Rabu, 11 Januari 2012

Saya nak bercakap tapi tak ade orang nak cakap dengan saya

Ok, hero semua baru tido, 5 minit lagi pukul 12 mlm baru tido. Esok nak bangun pagi2 lagi nak ke sekolah pulak, apa la dak-dak kecik ni. Hafiy tah kenapa macam kena injek ubat aktif je, sebelum tido baling mainan angry bird sana sini, conteng dinding (mampuih ibu dia kena marah ngan ayah dia lepas ni), dan sepak botol milo abang dia. Saya cukup hot malam ni. Hot itu adalah marah, bukan hot satu lagi.

Saya rasa nak bercakap tapi takde orang nak layan (kesian kat diri sendiri), jadi saya nak tulis ni.

Muka sedih
Masa saya keracunan makanan tempoh hari, saya ke doktor. Bila bercakap suara tak keluar sebab terlalu lemah. Selepas doktor selidik lebih kurang, dia ambil ubat muntah untuk injek saya. Kemudian dia tanya saya,
'Kenapa muka sedih?'

Hari ni saya rasa nak gelak kuat2, sebab soklan tu adalah soklan tak sesuai langsung.
Cecair dalam badan dah hampir tiada, muntah pun 20 kali, datang klinik tumpang ihsan kawan je, takkan nak suruh saya muka happy pulak.Adoi la..

Kesian
Saya rasa sangat penat bekerja, tak berbaloi, rasa baik jaga anak kat rumah sahaja, demi nak menghasilkan generasi cemerlang dari segi jasmani emosi rohani nih. Kadang rasa penat, rasa nak berehat sebentar, bestnya kalau ada bibik yang boleh diharap.

Tapi tiap kali saya bertembung dengan kumpulan2 Vietnam, Nepal, dan Bangla, saya rasa bersyukur kerana mempunyai kerja. Mereka keluar bekerja berduyun2 beramai pukul 7 pagi lagi, dan balik berduyun2 juga pukul 7.30 malam. Kesian...jauh merantau cari rezeki. Gaji ciput. Cuti ahad saja. Kalau hari cuti berlonggok kumpulan dorang duduk kat depan rumah kedai, sebab dalam bilik dorang sesak, jadi dorang ambik angin kat luar. Layanan daripada majikan tak tau la macamana. Masa saya praktikal dulu ada bangla yang terhiris tangan. Agak parah. Tapi bila pergi klinik, balut luka, kena datang kerja balik. Kesian.. Kalau la kita yang seagama mereka ni memegang kuasa ekonomi kat negara ni, boleh la tolong mereka. Tapi malang nya kita yang seugama ni cuma mampu tengok saja mereka dilayan dengan agak teruk oleh majikan2 bangsa asing.

Bangla adalah bangsa yang mengimarahkan masjid. Dekat kawasan perumahan ini, yang meramaikan masjid adalah bangla. Sebab itu mereka ni jarang terlibat dengan jenayah macam pendatang lain. Yang selalu kedengaran adalah jenayah dengan perempuan. Mereka sangat suka dengan perempuan, sebab tu saya memang tak pandang langsung mereka. Hahha.. perasan. Walaupun saya dah agak berumur dan takkan di usha, saya tetap takut untuk kelihatan baik. Masa saya praktikal dulu ada berbuat baik dengan pekerja Bangla, almaklum mereka saja pekerja. Saya dan kawan saya yang berkulit putih dan cantik praktikal bersama. Tetapi sebab saya ni gelap, saya lebih disukai.Hahah..agak lawak. Disukai sebab sama macam adik perempuan dorang. Dorang panggil saya suddu appu maksud 'adik'.

Dan saya masih ingat seorang bangla tu pernah berkata, ' Kenapa aaa,  u orang Malaysia layan kami ini macam. Kami bukan orang miskin. - Maksudnya mereka bukan orang yang miskin hina dina takde harta langsung sampai dilayan macam takde maruah. Dia tunjuk gambar rumah dia kat kami. Elok je macam rumah arwah atuk saya kat kampung Pasir Mas, siap cat lagi, rumah arwah atuk saya pun cat minyak je (hehe).
Kesimpulan : Saya kena kerja sampai ke tua demi untuk kelangsungan hidup.

Hari tu saya gi pasar malam, beli sate 20 cucuk, gerenti tak habis. Ada Vietnam, laki bini, dan anak kecik (ni mesti bakal jadi warga Malaysia dengan senang hati ni..) . Nampak suka sangat dengan sate, belum bayar duit dah gigit. Beli 5 cucuk saja. Sian. Mesti yang lain pun macam ni jugak. Kalau le saya boleh transfer makanan kat rumah saya yang selalu lebih tu kan bagus. (Bukan sengaja nak membazir, kadang kena beli pakej, perut tak berapa nak muat nak isi,  jadi kena buang. Kesian orang yang tak cukup makanan) . Abang ipar saya pernah cerita, Bangla  kalau masak untuk 12 orang kawan2 dia, telur 1 bijik je, kuah kari satu periuk. Nasik je banyak. Jadi tak heran la kalau mereka ni kurang zat macam yang dicerita kat sini.

Saya geram dengan matcha yang kerja sapu sampah dijalan taman ni. Plastik yang bekerja2 Vietnam / Bangla / Indon buang sambil lalu depan rumah saya tak diambilnya. Geram la kat mamat nih. Beberapa hari lepas saya ternampak dia berehat dibawah pokok kecik. Cuaca sangat panas. Kesian pulak kat dia. Kemudian sedar diri, saya pun tak buat kerja dengan sempurna jugak.

Saya suka dengan orang yang kerja dengan lori sampah. Kalau la tiada dorang ni...ish...tak dapat bayang busuknya.

Masa berjalan2 di Jusco tempoh hari, ternampak lelaki remaja, agak hensem, tolak baldi, bawa mop, keliling Jusco, untuk membersihkan kotoran. Warga mana la pulak. Muka macam Malaysian. Kalau la dia orang berada, mesti dia tak buat kerja macam itu. Kesian kat dia. Kalau dia tak hensem pun saya kesian jugak.

Kesimpulannya :
1) Sebenarnya setiap orang ada masalah masing2. Setiap orang seribu cerita. Orang yang miskin bahagia dengan cara dia. Masa kecik2 dulu makan nasi dengan budu dan ulam jering sahaja, dalam banjir. Rasa sangat lazat. Berpuluh tahun saya hidup lebih senang daripada tu tapi tak pernah dapat rasa makanan selazat tu lagi.
2) Saya kesian dengan pekerja bawahan, tetapi orang yang pakai Honda dan Toyota  mesti kesian dekat saya yang pakai keta perodua saja ni kan?

Asyik kesian dengan pekerja lelaki saja ni apahal? Mesti hubby saya ketuk saya disebabkan ini.

Bekas bibik saya-my nightmare.
Penjual air tebu masam selalunya pendatang perempuan- takleh arap langsung.
Minggu lepas makan dengan Akif dekat kedai makan sambil tunggu abang2nya keluar sekolah, masa tu Akif belum masuk sekolah lagi. Kedai kepunyaan orang Kelantan. Makcik tu pakai tudung elok je, tapi pekerja perempuannya  pakai baju sendattttt, seluar 3 suku sendattttt. Sendat mata saya nengok. Adeh..! Jadi pada malam ni tak teringat pulak mana satu pekerja asing perempuan yang nak dikesiankan.

Panjangnya.
Pening sebab tulis banyak sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan