ambik susu dan minum dan berenti menangis. Ei..geram jugak ngan budak Akif ni, rupanya dah pandai tapi selalu buat-buat dia tu macam baby, meragam, menangis merengek , mengada-ngada, buat aku tambah letih.

Ezzam
Buat pertama kali dalam minggu ni Ezzam dan boleh menjawab soalan 'kenapa ' aku.
Aku tak tau tahap mana perkembangan ni, mungkin slow la kot sebab bila tanya kenapa dia mesti diam je..
-Abang taknak gi kolah,;-
-Kenapa?-
-Diam..-

Tapi semalam..
-Abang tak nak gi kolah-
-Kenapa-
-Abang batuk...-
Wah....suka sangat aku dengar dia dah boleh jawab soalan aku.
Siannnn dia..aku tak sempat nak berkomunikasi..atau layan dia untuk merangsang otak dia sebab Akif terlampau ngada-ngada, banyak perhatian dan masa perlu diberi untuk dia aje. Tapi aku selalu dok tanya kawan-kawan pasal perkembangan anak dorang pada masa umur sebaya Ezzam kata mereka tu adalah biasa untuk anak lelaki..aku lega jugak dalam risau sebab aku rasa aku dulu umur 5 tahun dah matang dan pandai berdikari.

Rabu, 9 Februari 2011

Keliru

Nampaknya bukan Akif seorang saja yang keliru dengan namanya ngan Hafiy.
 Semalam ke Klinik kanak-kanak. 6 botol ubat ditanda dengan nama Hafiy semuanya sedangkan sepatutnya ada Ezzam , Hafiy dan Akif. Ezzam punya ada. Aku mencari-cari ubat Akif, sah pembantu klinik tu keliru. Nasib baik aku dah agak dia akan keliru tanda botol ubat tu. Lepas di tegur baru la dia tandakan dengan betul mana satu ubat Akif dan mana satu ubat Hafiy, kalau tak haru  jugak..

Rabu, 2 Februari 2011

Apakah nama saya yang sebenarnya?

Time Akif dah lalok nak tido lepas bercinta ngan maknya, Hafiy mesti datang kat aku wat lembik tengkok pastu giling-giling badan aku ngan Akif sekali. Sakit tau kena giling ngan tulang dia. Sedikit tensi maknya akibat perbuatan beliau.
Pahtu aku ngan rutinnya akan cakap, "Hafiy, gi tido kat ayah."
Yang menyahut adalah Akif yang dah bulat semula matanya, "Ha..?' tanya beliau ngan innocentnya pahtu bangun tonggek2 merangkak gi kat ayah dia baring di situ, pahtu nangis nak datang kat aku balik.. sape tah yang suh dia gi situ..rutin yang wat proses nak tidurkan bebudak ni amik masa 2-3 jam.

Ezzam selau takleh ikut kalau aku suruh ikut nama penuh dia. Mata dia mesti macam konfius sangat. Dia pun 3 tahun baru buleh bercakap, jadi benda2 tu macam alien baginya.
Muhammad Nur Ezzam bin Nizam.

 Moral, jangan letak nama anak cenggitu, tapi aku rasa dah takde orang lain yang suka letak nama konfius gini rasanya, bak kata jiran belakang aku, dah takde nama lain ke dalam dunia ni?

Selasa, 11 Januari 2011

menatapmu satu kebahagiaan

teringin letak gambar bebudak tapi takdan masa pulak.
akif sekarang dan pandai bertatih, tapi dok tang tu gak, 4 langkah je, dah sebulan dah gitu.
pahtu, dia suka membilang, kalu wat gaya nak lari..mesti bilang dulu, atu..wo..go...!(pahtu lari sambil merangkak)
dia dah 2 bulan suka berjalan ngan lutut je, laju la pulak..adoi la budak ni, dibuatnya tebiat gitu sampai ke besar...haru la aku..
seminggu ni suka panggil ibu,
bu..bu..bu!(keras pulak panggilan kalu aku wat derd je..ikut sampai ke dapur toilet dan sebagainya.
baby ibu..menatap wajah tenangnya masa tidur, terbang segala masalah.

Rabu, 8 Disember 2010

Kampung

Baru kembali dari kampung..
Bahagianya dapat menghirup udara kampung, bau hutan yang segar..bagi yang tak tahu, aku suka ngan hutan sebabnya aku membesar dalam hutan bersama monyet lotong mawas semua.

Terimbau..
Dulu masa umur 4-6 tahun bersiar2 di celah-celah bukit seorang diri, cari kelubi, cari buah salak, (tu la jajan aku) perkara biasa. Merentas 2, 3 bukit,ikut kakak aku, menyusur anak sungai cari anak udang, dapat 10 ekor ,bakar, enaknya bau udang bakar . Sampai sekarang pun tak boleh lupa bau tersebut. Tu la cara aku kenal udang, kalu tak sampai ke sudah tak kenal rupa udang tu camne.
Tapi kami tetap happy sebab dok bersama ibu bapa.

Sebaik sampai kat rumah mak, Ezzm bukan main gembira (padahal dalam keta pening2 menangis sepanjang jalan) . Dia melompat-lompat, seronok, sambil cakap suka dok situ,,,wah..belum apa-apa dah cakap suka dok kampung. Mak senyum lebar.

Dulu ....masa balik Raya Cina rumah tu tak ceria sebab lama kena tinggal. Rumput panjang, tanaman habis kena makan kat kamben, rumah banyak serangga..macam Jumanji, kejap kuar serangga tu kejap kuar serangga ni.

Sekarang...rumah ceria sungguh. Aku rasa ringan je kepala otak tengok tanaman penuh keliling rumah. Anak2 suka melompat berlari sana sini sambil kadang2 kerenat kat ikan tepi sungai, baling2 batu.

Dah lama tak rasa suasana begini. Petang2 keluar duduk kat laman, sambil makan-makan, (nasib baik adik perempuan aku rajin masak dan hidang hehehe....).Borak2 satu keluarga. Hb pun tak kuar ronda2 macam selalu. Dok rumah je dia. Suka aku tengok.. atau dia tak bosan sebab internet dah ade? Ape-ape je lah. Yang penting dok umah ngan aku.

Paling aku happy sebab dapat luangkan masa ngan kakak aku, penggembala kamben paling bergaya dalam daerah tu. Selalu bila aku balik, hb dia pun balik dari Kedah, jadi sama2 bz. Ade ke orang gi selenggara kamben pakai skirt (labuh) ngan muka mekap? (Tipis je ..jangan ingat macam artis pulak) Dia la...satu2 nya kakak yang aku sayangi. Orang paling kuat semangat dalam keluarga kami-surirumah yang pandai masak, peniaga, satu-satunya penggembala kamben kat daerah tu, takde dah orang lain yang ade kamben sebanyak tu kat daerah tu kami, aku rasa la...Umur dah 37, tapi orang kata aku kakak dia.. (maksudnya aku umur 40 la..?cett!!).
Hb selalu cakap kat aku, kenapa tak jadi macam Kak Ani? Admire sungguh dia kat kakak aku.

Ezzm n Hafy memang seronok dok kampung , kalu tanya mesti tak ragu-ragu jawab, "Nak dok ngan Mok"

Masa balik, Hafy yang tak berapa reti bercakap.."Ayah...nanak..." (maksudnya taknak balik Kl la tu..) Mana tak boringnya dok sini, ayah dorang tak bagi kuar rumah, dok dalam rumah je kami anak beranak kecuali kalu kuar guna keta, kalu kuar jalan2 pakai kaki, kem salam...

Aku rasa kalu dok kampung aku tak perlu gi bercuti mana2 pun. Duduk kat rumah je rasa best yang amat. Balik Kl, baru je masuk rumah rasa sesak je nafas, heheh..satu petanda yang tidak baik. Hish..tak baik aku ni...mesti selalu pikir yang positif saja untuk kebaikan keluarga.

Rabu, 24 November 2010

Syaye dah tumbuh gigi...








1st time dapat amik pic anak masa gigi sedang tumbuh sebab Akif suka gelak. Yang lagi 2 orang susah nak senyum.

Jumaat, 19 November 2010

Ayah abang tegas orangnya

Ni gambar abang masa abang kecik. Orang kata muka abang sama ngan ayah, rasa2 abang lagi ensem dari ayah.

Abang saaayang ayah. Masa kecik, ibu cakap, abang suka nangis sepanjang masa. Abang hanya berenti nangis kalu abang dengar enjin kereta ayah depan umah menandakan ayah dah balik. Yeay! Abang suka sangat kalu ayah dah balik.
(masa amik gambar ni abang nak senyum sikit sebab geli hati tengok muka Paksu, heheh, lawak muka dia. Selalu abang tak suka senyum, sebab abang rasa tak macho kalu gelak atau senyum).

Ayah abang tegas orangnya. Dia selalu cakap ibu manjakan abang sebab tu abang suka nangis bila dah besar ni.
Ari tu abang nangis sebab tak nak milo sejuk. Abang minum separuh je lepas tu tinggal. Abang mintak milo baru kat ibu, ibu suh minum yang sejuk tu dulu bagi abis. Ayah pun tak kasi buat yang baru. Abang menangis kuat mintak milo panas.

Ayah dah siap warning "Jangan minum milo lagi ari ni!" Abang nangis lagi kuat..
Tak sampai 5 minit abang nangis ayah pun gi buat milo baru...heheheh..dah tahu dah ayah mesti tak tahan tengok abang nangis..sayang ayah..!

Ari tu dalam keta abang taknak milo, abang mintak slurpee. Ayah marah sikit abang, warning lagi..
"Pottt..(ade ke panggil abang nama pot..?) Minum milo tu! Jangan mengade!"
Abang nangis kuat..lagi dan lagi...
"Pot! Ape ni?"
Abang nangis lagi..
"Pot nak slurpee ye..? " tanya ayah sambil gosok kepala abang...
haha..abang dah agak...

Adik hafiy tengok tak puas hati je..kalu dia yang nangis ayah memang tak makan saman, Ayah selalu cakap gini kat adik Hafiy.."Hafiyy...!Nak kena ikat?!"

Sabtu, 23 Oktober 2010

Hafy yang terel

entri ni lebih kepada PERASAN
Sejak hantar ke rumah pengasuh yang ada anak yang dah sekolah, Hafy dah pandai membilang dlm satu lagi bahasa, sebelum ni aku ajar dia wat derd je, maklumla ajar tak bersungguh sambil bersilat ngan Akf, dia dan Ezzm.

gini la lebih kurang bunyinya

One, two, three, for, faiv, syix, eben, eik, nai, ten.
heheh..ade bunyi ok la tuh. Dia baru 2 tahun 5 bulan

Masa umur 2 tahun dia dah pandai explore utube ngan game mcm abangnya.
Dan masa umur 2 tahun genap dia dah pandai membilang 1-10 (versi dia la..)

Perkembangan mental dia macam cepat sikit, aktif nya toksah cakap, kaki takleh dok diam. Tak tau sebab Salindah atau memang sifat dia gitu, tapi orang kata kalu makan Salindah masa pregnant anak aktif. Satu lagi khasiat Salindah aku rasa kulit bayi jadi cantik. Hafy kulit dia tak pernah bermasalaah daripada bayi lagi, ruam tak pernah kena sekali pun. Besar ni pun kulit dia maintain dia tak bermasaalah, berlawalanan dengan Akf dan Ezzm.

-aku taktau anak org lain leh bilang masa umur berapa, hehhe..karang ade yg leh membilang masa umur setaun jangan le smash aku pulak.

Rabu, 29 September 2010

Mari mengira bersama Akif

Akif ni mulut dia macam cepat sikit banding ngan abangnye. Bila nak sesuatu ,sebut 'nak', kalu tak nak makan , dia tolak makanan dan sebut 'dah'. Kalu dengar citer Ben 10, dari dapur meluru kuar merangkak sambil mulut 'te te' tak berenti nyebutnya (ben 10 la tu konon).

Tapi kalu tang membilang..bila aku ngaja..

Ibu : Satu
Akif : Ark!
Ibu : Dua
Akif: Ark!
Ibu :Tiga
Akif : Ark!

Ark! Ark! Sampai ke sudah.Tensen cikgu.

Selasa, 28 September 2010

Jumaat, 24 September 2010

Diari Adik Hafiy II

Hafiy ngan topi cowboy dari Syria

Adik tak tahu kenapa ibu anti benar ngan adik. Adik rasa adik dah buat yang baik2 aje..tapi selalu ibu tak puas hati..ada saja yang ibu marah ngan adik.

Bila ibu balik keje adik sorang je sambut ibu sambil panggil2 ibu..abang buat tak tauuuu je..ibu cium adik sikit.
Bila ibu ke dapur adik mesti ikut ibu lepas tu adik bergantung kat lutut ibu..tengok..ibu dah mula marah adik sikit..

