Memaparkan catatan dengan label surau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surau. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Oktober 2011

MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi... juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Khamis, 6 Oktober 2011

Gambaran Hari Kiamat

Bacalah hingga ke titik terakhir

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Selasa, 30 November 2010

Sebab musabab

Kenapa saya asyik posting / tiru tazkirah shj sepanjang 2 minggu ni?
Bukan hendak tunjuk baik, cuma sebagai peringatan, kadang saya banyak melalut.
Artikel sepenuhnya dari Langit Ilahi yang mana kadang2 nak cari semula artikel yang saya suka tu susah yang amat, sebab entrinya banyak, saya tak reti cari, jadi langkah selamat saya terus save /post kat sini.

Terus pulang kepada Allah

Dari langit ilahi

Semasa saya menulis artikel ini, saya baru pulang daripada Masjid Jami’ah(Masjid Universiti dalam BMnya), masjid utama di Irbid ini. Solat Jumaat.

Satu perkara yang menyebabkan saya menaikkan nama Masjid Jami’ah pimpinan Sheikh Ma’mun di Irbid ini itu pada kali ini adalah kerana tadi semasa saya Solat Jumaat, ada sesuatu yang mengetuk pemikiran saya, menyentuh hati saya.

Khatib tadi adalah Sheikh Dr Abdullah Juyushi, pakar Al-Quran di University of Yarmouk. Bukan hendak menyatakan apa yang disampaikan. Tetapi saya hendak menyatakan apa yang berlaku. Keadaan di sini. Dan apakah yang berjalan sepanjang Khutbah dan Solat Jumaat tadi.
Untuk saya, guru-guru saya di sini, berjaya menunjukkan sesuatu yang memukau jiwa.

Satu perkara pada tahun ini yang berlaku adalah, Hujan lama tidak turun. Ya, walaupun dinamakan sekarang musim sejuk, sejuknya tidak seberapa. Menambah ketidak bestannya untuk umum, hujan tidak turun membasahi bumi buat sekelian lama. Sudahlah ketika musim panas memang tidak akan ada hujan, bila tiba musim sejuk, hujan tidak turun kerap pula.
Ini menyebabkan mereka yang menguruskan tanaman di sini kesempitan. Dengar kata, ianya juga menganggu ekonomi negara. Jordan sudahlah tanah gersang, hasil tanahnya juga amat sedikit, maka apabila jadi begini, makin teruklah keadaannya. Itu belum dikira kesempitan air di sini, yang akan bertambah sempit sekiranya semua ini berlarutan.
Berbanding tahun-tahun yang lalu, hujan turun agak kerap.
Tahun ini, Jordan agak gersang.

Jawapan saya
Jujurnya, setiap kali persoalan: “Kenapa tak sejuk ya?”, “Kenapa tak hujan tahun ni ha?” muncul, saya akan menjawab: “Tu la, ekosistem dah rosak. Makin tahun, makin teruk. Ganggu cuaca dan sebagainya.”

Saya menjawab secara saintifik, logik mengikut apa yang berlaku.
Tetapi tadi, di dalam Masjid Jami’ah itu, perkara yang berlaku adalah berbeza dengan jawapan saya. Yang menyebabkan saya malu dengan jawapan saya. Yang menyebabkan saya hanya menunduk sepanjang khutbah tadi, sedang suara Sheikh Dr Abdullah Juyushi bergetaran menahan sebak semasa khutbahnya.
Hati saya bergetar.

Apakah yang berlaku?
Isi khutbahnya
Sheikh Dr Abdullah Juyushi membawa tajuk “Istaghfirullah” atau dalam BMnya, “Beristighfarlah kepada Allah.” Dan yang menyebabkan saya rasa malu adalah, dia mengajak masyarakat di Jordan ini bertaubat kepada Allah, sentiasa beristighfar kepada Allah, kerana KEMUNGKINAN HUJAN YANG TIDAK TURUN INI ADALAH KERANA DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT JORDAN.

Seluruh khutbahnya tadi berpusat kepada itu. Menyatakan bahawa sekiranya penduduk satu kawasan itu benar-benar bertaqwa kepada Allah, menjauhi laranganNya, tidak akan ada apa yang datang melainkan semata-mata kebaikan sahaja. Tetapi sekiranya kita melakukan kemungkaran, maka Allah akan memberikan azab seksa, kesusahan, atas sebab apa yang dilakukannya.

