Memaparkan catatan dengan label saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saya. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2012

Hangin

Heran saya. Sebagai orang yang tak berapa nak celit IT , saya heran bila bukak blog ni guna IE , komen tidak kelihatan, bila guna Google Chrome, boleh pulak nampak. Begitu  juga entry untuk blog yang saya ikuti., takde entry baru padahal ada. Tetapi bila nak update, guna IE saja boleh.

Ok, dah. Memang tak berapa nak ada perasaan pun nak menulis, masih lagi di awangan, cuma 2 hari ini saja macam baru sedar keadaan sekeliling.

Tapi dalam keadaan tak keruan dan mabuk2, saya masih sempat menjenguk ke beberapa blog baru, sebagai ubat mabuk, kalau tak nak termuntah tak tentu hala.

Hari ini saya nak meluah sedikit. -

Saya dapati banyak benar respon atau komen kalau blog itu suka menyatakan atau komplen keadaan sekeliling, TAK TERMASUK BLOG DALAM BLOGSLIST SAYA- saya tulis entry  ini bukan untuk dapat respon tapi untuk meredakan hangin dalam badan.

Badan saya terhangin bila blog2 itu mengata guru.
Ayat2 sinis, "alahai guru..." diikuti dengan ayat2 mengata.
Atau "Ah..perangai guru2 sekarang..."
Nak dikomplen saya rasa takde mood untuk turut mengomen, kerana selalu yang komen adalah yang terima segala , dan menyokong, bosannya.Ye ye ye ye betul betul betul, guru begitu guru begini. Saya bagus walaupun cuma  jadi gstt.

Baru jadi GSTT sebulan, dua bulan tiga bulan , mengaku diri cukup ciri-ciri seorang guru, membuat saya nak termuntah. Tahukah kamu bahawa ramai guru2 tetap yang pernah menjadi guru sandaran mengatakan mereka tidak pernah merasa stress semasa menyandang jawatan itu, sebab tugas kamu hanya mengajar, dan kalau ada tugas lain cuma adi pembantu di beberapa function. Kamu tak perlu handle persatuan, permainan, rumah sukan, kursus, jadi setiausaha, tak perlu jadi guru kelas (kalau kurang setahun bekerja) . Paling banyak kerja pun, kamu cuma jadi PEMBANTU, bukan bertanggungjawab sepenuhnya. Dan bukan saya sehari dua melihat gelagat guru2 sandaran. Berborak2 berborak, berborak, mc beramai2, mc pada hari yang penting dan sengaja menghumbankan kerja yang sepatutnya mereka buat, kepada guru senior (maaf, bukan tempat saya bertugas sekarang. Bukan saya saja yang terkena tetapi guru2 senior yang lain juga terkena dengan sikap mereka.

Ergh,bosan. Saya taip saya padam saya taip saya padam. Banyak2 mengata pun tak elok.  (sikit pun tak elok). Mesti orang tak suka bacaan negatif.

Saya pernah tengok filem Hindi lakonan amir khan dan budak disleksia.
Katanya " Pernah tengok kehidupan di Kepulauan Solomon?"
             "Tidak, kenapa?"
              "Di Kepulauan itu, jika mereka tidak mahu pokok tersebut, mereka tidak menebang tetapi  
               beramai2    mengelilingi pokok tersebut dan mencaci. Lama kelamaan pokok itu akan mati."

Saya rasa jiwa saya hampir mati tetapi tiada kaitan dengan gstt.

Maaf semua yang pernah jadi guru sandaran tak terlatih , yang betul2 baik dan jalankan tugas. Saya cuma emosi bila terbaca beberapa entry yang mengata guru dan  merasa diri mereka cukup bagus. 

Isnin, 2 April 2012

Dulu dan sekarang

dulu
Pukul 11 dah ke sekolah menyiapkan kerja tertangguh.

sekarang
Pukul 11 masih terjelepuk menangguhkan kerja-kerja yang ada.

Cepatlah 4 bulan berlalu,  punah harapan nak menaikkan markah prestasi pada tahun ini.

Isnin, 26 Mac 2012

ke 4

Ya Allah....

Sejujurnya saya belum bersedia nak alami morning sickness lagi.
Hidung saya memang suka nak bau bayi lagi
tapi komitmen terhadap si kecil itu buat saya fikir saya tak mampu

Saya masih boleh rasa ketakutan menunggu detik2 itu.
Layanan sekeliling yang buat saya rasa diri saya tak guna langsung,
kata2 kesat, hingga di saat melahirkan,
buat saya rasa saya lah orang yang paling berdosa di kalangan rakan2 saya,
kenapa ada antara mereka yang tidak merasa sakit langsung?
kenapa layanan yang mereka terima di saat melahirkan sangat memudahkan?
Buat saya trauma nak bersalin dan melalui saat itu sekali lagi.
Walau dah bertahun berlalu tetap segar diingatan.

Tapi saya tetap degil,
tiada pil, tiada suntikan,
entah kenapa,
alasan takut gemuk dan tak suka cik P datang tidak menentu boleh diterima ke,
Mungkin sudah tersurat anak saya  lebih 3.

Hati saya serasa mahu menangis,
rasa malas nak ulangi rutin hidup,
terasa mahu ambil maid,
700 satu kerja pulak,
sapa mahu bela,
dah la gaji cukup2 makan saja,
jadi runner rumahtangga dan sekaligus kena kerja,
tapi hutang yang takde tujuan itu terpaksa diselesaikan.

Tanpa suami di sisi buat saya tak keruan.
Dia kata kepala saya sudah tidak betul bila mengandung kali ini.
Hahaha..nasib baik kawan2 dia kata ni pembawakan orang mengandung anak perempuan, peel asik nak protest sahaja. Mudah-mudahan kali ini perempuan.

Nampaknya selepas ini saya tidak boleh menyentuh baju bayi lagi jika belum bersedia.
Ni juga mungkin terjadi sebab saya mengemas dan membuang baju bayi dan maternity dress.
Yer, betul, dah 2 kali jadi macam ni. Mengemas dan mengandung. Senangnya.

Bersyukur ? iye, jika mengenangkan kawan2 yang masih belum dikurniakan rezeki.. Mungkin ada yang cakap saya terlalu mengeluh dan tidak bersyukur. Hem..jangan lah cakap yang bukan2, kita  tidak tahu apa yang orang lain tanggung.

Rabu, 15 Februari 2012

Nangka busuk

Pagi tadi tulis entry tersembam kena terkam dengan Hafiy...
Hari ni pegi sekolah dengan penat, (mood ada cuma penat),
Terpijak ais yang berterabur atas simen (budak2 suka minum air dan baling2 ais) , jatuh bedebuk macam nangka busuk,
dem betul.

Nasib baik ramai budak berlari pergi tolong bangkit semula, kalau dorang semua tengok je lagi la malu rasanya.

"Teacher ok ke?" budak2 usap2 bahu saya. Mata den dah kelam menanggung malu tak nampak dah yang ngusap tu lelaki ke perempuan sebab semua perempuan dan lelaki terpa saya tolong saya bangun.

Cet!~ malang betul hari ni.


Cina depan rumah saya

Orang kata Cina baik dengan kalau ada keuntungan untuk dia.
Saya sangkal tu,
Cikgu Cina yang bekerja dengan saya semuanya baik.

Apek depan rumah saya ni baik, suka tegur saya, bagi limau mandarin.
Tahun lepas ketuk pagar rumah saya sambil laung " Assalamualaikum" kuat2.
Tahun ni tunggu 2 hari untuk bagi limau mandarin sebab  saya tak keluar rumah pada cuti raya Cina.

Saya fikir semua warga tua cuma nak berbaik2 atau cuma niat nak hidup aman damai saja.

Dia banyak kereta. Rumah 2 biji sebelah2 anak dia punya, jadi kereta pun banyaklah.

Dia selalu parking depan rumah saya, agak menyusahkan la, elok2 saya boleh parking situ masa nak tutup pintu pagar atau boleh guna jalan tepi tu (rumah endlot), bila ada kereta tu, tak boleh la jadinya, sebab muncung kereta dia panjang, menghalang jalan.

Kalau masa hb takde ok la nak parking disitu, tapi rupanya masa hb ada pun dia selamba badak parking depan rumah saya jugak, padahal bukan tak boleh parking depan rumah dia atau tepi jalan kecik rumah dia tu, tapi dia nak jugak menyempa (baca dengan sengau) di rumah saya.

