"STIGMA against mental illness is so strong even among professionals. Despite growing knowledge, myths and misperceptions persist.... SUCH A GREAT CHALLENGE"
Semalam saya tulis entry berkaitan adik. Malamnya saya nampak di wall facebook saya. Tak tahu kawan saya yang pakar psikiatrik tu baca blog saya atau dia cuma mengeluh tentang pesakitnya. Saya rasa dia takkan ada masa baca blog picisan macam blog saya.
Dulu masa saya ada gangguan, saya pernah jumpa dia.
Saya tanya kenapa semua yang masuk rumah saya berdiri bulu roma., termasuk kanak2?- Saya nak menegaskan saya tak sakit mental, cuma ada gangguan makhluk2.
Dia jawab tu semua sebab pengaruh. Bila saya bercerita, yang lain terpengaruh. Saya kata saya tidak pernah cerita kepada budak kecik bertiga tu, sepupu saya. " Mu sure ke dia tak dengar?" tanyanya.
Ok..mungkin bebudak tu pernah dengar.
Tetapi Akif yag baru 2 bulan masa tu boleh dipengaruhi tak oleh cerita2 hantu oleh saya?
Dan Ezzam yang baru berusia 4 tahun tu mana dia dapat gambaran atuk berdarah terbongkok2 tu, kejap ada kat dinding kejap ada tepi ibu tu? Dia berhalusinasi seorang diri ke juga? Kenapa masa itu saja?
Pada petang yang dingin, lepas saya mandi air bacaan quran dari seorang ustaz, gayung yang berisi air yang tak mungkin akan tergolek, telah tergolek sendiri. Dalam gayung tu berisi air mandian yang dibaca ayat quran yang saya simpan untuk mandikan anak2, selebih daripada yang saya telah mandi. Adakah saya berhalusinasi atau sakit mental saja2?
Bila keluar dari bilik air, lalu tempat letak fridge, rasa berdiri bulu roma dan rasa macam ada rambut yang lebat dibelakang saya. Tu bagi saya, tanda2 kehadirannya.
Bila sepupu yang dah remaja, perempuan balik dari bawa anak dari taman permainan, dia lalu tempat yang berhamiparan fridge, "ish..apasal rasa lain macam, berdiri bulu roma" katanya dengan seram. Saya tak cakap pun kat dia kat fridge tu ada sesuatu.
Bila saya dukung Akif yang baru berusia 2 bulan, kepalanya asyik memandang tempat fridge itu. Saya pusingkan badannya tempat lain pun kepala dia asyik berpusing ke arah situ juga macam ada sesuatu yang menarik perhatian dia. Adakah Akif telah terpengaruh dengan cerita seram saya, dia baru berusia 2 bulan, masalahnya.
Dan bila mata saya sakit teramat sampai tak boleh nak celik, (masa ni teringat kawan baik saya call saya suruh cek kertas peperiksaan, hampeh betul, dia ingat saya main2 sakit mata macam orang biasa.), Dan badan saya panas sangat, kenapa semua tu berlalu sekelip mata sebaik saja saya minum air yang dibaca ayat quran oleh orang yang mengubat saya ye. Adakah masa tu pun saya berhalusinasi atau berkhayal saja. Kenapa dengan perawat2 lain tiada kesan. Saya bukan terpengaruh dengan kehebatan orang yang satu itu, dia tidak dikenal sebagai orang yang boleh mengubat pun.
Dan saya balik kampung baru ni, takde rasa takut atau berdiri roma pun walau adik lelaki kata nampak pocong dalam bilik dia. Semua orang tak rasa macam ada sesuatu pun. Bila kakak saya cerita tok bomoh suh jirus air cuka depan rumah, kami pakat2 gelak. Bukan hina tok bomo tu tapi takde rasa apa sebenarnya. Ye la..bagi kami, kalau benda tu takde, memang tak rasa apa, biar pun orang cerita bersungguh2 pun. Kalau benda tu ada, memang kita dapat rasa kehadirannya.
Dan kewujudan pengamal2 perubatan Islam itu, adakah sesuatu yang tidak ada pekdah sama sekali..? Sebab semua yang sakit ini, adalah sebenarnya sakit mental saja, dan perlu ke hospital untuk berubat.