Sheikh Dr Abdullah Juyushi membaca ayat ini:
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Surah Al-A’raf ayat 7.

Sepanjang khutbah, Sheikh Dr Abdullah Juyushi mengulang hal istighfar, mengajak semua memuhasabah dosa yang dilakukan, dan mengajak semua bertaubat kepada Allah agar Allah mengangkat semua permasalahan ini. Mengingatkan bahawa hujan adalah milik Allah, dan siapakah yang akan menurunkan hujan jika bukan Allah SWT? Maka bagaimanakah hamba Allah yang bermaksiat kepada Allah, hendak meminta hujan kepada Allah SWT?
Akhir khutbah pertamanya, dia membaca satu syair yang panjang, menyatakan pengaduan seorang hamba yang berdosa, dan seksa yang Allah turunkan kepada hamba itu, dan bagaimana hamba itu merayu kepada Allah, bertaubat semula kepadaNya, meminta diangkat segala bala dan bencana. Sheikh Dr Abdullah Juyushi membaca syair itu sambil menahan sebaknya. Getar suaranya jelas kedengaran.

Membuatkan saya teringat semula kepada jawapan saya apabila ditanyakan berkenaan cuaca, keadaan Jordan tahun ini.

Saya malu.
Sedikit pun hal ekosistem tidak disebut oleh Sheikh Dr Abdullah Juyushi tadi.
Pertama sekali adalah - Pulang kepada Allah. Allahlah pengawal ekosistem. Allahlah yang mengawal cuaca, menurunkan hujan, memberikan bencana, mendatangkan kesukaran, dan menghadiahkan kesenangan. Allah, dan hanya Allah.

Ketika Solat Jumaat
Solat diimamkan oleh Sheikh Ma’mun, boleh diktakan sebagia pemimpin Masjid Jami’ah itu. Selepas ruku’ rakaat kedua, Sheikh Ma’mun membaca doa memohon hujan.
Apa yang mengharukan saya adalah, permohonannya yang bersungguh-sungguh. Seakan manusia itu tidak punya kudrat langsung. Dia berdoa agar Allah memandang kami, dan tidaklah mengambil dosa-dosa kami sebagai sebab tidak menurunkan hujan ini. Dia meminta ampun agar Allah mengampunkan kami, dan meminta agar Allah tidak marah atas perbuatan orang-orang yang bodoh(ingkar kepada Allah) dari kalangan kami. Dia meminta agar Allah menurunkan hujan, menyuburkan tanah. Dan dengan rendah diri, Sheikh Ma’mun berdoa agar Allah menerima doa kami dengan mengharapkan Allah memandang orang-orang soleh dari kalangan kami, dan amalan-amalan soleh yang kami pernah lakukan.

Ketika inilah saya bertanya diri saya. “Apa amal soleh aku?”
Dan saya hanya nampak dosa.
Malu. Mungkin aku penyebab Allah tidak menurunkan hujan? Perasaan itu muncul, menyebabkan saya rasa teramat kerdil. Mati-matian saya mengaminkan doa tadi. “Ya Allah, jangan kerana dosa aku, Kau hentikan rahmat pada masyarakat ini. Terimalah doa Sheikh Ma’mun itu.”
Sungguh, terasa kerdil. Bahkan malu. Melihat bagaimana guru-guru saya pulang kepada Allah sepenuhnya. Timbul persoalan di dalam diri saya.
Aku bagaimana?
Muhasabah.

Penutup: Kita jarang meletakkan Allah yang pertama
Akhirnya, kadangkala dalam usaha kita menyebarkan kebaikan, apatah lagi dalam kehidupan kita yang melalaikan, kita jarang meletakkan Allah di tempat yang pertama. Kita jarang menjadikan Allah rujukan pertama kita. Lebih kelakar, hatta dalam keadaan bermasalah, biasanya Allah bukan yang pertama kita cari.
Saya malu. Ini realiti.