Bila saya balik sekolah atau nak pegi sekolah dia selalu tegur,
Hb kata "takde bini tu, tu pasal la dia baik"

Tapi sehari dua ni saya rasa bengang dengan kesusahan saya dengan adanya kereta dia tu. Malas rasanya nak berkomunikasi dengan mesra dan sengih. Just angkat tangan kalau dia angkat tangan dan terus pandang tempat lain buat2 sibuk layan anak dalam kereta.

Nasib baik dia paham. Dah 2 hari tak letak kereta depan rumah ni. Dan dah takde dia lepak petang2 depan rumah dan lambai2 pada saya. Bagus bagus bagus.

wordless wednesday (nak wordless jugak terr....)

bebelan makcik yang penat minda

Tadi pegi hantar anak2 ke sekolah.

Cikgu  cakap Hafiy cepat tangkap apa yang dipelajari, dibanding kanak2 sebayanya.

Minggu ni Hafiy liat ke sekolah, saya rasa dia boring dengan kelas 4 & 3 tahun, mungkin dia suka di kelas 5 tahun.Minggu lepas dapat seketul homework tulis A dan 1, punya la tersengih sampai ke telinga masa buat homework

Saya rasa kalau dia ditempatkan di kelas 5 tahun dia akan lebih cepat faham berbanding sesetengah pelajar kelas itu.
Sayangnya saya rasa saya tak cukup masa nak gilap kebolehan dia, kalau tak mungkin dah banyak yang dia pelajari.

Tiap hari 30 x cakap 'adik sayang ibu'-amikkkk...dulu nak dengar sangat..

Tiap hari bergantung kat kaki saya, tiap hari terkam saya.

Kalau balik sekolah yang penat ibu kadang2 tersembam ke lantai, sadis sungguh, kuat sungguh tenaga dia.

-Penat lelah rasa letih dengan rutin ini dan kadang2 rasa jiwa jauh dengan tuhan, kalau la dicabut nyawa pada masa ini apakah nasib saya, harap Tuhan kasihankan saya tapi balik2 kena  balik ke pangkalnya, kita hanya hamba, tugas kita hanya menerima.

Bila la kerajaan nak adakan kelas khas atau sekolah khas untuk pelajar yang bukan minat ke arah mendengar dan menulis (pelajar sekolah menengah). Penat nya otak dan tubuh badan nak mengawal budak2 ni.

Isnin, 23 Januari 2012

Solat terakhir

"Setiap kali hendak solat, kita mestilah merasakan bahawa solat tersebut adalah solat terakhir kita barulah kita akan bersolat dengan penuh khusyuk" -kata penceramah dalam IKIM .

Maka setiap kali hendak solat saya cuba melakukan seperti itu , namun banyak benar urusan dunia yang melintas dalam benak saya. Ya Allah..

Maut memang akan menjemput kita bila2 masa sahaja.


Malaikat maut mengintai

Minggu lepas Sabtu 14/ 1/2012 saya menghadiri mesyuarat AJK PIBG. Di barisan depan adalah YDP Bussinessman juta2, Naib YDP Haji Engineer, wakil PPKI -pendidikan khas, maksudnya anaknya adalah pelajar pendidikan khas,orangnya biasa2 saja,  dan pihak pentadbir sekolah.

Ada satu isu hangat, tak silap mengenai lawatan 40 wakil Indonesia nak datang ke sekolah kami, tapi guru2 kanan membantah. Maka , masa itu agak hingar bingar sebab YDP nak indon datang, guru kanan menghalang. Wakil PPKI juga mencelah. Saya agak terkejut kerana dia mencelah, tak pernah lagi dia bersuara dalam meeting. Tapi saya kesian dengan pakcik yang wajahnya mengingatkan kepada ayah saya itu, kurus cengkung, mata sedih. Bila dia menyuarakan pandangannya, seorang pun tak dengar. Naib YDP siap membelakangkannya, padahal boleh saja duduk betul2 mengadap meja, jadi tidaklah membelakangkan pakcik wakil PPKI itu. Banyak kali dia bersuara sampai pegang bahu Engineer tu supaya dengar, malangnya orang kaya itu buat tak tahu saja. Last2 sekali pakcik itu bercakap dengan PK petang yang duduk di sebelah kirinya, perempuan.

Kejadian itu nampak seperti saya pada zaman sekolah dulu. Segelintir orang2 sombong yang bersekolah bersama saya jarang nak mendengar bila saya bersuara. Trauma. Alhamdulillah sekarang saya tahu mengatasi masalah seperti itu, tambahan pula sekarang saya dikelilingi oleh orang yang bukan sombong.

Seminggu saya terbayang wajah pakcik tersebut, kesian yang mendalam. Rasa tak puasa hati terhadap engineer bergelar haji yang kopiahnya sentiasa atas kepala.

Semalam genap seminggu, meeting kecil berlalu, tibalah  Mesyuarat Agung PIBG. Kami AJK2 PIBG dibarisan hadapan, sebelum mula meeting digemparkan dengan kejadian wakil PPKI tersebut kejang mendongak ke atas seolah2 susah bernafas. Semua panik. Saya cadang letak atas pentas  supaya badan straight, tapi biasalah, saya bukan pihak pentadbir, cuma guru kecil, suara saya tak didengar. Semua pakat angkat pakcik tu dan letak atas sofa, kaki diangkat ke atas, tinggi. Beliau dikejarkan ke hospital. Anaknya yang OKU meluru tapi tak boleh buat apa2, cuma mukanya sunggu risau.

Tak sampai setengah jam kami terima berita yang beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hampir satu dewan menangis termasuk YDP. Innalillahi wainna ilaihi ro ji'un.Al Fatihah.

Hari Sabtu 21/1/2012 , merupakan hari ini dalam sejarah, mesyuarat yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2. Semoga arwah En Abdul Rahman ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Rabu, 11 Januari 2012

Saya nak bercakap tapi tak ade orang nak cakap dengan saya

Ok, hero semua baru tido, 5 minit lagi pukul 12 mlm baru tido. Esok nak bangun pagi2 lagi nak ke sekolah pulak, apa la dak-dak kecik ni. Hafiy tah kenapa macam kena injek ubat aktif je, sebelum tido baling mainan angry bird sana sini, conteng dinding (mampuih ibu dia kena marah ngan ayah dia lepas ni), dan sepak botol milo abang dia. Saya cukup hot malam ni. Hot itu adalah marah, bukan hot satu lagi.

Saya rasa nak bercakap tapi takde orang nak layan (kesian kat diri sendiri), jadi saya nak tulis ni.

Muka sedih
Masa saya keracunan makanan tempoh hari, saya ke doktor. Bila bercakap suara tak keluar sebab terlalu lemah. Selepas doktor selidik lebih kurang, dia ambil ubat muntah untuk injek saya. Kemudian dia tanya saya,
'Kenapa muka sedih?'

Hari ni saya rasa nak gelak kuat2, sebab soklan tu adalah soklan tak sesuai langsung.
Cecair dalam badan dah hampir tiada, muntah pun 20 kali, datang klinik tumpang ihsan kawan je, takkan nak suruh saya muka happy pulak.Adoi la..

Kesian
Saya rasa sangat penat bekerja, tak berbaloi, rasa baik jaga anak kat rumah sahaja, demi nak menghasilkan generasi cemerlang dari segi jasmani emosi rohani nih. Kadang rasa penat, rasa nak berehat sebentar, bestnya kalau ada bibik yang boleh diharap.

Tapi tiap kali saya bertembung dengan kumpulan2 Vietnam, Nepal, dan Bangla, saya rasa bersyukur kerana mempunyai kerja. Mereka keluar bekerja berduyun2 beramai pukul 7 pagi lagi, dan balik berduyun2 juga pukul 7.30 malam. Kesian...jauh merantau cari rezeki. Gaji ciput. Cuti ahad saja. Kalau hari cuti berlonggok kumpulan dorang duduk kat depan rumah kedai, sebab dalam bilik dorang sesak, jadi dorang ambik angin kat luar. Layanan daripada majikan tak tau la macamana. Masa saya praktikal dulu ada bangla yang terhiris tangan. Agak parah. Tapi bila pergi klinik, balut luka, kena datang kerja balik. Kesian.. Kalau la kita yang seagama mereka ni memegang kuasa ekonomi kat negara ni, boleh la tolong mereka. Tapi malang nya kita yang seugama ni cuma mampu tengok saja mereka dilayan dengan agak teruk oleh majikan2 bangsa asing.

Bangla adalah bangsa yang mengimarahkan masjid. Dekat kawasan perumahan ini, yang meramaikan masjid adalah bangla. Sebab itu mereka ni jarang terlibat dengan jenayah macam pendatang lain. Yang selalu kedengaran adalah jenayah dengan perempuan. Mereka sangat suka dengan perempuan, sebab tu saya memang tak pandang langsung mereka. Hahha.. perasan. Walaupun saya dah agak berumur dan takkan di usha, saya tetap takut untuk kelihatan baik. Masa saya praktikal dulu ada berbuat baik dengan pekerja Bangla, almaklum mereka saja pekerja. Saya dan kawan saya yang berkulit putih dan cantik praktikal bersama. Tetapi sebab saya ni gelap, saya lebih disukai.Hahah..agak lawak. Disukai sebab sama macam adik perempuan dorang. Dorang panggil saya suddu appu maksud 'adik'.

Dan saya masih ingat seorang bangla tu pernah berkata, ' Kenapa aaa,  u orang Malaysia layan kami ini macam. Kami bukan orang miskin. - Maksudnya mereka bukan orang yang miskin hina dina takde harta langsung sampai dilayan macam takde maruah. Dia tunjuk gambar rumah dia kat kami. Elok je macam rumah arwah atuk saya kat kampung Pasir Mas, siap cat lagi, rumah arwah atuk saya pun cat minyak je (hehe).
Kesimpulan : Saya kena kerja sampai ke tua demi untuk kelangsungan hidup.

Hari tu saya gi pasar malam, beli sate 20 cucuk, gerenti tak habis. Ada Vietnam, laki bini, dan anak kecik (ni mesti bakal jadi warga Malaysia dengan senang hati ni..) . Nampak suka sangat dengan sate, belum bayar duit dah gigit. Beli 5 cucuk saja. Sian. Mesti yang lain pun macam ni jugak. Kalau le saya boleh transfer makanan kat rumah saya yang selalu lebih tu kan bagus. (Bukan sengaja nak membazir, kadang kena beli pakej, perut tak berapa nak muat nak isi,  jadi kena buang. Kesian orang yang tak cukup makanan) . Abang ipar saya pernah cerita, Bangla  kalau masak untuk 12 orang kawan2 dia, telur 1 bijik je, kuah kari satu periuk. Nasik je banyak. Jadi tak heran la kalau mereka ni kurang zat macam yang dicerita kat sini.

Saya geram dengan matcha yang kerja sapu sampah dijalan taman ni. Plastik yang bekerja2 Vietnam / Bangla / Indon buang sambil lalu depan rumah saya tak diambilnya. Geram la kat mamat nih. Beberapa hari lepas saya ternampak dia berehat dibawah pokok kecik. Cuaca sangat panas. Kesian pulak kat dia. Kemudian sedar diri, saya pun tak buat kerja dengan sempurna jugak.

Saya suka dengan orang yang kerja dengan lori sampah. Kalau la tiada dorang ni...ish...tak dapat bayang busuknya.

Masa berjalan2 di Jusco tempoh hari, ternampak lelaki remaja, agak hensem, tolak baldi, bawa mop, keliling Jusco, untuk membersihkan kotoran. Warga mana la pulak. Muka macam Malaysian. Kalau la dia orang berada, mesti dia tak buat kerja macam itu. Kesian kat dia. Kalau dia tak hensem pun saya kesian jugak.

Kesimpulannya :
1) Sebenarnya setiap orang ada masalah masing2. Setiap orang seribu cerita. Orang yang miskin bahagia dengan cara dia. Masa kecik2 dulu makan nasi dengan budu dan ulam jering sahaja, dalam banjir. Rasa sangat lazat. Berpuluh tahun saya hidup lebih senang daripada tu tapi tak pernah dapat rasa makanan selazat tu lagi.
2) Saya kesian dengan pekerja bawahan, tetapi orang yang pakai Honda dan Toyota  mesti kesian dekat saya yang pakai keta perodua saja ni kan?

Asyik kesian dengan pekerja lelaki saja ni apahal? Mesti hubby saya ketuk saya disebabkan ini.

Bekas bibik saya-my nightmare.
Penjual air tebu masam selalunya pendatang perempuan- takleh arap langsung.
Minggu lepas makan dengan Akif dekat kedai makan sambil tunggu abang2nya keluar sekolah, masa tu Akif belum masuk sekolah lagi. Kedai kepunyaan orang Kelantan. Makcik tu pakai tudung elok je, tapi pekerja perempuannya  pakai baju sendattttt, seluar 3 suku sendattttt. Sendat mata saya nengok. Adeh..! Jadi pada malam ni tak teringat pulak mana satu pekerja asing perempuan yang nak dikesiankan.

Panjangnya.
Pening sebab tulis banyak sangat.

Selasa, 10 Januari 2012

Keringkan embun di hujung rumput

Ini kena tulis sebelum tua atau sebelum hilang ingatan. Nauzubillah.
Kena makan ginko biloba banyak ni supaya ingatan makin kuat bukan makin kurang.

'Keringkan Embun di Hujung Rumput' tajuk novel pertama saya baca.
Setebal lebih 300 ms pada umur 9 tahun. HinsHins..bukan bangga. Suka je.
Karya Zahari Affendi..nama pengarang..sabar je la.

Ok kembali kepada buku tersebut, saya masih ingat cover dia gambar sisi muka perempuan ayu pejam mata  sambil ada air mata (kot) setitis menitis.

Novel yang berat, pasal ahli politik dan family yang kucar kacir, wife curang, anak orang kaya yang suka berfoya2.

Ahli politik Tuan Malek, dari cikgu ke ahli politik. Tapi mengamalkan politik kotor. Dan  suka bertukar pasangan. Dia insaf bila dia jatuh, kehilangan kerusi dan meniduri anak tak sah dia. Yang dia tak kenal langsung.

Jadi masa kecik2 lagi saya ingat life orang kaya 'busuk'. Tapi sekarang baru sedar, orang kaya manusia biasa jugak. Ada yang tetap di landasan , ada yang tergelincir dari landasan.

Penulis dia  saya rasa orang yang berada dekat dengan dunia politik.
Hero nama Firdaus yang bekerja sebagai setiausaha Tuan Malek, lebih kepada balaci sebab kerja ofis dan rumah dia kena buat jugak-bayar bil-dulu belum ada internet.
Firdaus berkasih dengan Mazni yang belajar di London, bila pulang mengkhianati kekasihnya, sadis. Kejamnya dia.

Novel berakhir dengan kejatuhan dan keinsafan Tuan Malek, Mazni hilang kaki dan nak kembali kepada Firdaus tetapi Firdaus tak sudi. Bagus. Firdaus akhirnya pulang ke kampung asal, Pahi , Kelantan.

Novel ini banyak mengisahkan keluarga Tuan Malek sebenarnya, bukan kisah cinta Firdaus Mazni. Bestnya cerita ni.

Macam mana boleh terbaca novel oleh LELAKI  yang berasal dari KELANTAN pulak tu. Rasa pelik sungguh.

Oh ye, saya baru tahu hb saya baca blog ni. (- _-). Oh ini kena berjaga2.

Ahad, 1 Januari 2012

Kal Ho Naa Ho dan 2012

Saya dah lama tak menonton cerita Hindi kerana tidak mahu melihat yang seksi2.
Tetapi cerita ini ada banyak kenangan. Tengok juga semalam.
Boleh ketawa terbahak2 (buruk betul perangai) dan menangis tersedu2 pada masa yang sama.
Pandai betul pengarah.
Pedulikan tentang logik tak logik, orang sakit tak kurus2, boleh pi mai pi mai, boleh menari, yang penting penonton semua 'masuk' ke dalam cerita tu.

Orang kata Geminian  suka berubah2.
Betul, semalam saya post pasal maksud al Waqiah, takut baca terjemahan,
lepas tu tengok Kal Ho Naa Ho. Tetapi kenapa saya fikir kadang2 cerita macam ni pun boleh menyuntik benda positif dalam diri kita , iyer, kalau sakit tu tak semestinya bersedih dan terlantar, buat orang gembira, kita pun akan gembira.

Semua orang tulis pasal tahun baru. Saya tak pernah tulis. Hari ni saya nak tulis,
saya nak jadi lebih rajin, baik hati, beriman, kaya pada  tahun 2012.