Bila malam-malam abang main bob..sambil main game ben 10 adik tengok je tepi abang..tapi adik boring gak..sebab kadang2 adik nak gak tengok utube backom ke..otomen ke..abang selalu tak kasi can..pastu adik usik sikit abang..abang dah nangis2 sikit..adik geram la tengok abang manja sangat..adik tarik rambut abang..kalu ade peluang adik lempang sikit pipi abang pastu adik cepat2 lari..heheh...geram la..tengokk..ibu marah adik lagi..padahal adik baru je mintak main bob ckit.

Bila malam2 adik nak t ido adik suhh ibu kaaaa belakang adik..adik saje je nak manja ngan ibu, padahal belakang adik tak gatal pun..saje suh ibu garu..saje je adik jeles tengok ibu asik berkepit ngan adik Akif..ibu sipi2 je kaaa adik...geram la adik..adik nangis lagi kuat nak suh ibu kaaa betul2..tapi ibu lagi marah..ish...ni adik geram ngan adik Akif ni..
Esok adik rasa nak tarik rambut adik Akif lagi macam tadi biar dia tergolek lagi...tapi ibu mesti marah lagi ngan adik..

Tak paham tak paham..ibu asik ngan adik Akif..ayah asik ngan abang...sapa nak layan adik?

Ahad, 12 September 2010

Tasik Perdana

Akif mengantuk main buaian..alamak..hp sape yg kokak tu..heheh..sian
aku..masih guna hp yang kodi tu..sape nak sedekah hp kat aku?
(baby boring benonye..)


Raya kat taman mainan..aduh...mana janji manis mu?
Takpela..asal bahagia.


Tensen ngan Ezzam.Macam2 pesen beli baju dan seluar dia tapi dia
tetap nak pakai suar gitu jugak..suka hati la asal bahagia..
*hubby ade ajak balik..aku je malas kalu tetiba je nak balik. Letih ngan anak2 dalam keta. Mesti tak dok diam.


Selasa, 7 September 2010

Akif @1st birthday

Takde birthday cake tuk Akif. Tunggu sambut ngan Ezzam 17 Sept nanti. Sian betul Hafiy n Akif,sambutan tan special. Hafiy lagiiii la..tak penah disambut pun. Ayah selalu wat derdddd je...Ezzam sentiasa special.


I tahun..banyak pencapaian Akif berbanding Ezzam ngan Hafiy.
Masa satu tahun, Ezzam tak pandai buat apa-apa kecuali merangkak je. Gigi pun takde. Segala ubat diamalkan masa pregnant.

Masa 1 tahun, Hafiy tumbuh gigi dan tahu merangkak. Untuk dia, aku amalkan Salindah dari awal pregnant hingga akhir. Kesannya sekarang..dia sangatla aktif, penat aku.

Akif, masa pregnant , aku tak makan apa-apa ubat waima vitamin pun. Kesannya masa kecik perkembangan dan tulangnya macam lambat 2 bulan. Masa 4 bulan dia nampak lembik macam bayi umur 4 bulan. Masa 8 bulan dia masih belum boleh duduk dan nampak macam bayi umur 6 bulan, masih meniarap, tapi semangatnya kuat.. walaupaun hanya meniarap, dia rajin panjat tangga sampai ke tangga 8 masa aku tak tengok. Fuh!!!Tak bernafas kejap aku tengok

Dia boleh merangkak masa umur 11 bulan. Lepas merangkak perkembangannya laju semacam.

2 Hari merangkak dia dah bangun sendiri tanpa berpegang, esoknya dia cuba bertatih, esoknya dia naik kereta mainan abang, tapi straight je tak reti corner. Eesok lak dia dah reti corner sikit. Esok lagi dah reti pegi mai pegi mai dan corner keta ngan hebat seluruh rumah tapi lum reti turun senirik. Esok pula dah reti turun senirik. Pergh....cepat betul...Rajin dia ni.


Gigi pun dah tumbuh sebatang.

Dan dia dah pandai ikut perkataan last. Ikan, sebut tan, tak nak sebut cir (toksir), ..apa-ape je orang sebut dia leh sebut suku kata last. Dan yang tak payah orang lain sebut dia pandai sendiri ialah tek...heheh...mana dia dapat ha..

Perkataan favourite, djah!!!sengau sekali sambil tunjuk telunjuk comelnya.

Hobii..membaca...nangis camne pun kalu tunjuk buku sambil membaca dia mesti gelak.