Ya Allah. Aku khilaf. Jauh daripadaMu.
Ya Allah, rahmatilah guru-guruku yang menunjukkan contoh kepadaku.
Rahmatilah bumi Jordan yang memberikan banyak pengajaran kepadaku.
Rahmatilah pembaca-pembaca Langit Ilahi, dan jadikanlah mereka hamba-hambaMu yang terbaik.
Dan rahmatilah aku, jadikan aku hambaMu yang rapat dan sentiasa pulang kepadaMu.
Amiiin.

Khamis, 25 November 2010

Wanita

Satu lagi artikel menarik dari Hilal Aysraf http://ms.langitilahi.com/

Berkongsi, berkenaan keadaan perempuan yang tercedera.

Anggap lah apa yang saya kupaskan ini, sebagai muhasabah.
Sebab hakikatnya, saya rasa bertanggungjawab dengan kamu wahai perempuan.
Kerna kamu akan melahirkan generasi hadapan. Kalau kamu rosak, maka yang mendodoikan buaian anak adalah mereka yang tidak mengamalkan Islam secara benar, dan apakah yang akan terjadi dengan anak di dalam buaian?

Saya risau dengan keadaan kalian sebenarnya wahai perempuan.
Kerna saya lihat kalian ini tercedera.
Tahukah kalian siapakah perempuan yang tercedera?
Itulah perempuan yang telah meninggalkan peranannya, yang telah tercemar pemikirannya, yang telah songsang pegangannya. Ada yang terang-terangan, ada pula yang diam-diam.
Tetapi siapakah yang mencederakan perempuan?
Jangan salahkan mereka sahaja. Salahnya juga terletak atas bahu ummah.

Hari ini, perempuan telah menjadi mangsa agenda serangan doktrinasi musuh-musuh yang ingin melihat kekuatan ISLAM runtuh. Pelbagai pihak, kononnya, dengan nama hendak membela hak asasi manusia, telah mengeluarkan wanita dari rumah-rumah mereka, dan mengajar wanita agar bersaing dengan lelaki dalam kehidupan dan medan pekerjaan. Kononnya itulah persamaan taraf, kononnya itulah tanda kecemerlangan, kekuatan dan sebagainya. Akhirnya, ibu kepada manusia ini terluka. Terluka dengan suasana, dan medan yang bukan medannya.
Luka atas wanita ini, tidak akan mampu dirawati, diubati, melainkan dengan memahami keadaan mereka, dan mereka juga cuba memahami diri mereka. Melainkan, apabila kita semua kembali kepada apa yang telah Allah susunkan untuk kita.

Kalau kita lihat hari ini, kita boleh saksikan ramai perempuan-perempuan yang tercedera. Mereka tidak luka pada kulit, tetapi mereka luka pada hati. Dari luka hati inilah, bernanahnya kefahaman yang rapuh serta amal yang buruk.

Rata-rata hari ini perempuan membuka perisai malu mereka kepada sesiapa sahaja. Hatta, sebahagian besar tidak memilih orang, malah membuka perisai malu itu untuk tayangan ramai. Mereka menampilkan fesyen pakaian yang pelbagai, sama sekali jauh dari adab berpakaian yang ISLAM anjurkan.

Bila ditanya mengapa tidak menutup aurat?
Mereka menyatakan bahawa itu adalah kebebasan peribadi. Bila disuruh, mereka terus menyatakan bahawa kita hendak memberikan tekanan kepada mereka. Tetapi, jangan kita salahkan mereka 100% atas tindak balas mereka. Mereka adalah perempuan yang tercedera oleh pisau sistem, konspirasi untuk merosakkan masa hadapan kita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)

Benar. Fitnah terbesar adalah perempuan. Kerana, kejatuhan wanita adalah kejatuhan ummah. Mereka adalah makhluk Allah yang sangat penting dalam pembinaan ummah. Kerana mereka merupakan ibu manusia, dan pendidik ummah yang pertama.

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Lihat, kenapa Allah SWT menyatakan: “Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Bukan “Penzina lelaki dan penzina perempuan” Macam ayat: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri..”?