Ei..keras kepala betul dia. Jahil. Ye saya akui, sebab saya kurang ilmu.
Apa penjelasannya.
"Jangan biar simptom berlarutan hingga lebih lima bulan, ada saja tanda terus bawa. Seperkara lagi ada keluarga pesakit yang beranggapan bahawa ubat yang digunakan untuk merawat skizofrenia adalah dari jenis ubat tidur dan ubat penenang.
"Tanggapan itu salah kerana ubat tersebut sebenarnya merawat kimia otak yang terdiri dari dopamin dan serotonin pada pesakit yang terjejas,"
Adakah air tok bomo tu ada benda alah untuk merawat kimia otak tu..?
Adakah principal tadika anak saya juga ada tanda2 sakit ni bila percaya pada Hafiy yang cakap ada 'owang2' sengih kat dia kat tadika tu. Kenapa owang tu hilang bila dibaca ayat Qursi. Hafiy tak tahu apa itu ayat Qursi tu. Saya takde pula mengatakan bahawa "ok..adik dah boleh pegi sekolah, pinsipal dah halau owang2 tu. "
Dia dengan automatik nak pegi sekolah bila mata dia tak nampak kelibat owang2 itu lagi. Hafiy berhalusinasi..? Principal tu, wife dia doktor juga, pun tidak menolak tentang kehadiran owang2 itu.
-Bercakap dengan orang jahil memang menyakitkan hati. Yang jahil itu saya
-Saya harap nanti saya ada masa nak baca apa kaitan semua ini. Kalau boleh nak masuk kelas psikiatrik ini.
Semua orang adalah manusia biasa. Tidak semua yang dikatakan boleh dipegang.
Termasuk la orang yang selalu cakap saya sakit mental. Maksud saya, siapa yang lebih gila, saya atau orang yang menyanyi semasa kematian orang tersayang saya?
Oh ye, petang semalam saya call adik saya. Saya frust juga bila dia kata dia rasa macam biasa saja, tiada perubahan. Dan nada dia macam nak menangis. Malamnya saya pula pening yang tak pernah dirasakan. Pening amat. Tiada kaitan dengan tekanan darah rendah, sujud sembahyang pun rasa macam tak boleh nak angkat kepala semula.
Dan dia baru saja call saya, katanya rasa dah tak pening2. Suara dia happy sedikit. Saya tak tahu pula dia selalu pening2. Jangan....
seghiya bulu roma baca ni..
BalasPadamsaya buke tok ccayo adonyo perkara ghaib, sebab tu rukun iman..
tp sy sokmo sukar nk ccayo busuknya hati manusio sanggup buat manusio lain..
bos opis sy, bulan lepas tibo2 pencen awal, sbb dio kato tokleh gi opis, seram sejuk, jd malas, etc.. sy terpikir, bakpo laaa jahat sgt manusio ni kae, ada perkara yg blh d bw berunding, bw lah berunding.. klu rezeki dio lebih rezeki kito kughe, redholah kerana itu dugaan allah..
sy teringin melihat dunia tanpa dendam dan dengki
hmmm..entahla kan.
BalasPadamsaya pun sukar jugak nak cayo hal sihir2 ni.
Tapi kalu kena gangguan saya cayo.dulu saya ade kena macam bos awak tu,
bila gi tempat kijo rasa berdebar yang amat macam tgh kejarkan sesuatu. ustazah kata ada yang ganggu, siap ikut balik, dari depan pagar sekolah.
Masa tu tak tahu mana satu punca,. Di sekolah pun ada, kena sihir pun ada, kat rumah memang sahih Ezzam nampak, jadi tak tahu mana satu. Nasib baik pengetua memahami, sebab dia kata dia pun pernah kena buatan org, dapat anugerah cemerlang, kemudian setiap kali asar biji2 bergerak seluruh tangan dia dan terasa amat sakit.
Tapi saya masih susah nak cayo, takkan la ada orang jeles sampai sanggup tgk org sakit. Entahla kan, tak tercapai akal.