Sayang dibalas sayang
Saya dengar IKIM, seorang ibu teresak2 menangis kerana kesal dengan sikapnya yang terlalu tegas dengan anak2nya dengan tujuan supaya anak2 dapat berdikari kerana dia ibu tunggal. Saya turut teresak2 sekali dengan dia masa memandu. Apalah saya ni, sangat sensitif tak tentu pasal. Saya cuma bayangkan benda tersebut terjadi kepada anak2 saya.
Kisahnya-akibat terlalu tegas dengan anak2nya, mereka tidak berani bersuara bila sakit perut lapar kerana dikurung oleh bapanya sehari suntuk tak diberi makan. Ibu tiri dan bapa kurung mereka di dalam bilik , agaknya tidak suka dipaksa oleh sang ibu supaya bawa anak tinggal barang sehari di rumah sang bapa. Akibatnya anak dapat gastrik. Anak2 tersebut sudah hilang keyakinan diri hingga tidak berani untuk menyatakan apa yang mereka kehendaki.
Bagaimana cara untuk mengembalikan keyakinan diri anak2?
Cara :
Puji anak setiap hari supaya mereka gembira dengan diri mereka. Gembira akan menjadikan mereka yakin.
Contoh : Cantiknya mata Aiman, Ibu rasa dah tak ada orang lain yang mempunyai mata secantik Aiman.
Ibu2, betapa ruginya mereka jika mereka tidak memanjakan anak2 bilamana usia mereka masih kecil. Anak kecil hanya akan respon baik jika dia dilayan dengan baik. Adalah salah jika terlalu bertegas dengan mereka kerana mereka masih lagi sedang belajar. Saya banyak belajar dari Hafiy sebenarnya. Dia kini dah banyak berubah dan nampak lebih senang diurus, pokok pangkalnya kasih sayang.
Semuanya dari dalam diri
Soalan2 di bawah ini bukanlah soalan yang saya utarakan , tetapi saya telah mendengar dialog ini dan ianya banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa, semuanya berpunca dari diri kita sendiri.
Soalan 1 :
Bagaimana saya ingin hidup aman damai, suami saya seorang yang tidak suka ke masjid. Saya ingin mengamalkan hidup Islamik. Saya nak suami saya yang membimbing saya ke arah Islam dan membawa saya ke masjid.
Jawapan :
Baca soalan dah tahu macam mana orangnya. SAYA NAK SUAMI SAYA...
Bila kita nak orang lain jadi begitu begini, kita yang kena berubah dahulu. Keluarga akan berubah mengikut apa yang kita amalkan. Jadi kita kena ke masjid dulu jika diizinkan. Jika tidak diizinkan oleh suami, maka kita yang mulakan hidup secara Islamik di dalam rumah.
Soalan 2 :
Anak saya sangat nakal. Tak tahu macamana nak menangani nya lagi.
Jawapan :
Anak2 ialah cermin diri kita. Jika kita melayan anak dengan penuh kasih sayang, dia akan membalas dengan kasih sayang. Jika kita memandang anak tanpa kasih sayang, perangai anak akan jadi keras dan susah dibentuk. Anak yang nakal tu siapa yang jadikan dia begitu? Perangai siapa tu?

moral of the story... jaga dan didik anak bebetul kan... ;)
BalasPadamyer betul, hehe, thanks tolong buat kesimpulan, selalu karangan saya tergantung.
Padam