Selasa, 9 November 2010

Lidah takde tulang

'Orang boleh berkata apa sahaja, dan kau mungkin terdiam tanpa kata,
Tapi ingatlah Allah itu Maha Adil lagi berkuasa'

Kelemahan aku, takleh bidas balik bila orang bercakap kasar, atau mengata aku depan-depan,
Sebab apa? Sebab aku kena pikir dulu,
'eik..betulke apa yang aku dengar ni,
atau..'betul kasar ke bahasa gini'
atau ' patut ke dia kata gini'

(mungkin sebab aku hormat kat orang kot, jadi tak balas balik apa orang kata, sebab kalau pelajar -sekarang pelajar bercakap sewenangnya- boleh je aku melazer )

Lepas pikir..baru aku tahu benda tu kasar atau menyakitkan hati,adoi..pesal la aku lembab hal2 gini, dah banyak kali kena, sebab orang suka amik kesempatan ke atas aku, muka aku ni nampak bodoh ke apa yang dorang sesuka hati menyakitkan hati aku semahunya.

Contoh : Kerani sekolah takde ribut takde taufan marah2 kat aku. Satu ofis dengar. Pastu mintak maaf, sori kak..saya sebenarnya marah kat dia tu..saja nak suruh dia dengar. Sewel dia tu..Nasib baik dia kerani , aku cikgu yang kena byk mintak tolong dorang, jadi aku diammmm je..(atau bodoh)

Tapi tak selalunya aku diam, kadang kalu sesuka hati aku kena marah, dan orang yang marah aku , adalah orang yang tiada kaitan ngan aku lepas ni, aku akan sound dia balik sampai dia terdiam. OOoo..ingat aku ni tunggul ke..?(ops..tak belen ngan mukadimmah tadi yer..tapi ye la kan..aku cuma manusia biasa yang ada perasaan marah..dan juga lidah yang tak bertulang)

2 ulasan:

  1. Saya pun begitu Ah...bila orang marah2 (wpun org tu lebih muda/lebih rendah jawatannya)tak tentu pasal cuma mampu diam dan berharap org tu paham kenapa saya diam diri..kalo tak tahan meluat saya tulis di blog, terjadilah empunya diri membacanya, maka terjadilah insiden seperti hari itew...hahaha..sampai skang nak cakap pun nak tak nak, malas nak layan..

    BalasPadam
  2. yer ker maya?saya selalu tertanya kat diri sendiri kenapa saya macam tu (kena marah)..rupanya orang lain pun sama la kot kan, sy je sensitip lebih2.haha..apa insidennya.?kongsi?

    BalasPadam