Kenapa?
Sebab, dalam hal mencuri, kudrat lelaki melebihi perempuan. Tetapi dalam hal zina, maka perempuan adalah faktor utama. Pada perempuan ada tarikan yang lebih. Sebab itu, Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

Lihatlah hari ini, bagaimana perempuan-perempuan dicederakan. Mereka dilimpahkan lampu kepopularan. Lalu dinipiskan pakaian mereka biar mengiurkan. Suara sengaja dilembut-lembutkan. Menggoda. Disingkat pakaian mereka biar ada bahagian tubuh cantik terdedah. Dicukur bulu kening mereka agar kelihatan anggun. Gincu merah menyala dikenakan pada bibir. Tidak kurang pula yang sengaja menggoda lelaki-lelaki. Kononnya diri dianggap hebat jika mempunyai 2-3 pasangan serentak.

Saya hendak bertanya, bagaimanakah dengan anak-anak kepada perempuan sebegini? Adakah anak mereka akan lebih mudah mengikuti ajaran ISLAM dan mengamalkannya, atau mereka akan rasa sukar mengamalkan ISLAM lalu meninggalkannya? Posibiliti yang manakah mempunyai peratusan lebih tinggi?

Tercederanya perempuan hari ini tidak lagi mengira umur. Ramai sahaja berumur semuda belasan tahun sudah mengandung. Kalau sudah berkahwin tidak mengapa, tetapi rupanya hubungan seks bebas luar nikah yang dilakukannya. Ada yang sanggup berbogel, menangkap gambar lalu menghantarnya kepada yang tercinta. Ramai pula yang tertipu dengan satu kalimah bernama CINTA.

Bila menyebut cinta, jangan dikatakan perempuan yang mendedah-dedah auratnya sahaja. Sudah banyak kes perempuan yang bertudung labuh pun terjebak sama. Hal ini kerana, mereka telah menjatuhkan pegangan mereka, menurunkan perisai keimanan mereka, lantas memurahkan diri mereka. Malah, ada kes, perempuan yang bertudung labuh, sekolah agama, sanggup murtad hanya kerana cintanya kepada seorang lelaki.

Kadang-kadang, ada perempuan sengaja menyembur minyak wangi harum semerbak, satu dewan kuliah boleh membauinya. Ada yang sengaja menegur sapa lelaki tanpa sebab yang penting. Ada juga yang berhias berlebihan, bertabarruj. Sedangkan Allah SWT berfirman:
“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” Surah Al-Ahzab: 33

Perempuan, apakah kamu sedar akan keadaan kamu hari ini?
Hari ini, kebanyakan perempuan cedera tidak mengira sudut. Sudut pemikiran, sudut akhlak, sudut pegangan, sudut adab sopan, semuanya dihiris dengan pisau tajam nan buas. Perempuan rasa rumah tempat hina. Medan kerja lelaki itulah yang perlu disainginya. Maka tertinggallah anak hilang guru pertamanya. Perempuan rasa perlu setanding lelaki. Keluar berkerjaya hingga lupa tanggungjawab diberi ILAHI. Bergaul dengan bukan mahram realiti hari-hari, pergaulan bebas sudah ibarat garam dalam masakan sendiri.

Perempuan hari ini tercedera. Darah mereka masih mengalir. Luka semalam belum sembuh, muncul pula luka baru pada hari ini.

Bila perempuan tercedera, di manakah pendidik dan penjaga sang bayi suci?
Tercedera. Segeralah mencari ubat!

Apakah ubatnya? Semua perlu kembali kepada Islam. Semua. Lelaki dan perempuan. Sama-sama kembali menilai, bermuhasabah akan kepentingan dan kelebihan satu sama lain, seterusnya mencari titik persamaan. Ketahuilah bahawasanya, Nabi Adam dahulu pun sunyi di dalam syurga, lalu diberikannya Hawa.

ALLAH SWT berfirman,
“Mereka itu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka” Ayat 187 Surah Al-Baqarah.
Kita saling memerlukan sebenarnya. Dan lelaki sebagai pemimpin, perlu lah mengambil berat akan keadaan hawa. Kenapa saya menulis artikel menegur lelaki terlebih dahulu sebelum ini? Kerana lelaki adalah ketua. Sebaik mana pun perempuan, kemungkinan untuk lelaki tunduk mengikuti nasihatnya adalah sedikit. Sebab itu saya sebagai lelaki, perlu menegur kaum saya terlebih dahulu. Agar lelaki lebih kuat, dan tabah, serta bersih, seterusnya mampu memimpin perempuan-perempuan yang tercedera ini, mencuci luka mereka, dan merawat jiwa-jiwa mereka.

Hal ini kerana, pada saya, bila perempuan tercedera, lelaki juga terluka.
Buangkan ego kita, kembalikan intelek kita, rasionalkan pemikiran, bina kesefahaman!
Kefahaman dan kesedaran ini perlu kita fahaminya,

Jika tidak kita akan terus luka, terluka dan terluka, bersama masa hadapan yang penuh kegelapan semata. Tidak kah kita memikirkan anak-anak yang akan menyambung kerja kita? Tidak kah kita memikirkan keadaan anak-anak kita pada zaman mereka?
Anak-anak memerlukan tarbiyah, didikan Islam daripada kedua ibu bapanya. Andai ibunya rosak, bapanya tidak faham, maka bagaimana dia hendak membesar dengan baik, dan berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Maka, marilah kita sama-sama muhasabah. Sementara darah kita masih belum kering….
Mari kita berusaha mengubatinya, mengubati luka-luka kita!
Perempuan, saya sebagai lelaki menyedari hal ini, maka bagaimana kah anda?

Lelaki

Berkongsi satu artikel menarik dari http://ms.langitilahi.com

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku

Wahai lelaki, perempuan itu perlu dijaga, dihormati, dilindungi... Mereka memegang anak-anak masa hadapan

Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.
“Ini fitrah la bro, fitrah”

Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.
Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?
Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.
Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.
Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”
Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.
“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”
Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.
Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?
“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.
Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?
“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.
Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?
Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.

Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.
Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.
Hentikanlah.
Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.
Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”
Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”
Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.
Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?
Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.
Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.
Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.
Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.
Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.
Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.

Selasa, 26 Oktober 2010

halal atau haram

Credit to Dr Azwan.

Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas.

Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut.

Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini.
Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

KOMEN CHEF

Assalamualaikum,,Doc Azwan,,,,itula dilema yang berlaku pada chef yg bekerja di hotel. Ikut pengalaman saya, ada 2 hotel yg saya dah kerja, sememangnya pendirian saya tak mahu bersubahat menghidangkan makanan yg tidak halal dalam kek kepada pelanggan hotel.Pernah dibaling kek oleh exec chef kerana tak mahu masukkan Lequier dalam kek, adalah cabaran berat yg saya hadapi.Tapi pada semua chef yg ada di malaysia, tak kira pastry chef ke, cook chef ke,ingatlah bumi ALLAH ni luas,dimana-mana sahaja boleh kita cari rezeki. apa yg menyedihkan JAKIM seolah-olah tutup mata tentang perkara ini, cadangan saya, lantiklah pakar perundingan dari org yg arif tentang sesuatu masakan untuk pengesahan halal sementera sebelum makanan itu di ke LAB untuk mengetahu secara saintifik sesuatu kandungan makanan.saya pernah dihubungi oleh seseorang dari PPIM tentang kek yg terdapat di cafe terkenal. coz melalui rasa kek, saya dah tahu samada kek itu ada mengandungi wain atau tidak,masalahnya pada peringkat awal saya dah tahu,tapi nak buktikan secara saintifik bukan bidang saya.Ni sekarang saya dengar pengeluaran sijil halal akan di swastakan oleh JAKIM,nampak gaya nya sijil halal sekarang sudah jadi satu perniagaan pulak.Gerakkan usaha kesedaran tentang makanan yg tidak halal di hotel perlu diadakan dan disegerakan, suara saya kecil,tapi apabila suara saya digabungkan dengan lebih ramai lagi,ia akan menjadi gelombang seperti Tsunami.Insyaallah sahabat saya chef sabri akan turut sama memperjuangkan isu ini.semoga kita akan lebih bertanggungjawab lagi kepada UMMMAH.TQ

Isnin, 19 Oktober 2009

Peringatan untuk diri sendiri

Terima kasih kepada kawanku Rosnita untuk email ini.

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yangtidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat padamalam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepasbersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yangbelum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpaIzrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Ba yan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Nilai Seorang wanita solehah. Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akanmemberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya"..Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika iamenyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihatkepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Danjika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupayang cantik, mungkin paras rupa itu membawakehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanyakerana berkemungkinan harta itu membawa kepadakezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agamasesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Doa minta dijauhi wabak penyakit

"Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat; dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana. Dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."