Rabu, 11 Januari 2012

Dalam kenangan

Hari ini seorang bekas pelajar saya meninggal., dijumpai mati lemas di sungai nun jauh di kampung Baru KL. Macam mana pada hari sekolah dia berada di tempat sejauh itu, kami belum tahu. Kerap benar sekolah ni kehilangan pelajar akibat kematian. Rasa2nya tahun lepas 2/3 orang meninggal.

Teringat saya jumpa dia minggu lepas, saya tengok dari jauh, rasa ingin tegur tapi tak dapat tegur sebab jauh. Nak tanya berada kelas mana bila dah di sessi pagi sekarang.

Saya masih ingat dia pelajar baru dari sekolah lain masa saya mula mengajar di sekolah ini. Jadi kami sama2 baru. Muka macam budak kecik, ada lesung pipit, hidung agak besar, muka innocent. Kelas dirombak, dia ditukar ke kelas belakang.

Bila bertukar kelas saya dengar dia asyik ponteng. Ponteng mandi air terjun belakang sekolah sebab saya pernah terserempak dia masuk kawasan sekolah dari kawasan air terjun, rambut basah. Bila ditegur tersengih2. Bila dinasihat , tunduk, senyum, ucap terima kasih cium tangan saya dan berlalu pergi. Esok tu ponteng lagi. Bila cikgu Sainsnya marah kerana ponteng amali, dia jawab-jangan risau, tahun depan saya takkan susahkan cikgu'.

Dia ponteng dengan kerap, menghilang sampai parents call tak balik rumah. Seminggu lepas tu kembali ke sekolah. Bila ditanya, 'saya pergi kutip hutang kat kl, cikgu,' jawabnya kepada kawan saya sebagai guru kelasnya. Hutang apa, saya tak sempat nak ambil tahu.

Akhir2 tahun, dia mula rajin masuk kelas, tapi tetap tak nak buat sebarang kerja tulis menulis.

Tingkatan 3, dia naik kelas. Bila jumpa kawan saya semalam dia minta duit seringgit sebab upah/hadiah  naik kelas. Fisrt and last ye, kata kawan saya. Ye, ni last, lepas ni tak mintak lagi. Memang dia takkan mintak lagi.

Allah sayangkannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. alFatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan